• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / gajet / Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besar

Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besar

8th April 2013 by akubiomed 68 Comments

Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.

Bagi yang sudah berkeluarga peti sejuk sudah menjadi keperluan untuk di miliki bagi menyimpan sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan sebagainya supaya dapat memanjangkan hayat makanan dan tidak mudah cepat rosak.

Mitsubishi L4Grande

Peti sejuk satu pintu ketika mula-mula berkahwin.

Pengalaman saya ketika pada awal perkahwinan saya membeli peti sejuk satu pintu. Maklumlah baru mula hendak berkeluarga bajet pun agak terhad. Pada ketika itu sudah memadai untuk memiliki peti sejuk asas satu pintu. Sudah pasti ada kekurangan pada peti ais sejuk dengan ruang penyimpanan yang terhad dan tiada pengasingan ruang pembeku untuk daging, ikan dan ais meninggalkan bau. Defrost pula perlu dilakukan secara manual apa bila ais mula membentuk di ruang pembeku. Kekurangan ini bukan disebabkan jenama tetapi adalah kerana peti ais sejuk satu pintu adalah peti sejuk asas.

Peti sejuk satu pintu sudah tidak relevan apabila ahli keluarga bertambah.

Apabila keluarga semakin bertambah secara langsung pembelian barangan makanan turut bertambah memaksa saya membeli peti ais lebih besar dan mempunyai 2 pintu untuk pengasingan barangan makanan untuk disimpan ruang pembeku. Pembelian makan untuk disimpan tidaklah sekerap ketika memiliki peti ais satu pintu kerana kapasiti peti sejuk lebih besar.

Kalau membeli barangan elektrik saya ini selalu megambil perhatian ciri dan keistimewaan yang ada pada barangan elektrik tersebut. Kalau barangan elektrik mempunyai rating energy saver menjadi keutamaan kerana saya amat mementingkan barangan elektrik yang tidak menyumbang impak kepada rumah hijau.

Sempat juga saya intai-intai peti ais Mitsubishi Electric L4Grande gaya mewah dengan rekaan Door French berkapasiti 710L keluaran produk baharu keluaran Mitsubishi Electric.

Ada apa dengan peti sejuk Mitsubishi electric L4Grande.

Mitsubishi Electric terkenal dengan menghasilkan produk yang berinovatif melalui Misubishi Electric telah dilancarkan peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande bergaya mewah dengan ciri Large French Door gaya mewah iaitu mempunyai 4 pintu besar dan beberapa ciri nilai tambah untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.

Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande mempunyai ruang penyimpanan luas dan boleh diubah serta mempunyai unsur ergonomik

Antara ciri menarik yang perlu diambil perhatian adalah reka bentuk pintunya yang ergonomik bagi saya sangat penting dapat menghindar kecederaan dikawasan pinggang kerap membongkok mengambil barang makanan dan pergelangan tangan ketika mencapai pintu untuk membuka dan menutup pintu. Kedudukan ruang penyimpanan mudah dicapai dan boleh diubah suai mengikut keperluan adalah memberi nilai kepada Mitsubishi Electric L4Grande.

• Anti Bacteria Food Liner
Pengunaan lapisan lapik dalaman peti sejuk diperbuat dari bahan anti bakteria dapat menghalang pembiakan bakteria.

• Vitamin Factory
Memanjangkan kesegaran sayuran dan peningkatan vitamin sehingga 1.5x

• Door Alarm
Jika pintu tidak ditutup rapat akan berbunyi alarm amaran secara langsung tidak ada pembaziran tenaga. Macam anak saya selalu biarkan pintu peti sejuk renggang tidak tutup rapat.

• Door Auto Closer
Ciri keselamatan yang menarik dimana pintu sedikit terdedah akan tertutup secara automatik antara ciri keselamatan melindungi anak kecil. 

• LED Lamp
Pengunaak lampu LED sudah terbukti mengunakan tenaga rendah dan terang.

• Paparan panel Elektronik (Alarm, Temp Control, fungsi ECO)
ECO berfungsi mengurangkan pengunaan tenaga secara automatik diluar waktu puncak. Ciri pintar dikuasakan oleh mikroprosesor dapat membaca gaya pengunaan secara langsung dapat beroperasi secara optimum. Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande beroperasi secara senyap antara keunikkan produk Mitsubishi Electric ini.

AkuBiomed: Abang koning memang suka buka pintu sejuk Kalau tidak minum air yang tak berais memang tidak sah. 

Filed Under: gajet Tagged With: produk mitsubishi electric malaysia

Reader Interactions

Comments

  1. Raihanah Ahmad says

    19th November 2014 at 11:43 am

    boleh masuk dalam wish list ni

    Reply
  2. Hafizul says

    6th May 2013 at 10:52 am

    Sedap ni kalau dapat satu letak kat rumah..memang puas hati..haha

    Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:40 pm

      boleh letak kat rumah tapi ada rm le bro ahankss..

