• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pengalaman menulis blog

Pengalaman menulis blog

11th May 2012 by akubiomed 123 Comments

Mula menulis blog pada tahun 2008.

Pengalaman menulis saya blog bermula pada tahun 2008. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan membaca beberapa kejayaan blogger menulis di blog menjana wang dengan blog macam senang dapat duit. Keinginan untuk mengetahui cara menulis blog dan bagaimana buat duit dengan blog tetapi tidak tahu bermula dari mana.

Objektif menulis blog kerana mahu duit dari blog.

Saya merasa hairan bagaiman blogger buat wang dengan membuat blog duit dari rumah dan menjana duit dari blog. Ia menimbulkan minat saya untuk mengetahui cara buat duit dari rumah. Saya mempercayai blog adalah cara menambah pendapatan sampingan dapat duit cepat.

menyambut kelahiran Baby Aslah pada 2010
Kelahiran Baby Aslah pada 8 Nov 10 pernah dikongsikan di blog AkuBiomed

Saya mengunakan google search engine untuk mencari maklumat cari duit dengan internet sehingga terjumpa satu laman anak tempatan menjual buku ebook cara membuat blog dengan Word Press. Dengan bermodal RM50 saya membeli buku ebook pertama untuk belajar cara menulis di blog. Bermula saat itu saya mengikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Saya membina blog dengan mengunakan platform Word Press dengan membeli pakej hosting dari NetKL dan sehingga hari ini saya masih setia dengan NetKL. Apa bila berjaya membina blog dengan hasil usaha sendiri dengan hanya membaca buku ebook panduan menulis blog yang dibeli pada harga RM50.

Abang Koning menjadi coretan utama di blog AkuBiomed

Ntah macam mana mood menulis blog menurun sehingga saya menguburkan domain yang dibeli begitu sahaja.  Ini gara-gara mahu buat duit melalui blog. Kemudian saya membuka blog dengan blogspot dengan harapan boleh buat duit dengan blogspot. Saya mendaftar Adsense untuk buat duit dengan google dan berpendapat menulis blog dengan blogspot boleh dapat duit tanpa modal. Sekali lagi saya bermula dari bawah kerana platform Word Press dan Blogspot berbeza.

Merakam peristiwa penting yang berlaku pada famili AkuBiomed

Saya juga terlibat dengan beberapa laman program buat duit luar negara yang menawarkan peluang cara-cara buat duit yang menjanjikan cara buat duit mudah. Caranya mudah adalah dengan klik iklan dapat duit yang disiar beberapa minit dapat buat duit cepat tetapi apabila sampai untuk cash out macam-macam alasan yang diberikan dan ada termasuk laman tersebut tidak boleh di akses. Saya berasa tertipu dengan rahsia buat duit dengan internet.

Menikmati kambing dalam dulang di Dubai

Pada tahun 2010 saya menulis blog semula tetapi dengan mengunakan nama domain baru dan masih memilih hosting NetKL sekali lagi untuk  pembinaan blog baru. Kali ini saya tidak meletakkan wang adalah agenda utama. Saya kembali  menulis blog. Blog Cikgu Dahlia adalah sumber saya mendapat senarai untuk membuat blogwalking selepas membaca tips menulis blog daripada Red Mummy mengenai membuat blog walking untuk cara blog kita dikenali dan untuk mendapatkan trafik blog.

Baby Aslah dan blog AkuBiomed seusia

Saya menyertai contest dan give away sebagai satu cara untuk memperkenalkan blog. Hasil penyertaan saya dapat duit blog dan ia ibarat duit segera. Saya mula mengenal dan belajar untuk menulis blog dengan lebih baik setelah mengenali beberapa blogger tempatan. Dari Bro Etomyam saya dapat tip trik blog dan beliau banyak berkongsi ilmu seperti, alexa blog ranking, backlink blog, free pagerank checker dan diblog ini saya praktiskan tip blog yang dipelajari. Kemudian saya mengenali bro Kulanz, bro DenaiHati, Kak Jie dan Yanmie tempat sumber saya mengali ilmu blogging pada awal saya membina blog.

