• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Progres Aquascape selepas 7 hari

Progres Aquascape selepas 7 hari

15th September 2014 by akubiomed 28 Comments

Perkembangan selepas Aquascape selepas 7 hari

ikan Tetra Neon

Dalam diam tidak diam sudah 7 hari berlalu sejak mula menanam minat dengan akuarium Aquascape. Sedikit-sedikit pengalaman diraih sepanjang 7 hari.

Air semakin jernih selepas memasang penapis air yang jenis pam low power sesuai untuk kitaran air perlahan tetapi berkesan untuk tugas-tugas tapis partikel.

Hari pertama

Selepas 7 hari

Lalui situasi cemas apabila ikan Tetra Neon terapung dipermukaan.

Situasi ikan Tetra Neon terapung memberikan pengajaran kepada saya. Pada mula saya sangka serangan bakteria selepas Google informasi berdasarkan tabiat serangan tersebut. Bukan seekor dan dua ekor tetapi semua ikan didalam nano aquarium. 2 kali berlaku situasi ini menyebabkan saya bingung dengan beranggapan ikan dibeli sudah terdedah penyakit di kedai ikan hiasan.

Salah satu usaha saya lakukan adalah membuang air sebanyak 50 peratus. Nampak ada perubahan ikan Tetra mula berenang didasar yang menjadi sifat ikan tersebut. Tidak lama masalah ikan terapung kembali lagi. Kemudian baru saya sedar ia adalah berpunca selepas pemasangan CO2 Reaktor DIY menyebabkan ikan Tetra Neon lemas kekurangan oksigen dan ikan mula terapung untuk mendapatkan oksigen. Tujuan saya bina reaktor CO2 adalah untuk kesuburan pokok hiasan Java Moss. Saya mula sedar yang saya gagal mengawal kandungan CO2 yang diperlukan dan secara berlebihan mengancam ikan-ikan Tetra Neon. Perlu diingat pokok-pokok hiasan Java Moss tidak dapat menyerap CO2 dan melepaskan O2 didalam air kerana kurang aktif pada waktu malam dan cahaya untuk fotosentisis.

Jika ada simptom berlaku ikan terapung dipermukaan berpunca CO2 berlebihan:-

  • Asingkan ikan serta merta didalam bekas
  • Buang air sebanyak 50 peratus dan ganti air tersebut dengan harapan dapat memulihkan kandungan O2 didalam air
  • Masukkan ikan didalam akuarium selepas ada tanda-tanda pemulihan

Apa yang berlaku memberikan pengajaran dengan cara yang menyedihka dengan kehilangan 3 ekor Tetra Neon. Saya mengunakan pam udara dengan set gelembung udara halus mengunakan regulator untuk menyumbang CO2 kepada tumbuhan hiasan Java Moss. Nampaknya cara ini tidak mengancam nyawa ikan-ikan Tetra Neon.

Pengamatan penjagaan ikan-ikan Tetra Neon

Membela ikan Tetra Neo merupakan ikan air tawar dari spesis keluarga Characidae berasal dari  Tenggara Colombia, Timur Peru, dan barat Brazil ini tidaklah susah dijaga kerana ia tidak makan kuantiti yang banyak dan makanan jenis tengelam. Palet halus atau flakes(berbentuk emping) adalah sesuai untuk dijadikan diet ikan Tetra Neon ini. Disarankan makan palet halus atau flakes diramas sebelum ditaburkan didalam akuarium.

fish flakes

fish palette

Ikan Tetra Neon yang saya bela lebih selesa makan palet halus berbading flakes mungkin telah dibiasakan diberikan makan palet semasa berada dikedai ikan hiasan. Bagaimanapun saya perkenalkan flakes dengan dicampur dengan palet halus. Sifat ikan Tetra Neon berenang didasar dan lincah berenang secara berkumpulan. Ikan yang pemalu sifatnya suka berselindung sebalik tumbuhan hiasan java Moss. Garisan warna biru diatas badan dan ekor berwarna merah mudah ikan Tetra Neon ini dikenali.

Post by AkuBiomed.
Substatre(adalah media yang digunakan untuk pertumbuhan tanaman) yang gunakan adalah ADA Amazonia Soil.

Sila tekan butang kongsi:

  • Hobi dengan aquascape nano akuarium
  • Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma
  • Home made fish ball untuk sup

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hafizi says

    15th September 2016 at 12:29 pm

    aduh.. teringin nak join hobi ni.. tapi belum berkesempatan

    Reply
  2. Mohd Isa says

    19th September 2014 at 4:13 pm

    jeles jap, ada ruang pasti nak bela gak. siyes duk mengidam lama dah. tp tak berani nak beli lg, ruang rumah sewa agak sempit. kena cari rumah baru ni. hehe

    Reply
  3. Ani Haryani says

    18th September 2014 at 4:25 pm

    Dulu ada kawan Ani bela, dan ani suka tengok, tapi tak lama lepas tu mati, baru sekarang tahu sebabnya apa. huhu Terima kasih. info yang sangat berguna 🙂

