Selamatkah kanak-kanak memakai tali pinggang keledar?
Kerajaan telah menguatkuasa pengunaan talipinggang keledar tempat duduk belakang sejak 1hb Januari 2009. Ini bermakna sudah hampir 2 tahun undang-undang ini telah dikuatkuasa.
Berapa ramai antara kita telah mematuhi pemakaian tali pinggang keledar untuk bagi penumpang tempat duduk belakang? Ada pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan yang tidak memakai tali pinggang kelendar.
Bagi yang mempunyai kanak-kanak kecil tidak terkecuali tali pinggang keledar kepada kanak-kanak samada di tempat duduk hadapan dan belakang.
Selamatkah kanak-kanak kita setelah memakai tali pinggang keledar?
Tahukah tali pinggang keledar yang sedia ada tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ia direka untuk orang dewasa bukannya untuk kanak-kanak. Jika kanak-kanak memakai tali pinggang, ia akan mengundang kecederaan kerana tali pinggang keledar tersebut tidak dapat menyilang dengan baik samada ia (1)menyilang pada leher, kepala dan (2)menyenak perut kanak-kanak kecil.
![]() |
Ada tiga jenis kerusi keselamatan yang disyorkan mengikut umur dan berat kanak-kanak atau bayi
Umur/ berat | Jenis tempat duduk | Lokasi pemasangan |
Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun, berat sehingga 9 kg, tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul | 1. Kerusi menghadap ke belakang
2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
|
|
9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg | Ada 2 jenis samada kerusi yang hanya menghadap hadapan atau yang boleh dipusing menghadap ke depan atau belakang |
1. Kerusi menghadap ke hadapan2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar
|
4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kg |
1. Tempat duduk menghadap ke hadapan 2. Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa dapat digunakan merentasi dada dan peha mereka dengan selamat 3. Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar |
p/s: Ibu-bapa perlu bijak memujuk anak-anak supaya memakai tali pinggang keledar.
macam rimas jer kalo budak2 yg pakai.. silap2 nnt menangis..
Saya memang tahu agak susah untuk mendidik anak-anak kecil. Saya pun mengambil masa yang lama sebelum anak-anak dapat menerimanya
pakai ajela..bukan susah sangat pun..
Setuju untuk orang dewasa cuma untuk yang ada anak kecil perlu keluarkan modal untuk beli kerusi keselamatan. Harap dapat menurun cukai kerusi keselamatan kerana ia diimport sepenuhnya dari luar negara
kalau ada jual yang murah2.. ataupun 2nd hand.. boleh juga nak beli… sebab harganya pun on cost juga…
kalau kanak2 yg kecil tu x payah la nak sibuk2 pakai tali pinggang keledar.. 🙂
emm.. kerusi baby dah ada, tapi cuma digunakan masa nak hantar abgnya ke sekolah dan baby ke taska.
kalu waktu berjalan makan angin, wife aku yg selalu drive..so, baby biasanya akan lepak kat blkg ngan aku n abangnya. tempat duduk blkg mmg tak pakai tali pinggang.
huhu..lebih baik pakai daripada tak pakai langsung..
Setuju dengan cikgu kalau sudah pakai tali pinggang tentu tidak kena sama RM300 🙂
Dewasa ngan kana2 sama je x selamat utk tali pinggang belakang.. Yang dewasa pun x pakai..hu3
Antara sebab adalah amalan sekian lama kerana tidak arahan dikenakan kepada penumpang kerusi belakang
err sebenaunya aku jarang guna tali pinggang belakang ni huhu
Kena beri perhatian sebab mulai 1 Mac 2011 telah berkuatkuasa pemakaian tali pinggang untuk kerusi belakang
tak ada penguatkuasaan pun, tali tu mcm tak sesuai kalau budak budak yang pakai tapi saiz bukan utk budak2
mcm dlm gambar tu, memang le bahaya nanti .
kalau orang anak ramai macam mana nak bagi semua anak2 pakai
Kalau yang naik kereta sedan atau kereta mini memang bermasalah kalau mempunyai famili yang besar. Kalau guna MPV perlu disediakan kerusi keselamatan setiap seorang anak-anak
tak silap kerusi keselamatan nie harga dier masih berada tahap kurang mampu dimiliki. Kalau ada pun tak pasti kualiti capai standard ke tidak.