Setiap orang mempunyai kisah silam ketika mula-mula menulis blog. Apa yang saya dikongsikan didalan entri ini boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.

Antara produk E-book yang menjadi rujukan ketika mula-mula membuka blog mengunakan nama domain dan hosting. Saya masih merujuk e-book ini kerana kandungan masih relevan. Yang menarik e-book ini adalah langkah-langkah membina blog diterang dengan satu persatu supaya yang tidak mempunyai pengalaman berjaya membina blog. Turut disediakan forum untuk berpeluang menanyakan soalan dengan penulis dan pengguna e-book ini.

  • Rahsia mudahnya buat duit dengan Affiliate program
  • Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdb
  • Blogger yang dikagumi dari kacamata akubiomed

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. ciklaili.com says

    28th December 2012 at 12:52 am

    syabas & tahniah. setiap usaha yg gigih pasti akan mendapat hasilnya..
    moga blog ini akan terus maju jaya di masa akan datang..

    Reply
  2. mrazydy says

    1st June 2012 at 11:13 pm

    kalau boleh nak jadi pro macam bro..

    Reply
  3. mrazydy says

    1st June 2012 at 11:12 pm

    saya mula nak blogging tahun 2008, beli pakej kit blogging dari saudara smartzul.. puluhan rinngit je masa..tapi blaja tak habis sebab terpaksa kursus di luar negara.. bila balik blur..dan atas sebab sibuk kerja lupa terus pasal blogging.. tapi awal tahun ni timbul balikm persaan tu..tu yang join seminar wordpress tu..alhamdulillah..daptlah knowledge sikit..

    Reply
  4. Hafizul says

    29th May 2012 at 4:51 pm

    Emm menariknya kisah ni..hehe….best membacanya..rasanya 2 kali dah sy baca entri ni…bila la pondok kecil nak jadi smp tahap ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2012 at 1:26 am

      Oh ye ker. Terima kasih. 🙂

      Reply
  5. puan kutu says

    22nd May 2012 at 2:24 pm

    comel2 semua anak biomed ke?mm semua org ada sejarahnya tentna gblog.semuanya manis utk dikenang kan..

    Reply
  6. cik tom says

    19th May 2012 at 10:00 pm

    cik tom mula2 suka2 je..bila tau ada peluang nak jana duit dari blog turut cuba nasib..sambil2 berblog boleh juga tambah duit..

    Reply
  7. hafizmd says

    18th May 2012 at 5:36 pm

    Terbaik Bro AB!

    Pengalaman memang cukup mahal dalam hidup kita. Moga Bro AB terus komited dan konsisten dalam arena blogging. ni…yeahhh!

    Selamat berjaye yer

    Reply
  8. Anarm says

    16th May 2012 at 11:34 am

    aku pon mula blogging tahun 2008 jugak..

    Reply
    • cik tom says

      19th May 2012 at 9:59 pm

      tengok ramai blogger otai start blogging tahun 2008..mmg hebat2..

      Reply
  9. titan says

    14th May 2012 at 9:08 pm

    setiap orang..ada aje cerita mereka. Aku suka entri macam ni. mana butang like nih..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 9:58 pm

      Ada butang Like didalam entri ini. 🙂

      Reply
      • cik tom says

        19th May 2012 at 9:58 pm

        cik tom pun nak like..suka entry bro biomed..

        Reply
  10. Din says

    14th May 2012 at 8:50 pm

    sama lah kita…
    buat blog sbenarnya nak duit kan?
    ada jugak yg kata buat blog untuk suka2..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 9:58 pm

      Mana-mana tidak salah kerana bergantung kepada niat. Kalau niat tujuan baik maka baiklah dapat.

