• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Program Perjalanan Selamat 2012

Program Perjalanan Selamat 2012

24th December 2011 by akubiomed 47 Comments

Program Perjalanan Selamat 2012 acara tahunan JKJR negeri.

Hari ini pagi-pagi sudah keluar dari rumah untuk menyertai “Program Perjalanan Selamat 2012 peringkat negeri Selangor” oleh JKJR Selangor. Ia adalah program tahunan JKJR bagi memberi kesedaran kepada orang awam mengenai keselamatan di jalan raya.

Saya dan rakan sepejabat menjadi Rakan KJR dan ini adalah aktiviti pertama yang disertai setelah penyertaan Rakan KJR kami diluluskan oleh JKJR.  “Program Perjalanan Selamat 2012” berlangsung di Dataran Petaling Jaya berhadapa pusat membeli-belah Amcorp Mall. Program ini mendapat kerjasama dan penglibatan oleh agensi kerajaan seperti PDRM, MPPJ, Bomba & Penyelamat dan JPJ turut tidak ketinggalan badan koperat seperti Nestle dan Karangkraf.

Pendaftaran "Program Perjalanan Selamat 2012"
Acara senamrobik
Gang mat motor turut menyertai "Program Perjalanan Selamat"

Acara bermula dengan pendaftaran dan diikuti acara senamrobik. Saya pula rasa kekok pula melakukan senamrobik kerana belum pernah mengikuti mana-mana acara senamrobik sebelum ini. Memang keras sepanjang melakukan senamrobik dan ramai juga yang menyertai acara ini terdiri dari semua peringkat umur. Kemudian ahli Rakan KJR berjalan beramai-ramai dengan membawa sepanduk kempen “Jom Klik”. Turut diadakan acara gimik memusnahkan topi kaledar yang dirampas kerana tidak mempunyai tanda keselamatan SIRIM.

Berjalan mengikuti sepanduk kempen "Jom Klik"
Sempat mengawal "kacak"

Antara "goodies" yang dapat

Antara gimik “Program Perjalanan Selamat”

p/s: Satu sumbangan kecil dengan melibat aktiviti kemasyarakatan.

  • The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya
  • Penubuhan Celebrity Support Group oleh JKJR Selangor
  • Sudah terlambat untuk mengundi PRU13

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. chii says

    27th December 2011 at 3:06 pm

    skali skala joinkan diri ngan aktiviti camni..mmg menarik kan..
    da lama gak x join sama :p

    Reply
  2. adele says

    27th December 2011 at 2:21 pm

    bagus negeri Selangor ni..
    mmg negeri berkebajikan..hehe
    tahun depan internet free satu negeri pulak..

    hidup Selangor!! 🙂

    Reply
  3. ciksembang says

    27th December 2011 at 8:49 am

    sya cuba bayangkan macam mana kerasnya Ab masa senamrobik..hehe

    Reply
  4. ProfHariz says

    26th December 2011 at 5:23 pm

    Sangat menarik program seperti ini.. Haaaa macam mn lah rupanya bro bersenamrobik.. Tapi kalau ikutkan senamrobik ini bagus jugak bro.. Boleh hilangkan stress.. Ehhh 😛

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 11:41 pm

      Sebab itu gambar senamrobik saya tidak ada. Ha..haa..

      Reply
  5. Obat Alami Liver says

    26th December 2011 at 10:12 am

    program yang sangat menar4ik.
    semoga sukses..

    Reply
  6. Obat Alami Asam Urat says

    26th December 2011 at 9:46 am

    wah aktifitas ini harus di laksanakan sering,,, bagus sekali ini

    Reply
  7. Kimmy says

    26th December 2011 at 6:58 am

    Teliti betul si abang yg tengah tengok ‘pedang lightsaber’ tu…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 11:02 am

      Memang di berminat lah tuh. Kalau dapat dekat abang Koning dijadikan pendang nanti 🙂

      Reply
  8. zulkbo says

    26th December 2011 at 2:23 am

    salam..
    utamakan keselamatan..
    ermm..naik motor??
    saya fobia..he he

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 11:01 am

      Kenapa bro? Pernah jatuh motor sebelum ini?

      Reply
  9. nurmisnan says

    26th December 2011 at 1:54 am

    wahhhh.. seronoknya dapat join klik2.. kalau aku ada tentunya aku pun nak join sekali..

    Itu pedang kau beli ker brother?

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 11:01 am

      Boleh tahan mahal dijual RM300 boleh digunakan sebagai hailer.

      Reply
  10. Azman says

    26th December 2011 at 1:27 am

    Acara macam ni memang bagus kalau kita join,banyak ilmu dapat.Tertarik dengan helmet yg dipecahkan tu.Saya akui helmet yang digunakan zaman saya rempit dulu 92-99 lebih selamat,sebab helmet dulu2 berat dan tebal.Ada cop sirim
    Sekarang byk mat rempit pakai helmet cikai jenis apollo,helmet macam ni sgt ringan dan tak selamat.

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 10:59 am

      Saya akui topi kaledar zaman dahulu keras. Topi kaledar orang tua saya punya memang berat ada orang sanggup hendak beli kerana retro dan sekarang boleh dibaik pulih.