      Reply
  3. Ummi Hanie says

    26th April 2013 at 1:01 am

    mmg impian terpendam dpt peti sejuk sebegini….

    Reply
  4. dzuandiey says

    20th April 2013 at 8:19 pm

    serius!!…ia amat canggih…terpegun kejap.. 🙂

    Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:40 pm

      makin moden makin hebat peti ais skrg ni

      Reply
  5. Mus says

    15th April 2013 at 1:09 pm

    pergh.. canggih
    jenama mitsubihi saya pernah guna untuk automobil saja..

    Reply
  6. hafizmd says

    14th April 2013 at 12:19 am

    Mmg suka tgk peti sejuk saiz besor2 camni. Cuma bagi ambe yg punya keluarga kecil dan tak suka simpan makanan lama2 dalam peti, jadi peti sejuk kecil sudah memadai =)

    tp kalau dapat sebijik, mau tidur depan peti…hehehe

    Reply
  7. nafisa81 says

    12th April 2013 at 9:56 am

    boleh main nyorok-nyorok

    Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:41 pm

      hati-hati ada yang terkena renjatan elektrik nnti ahanks

      Reply
  8. Ummi Hanie says

    11th April 2013 at 4:05 pm

    bila family makin membesar, keperluan berpeti sejuk besar semakin tinggi

    Reply
  9. Ummi Hanie says

    11th April 2013 at 3:52 pm

    haha,,, mmg normal klu psgn baru berkahwin, sudah tentu peti sejuknya satu pintu saja…

    Reply
  10. mekar says

    11th April 2013 at 1:10 pm

    Peti ais skrg dah macam saiz almari. Memang memudahkan utk sumbat segala bhn makanan supaya mknan tahan lama. sya yg dok 2 org pun peti selalu penuh.

    Reply
  11. hafizrahim says

    9th April 2013 at 5:58 pm

    zaman dah moden..peti pun makin moden..teringin nak beli peti besar2..tapi tak tau nak isi apa..yang ada sekarang ni pun banyak lagi ruang kosong..kena tunggu anak ramai sikit..hehehe

    Reply
  12. hafiz says

    9th April 2013 at 1:56 pm

    besar betul dah macam pintu rumah dah…

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:26 pm

      boleh muat orang dah.hhehe

      Reply
  13. Juan says

    9th April 2013 at 12:28 pm

    harga ni RM5K tuhhh

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:32 pm

      mahal tapi mungkin berbaloi ye…

      Reply
  14. staibaqhang says

    9th April 2013 at 10:46 am

    boleh masuk orang nih… besaq gila

    Reply
    • suri says

      9th April 2013 at 12:38 pm

      anak2 kecil agak2 sama paras

      Reply
  15. Kamal Mustafa says

    9th April 2013 at 9:06 am

    Wah…Bro Azrin siko tue bafikir orang eh, gadang poti es eh tue ha.

    Reply
    • suri says

      9th April 2013 at 10:40 am

      baru puas hti utk sebuah keluarga yg ramai

      Reply
  16. tips says

    9th April 2013 at 5:47 am

    bestnya kalau kawen nanti dapat hadian ni. hoho!

    Reply
    • suri says

      9th April 2013 at 10:41 am

      mahal ni klu jadi hadiah kwin hee tpi mana tahu klu2 rezeki dpt masa tu mau gak tergamam

      Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:35 pm

      Memang hepi kalo dapat hadiah kahwin macam ni.. dapat jimat byk duit.hehe

      Reply
  17. papa mifz says

    9th April 2013 at 2:30 am

    fuh smartlah peti sejuk tuh…

    Reply
  18. titan says

    8th April 2013 at 6:28 pm

    huh..awek peti sejukkk..

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:32 pm

      Awek penyeri sahaja.

      Reply
    • suri says

      9th April 2013 at 10:42 am

      sakit mata gua 🙁

      Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:54 pm

      kalau titan..awek tu yang dipandangnya..hehe

      Reply
    • Ummi Hanie says

      11th April 2013 at 4:08 pm

      awek tu skali pandang mcm Diana Rafar je

      Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:41 pm

      awek sakitkan mata encik titan huhu…

      Reply
  19. the malay male says

    8th April 2013 at 5:47 pm

    comel awek yg jadi model tu…. huhu

    Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:42 pm

      saya rela buat-buat tidak nampak hee..

      Reply
  20. Bean Moreno says

    8th April 2013 at 4:34 pm

    mesti mahal ice box ni…

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:33 pm

      Saiz, teknologi dan elegan padan dengan harga.

      Reply
      • suri says

        9th April 2013 at 10:43 am

        jangan belas ribu tak ? heee… yang bujang usah bermimpi nak beli klu ramai rasa mmg byk manfaatnya

        Reply
  21. zool says

    8th April 2013 at 4:31 pm

    besau peti sejuk ni.. leh tido dalam kalau rasa panas.heheheh

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:54 pm

      boleh mengeras dalam peti sejuk tu..hehehe

      Reply
    • suri says

      22nd May 2013 at 3:43 pm

      boleh muat ker bro zool haaaa

      Reply
  22. TehR says

    8th April 2013 at 4:20 pm

    dah terlebih besar ni
    aga2 berapa ‘poket’ nak kena bawa gi kedai ni, bro?