      Reply
  11. onlajer says

    14th May 2012 at 7:33 pm

    dulu – dulu tak berapa nak kenal blog personal macam ni yang selalu diterjah blog yang boleh download komik je

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 9:59 pm

      Blog personal lebih kepada coretan peribadi.

      Reply
  12. kak ina kl says

    14th May 2012 at 4:13 pm

    Jika niat nak dapat duit cepat bila berblog rasanya payah nak dapat. Kena pelajari teknik dan tip dan update blog selalu..insyallah akan berjaya juga nanti. ooo kamu dan akak berkongsi tahun yang sama mula berblog ek

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:00 pm

      Bermula tahun yang sama tetapi kita baru mengenali. Terima kak Ina kerana sudi menjengah blog saya. 🙂

      Reply
  13. wazy says

    14th May 2012 at 2:07 pm

    Memang terbaiklah entri bro ni,macams aya jugak la,mnasa mula-mula berblog dulu,banyak buat research.Tahniah yer bro sebab semakin maintain dalam dunia blogging ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:01 pm

      Kalau hendak bertahan lama perlu menjadi diri sendiri.

      Reply
  14. Man says

    14th May 2012 at 1:30 am

    nampak macam sedap je makanan tu..nyum2..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:01 pm

      Memang sedap bro. Kalau hari-hari makan Beryani kambing boleh kopak duit. 🙂

      Reply
  15. ProfHariz says

    14th May 2012 at 12:56 am

    Sememangnya bukan mudah untuk menulis blog. Banyak cabangnya untuk berjaya. Kini saya akui bahawa akubiomed.com mmg sudah dikenali ramai 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:02 pm

      Biarlah orang mengenali diri secara perlahan-lahan.

      Reply
  16. Mekar says

    13th May 2012 at 9:27 pm

    Seronok baca pengalaman org. berbagai rentak dan ragamnya.
    Sya pun dulu nk buat blog, ada beli e-book dr zulfadli. alhamdulilah thasil juga blog personal walaupun merangkak.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:03 pm

      Saya pun merujuk ebook beliau pada masa awal-awal dahulu membina blog dengan Word Press di hosting.

      Reply
      • hafizmd says

        18th May 2012 at 5:37 pm

        Nampaknya, kita punya sifu yg sama. SmartZul =)

        Reply
  17. chii says

    13th May 2012 at 12:43 am

    satu pengalaman yg menarik…chii pun x pernah lg beli mana2 ebook ttg blog..=)

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:03 pm

      Chii lagi hebat. Kira otai juga tuh. 🙂

      Reply
  18. Bro Framestone says

    12th May 2012 at 11:45 pm

    Rasanya pada tahun 2007 & 2008 wujud banyak blog entrepenuer yang berkongsi rahsia menjana duit dari blog.

    Dari situ bro kenal dengan Rohaizad.com Myjazmanie.com etc

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:04 pm

      Pada zaman tersebut beberapa anak melayu sudah nampak peluang yang ada pada blog boleh pergi jauh.

      Reply
    • hafizmd says

      18th May 2012 at 5:39 pm

      Dua nama yg cukup besar. Mereka mmg blogger sejati.

      p.s-lama tak dengar khabar bro etomyam

      Reply
  19. padin says

    12th May 2012 at 11:00 pm

    hehee, apa yang aku boleh tulis, bro memang tak mudah kalah tak kira dalam berblog atau perkara lain… bagus bro.. moga boleh jadi motivasi dan tauladan kepada pembaca 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:05 pm

      Saya pun ada masa turun naik tetapi cekalkan hati menulis blog untuk menhiburkan hati.

