Persiapan pra pernikahan
Bagi yang mengikuti blog AkuBiomed tentu sudah perasan dengan gambar Wordless ednesday persiapan pelamin pra pernikahan adik ipar. Majlis akad nikah yang bakal berlangsung hujung minggu ini.
Adik ipar perempuan saya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya. Majlis akad nikah akan berlansung pada malam Sabtu dirumah arwah mentua saya.
Bimbang banjir kilat.
Saya dan keluarga telah bertolak untuk balik kampung pada malam Jumaat untuk persediaan pra perkahwinan adik ipar. Syukur selamat sampai malam tadi walaupun ada kebimbangan banjir kilat berlaku kerana pada hari Khamis hujan boleh dikatakan lebat. Bimbang banjir kilat yang berlaku didepan IOI Mall di Puchong baru-baru ini.
Sudah 3 hari saya dilanda selsema dan terdaya untuk mengadap laptop menulis entri. Lepas spray ubat didalam hidung terus mata menjadi berat. Akhirnya tutup laptop dan terus tidur.
Persiapan semua dibuat dengan kerjasama adik-beradik. Lebih menguntungkan 2 adik ipar lelaki saya berkebolehan mengandam, memasang pelamin dan mengubah hantaran. Jangan sangka tangan lelaki yang keras tak lembut untuk menghasilkan gubahan dan solekan.
AkuBiomed: Salam siaran dari kampung.
salam dik,
bunga kembang mekar tu apa nasibnya sekarang ni? masih ada lagi atau sudah di let go? mcm berkenan la pulak..cantik.
Bunga-bunga akan digunakan semula untuk susun atur hiasan yang berlainan pula.
ahaha, naek pelamin dah malas turun ek
ramai orang buat trend pelamin camtu sekarang. sofa bentuk curve2 gitu..
Semoga segalanya berjalan dengan lancar… Amin..
Amboi sempat lagi dia posing atas pelamin tu..hehe..semoha bro cepat sembuh..hehe..dan perjalanan akad nikah dan majlis tu berjalan dengan lancar..seronok tu dapat cuti..hehe
bro dah duduk kat pelamin tu jangan pulak berangan nak buka cawangan
hehe
Hehehe..ni jangan angan-angan bro..kan tak pasal kepala jadi pusing2..haha
sudah pasti dapat jimat banyak kan apabila andaman, pelamin dan gubahan hantaran dibuat sendiri…
perghh! pra perkahwinan je gambar dah cantik camtu. belum ada pengantinnye lagi tu.
Amboiii… taknak turun pelamin..??
Cantik pelamin.. Nurul suka, simple tapi sangat Gah.. Moga majlis berjalan dengan lancar..
Emm cantik kan?simple dan menarik..hehe
untunglah kalau camtu..dah untung banyak dah tu
klu sewa mahai..hb akak kata..duk x sampai satu jam
tak berbaloi
bersanding lagi..
Kenduri kahwin memang banyak kerja nak buat, Syukur kalau ada sanak saudara ipar duai yang menolong. Ringan kerja sikit.
Semuanya dilaksanakan secara gotong royong.
Emm macam suasana kat kampung saya..seronok bila ada majlis..org akan bergotong royong..sagat meriah..hehe
Pelaminnya nampak simple dan kemas. Cantik. Saya dah lama tidak ke majlis perkahwinan dekat sebelah pantai barat Malaysia. Maklumlah belajar dekat pantai timur. 🙂
Pelamin belum siap lagi esok baru siap sepenuhnya gubah oleh adik ipar.
wow, tahniah buat adik ipar bro
pelamin anganku dulu lain sekarang lain….selamat mendapat biras…
masa akak aku kahwin..baru lah aku tahu..penat rupanya uruskan kahwin adik-beradik nih. haha..
Memang ler bro. Lepas ini mereka pula berpenat untuk majlis bro. 🙂
mesti seronok kenduri ramai-ramai berkumpul… best best…semoga majlis berjalan dengan lancar & selamat & tak hujan.. Amiinn 🙂
Harap cuaca baik esok.
ooo adik ipar yg bernikah rupanya..
Wah3…cantik je pelamin .. sangat menarik di pandang 🙂
Tahniah kepada adik ipar bro dah kahwin 🙂
Selamat berkenduri utk bro AB sekeluarga. Moga2 semuanya dipermudahkan Allah dan diberkati..ameen
Seronok yer…hehee
naik pelamin tak nak turun-turun….he he .. adakah tanda nak naik pelamin lagi. selamat pengantin baru buat adik ipar bro.
hahahahahahhaa
Sudah lama tak duduk pelamin bro Denaihati. Sekali duduk tak mahu turun pula. 🙂
waaahhh.. semua photo pakai insta place.. hehehehe
Senang. Nanti nak edit tak sempat hendak terbit entri. 🙂
tahniah kepada adik ipar…
Sama-sama. 🙂
moga cepat sembuh..tu tanda Allah sayang pada kita, diberikan selsema supaya kita lebih mensyukuri nikmat kesihatan..
masa cuti CNY baru2 ni saya pun tidak sihat juga. syukurlah ada insan2 yang sentiasa mendoakan kesejahteraan & yang terbaik untuk diri saya..
cantiklah juga hasil gubahan mereka tampak sekata pelamin bunga kiri dan kanan tu
Pelamin belum lagi siap sepenuhnya. Masih ada lagi yang belum digubah.
ha..dalam tak sihat sempat gak update blog. tahniah sb tegar dlm blog masing2 hee..mmg sukar utk di lupakan walau bercuti ..pi mna sekalipun asyik ingat2 blog jer.semoga cepat sembuh ya
Ide entri banyak rasa rugi pula kalau tak menulis di blog. 🙂
Terbaik bro. Kalau tak baca sehari, kami pulak tertunggu2 gambar2 cantik dan citer menarik drp AB =)