• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek DIY rak simpan hos paip dari paip PVC

Projek DIY rak simpan hos paip dari paip PVC

4th August 2018 by akubiomed 13 Comments

rak simpan hos getah paip

 

Rak simpan hos paip dari paip PVC.

Sudah lama tidak buat projek DIY. Kali ini berhajat nak buat tempat simpan hos paip. Bab mengulung hos paip selepas digunakan adalah mencabar. Semasa gulung hos paip terlipat dan bila nak guna balik buka tarik terbelit pula.

Ganggu kerja nak guna hos paip bila hos terkepit sebab terbelit gara-gara asal boleh mengulung hos paip selepas digunakan.

Rak simpan hos paip mudah alih

Rak hos paip juga mempunyai pemegang.

Lebih mudah mengulung dan keluarkan hos paip dari didalam keadaan rak berbaring.

Bahan-bahan untuk buat rak simpan hos paip. T Join, Elbow, PVC end cap dan roda semuanya didapatkan dari kedai MrDiy kecuali paip PVC ini diperolehi dari kedai Hardware.

Ketebalan paip PVC ada yang nipis dan tebal.

Antara sebab sukar saya nak beri anggaran kos bergantung kepada jenis paip PVC dan harga semasa di kedai Hardware.

Ukuran rak paip simpan hos paip.

Boleh beli paip PVC diameter 15mm yang panjang 19 kaki tetapi hendak masuk kereta sedan perlu potong dua.

Bahagian A Rak

– paip PVC 6″ x 2 pcs
– paip PVC 7″ x 4 pcs
– paip PVC 9″ x 2 pcs
– paip PVC 13″ x 1 pcs
– paip PVC 20″ x 2 pcs
– elbow x 4 pcs
– T join x 6 pcs

Bahagian B Rak

– paip PVC 2″ x 2 pcs
– paip PVC 7″ x 2 pcs
– paip PVC 20″ x 1 pcs
– T join x 2
– PVC end cap x 2

Bahagian C Rak

– paip PVC 11″ x 2 pcs
– elbow x 2 pcs

Cantum bahagian A dan B untuk jadi bahagian D

Cantum bahagian C dan D untuk jadi bahagian E

Rak simpan hos paip sudah siap.

Upgrade version boleh tambah roda pada rak.

– roda
– paip PVC 2 ” x 2 pcs

Tebuk lubang pada bahagian elbow di kaki rak untuk pasang roda.

Rak simpan hos paip dari paip PVC beroda

Selamat mencuba dan semoga ia memberi manfaat. Saya dahulukan ucapan terima kasi yang sudi tekan butang SHARE.

  • Projek DIY buat Hose Reel dari paip PVC
  • DIY Rak tempat simpan penyangkut baju paip PVC
  • DIY rak kasut dari paip PVC

Filed Under: diy

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    4th November 2022 at 9:19 pm

    cantik dan kemas…memang bro seorang yng kreatif….saya reti nk beli jelah

    Reply
  2. nikkhazami says

    28th May 2020 at 2:23 pm

    nak kena tunjuk dekat ayah saya ni. mintak dia buat 1. ehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2020 at 10:25 pm

      Boleh cuba buat. Guna paip PVC yang tebal. Apa yang saya perasan dipasaran ada yang nipis dan tebal. Kalau dapat diameter paip yang besar lebih kukuh.

      Reply
  3. Siti Nurhayati (Chik Tie) says

    31st August 2018 at 7:01 pm

    Praktikal, mudah, dan yang penting mesra poket. Banyak dah save projek diy ni. Nanti tunggu masa nak laksanakan

    Reply
    • akubiomed says

      31st August 2018 at 11:13 pm

      Nak beli Pipe Roller mahal sangat. Dapat ide dari internet terus modi sikit terus jadi.

      Reply
  4. rujukan says

    27th August 2018 at 8:29 pm

    saya suka artikel bro, memang ilmiah

    Reply
    • akubiomed says

      31st August 2018 at 11:14 pm

      Semoga perkongsian DIY ini memberi manfaat.

      Reply
  5. Hairul HIssam says

    21st August 2018 at 10:11 pm

    wow kreatif la bro.. terfikir pula saya buat rak sidai baju atau rak gantung tuala. Kalau cat tentu bertambah menawan..

    Reply
    • Hairul HIssam says

      21st August 2018 at 10:13 pm

      baru perasan.. bro ada buat artikel ampai baju dan rak sangkut baju dgn pvc.. nie dah boleh jimat byk duit nie..saya pun lebih suka benda yg dibuat sendiri dari beli..

      Reply
    • akubiomed says

      31st August 2018 at 11:14 pm

      Ya, boleh cat untuk cantik. 🙂

      Reply
  6. Norasikin says

    10th August 2018 at 6:09 pm

    Mcm kompleks sgt je. Boleh terputus sel-sel otak ni

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2018 at 12:33 am

      Tak susah. Saya rasa projek DIY buat penyidai tuala yang lalu lagi banyak langkah.

      Reply
  7. Ksjb @ kerjasendirijb says

    7th August 2018 at 4:30 pm

    Memang kreatif dan inovatif. Tambah roda tu yang bagus nanti senang kalau nak tolak ke mana-mana.

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in