      Reply
  20. azura says

    12th May 2012 at 10:19 pm

    the best bro azrin maaf lambat komen kerana sibuk sedikit… kadangkala bila kita jujur walaupun dalam bidang penulisan tetap memperlihatan sikap dan identiti kita yang sebenar… terima kasih banyak2 kerana join contest saya ini…saya amat hargai penyertaan sahabat blogger…

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2012 at 10:05 pm

      Terima kasih kerana menerima penyertaan saya. 🙂

      Reply
  21. nizamghazi says

    12th May 2012 at 7:50 pm

    #Pengalaman yang jujur.
    Okay saya buat kesimpulan :

    Menulis biar ikhlas dan kerana minat atau hobi.
    Lama kelamaan duit akan datang sedikit demi sedikit.
    CONTENT adalah the most important than traffic – kerana apabila readers meminati apa yang ditulis nescaya secara auto readers tadi akan kembali lagi.

    Blog Walking juga cara terbaik 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2012 at 8:17 pm

      Menulis dari hati tentu pembaca akan kembali lagi. Blog walking perlu disiplin. 🙂

      Reply
  22. syira says

    12th May 2012 at 1:57 pm

    salam..

    pengalaman yang amat berharga, sy jadikan blog sbg dairi saya sahaja. segan nak kenalkan pada org. cuma sejak2 akhir-akhir ini sahaja baru rasa nak explore lebih jauh..

    semoga berjaya yea dgn contest ni.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2012 at 8:18 pm

      Kelebihan blog adalah tidak mempunyai ikatan blogger boleh mencoret apa sahaja.

      Reply
  23. Zarul Umbrella says

    12th May 2012 at 11:20 am

    saya buka blog dulu bila beli buku Shuth..ebook Zulfadli pun saya ada gak hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2012 at 8:19 pm

      Saya bina Word Press dengan ebook dari Zulfadhli. 🙂

      Reply
  24. sjiehan says

    12th May 2012 at 2:09 am

    xpe… biar mula dari bawah..

    yang penting pengalaman tu kita ada…

    mmg xkan di lupakan hingga akhir hayat.. alexa73k tu! hebatt!

    Reply
  25. cik tom says

    12th May 2012 at 1:31 am

    pengalaman menulis blog mmg mcm2..ada sedih n juga gembira..

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2012 at 8:20 pm

      Kalau boleh tidak mahu tulis cerita sedih tapi dengan menulis dapat mengurangkan kesedihan yang melanda.

      Reply
  26. sadiq says

    12th May 2012 at 12:03 am

    ohh..mcm2 pengalaman..sedih dulu..skrg dah bergembira=)

    Reply
  27. titan says

    11th May 2012 at 11:19 pm

    wahh..serentak sunat tu..

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 11:51 pm

      Senang sekali jalan. 🙂

      Reply
  28. Dulu Lain Sekarang Lain says

    11th May 2012 at 10:45 pm

    pengalaman menarik… semoga sukses selalu…

    Reply
  29. Terbelog says

    11th May 2012 at 10:13 pm

    sampai abis aku baca
    GA rupanya
    tapi layan jg baca pengalaman ni hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 11:50 pm

      Walaupun ia adalah Give Away tetapi kisah yang dicoretkan tetap boleh dijadikan tauladan dan pengajaran.

      Reply
  30. ahmadyani says

    11th May 2012 at 10:07 pm

    Setiap blog ada ceritanya dan cerita ini akan menarik bila pemilik blog itu dapat bertahan selama mungkin dalam dunia blogging.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 11:51 pm

      Keunikkan yang perlu dicari untuk membezakan dari seorang blogger dengan blogger lain.

      Reply
  31. segalabenda says

    11th May 2012 at 9:08 pm

    setakat ni..aku berblogging pun bukanlah kerana duit..saje seronok-seronok

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:53 pm

      Terpulang kepada niat masing-masing tidak ada yang salah cuma jangan menyentuh perasaan orang lain.

      Reply
  32. Hairul says

    11th May 2012 at 8:47 pm

    kalo niat kita semata-mata buat duit.. mmg akan melemahkan semangat.. sebab buat duit nie tak semudah yg diceritakan org lain…

    tapi kira otai juga la bro sebab dah start dari 2008.. saya pun baru je.. tak silap akhir tahun 2010.. Buat blog semata2 nak promosikan produk..

