Kerap menukar berus gigi kegunaan harian.
Rutin harian selepas bangun tidur adalah memberus gigi. Dari mula meletakkan ubat gigi sehingga gaya memberus gigi masing-masing mempunyai gaya tersendiri.
Ada yang suka memberus gigi dengan buih ubat gigi yang banyak macam mandi mengunakan sabun yang berbuih banyak. Begitu dengan ubat gigi ada yang suka perasa pudina, ada yang suka ubat gigi berasaskan kayu sugi, ada yang suka ubat gigi yang ada perlindungan kaviti 24 jam, ada yang suka mempunyai ubat gigi yang mempunyai kandungan pemutih gigi.
Pernah tak anda mengambil masa membelek jenis ubat gigi dan jenis berus gigi ketika membuat pembelian? Cuba anda berhenti sebentar berhenti membaca posting ini dan ke bilik air. Periksa berus gigi kegunaan harian. Cuba lihat keadaan berus gigi anda adakah berus sudah kembang atau masih didalam keadaan baik? Bila kali terakhir anda menukar berus gigi anda?
Hal ini amat remeh pasal berus gigi pun nak dijadikan cerita kerana saya pun terkena apabila menghadiri satu ceramah mengenai kebersihan diri. Penyampai penceramah telah menanyakan soalan kepada yang hadir apa bila kita hendak pergi kerja bukan main lagi kita mandi, memakai wangian, baju dan seluar telah digosok rapi dan rambut disikat kemas tapi malangya kita masih bangun pagi memberus gigi dengan berus gigi yang sudah kembang berusnya.
Tukar berus gigi setiap 3 bulan.
Kalau berus gigi sudah kembang berusnya jadi tukarlah. Tips amalkan tukar berus gigi setiap 3 bulan sekali bagi memastikan berus gigi dapat berfungsi dengan berkesan ketika memberus.
Salah satu punca nafas berbau kerana mengunakan berus gigi yang tidak efektif membersih sisa makanan dan plak pada gigi. Ambil masa semasa membeli berus gigi dengan membeli berus yang berbentuk terus kerana ia dapat membersih celah antara gusi dan gigi dengan berkesan
peringatan yang berguna. Lagipun gigi tu mahkota senyuman..hehe. Appointment ngan dentist 6bulan sekali pun kena ada dalam checklist gak 🙂
Seelok kena jumpa dentist tapi perlu ingat sekali jumpa dentist boleh tahan yurannya. Nasib baik company ada provide dentist yearly check up. Dapat buat scaling
orang rumah aku cukup sensitif kalau bab ni, dia memang akan tukar setiap 2-3 bulan sekali, termasuk berus gigi aku..semua dia urus, haha
Elok ada assistant maklumler lelaki ada benda lebih besar nak pikir 😉
kucing pun pandai guna berus gigi
kalau ada manusia malas nak berus gigi, tak tahu la aku…
Aku rasa berus gigi sekrang cepat rosak berbanding dulu. Aku rasa dulu tahan gak 6 bulan baru kembang berus gigi tu. Tapi sekarang tak sampai 2 bulan berus tu dah mula mengembang. Apakah pengeluar berus saje buat macam tu supaya kadar pembelian berus gigi baru akan terus meningkat ? Aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. hehehe
Setuju dengan pendapat strategi pemasaran cuma guna berus gigi yang disyorkan
Berus-berus jugak.Nak baik lagi guna floss.
Flos pun satu amalan baik terutama selepas berus gigi kerana ada kawasan antara gigi tidak tercapai oleh berus gigi
keh keh keh..comelnya gambar yg 1st tu. elok guna yg medium jer, tak merosakkan 😀
Terima kasih byk2 kerana maklumat ini. Saya tukar kdg2 tak ikut bulan, tapi ikut keadaan berus gigi itu. Kembang sahaja, saya akan tukar. Bila gosok, barulah puas.
aku guna oral-b je..hehe…
Samalah kita. 😀
Saya kalau memilih dengan memilih jenis berus yang berbentuk tirus kerana helaian bulu berus dapat capai celah gusi
hurm nak beli berus gigi baru nie… yang lama dah lembut berus nya.. hehe ..2 bulan sekali tukar..
Saya ada masalah gusi haus gara memilih berus gigi jenis keras dan memberus dengan kuat. Sekarang ni lebih berhati-hati memilih berus gigi dan tidak menekan berus gigi dengan kuat.