      Reply
  11. kakyong says

    26th December 2011 at 1:12 am

    owh baru kenal muka Akubiomed yg kacak..

    Reply
  12. Nur says

    25th December 2011 at 10:39 pm

    Amboi rajinnya pergi program luar.. Baby Aslah dah sihat ke?..
    Caption yang “control kacak” tu tak boleh tahan.. nak tergelak dibuatnya.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 10:57 am

      Beransur pulih. Sudah lama tidak beraksi didepan kamera kerana selalu klik gambar orang sahaja. 🙂

      Reply
  13. dnoBiz says

    25th December 2011 at 10:20 pm

    Bro memang kacak…
    dan awas nati Titan akan sabotaj hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 10:48 am

      Antara saya dan Titan. Kacak lagi Titan. 🙂

      Reply
  14. suri says

    25th December 2011 at 7:56 pm

    alahai tahu depan kena pakai tali pinggang kat belakang heee

    Reply
    • dnoBiz says

      25th December 2011 at 10:19 pm

      takpe suri..
      tu pun utuk keselamatan diri sendiri jugak 😀

      Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 10:45 am

      Memang kena pasang. Paling sukar hendak melatih anak kecil.

      Reply
  15. Mus says

    25th December 2011 at 7:41 pm

    saya amat menyokong kempen sebegini.
    patut diadakan di seluruh Malaysia

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2011 at 10:44 am

      Semua JKJR negeri mengajur aktiviti ini.

      Reply
  16. b3njy says

    25th December 2011 at 6:20 pm

    Benjy pun sama je kalau senam robik pun keras juga macam tiang telefon … kekekeke 🙂

    Reply
  17. b3njy says

    25th December 2011 at 6:19 pm

    Nak jadi rakan KJR tu susah ke broo ? nengok aktivitinya best jeee …

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:01 pm

      Lama juga hendak mendapat kelulusan Rakan KJR kerana rekod kesalahan trafik turut disemak.

      Reply
  18. b3njy says

    25th December 2011 at 6:18 pm

    Brooo ni memang kacaklah … tetapi tidak sekacak TITAN 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:02 pm

      Aduhai tewas pula pada Titan. Ha..ha..

      Reply
  19. b3njy says

    25th December 2011 at 6:16 pm

    Hahahaha … lawaknya pedang leser death vader tu … tetapi macam real lah pedang tu kan … kekekeke 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:02 pm

      Pedang LightSaber lebih panjang tapi yang ini pedang kontot. 🙂

      Reply
  20. b3njy says

    25th December 2011 at 6:14 pm

    Smart juga t-shirt jom klik tu … macam Man in Black lahhh 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:03 pm

      Memang pun. Nasib baik tidak ada masalah dari segi saiz baju untuk saya.

      Reply
  21. b3njy says

    25th December 2011 at 6:13 pm

    Program ni memang baik untuk kesedaran … kadang2 bila dah lama tak dengar orang bagi nasihat rasa macam nak merimpit je … hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:04 pm

      Saya penguna motorsikal tegar jadi bersesuaian untuk menjadi ahli Rakan KJR.

      Reply
      • suri says

        25th December 2011 at 7:57 pm

        cayalah bro mmg kacak haaa..sesekali joit secara berkumpulan mmg best tak rugi pun klu kita berkhidmat utk masyarakat atau apa2 kempen yang baik 😉

        Reply
  22. tehr says

    25th December 2011 at 4:53 pm

    satu aktiviti yang sangat baik ni, bro
    hati2 dan selalu jaga keselamatan semua

    Reply
  23. Kak Long Mawar Merah says

    25th December 2011 at 1:17 pm

    Tahniah kerana melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Banyak program yang berfaedah tu. Hmm, semuanya kacak belaka. 🙂

    Reply
  24. nizamghazi says

    25th December 2011 at 12:28 pm

    Salam singgah. 🙂
    Admin blog ni memang segak ye. Tinggi n kacak .
    Oh buat dekat depan Amcorp Mall. Dekat sgt dengan tempat keje sy ;P

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 7:07 pm

      Lain kali boleh hello-hello. Rasanya dari tingkat 15 boleh nampak. 🙂

      Reply
  25. Yas says

    25th December 2011 at 3:25 am

    betul ckp titan tu…baju tu nampak kacak ar bro…yeahhh…program ni dh nak stat awai taun depan kan bro? Sama ngan penguatkuasaan talipinggang keledar dibelakang……gamaknya berjaya atau tidak yerr???

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 11:22 am

      Jangan apabila kena saman baru hendak tersedar. 3 tahun diberi untuk pemasangan tali pinggang kaledar tengah sudah mengcukupi. Eh kacak ker saya. 🙂

      Reply
  26. titan says

    25th December 2011 at 2:58 am

    baju jomklik tu memang kacak la. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2011 at 11:23 am

      He..hee..sebab itu ambil gambar depan-depan supaya nampak tapi aksi depan kamera agak keras maklumlah asyik klik gambar orang.

      Reply
      • suri says

        25th December 2011 at 7:58 pm

        haa… asal sblum nak pi tak bf senam tangan dulu hii..

        psstt! bby kecil dh sht ker?

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in