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:53 pm

      Apa yang bro lakukan berada dilandasan yang betul. Saya pun belajar sesuati daripada blog bro. Bro untuk sudah ada produk yang berdasarkan pengalaman diri sendiri. Selamat maju jaya kepada bro.

      Reply
  33. tehr says

    11th May 2012 at 8:46 pm

    moga terus bersemangat, bro
    pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih tabah

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:54 pm

      Terima kasih bro. Saya kagum yang muda belia sudah mula melibatkan diri didalam dunia blogging untuk menyatakan suara mereka.

      Reply
  34. akhiyy says

    11th May 2012 at 8:40 pm

    ade masa kita naik, ada masa kita turun..tapi tengok gmbr makan kambing kat dulang tuh terus telan air liur..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:55 pm

      Memang sedap bro. Masalahnya apa bila sudah ada benchmark cuba rasa di Malaysia tidak sama masakannya. 🙂

      Reply
  35. nuriz says

    11th May 2012 at 8:12 pm

    saya dulu menulis blog dan teringin juga dgn iklan di google adsense tetapi semua tu hanya tinggal kenangan sebab masa tu ilmu blog masih cetek trafik pun takda hehe mana nak dapat duit. saya skrg hanya dgn nuffnang aje. kalau ada rezeki ada lah lepas byr bil 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:56 pm

      Nuriz kuat juga main SEO dengan entri semasa tetapi saya tidak dapat hendak terapkan didalam blog ini.

      Reply
  36. boni says

    11th May 2012 at 7:45 pm

    wah…pengalaman banyak tu….

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:57 pm

      Terima kasih bro dan banyak lagi hendak dipelajari kerana ada sahaja benda baru didalam dunia IT ini.

      Reply
  37. Kak Long Mawar Merah says

    11th May 2012 at 7:32 pm

    Memang menarik pengalaman akubiomed ni. Sepanjang Kak Long mengenali blog akubiomed ni, Kak Long dapati akubiomed memang seorang yang gigih sehingga blog ni memang dah jauh ke depan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 9:58 pm

      Tersentuh saya baca komen Kak Long Mawar Merah. Blog tempat saya menyuarakan suara hati berbeda dengan apa yang rutin kerja saya lakukan.

      Reply
  38. yas says

    11th May 2012 at 6:30 pm

    Waa…semoga berjaya bro…saya rasanya tak sempat nk layan memana contest dahh….contest yg ada ni pun dh paras2 hidung jerrr..bz sket mgu nih

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:46 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
      • yas says

        12th May 2012 at 6:02 pm

        Hehehe…alhamdulillah…sempat juga bertemu kita hrnih….insyaallah klau ada masa kita jumpa lagi bro….maaf sbb tak dpt lepak lelama…

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2012 at 8:34 pm

          Saya kira lama juga kita bersembang. 2 kali gagal berjumpa masuk kali ke 3 dapat jumpa dengan bro. 🙂

          Reply
  39. sha says

    11th May 2012 at 4:52 pm

    wow ada cerita di sebalik blog u ni rupanya.. anyway the message of the story inspires me 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:26 pm

      Terima kasih, terasa kerdil diri ini kerana ramai blogger yang mempunyai nama besar diluar sana.

      Reply
  40. gnesop says

    11th May 2012 at 4:31 pm

    panjang sejarah berblog bro..
    sop pun lebih kurang juga.. pendapatan menjadi motivasi.. last bila dah kenal dah tak kesah pulak.. kan?

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:27 pm

      Mungkin perkara ini terjadi kepada semua orang. Kalau ada yang berjaya menghasilkan pendapatan maka ucapan tanniah kepada mereka.

      Reply
  41. Nurul says

    11th May 2012 at 3:38 pm

    Alooo comelnyer gambar baby.. Apepun All the best dalam dunia blog..