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:38 pm

      Harga padan dengan saiz. Ibarat memiliki Alphard.

      Reply
      • suri says

        22nd May 2013 at 4:02 pm

        haa, begitulah sekarang punya kata..makin besar, makin banyak fungsinya

        Reply
  23. Hazmin Hamudin says

    8th April 2013 at 3:51 pm

    Besar peti ais ni. Kalau yang jenis shopping banyak memang sesuai ni.

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:41 pm

      Kurang perbelanjaan minyak, parking dan kesesakkan kerana boleh simpan stok yang banyak untuk jangka masa yang lama. Apa yang penting kesegaran tetap terjamin dan lebih vitamin.

      Reply
      • suri says

        9th April 2013 at 10:44 am

        byk model terjamin dan lebih vitamin sb tu salah satu penelitian harus ambil. kalu bijak membeli mesti menang memakainya.

        Reply
  24. Sop says

    8th April 2013 at 3:33 pm

    Tadi ada tengok kat bloh kak yan peti ais ni
    menarik
    boleh simpan stok setahun nih… heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:42 pm

      Simpan setahun mustahil tetapi boleh mengurang kekerapan membeli barangan segar.

      Reply
      • suri says

        22nd May 2013 at 4:09 pm

        setahu silap2 makn kat bahagian belakang tak sedar masih ada baki lagi atau yg tak berusik lansung

        Reply
  25. Denaihati says

    8th April 2013 at 3:18 pm

    pintu pun tutup automatik, bagus feature ni sbb anak2 selalu buat2 lupa tutup rapat…

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:43 pm

      Salah satu fungsi keselamatan yang inovatif.

      Reply
    • hafiz says

      9th April 2013 at 1:57 pm

      yeke…anak saya selalu sgt lupa tutup pintu peti ais ni..

      Reply
  26. HafizAmri says

    8th April 2013 at 2:34 pm

    peti ais ni besar… harga dia pun mesti besar kan.. hehe

    Reply
  27. Norasikin says

    8th April 2013 at 2:07 pm

    Baru lagi tengok peti air 2 pintu offer kat courts online. Pastu pegi kat courts untuk tengok dengan mata kepala sendiri. Bila dah puas hati, bukak balik courts online untuk beli sbb harganya lebih murah. Tapi kempunan, offer dah tamat. Skrg ni tengah fikir model lain untuk hadiahkan pada ibu.

    Reply
  28. WRizuan says

    8th April 2013 at 2:05 pm

    Harga dalam berapan RM ni bro..?

    Reply
  29. suri says

    8th April 2013 at 11:40 am

    adakah admin bercadang utk mmbeli salah satu dr hasil tinjauan?

    Reply
  30. wahida says

    8th April 2013 at 11:30 am

    wow…besarnya….menarik sungguh….

    Reply
  31. sukma says

    8th April 2013 at 11:02 am

    sukanya peti sejuk nie…besaunya….berapa harga nie…?

    Reply
  32. anif says

    8th April 2013 at 10:32 am

    Besarnya.. Kalau anak masuk dalam tu pun boleh tak perasan! 😀

    Reply
    • suri says

      8th April 2013 at 11:27 am

      silap2 blh sejuk beku dlm tu haaa

      Reply
  33. hatiputera says

    8th April 2013 at 9:08 am

    Saya pun masih lagi dengan peti ais satu pintu yang dibeli semasa mula-mula mendirikan rumahtangga lebih kurang 10 tahun dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:47 pm

      Keluarga sudah ramai jadi ada keperluan untuk mendapatkan peti sejuk lebih besar disamping dapat mengurang kekerapan membeli barangan segar.

      Reply
  34. cikgu naman says

    8th April 2013 at 1:19 am

    Masih dengan peti ais satu pintu. Sebab masih elok, sayang pulak nak tukar..hehe..Tapi memang bestlah peti ais ni

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 3:55 pm

      Aya punya pun, masih peti sejuk ala-ala 90 an je..hehe

      Reply
  35. donnyien says

    8th April 2013 at 12:41 am

    Keluarga besar memang sesuai guna ps ni..

    Reply
  36. suri says

    8th April 2013 at 12:10 am

    sesuai utk keluarga besar. byk barang2 makan mentah atau segar blh muat naik heee jangan tak sedar ada mkn tariklh luput dah le heee..maklumlah terllu byk msuk mkn dlm peti ais hee

    Reply
    • akubiomed says

      8th April 2013 at 9:49 pm

      Perlu diambil perhatian tarikh luput.

      Reply
  37. suri says

    8th April 2013 at 12:07 am

    ini stok utk satu bulan blh lepas kot heee

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in