Entri ‘Toyota Prius turun harga’ kena ganyang
Teruk juga pasukan bola sepak Malaysia kena ganyang dengan pasukan bola sepak dari Indonesia dengan jaringan 5 gol berbalas 1 di Piala AFC Suzuki baru-baru ini. Memang diketahui stadium Bung Karno memang terkenal dengan fan finatik Indonesia. Pasukan kita dulu pernah buat kejutan dengan mengalah pasukan Indonesia aku tak ingat tahun bila pada ketika itu jaringan tunggal dihasilkan oleh Liew Kit Kong telah melenyapkan gema sorakan gempak gempita Bung Karno. Aku menonton perlawanan tersebut di Hotel Renaissance Kota Bharu. Aku dan kawan aku melompat kegembiraan diatas katil hotel nasib baik katil hotel tak roboh. Malangnya apabila bermain di halaman sendiri, pasukan kita kena belasah lagi teruk.
Apa yang nak diceritakan dekat sini aku kena ganyang spammer dari seberang bertubi-tubi untuk entri ‘Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu’ semalam. Terkejut juga ingat tetiba trafik laju macam China speed train CRH380 memecah rekod dunia dengan rekod kelajuan 416.6 kilometers/jam rupanya kena spam. Entri aku memang disalin bulat-bulat tanpa apa-apa perubahan memang rezeki dia biarkanlah
Aku memang sengaja disable Akismet kerana hendak mencuba keberkesanan spam filter yang baru dipasang iaitu plugin AntiSpamBee. Terima kasih AntiSpambee kerana menjalankan tugasmu dengan cemerlang sekali . Aku tak merancang hendak mencanang mana-mana antispam terpulang nak pilih memang banyak yang bagus-bagus diluar sana.
Artikel asli
Antara blog tiruan
Mengenai entri kena culik tadi aku tidak mahu bising-bising ibarat orang lain menjual nasi lemak adilkah kalau kita kata mereka meniru kita yang turut menjualkan nasi lemak. Kalau berbelas orang menjual nasi lemak kalau nasi lemak kita memang sedap orang akan datang kembali. Bagi aku ilmu hanya akan jadi sekadar informasi sahaja kalau kita tidak manfaatkannya. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Aku berbangga kerana entri aku mendapat perhatian di Seberang. Mungkin suatu hari akan ada cerita menarik dari Seberang aku harap pihak disana tidak berkeberatan mengkongsi entri nanti 🙂
sabo bro.. nanti derang kena gak tuh..
hehe. kantoi disitu. kak jie pun cakap die kena, dengan internal link sekali die copy. hoho
Itu masalahnya main salin 🙂
hehe… autoblog la kot… tp untung la gak sebb dapat link dari sume blog tu… 🙂
Tak pandai pakai auto blog dan takut kena ban nanti 🙂
autoblog tu teknik black hat seo kalau tak silap.
die akan copy paste entry.
ada yang aku jumpa, die copy paste entry, translate ke bm, translate ke bahasa lain, pastu translate ke english balik. bila baca memang tak faham pape. hehe
dah ketandusan idea la tu..tu yg sesuka hati plagiat tu…
Ingat 1 laman ja, rupanya lebih. Salin sungguh. 🙂
Sekurang2 artikel kita menarik perhatian mereka & semoga memperoleh manfaat bersama. Ini mungkin dari sudut positif.
Dari sudut negatif, memang tak patut. Bukannya susah pun nak bagi kredit. Hu2.
p.s: maaf jika agak emosi. 😀
Saya pun tak marah. Memang perkara ini biasa berlaku back to freeworld.
hehehe. Nak kena belajar lagi buat entri yang menarik. hehehe. Tunjuk ajarku sifuuu.
aku suspek aku tau pasaipa depa plagiat entry tu.hehe..
aku komen dalam pantun kali nie bleh bro?
Bukak Topi Duduk Semeja,
Minum “Copy” Makan Pasta,
Bukan Hobi Tapi Sengaja,
Akubiomed punya entry hebat tak terkata.
Saya nak membelas dengan pantun empat kerat,
‘Jangan puji melambung tinggi,
Nanti kacang lupakan kulit,
Tak sedar bermimpi disiang hari.
Apabila sedar sudah berpenyakit’
ini membuktikan yang blog ni pun gempak..
cayalah buat plagiat tu..hehe
Terima kasih. Ada otai-otai blog diluar sana yang hebat manakala saya ni picisan sahaja 🙂
no more picisan now..
sekarang semua enjoy berblogging..huhu
Alhamdulillah kalau my present disedari pun dah cukup baik
Bro untunglah juga bila dia bagi kredit.Silap-silap leh dapat trafik percuma kan.
haha. entry mcm tu pun kena plagiat. hebat ar bro.