    Akubiomed ni sumber rujukan nurul untuk blogging jugak.. time kasih.. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 7:03 pm

      Gambar bayi saya ambil beberapa jam selepas dilahirkan ketika isteri saya masih lagi didalam wad bersalin. Kata orang sekarang ‘segar dari ladang’.:-)

      Reply
  42. nurmisnan says

    11th May 2012 at 3:37 pm

    Gd luck to u brother. semoga lebih banyak menggali
    lubang duit dgn berblogging…
    itu makan nasi dalam dulang dgn kambing ada
    habiskah berdua??..

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:29 pm

      Saya mula-mula agak bimbang makan kambing kerana di Malaysia saya tidak boleh makan apa lagi kalau kuah kambing tetapi di Dubai boleh pula dan habis. Ajaib sungguh lah. 🙂

      Reply
  43. anif says

    11th May 2012 at 2:30 pm

    Selamat maju jaya & semoga kekal bersemangat menulis blog! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:30 pm

      Terima kasih bro. Pengunjung ke blog AkuBiomed adalah nadi kalau tidak blog ini tidak akan bertahan lama.

      Reply
  44. Kimmy says

    11th May 2012 at 2:21 pm

    saya tak terfikir tentang buat duit dgn blog. tp kagum melihat blogger berjaya melalui blog. Hebat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:31 pm

      Kimmy pun bijak mengunakan Facebook untuk tujuan pemasaran. Apa yang dibuat oleh Kimmy berada di landasan yang betul. Terus kan.

      Reply
  45. hatiputera says

    11th May 2012 at 1:58 pm

    saya pun ada pengalaman berblogging tapi belum berkesempatan untuk di catatkan di blog,,,,

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:31 pm

      Masih ada masa lagi. 🙂

      Reply
  46. puanbee says

    11th May 2012 at 1:12 pm

    Seronok baca , macam2 pengalaman ada , azrin beli e book , saya hentam buat je …

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:34 pm

      Buku ebook yang dibeli membantu saya membina blog Word Press dengan hosting. Ilmu SEO dan setting blog banyak belajar dengan Google dan blogger.

      Reply
  47. baguznet says

    11th May 2012 at 12:31 pm

    Akhirnya, lebih baik menulis bukan kerana wang tetapi dari situ dpt menjana wang, kan? Menulis atas dasar keseronokan dan sentiasa perbaiki penulisan yang byk membantu membina blog selain usaha-usaha tambahan yang perlu. Tahniah atas kejayaan bro skrg

    Moga berjaya dgn penyertaan ini…

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:35 pm

      Setiap orang mempunyai niat dan tidak salah menulis kerana wang cuma perlu melampui batas dengan menyakiti orang lain.

      Reply
  48. adamfaiz says

    11th May 2012 at 12:16 pm

    Semoga berjaya… AF sokong AB

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:36 pm

      Terima kasih. bro.

      Reply
  49. woot says

    11th May 2012 at 12:10 pm

    hoho gua 2008 tu duk ketagih dota lagi kot..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:37 pm

      Bro pun bukan calang-calang blogger juga. 🙂

      Reply
  50. suri says

    11th May 2012 at 12:03 pm

    sy masih baru belajar lagi hee..sama2 menuntut ilmu dri blogger yang pelbagai peringkat 😉

    Reply
  51. sumijelly says

    11th May 2012 at 11:56 am

    yerr…dengan buat blog boleh kenal lebih ramai lagi kan?? macam ko kenal sumijelly gak la……hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:39 pm

      Saya kenal cuma tak sempat secara dekat kerana Summijelly melahirkan baby.

      Reply
  52. Jebeng Otai™ says

    11th May 2012 at 11:24 am

    asam garam dunia blogging..lain org lain pengalamannya.. 🙂

    Reply
  53. madammondoq says

    11th May 2012 at 11:22 am

    bila baca ni.. teringat pulak waktu i start blogging dedulu jugak.. 🙂

    Reply
    • suri says

      11th May 2012 at 12:04 pm

      mula2 menanam niat heee mmg cam2 rentak yer tak? ada terus jer berblogging..ada rehat sekejap..

