Program Qurban dan Aqiqah bersama eQurban beramal sambil menderma.
Kurang dari 2 minggu dari sekarang umat islam bakal menyambut Hari Raya Qurban. Perlaksanaan ibadah Qurban dengan penyembelihan kambing, lembu dan unta disesetengah tempat. Program ibadah Qurban biasanya dilaksanakan secara gotong royong oleh penduduk setempat.
Untuk melaksanakan ibadah Qurban ini tidaklah sukar dengan adanya program Qurban dan Aqiqah Kemboja. Program ibadah ini ditawarkan oleh eQurban Resources Sdn. Bhd. (951131-U) yang ditubuhkan pada 10 Oktober 2008 telah beroperasi di Bandar Baru Bangi adalah 100% hak milik penuh bumiputra.
eQurban giat melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan dan bantuan dengan mengagihkan bekalan asas makanan, kepakaran, latihan selain program ibadah Qurban dan Aqiqah secara tahunan di bumi Kemboja bagi meringankan beban umat islam disana.
eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja (CMC) sudah lama menjalin hubungan dan berkerjasama membantu umat islam di Kemboja yang daif dengan menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran. Diantara projek kerjasama adalah pembinaan Sekolah Integrasi Nurul Iman yang terletak di Kompong Chroymentry Wilayah Kandal itu merupakan sekolah berstatus integrasi yang pertama seumpamanya di Kemboja.
Soalan lazim mengenai program ibadah Qurban.
1. Hukum melaksanakan ibadah Qurban.
Hukum Qurban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan. Namun begitu ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar.
2. Bilangan minimum haiwan yang digalakkan untuk ibadah Qurban.
Bagi haiwan seperti lembu, kerbau atau untuk bilangan minimum untuk ibadah Qurban adalah 1 bahagian. Manakala kambing bilangan minimum adalah 1 ekor.
3. Kelebihan menyertai ibadah Qurban dengan pihak eQurban.
Pihak eQurban menternak sendiri lembu-lembu untuk Qurban ini di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja dengan usahasama Koperasi Muslim Kemboja. Bekalan lembu ini cukup untuk bekalan Qurban dan Aqiqah sepanjang tahun
Tempahan Qurban dan Aqiqah boleh dipilih mengikut senarai harga di bawah:
1. Nilai harga 1 bahagian lembu untuk program Qurban dan Aqiqah
3. Nilai harga seekor kambing untuk satu nama.
Pihak eQurban akan mengeluarkan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah Qurban tersebut kepada semua peserta dan menghantar gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan.
Ramai yang promo eQurban nih… InsyaAllah pasti cuba next time. Kalau bukan masa raya, masa aqiqah anak ke-3 😀
Insha Allah jika ada murah rezeki nak jugak buat dgn cara begini tapi bukan tahun ni la…..Ringkas, mudah dan murah..terbaik.
mudah.. tiada lagi alasan untuk tak qurban 😀
raya haji semakin dekat cepat2 buat tempahan semoga ibadah di terimaNya
Best ni, tak sabar nak buat korban ni
kalau dapat buat sup tulang ni bestnya…hehe…
Sup tulang memang ramai yang mengadap. 🙂
Saya masih tak berkemampuan lagi nak buat ibadah qurban.
Tak apa belum ada rezeki. Selagi ada niat hendak melakukan ibadah Qurban.
kalau ada rezeki memang nak buat ibadah qurban di Kemboja, kat sana satu bahagian pun murah berbanding di sini…bantulah orang islam di sana…..
murah dengan equrban. RM250 je satu bahagian.
Saya belum pernah cuba lagi program equrban. Nampak lebih mudah apabila ada pihak yang bertanggungjawab telah menguruskannya. 🙂
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga ramai yang akan menyertai program korban yang dianjurkan oleh Equrban di Kemboja….
EQurban ni memang terbaik,dah ramai yang melaksanakan aqiqah dan qurban melaluinya
memang sangat mudah buat ibadah Qurban melalui eQurban. saudara kita amat memerlukan disana dan mudahan dengan Qurban ni besar fadhilat yang akan perolehi.
Melaksanakan beribadah sambil beramal. Dapat membantu umat islam di Kemboja.
In Shaa Allah, kalau tiada aral melintang maybe akan amik satu bahagian dengan equrban tahun ni…
inshaAllah akan tunaikan qurban kali ni,
Pesta sup daging cicah air asam nanti bro. Pekena dgn nasi panas2 time ujan. Perghhh 🙂
Info yang mesti kita sebar dan kongsikan bersama…..
seronok buat ibadah qurban di negara yg ramai org kurang kemampuan ni
saya baru je masuk 2 bahagian dgn eQurban ni… dah 3 tahun dgn eQurban
seronok melaksanakannya sebab kita sebar dan dapat manfaat darinya.
harga pun murah kan bro..hu3
Kepada mereka yang masa kecil dahulu belum buat akikah, dah dewasa buat qurban.
Harap perkongsian ni memudahkan orang lain untuk membuat keputusan untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah.
terima kasih atas perkongsian…
Sama-sama. Mudah sebenarnya hendak melaksana ibadah Qurban dan Aqiqah.
Mas yg sesuai utk aqiqah dan qorban.. kena rebut peluang ini
Sebelum ini pernah melaksanakan Aqiqah untuk anak-anak.