Menghadiri sesi penerangan produk Mitsubishi Electric
Seperti saya janji pada perkongsian di entri ilmu berguna di Seminar Produk Electric Mitsubishi untuk menerangkan kelainan dan informasi berguna yang dapat membantu membuat keputusan pembelian bijak barangan elektrik didalam entri ini.
Tidak dapat dielakkan barangan elektrik seperti peti sejuk, penghawa dingin dan kipas sudah menjadi keperluan terutama mereka yang berkeluarga. Tentu didalam fikiran kita beranggapan mengunakan barangan elektrik seperti penghawa dingin dan peti sejuk menyebabkan bil elektrik bulanan akan meningkat. Berikan saya ketepikan tanggapan tersebut kerana Malaysia sudah mempunyai garis panduan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan Pelabelan Kecekapan Tenaga memberikan indikator kecekapan tenaga. Barangan elektrik sudah mempunyai teknologi yang mampu meningkatkan kecekapan tenaga diantara pengunaan inverter ternyata mampu jimat bil elektrik bulanan.
Ada beberapa tips yang bakal saya kongsikan membantu membuat pembelian bijak barangan elektrik.
1. Pelabelan Kecekapan Tenaga
Pelabelan Kecekapan Tenaga ini dapat memberi panduan kepada pengguna untuk membuat keputusan maklumat penting yang tertera pada label ini. Untuk makluman barangan elektrik yang ingin dipasarkan di Malaysia perlu penarafan bintang mestilah mendapatkan minimum 2 bintang dan maksimum 5 bintang. Ini bermakna lebih tinggi memberi kecekapan tenaga tinggi dan lebih bagus. Pelabelan ini wajib ada pada barangan elektrik dijual di Malaysia. Jadi perhati-perhatikan dan cuba faham maklumat yang pada label ini.
2. Kos penyelenggaraan rendah
Antara faktor yang perlu diambil kira. Kos perkhidmatan dan alat ganti. Faktor ketahanan dan kualiti produk.
3. Pelenggaraan mudah.
Sesetengah produk boleh diselenggara sendiri untuk membolehkan operasi secara optimum dan sekali gus mengurangkan rosak yang menyebabkan pengeluaran kos.
4. Mempunyai unsur mesra Hijau.
Menepati beberapa piawaian diantara kepatuhan Restriction of Hazardous Substances @ RoHS. Menyekat pengunaan bahan-bahan berbahaya tertentu didalam peralatan elektronik. Pemantuhan RoHS telah meluas diamalkan didalam produk konsumer diantaranya TV, Computer, Laptop dan sebagainya. Cuma kita tidak perasan kehadiran logo-logo keselamatan dan piawaian ini.
Jom baca ciri-ciri tersebut ada tak pada produk Mitsubishi Electric dan ditambah dengan ciri-ciri tambahan yang lain?
1. Penghawa dingin Inverter Super Deluxe Mitsubishi berkuasa dan cekap pengunaan tenaga.
- Easy Clean. Mudah untuk membuat pembersihan dan menanggal bahagian-bahagian dengan cepat tanpa mengunakan alat. Pembersihan boleh dilakukan didalam penghawa dingin. Memasangkannya semula juga mudah. Untuk memastikan penghawa dingin berfungsi secara optimum dengan membuat pembersihan secara berkala. Ia mampu menjimatkan pengguna tenaga. Bil elektrik mampu dikurangkan sehingga 45%.
Mudah untuk membersihkan sehingga bahagian dalam penghawa dingin
- Nano Platinum Filter. Penapis penapis platinum partikel berbentuk 3D memberikan permukaan 3 dimensi lebih luas untuk memerangkap habuk, antibakteria dan nyah bau. Jauh lebih baik penapis konvensional.
Nano Platinum Filter
- Plasma Quad. Plasma Quad mampu neutralkan 99% bakteria, virus, 94-98 Alergen dan habuk 88.6%
- 3D i-see Sensor. Infra red sensor mengukur suhu yang bergerak ke kiri dan kanan, 8 sensor elemen disusun secara menegak. Memberikan analisa untuk mod aliran udara ‘Indirect flow’ menghalang angin secara terus, ‘Direct Airflow’ aliran angin dihala secara terus untuk memberikan kelesaan dan ‘Absense Detection’ jika tidak orang dikesan penghawa dingin akan ke mod energy saving mode secara beransur-ansur 10% dan 20% pengunaan tenaga.
3D i-see Sensor
- Electronic Metal Housing Box. Melindungi dari habuk, kebakaran dan litar pintas.
- Natural Flow. Aliran semulajadi udara meniru aliran udara tanah tinggi Kirigamine salah satu spot pemandangan yang terkenal di Jepun.
- Inverter. Sudah terbukti menjimat pengunaan tenaga elektrik dan cekap.
- Senyap. kadar bunyi dibawah 50dB
- Pelabelan Kecekapan Tenaga 5 bintang
- Jaminan 7 tahun untuk kompressor dan 2 tahun waranti umum
2. Alat Pengering Tangan Jet Air Tower Mitsubishi
- Mengeringkan tangan 5-6 saat sahaja.
- Mudah untuk dicuci mengunakan alkohol kerana diperbuat daripada resin yang tahan alkohol.
- Senyap hanya 59dB
- Mesra alam dan jimat kos pengunaan kertas tisu towel.
3. Ventilation Fan Mitsubishi dan Kipas angin Tatami Fan Mitsubishi mempunyi ciri keselamatan premium dengan mengunakan bahan tidak mudah terbakar, perlindungan sekali ganda untuk fius arus tinggi dan kepanasan.
Kipas angin Tatami ada 2 saiz iaitu 16″/18″ bilas paling besar didalam pasaran.