      Reply
  54. zulkbo says

    11th May 2012 at 11:18 am

    salam..
    ala-ala contest “aku seorang blogger”
    anjuran Denaihati dulu yek..?

    semoga berjaya dalam contest ni Bro 🙂

    Reply
  55. wahida says

    11th May 2012 at 11:01 am

    aku cuma ada nuffnang je iklan kat blog…tak nak semakkan blog dgn byk iklan…huhu…

    Reply
    • suri says

      11th May 2012 at 11:56 am

      satu dah cukup tggu masa berbuah ya.

      Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:40 pm

      Iklan di blog ini akan dikurang secara beransur-ansur pada masa akan datang. 🙂

      Reply
  56. pipoq says

    11th May 2012 at 10:39 am

    memang kalau niat tujuan utama dari awal nak blogging sebab nampak duit je payah sikit nak maintain..

    apa yang penting ialah perkongsian minda..

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:41 pm

      Tidak salah kerana duit jangan sampaikan halal dan haram pun redah juga.

      Reply
  57. hafidz says

    11th May 2012 at 10:20 am

    walau apaapun halangan, yang penting kita teruskan perjuangan sebagai seorang blogger ya!

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:42 pm

      Blogger pun ada tanggungjawab untuk diri sendiri, masyarakat dan negara.

      Reply
  58. Shahrul says

    11th May 2012 at 10:15 am

    memang ada naik turun kalau mula2 tulis blog…semoga terus berjaya bro

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:42 pm

      Betul bro, setiap blogger ada pasang surutnya.

      Reply
  59. azmanisma says

    11th May 2012 at 10:02 am

    Bukan senang nak buat duit dgn blog,kalau trafik kita tak mantap dari mula,tapi kalau dah lama2 insyallah boleh….belajar dari pengalaman lampau.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:43 pm

      Kalau kejar trafik memang tidak larat kerana bukan blogger sepenuh masa dan blog bukan sumber pendapatan. Saya menghormati menjadikan blog sebagai pekerjaan utama dan menjadikannya sumber pendapatan.

      Reply
  60. Izzuddin Fauzi says

    11th May 2012 at 9:41 am

    Hebat bro~~ Hehehe… Anyway, tengok gambar anak hang sunat teringat masa den dulu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:44 pm

      Senang 3 sekali jalan. 🙂

      Reply
  61. donnyien says

    11th May 2012 at 9:36 am

    Bro Akubiomed,pengalaman buat kita lebih matang, tanpa semua itu tak mungkin kita sampai ke tahap sekarang. Selamat berjaya untuk Give Away dari blog Papan Kekunci Dot Com 2012.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:45 pm

      Terima kasih bro Donny. 🙂

      Reply
  62. cikgu naman says

    11th May 2012 at 8:15 am

    wah.hebat sekali pengalaman bro akubiomed..goodluck!!

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:45 pm

      Terima kasih cikgu Naman. 🙂

      Reply
  63. Fazreen says

    11th May 2012 at 1:41 am

    Seronok baca pengalaman menulis blog orang lain.

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 6:46 pm

      Bro bijak mengunakan blog untuk tujuan pemasaran. Sesuatu yang saya boleh pelajari.

      Reply
  64. kulanz says

    11th May 2012 at 12:56 am

    Kira banyak juga pengalaman bro..
    Menulis blog kadang tak mudah seperti yang kebanyakan orang jangka.. kadang kalau kita sebut pasal pendapatan dari blog.. orang ingat senang nak dapat duit.. tapi diorang tak tau kita terpaksa berhempas pulas nak menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk pembaca..
    Terima kasih juga masukkan saya dalam senarai.. saya pun banyak belajar dari blog ni dan blog lain.. semoga terus berjaya bro..

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 1:13 am

      Terima kasih kepada bro Kulanz kerana menjadi guru blogging tidak formal kepada saya. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in