• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011

Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011

20th November 2011 by akubiomed 23 Comments

Pingat perak sudah didalam genggaman di perlawan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia vs Indonesia.

Malaysia vs Indonesia di pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea 2011

Pingat perak sudah pasti didalam genggaman skuad Harimau Muda. Hanya sedikit usaha diperlukan untuk menukar pingat perak kepada kilauan emas di  pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea edisi 2011. Tandukan Ahmad Fakri Saarani yang menerjah menanduk masuk bola ke dalam gawang pintu gol pasukan Myanmar umpama harimau menerjah mangsanya melayakkan skuad bola sepak negara bimbingan Ong Kim Swee ke pertemuan akhir penentuan emas atau perak hari Isnin minggu hadapan antara acara akhir sebelum tirai Sukan Sea 2011 dilabuhkan.

Pertemuan Malaysia vs Indonesia antara acara akhir sebelum tirai Sukan Sea 2011 dilabuhkan

Stefan Hansson jurulatih The White Angels – Myanmar

Gerakan ciptaan Izzaq Faris Ramlan yang di masukkan separuh masa kedua merampas bola di kaki pemain Myanmar menjadi titik tolak kepada penghasilan gol oleh tandukan Fakri Saarani yang menyudahkan dengan tandukan gol pada minit ke 85. Kemenangan Malaysia 1 – 0 ke atas Myanmar telah menafikan peluang Myanmar yang  dipimpin oleh jurulatih asing iaitu Stefan Hansson dari Sweeden terpaksa berputih mata untuk melangkah ke pertemuan akhir bola sepak Sukan Sea. Malaysia bakal bertembung sekali lagi dengan skuad Garuda yang turut layak dengan kemenangan 2 – 0 ke atas pasukan Vietnam malam tadi.

Skuad bola sepak Indonesia bimbingan Rahmad Darmawan nampak lebih bernafsu untuk menewaskan Malaysia di pelawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia vs Indonesia bagi menentukan pingat emas dan perak. Kemenangan besar pasukan Indonesia ke atas pasukan Vietnam memastikan Indonesia ke perlawanan akhir bagai mahu membalas dendam kerana kekalahan diperingkat kumpulan A tempoh hari di tangan skuad Harimau Muda.

Ong Kim Swee jurulatih Harimau Muda

Aku yakin perlawanan akhir antara Malaysia vs Indonesia lebih menarik kerana masing-masing mempunyai misi dan menunjukkan siapakah jaguh Asia Tenggara. Tidak kira samada skuad Harimau Muda atau skuad Garuda akan bermain matian-matian di pertemuan akhir perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 pada hari Isnin ini di stadium Bung Karno.

Rahmad Darmawan jurulatih Garuda Muda

Kebanjiran peminat fanatik Indonesia akan memberi tekanan psikologi kepada skuad Harimau Muda. Aku yakin skuad Harimau Muda mempunyai kekuatan mental yang jitu kerana pengalaman yang dikutip ketika menewaskan Indonesia di peringkat kumpulan mampu menyerap provokasi penyokong tuan rumah. Sudah tentu skuad Indonesia lebih tertekan kerana bermain di halaman sendiri dan depan penyokong mereka yang mahukan pingat emas pelengkap sebagai tuan rumah anjuran Sukan Sea edisi 2011.

p/s: Kedua-dua pasukan dibimbing jurulatih tempatan antara fakta menarik pertemuan Malaysia vs Indonesia.

Sila tekan butang kongsi:

  • Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Nov
  • Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia
  • Keputusan bola sepak Sukan Sea Malaysia juara kumpulan A

Filed Under: blog Tagged With: bola sepak, sukan sea

Reader Interactions

Comments

  1. kerol says

    23rd November 2011 at 2:33 pm

    tenang mental2 pmain harimau muda..x mudah melatah..

    Reply
  2. ohcikgu says

    22nd November 2011 at 1:26 am

    huhu..akhirnya Malaysia memang setelah penat bertahan. Tapi betullah, siapa pemain banyak bertahan masa dalam game dan berlarutan ke penentuan penalti, biasanya team yang banyak bertahan tu yang menang. Dah banyak bukti dan contoh kita boleh lihat. Dalam Piala Dunia, Copa Amerika dan sebagainya dan hari ini, Malaysia dah buktikan. Aku rasa kita patut bersyukur, khairul fahmi muncul sejak 2 tahun lepas. Jarang kita ada keeper terer yang kuat instinct macam dia. Bukan main lompat-lompat aje..