Ventilation Fan dipasang untuk memperbaiki aliran udara dan menurunkan suhu.
Bila kipas mudah ditanggal dan pasang berbanding konvensional
Beberapa ciri-ciri ditawarkan.
- Premium Safety Standard. Mengunakan bahan tidak mudah terbakar dan concealed motor
pelindung besi keselamatan tambahan
concealed motor
- Non Self-Flammable Materials. Komponen kipas Mitsubishi mengunakan bahan yang tidak mudah terbakar.
- Double Fuse Protection. Kipas Mitsubishi mempunyai perlindungan beroperasi jika arus tinggi dan thermal fuse akan memutus litar elekttrik jika motor terlalu panas.
- Jaminan 3 tahun untuk motor.
Biasanya membeli peti sejuk kita sering mengaitkan faktor saiz dan ruang penyimpanan yang besar, kesegaran makanan segar dan jimat guna tenaga. Tidak dapat hendak dielakkan peti sejuk mengunakan tenaga elektrik yang tinggi. Mari kita baca ciri-ciri yang ada peti sejuk Mitsubishi.
Peti sejuk Mitsubishi L4Grande dan Peti Sejuk Inverter Mitsubishi yang mesra alam mempunyai ciri Vitamin Factory Tecnology dan penyejuk beku dibahagian bawa peti sejuk.
- Inverter Compressor. 10 corak operasi kompressor invertor untuk lebih cekap, lasak dan jimat tenaga.
- Multi Fan. 5 corak operasi kipas.
- Neuro Fuzzy System. Sistem pintar adapatsi gaya hidup untuk beroperasi dengan cekap.
- Pelabelan Kecekapan Tenaga 5 bintang
- Jaminan 10 tahun untuk kompressor.
Peti sejuk Mitsubishi L4Grande berkapasiti 710L
Ruang penyimpanan yang banyak dan besar. Mengurangkan kekerapan membeli makanan segar.
Vitamin Factory. 3 LED yang digunakan umpama matahari kecil yang meningkat vitamin sebanyak 1.5 kali untuk kesegaran, mengekalkan nutrisi dan meningkatkan vitamin didalam sayuran.
Pelancaran Mobile Apps Mitsubishi Electric
Mitsubishi akan memperkenalkan aplikasi Mobile app Mitsubishi akan dilancarkan untuk smartphone untuk pengguna Smartphone. Antara ciri yang saya boleh kongsikan mengenai apps ini memudahkan pengguna untuk membuat pemilihan produk elektrik dengan memasukkan data dan apps ini membuat pengiraan perbandingan.
Jika membuat renovasi rumah dan kemudian ingin membeli produk Mitsubishi. Boleh membuat mix dan match dengan mengunakan virtual produk untuk disesuaikan dengan ruang rumah, warna dinding dan sebagainya. Siap boleh ambil gambar produk Mitsubishi Electric diruang tersebut. Sangat coolkan!
Apps ini boleh dimuat turunkan bermula:
- Versi android pada pertengahan Januari 2015.
- Versi iOs pada penghujung Januari 2015.
Mitsubishi Electric telah menerapkan tanda piawaian kualiti dengan memperkenalkan Mitsubishi Electric Quality @ MEQ didalam produk semasa pembangunan, rekaan, pengilangan, penghantaran dan khidmat selepas jualan untuk produk mereka dipantau.
Berminat hendak buat survey produk boleh layari laman rasmi Mitsubishi Electric
Mitsubishi Electric ni masih baru di Malaysia. Saya ada pasang kipas dinding dan penghawa dingin Mitsubishi Electric di rumah. Mula-mula memanglah tak yakin sangat tapi tauke kedai elektrik yang rekemen sebab dia pun pakai. Setakat ni puashati sebab kipas dan penghawa dingin dia cepat sejuk dan tak bising sangat. Dari segi kenaikan bil elektrik tak tinggi sangat (setakat ni belum melebihi RM100 sebulan). Air Cond Mitsubishi Electric jenis Mr Slim ni boleh cuci sendiri dan boleh setkan jimat elektrik walaupun ia bukan converter.
Mungkin tak lama lagi makin banyak produk Mitsubishi Electric akan masuk ke pasaran Malaysia. 🙂
Masa musim panas, hari-hari cakap nak beli aircond sebelum tidur. Bila tiba musim sejum macam ni terus lupa
strategi pemasaran yang bijak, dia educate pengguna untuk lihat kelebihan produk, kemudian barulah beli 🙂
best tengok fridge dia tu. tergoda i
adoi…terliur betullah tgk aircond mitsubishi ni…teknologi mmg terbaik!
tak biasa dengan barangan electrik dari Mitsubishi..selalunya Sharp, Samsung, Pensonic, Hitachi dan yang sewaktu dengannya..
kalau performance jenama ini mantap dan yang penting harga yang affordable bole juga cuba ni. baru cadang nak beli satu aircond lagi..
saya setuju pasal pembersihan habuk pada aircond boleh jimatkan elektrik. kipas angin biasa pun kalau kita bersihkan habuk nanti kipas tu kurang beban untuk berpusing maka lebih jimat elektrik jugak.
sama macam ahmadyani, saya pun jarang nampak barang mitsubishi. mungkin kurang pengeluarannya di malaysia?
belum berkesempatan utk mencuba produk2 keluaran Mitsubishi..mgkn lepas nie ingin mencuba utk memiliki peti sejuk jenama ini..
perkongsian yg padat & baik… minta izin ambil beberapa gambar ye… 🙂
Sejujurnya, saya amat jarang Nampak produk letrik Mitsubishi ini. Kedai elektrik yang dikunjung tak banyak jual produk ini. Apakah Mitsubishi ada kedainya tersendiri?