    Reply
  4. anif says

    17th September 2014 at 11:41 pm

    Teringin nak bela ikan ni.. tapi masa dan tahap kerajinan tidak mengizinkan. Lihat orang punya pun jadilah 🙂

    Reply
  5. mohd rasul abu hanipah says

    17th September 2014 at 9:53 pm

    dulu je rajin bela ikan ni. sekarang ni tak dah. nak bela apa2 pun dah x rajin sebab jarang ada kat rumah 😀

    Reply
  6. Zuan says

    17th September 2014 at 6:50 pm

    dari penerangan bro, macam senang je nak jaga ikan ni. cantik.. hmm tapi den malas dah nak jaga ikan.. biar la jaga kucing je walaupun sedikit melecehkan

    Reply
  7. TehR says

    17th September 2014 at 5:50 pm

    paling malas nak tukar air dalam aquarium
    tapi seronok tengok ikan berenang dalam air jernih

    Reply
  8. Sop says

    17th September 2014 at 5:06 pm

    wah.. menarik
    pernah juga bela ikan akuarium dulu tp ikan toman dgn belida
    makan kuat.. rugi2.. hahaha

    Reply
  9. zool says

    16th September 2014 at 10:41 pm

    wah.. menarik je tengok ikan-ikan tu… menenangkan

    Reply
  10. titan says

    16th September 2014 at 9:39 pm

    okeh..

    nampak comel je ikan-ikan tu..

    Reply
  11. suri says

    16th September 2014 at 4:58 pm

    jika malam tentu kulit akan nampak bercahaya ya

    Reply
  12. Manan Qayyim says

    16th September 2014 at 1:38 pm

    sensetif juga ikan ni…

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 1:45 pm

      Ikan Tetra Neon ini adalah ikan yang lasak cuma kecuaian gagal mengawal kadar pelepasan reaktor CO2 untuk pokok.

      Reply
  13. Hairul Azni says

    16th September 2014 at 1:14 pm

    Sikit2 bro timba pengalaman bab jaga ikan ni..lama2 confirm akan mahir dan banyak pengalaman..

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 1:46 pm

      Sudah mula memahami dengan pembacaan dan pengamatan. Apa yang kita baca kadang-kadang tidak sama apa yang berlaku.

      Reply
  14. Amirul says

    16th September 2014 at 10:50 am

    Selamat tak mati semua,penat juga kalau nk kena monitor sentiasa ya dak..

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:27 pm

      Nak kata selalu perlu pantu tidak juga. Ia berpunca DIY CO2 reaktor menjadi punca masalah ikan lemas. Lebih berhati-hati selepas ini.

      Reply
  15. amirulfaiz says

    16th September 2014 at 7:24 am

    Sangat cantik, ikan dari luar negara ni? Ingatkan tempatan. Cantik, boleh leka memerhatikan kecantikannya. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:28 pm

      Saya sangka pada mulanya dari keluarga ikan guppy tetapi bukan.

      Reply
  16. Hairul Hissam says

    16th September 2014 at 1:33 am

    Mmg cantik badan ikan tetra yg bersinar2… airnya pun jernih…
    saya pernah alami masalah ikan tercungap2 di permukaan air..
    tapi sebab kurang udara akibat pam udara termatikan……

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:29 pm

      O2 adalah penting untuk ikan hidup.

      Reply
  17. Ezad Skytech says

    16th September 2014 at 1:19 am

    memang best bila tengok ikan berenang2 dalam akuarium ni…lagi2 kalau banyak…tapi tu la…nak kena luangkan masa sikit la nak bagi makan…bersihkan akuarium pada masa tertentu…tapi sebenarnya tu la kepuasannya kan..:D

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:30 pm

      Sebenarnya tidaklah saya perlu jadualkan khas untuk beri makan ikan. Kalau ikutkan kita makan 4 kali sehari dan ikan pula 2 kali sehari. Beri makan sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam.

      Reply
  18. wazy says

    16th September 2014 at 1:06 am

    Boleh buat penghilang stress dengan ikan-ikan ni

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:32 pm

      Memang mengasyik melihat kelincahan ikan berenang dan bermain.

      Reply
  19. Miss Puan Yati says

    16th September 2014 at 12:02 am

    Makin menarik pulak nampak hobi ni. Memang perlu penjagaan rapi jugak, dan kena selalu alert 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2014 at 12:24 am

      Sebenar tidak perlu perhatian rapi perlu diberikan. Memandangkan saya didalam proses pembelajaran mempelajari Aquascape dan habitat ikan Tetra Neon. Selepas pengalaman buruk tempoh hari semakin memahami dan mudah.

      Reply
      • Anuar says

        10th May 2016 at 1:18 am

        Assalam..bro..boleh ke sy tempah planted tank ni..saya berminat nak buat,tapi tidak pandai buat..kalau bro boleh tolong..call saya 0126033609..anuar.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in