    Fakri malam ni tak menjadi sangat walaupun banyak peluang. Risau gak tengok. Tup, penalti pun tak leh score..memang dia kena masuk kelas psikologi lah lepas nih..

    tahniah pada badrol dan asrarudin dan apek. Diorang hebat malam ini 🙂

    Reply
  3. Kamal Mustafa says

    21st November 2011 at 8:51 pm

    Harap2 Harimau Muda Berjaya malam nie….Amin…

    Reply
  4. hafizmd says

    21st November 2011 at 4:16 pm

    kita sama2 tunggu depan tv malam ni…hrap pemain dapat serap tekanan dan sorakan penonton garuda

    kita lenyapkan suara mereka….ayuh harimau!!!! aummmmmmmmmmmmm

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2011 at 7:02 pm

      Saya percaya mental Harimau muda tinggi cuma perlu lebih agresif menyerang ke gawang skuad Garuda muda.

      Reply
  5. suri says

    21st November 2011 at 1:50 pm

    go!! go!! harimau mudah NguMMMMMM…

    Reply
  6. suri says

    21st November 2011 at 1:43 pm

    saya mahu Malaysia menag juga hee.Amin..jom tgok

    Reply
  7. sentap says

    21st November 2011 at 11:05 am

    tak sabo nk tunggu game start….

    Reply
  8. Zida says

    21st November 2011 at 1:40 am

    eh isnin ni pukul berapa ekk? kitorang nak tengok live dari cairo. heheh

    Reply
  9. nina says

    21st November 2011 at 1:01 am

    Aku xkisah sgt sape menang…tp aku jdi benggang kalo tgk penyokong indon yg bajet bagus….jadi malaysia kena bagi menang….bisukan penyokong2 indon yg kurg adab…..malaysia boleh!!!!

    Reply
  10. tehr says

    21st November 2011 at 12:57 am

    esok
    masak awal
    makan awal
    jaring gol awal
    hahaha

    Reply
  11. Norasikin says

    20th November 2011 at 9:12 pm

    Esok, kedai mamak akan dipenuhi mat indon lagi. Daripada reaksi warga indon kat kedai mamak yang saya lepak, saya rasa anak-anak harimau esok balik naik barracuda

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 10:12 pm

      Sudah tentu Harimau Muda akan menaiki Barracuda sekali lagi. Kalau emas menjadi milik kita tentu dapat melenyapkan laungan keramat peminat fanatik Indonesia di stadium Bung Karno.

      Reply
  12. Nur says

    20th November 2011 at 7:57 pm

    bila final ni?

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 10:13 pm

      Malam esok jam 8.30 malam.

      Reply
  13. titan says

    20th November 2011 at 6:33 pm

    geng penyokong ni yang aku tak leh terima nih. kalau pemain dia, aku suka gak tengok pemain indonesia main..ada style gak. tapi penonton dia..memang takde style. bongkak habis..siap boo lagu negaraku masa tengah menyanyi. bukan tak leh dok diam kejap kerr??

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 10:14 pm

      Betullah bro penyokong skuada Garuda Muda ini kurang kacaklah. 🙁

      Reply
  14. Miss Yati says

    20th November 2011 at 4:49 pm

    Selamat berjaya utk pasukan negara. Biar macam mana pun serangan perang psikologi, teruskan dengan semangat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 5:36 pm

      Setakat ini skuad muda kita mempunyai mental yang kuat lihat ketika mengalahkan skuad Indonesia ketika kelayakkan kumpulan A.

      Reply
  15. azura says

    20th November 2011 at 4:12 pm

    positif untuk memiliki pingat emas….bola sepak acara paling unggul dan jadi sebutan…perasan tak sang garuda dah mula gelar diri garuda muda nak samakan dengan harimau muda kita…gaduh lagilah kat youtube….

    Reply
    • akubiomed says

      20th November 2011 at 5:35 pm

      Malas hendak fikir provokasi penyokong Indonesia. Biarlah kemenangan skuad Harimau Muda dapat melenyapkan suara mereka yang lantang itu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in