p/s: popular le blog ni lepas ni. hehe
Amin, moga-moga dimakbulkan doa sempena sambutan Awal Muharram esok
a’ah kan..baru aku sedar.. kalau kita letak mana-mana link entry kita dalam entry kita yang baru then orang lain copy paste masuk blog diorang, secara automatik akan ada trackback kat blog kita.. boleh gak kita tau siapa yang copy.. wah idea baru ni bro! thanks
pasal gejala C&P ni lantak ar.. kita dah berusaha kan.. diorang nak buat gak apa leh buat..sabau je la
Memang ada link masuk pun
erm try buat macam bro kulanz tuh… ada orang kadan2 dia copy paste… pelik2 jer deme nieh… ramai gak indon yang buat…
wow blog memasak pun ada gak masuk isu anasir luar..hehehe
aku pun pernah merasa mcm ko rasa Bro bila artikel aku di copu n paste bulat2…sebijik tanpa ada penambahan yg menyatakan ianya diambil dari mana.
mula2 mmg aku sakit hati sgt.
tp, bila aku fikirkan balik, itu adalah antara artikel aku yang paling awal..melihat pada SEO dan tarikh, google lbh merelakan artikel asal berada di kemuncak.
so.lps tu, aku dah tak kisah sgt.
aku pun ada ambil juga dari blog org..
tp aku bgtau dari manA AKU AMBIL…yelah xleh nk cilop2 gitu jekn..
Faham ada situasi kita kekeringan ide.
dia ingat blog ko ni article directory kot? 😀
Haa..haa..sabar jer lah
wah
banyak betul orang copy yer
haih
aku kalau nak copy aku tanya dulu
tak pun aku letak nama2 blog mana aku copy
haih
sabar jer lah yer bro
P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa – Apa Perasaan?
Ilmu bukan milik saya seorang. I’m happy to share 🙂
yups
bagus lah tu bro….
alhamdulillah rela berkongsi
mana2 je ada je ko ye akublog? haha
sibuk laa ko ni sifoo.. Hahahaha..
Perghh.. Kena plagiat.. Cmtu pun bole ek? Kering idea laa tu..
Macam juga konsep perniagaan pun walaupun sama tidak boleh dikatakan ciplak kalau menggunakan jenama yang berbeza. Macam cerita kicap. Macam-macam kicap ada tapi berlainan jenama tak dipanggil ciplak walaupun dinamakan kicap.
Jangan jadi seorang wanita diluar negara mendaftar nama Matahari supaya orang lain tidak boleh gunakannya tak ke pening namanya nak panggil matahari dengan nama apa? Sang Suria 🙂
nak buat syarikat guna nama BERJAYA pun x bleh sebab sudah di’copyright. apa kes ayat kegunaan harian boleh di’copyright? lawyer diorang x baca AKTA copyright ke? bongok..
reply komen ni ko guna plugin apa? share link plis. hehe
Reply komen ni memang built in didalam theme ini
memang keji.. aku benci copy pasta ni. serius
Dunia internet adalah freeworld siapa sahaja boleh buat apa saja. Kita yang kena batasan sempadan
maknanya kau popular bro!
Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Ini Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan
Famous belum lagi. Blog saya semuda pucuk rebung kalau nak di banding otai-otai blog yang dah lama berkecimpung dunia blog
hahaha…kelakar la bro blog belajar memasak tiba2 post pasal kereta la plak..langsung tak niche la hehe…:)
Tuh ler pasal tak paham 🙂
uiihh!!!
habis semua dicetak rompak…
betul tu, xperlu nak melenting…
wooo ni dh ketegori blog glame ni, ok la tu
Femes kalau ditukar trafik. I like 🙂 tapi tak
biasa tu bro.. ramai yang buat kerja macam tu..
try search url bro di google.. mungkin boleh jumpa bnyk blog yang sedut bro punya entri..
Oh ye ker. Free world bukan milik saya mutlak
woahhh maknanya sgt berinfo lah entry tuh ;P
smpai dia boleh amik letak kt entry dia
hohoho
Cerita kereta hibrid mula minat saya menulis kerana pembentangan bajet 2011 ada menyatakan pemansuhan cukai untuk kereta hibrid di Malaysia
wah blog belajar masak tu pun tetiba boleh buat posting pasal kereta huhuhu
Tuh ler pasal. Macamana blog masak boleh cerita kereta hibrid 🙂
dia tersilap baca dapur elektrik kot 😀
Wah itu dah cukup bagus tu Bro,
maknanya bro dah dapat menarik perhatian blogger dari sana 😀
Hahaha.. entry macam tu pun kena plagiat juga ke? 🙂 Kalau nak rembat pun berilah kredit pada penulis asal..
Ada dia tulis sumber dari saya tapi heran dia buat blog lebih dari satu dengan artikel yang sama. Tak perlah rezeki dia
yang tu mungkin ada tujuan tertentu SEO kot ???
Mungkin juga kalau cara dia boleh membantu 🙂
Kalau ada tulis ok la.. Sejuk jugak hati 🙂
Tapi hairan bin artikel di yang sama di berlainan blog. Mungkin teknik baru kot. Jangan ban dengan Google tak pasal-pasal dapat tempias