Kerusi keselamatan mahal kerana kualiti pembinaan kerusi itu tersebut kalau jenama Recaro boleh cecah ribuan ringgit
peringatan yang baik untuk aku yang ada anak ni..
Anak-anak ini tidak suka diikat dengan tali pinggang 🙂
peh, siap ada video..
teringat lagi baru masa mula2 talipinggang belakang dikuatkuasakan..
malam new year tu ramai gila orang belakang kena saman. siot betul
Alang-alang tulis mengenai pemakaian tali pinggang keledar biar terang
huu rasa nak kene bedung mereka semua bru dema blh duk diam heeee
Baby Asalah saya akal panjang kalau bedung bukan main lagi teriak menangis 🙂
Semoga kerajaan mula menguatkuasakan wajib guna kerusi keselamatan untuk kanak-kanak ni. Bahaya kanak-kanak di pegang jer oleh ibubapanya.
jika dri dulu di ketatkan mungkin skrg org dah guna oakai akan peraturn seperti ini..
Ada masa ibubaoa terpaksa meriba anak kecil contoh memberi susu ibu
kalu kita riba anak2… rasa rimas plak bila pakai tali pinggang. tapi demi keselamatan bersama, harus lakukan itu semua
Saya akui ai adalah satu cabaran kerana saya pun mempunyai anak kecil
macam nak tercekik je budak kecik? tapi hopenya biarlah selamat bila dah pakai. nama pun tali pinggang keselamatan kan.
zida tak suka pakai! rimasssssss~
Tali pinggang yang direka adalah untuk orang dewasa bukannya untuk kanak-kanak
tanpa disedari da dua tahun undang2 pemakaian tali keledar ni dilaksanakan. cpat sungguh masa berlalu.. sepatutnya hal ini diambil berat. ni nak ambil berat sal keselamatan orang dewasa jer. yang kanak2 lak terabai..
Saya berterima kasih kepada bro kerana mempunyai kesedaraan terhadap keselamatan kepada kanak-kanak selain orang dewasa
Pada saya selamat. Penting tali pinggang itu supaya along tidak berjalan-jalan dalam kereta dan bila ayahnya break emergency, tidaklah bahaya, kan.
Bahaya kalau anak tercampak kerana ada beberapa kes anak tercampak keluar dari kereta
seharusnya harga kerusi utk anak2 diturunkan dan menjadi murah serta mudah didapati…
dan bukannya dinaikkan harga menjadi lebih mahal atas alasan permintaan melebihi penawaran….
sekiranya harga kerusi itu rendah dan mampu dimiliki oleh semua golongan mak bapak, makanya tidak ada alasan rakyat terseksa dan tak mampu hendak membelinya.. hhuhu
psst: kalau setakat anak seorang, mungkin boleh dipejamkan mata sahaja, tapi bila sudah ada anak setahun satu dan yg paling tua berumur 7 thn .. adiknya2 pula ada empat orang, mau tak fening kepala mak ayah hendak menyediakan segala macam bangku itew.. rabak weii rabakk.. melantun-lantun …. hehehe
Macam contoh tuan blog ni banyak juga hendak keluarkan belanja :-)i
kekadang tu terdapat jugak ibu bapa yang tak lansung menjadi contoh terbaik untuk anak anak diorang..dengan selamba tak memakai tali pinggang keselamatan tu bila di dalam kereta..camne anak anak nak mencontohi kalo camtu..
Susah kalau ibubapa gagal memberi contoh yang baik didepan anak-anak
kanak-kanak patut diberi perhatian yang tinggi dari aspek keselamatan..memang patut ibubapa beli kerusi yang disyorkan untuk kanak-kanak..kalau tak, jadi perkara buruk lak nanti
.
Sudah semestinya ia akan mengurangkan risiko kecederaan
Seat belt yg dipasang dlm kenderaan sekarang,mengikut saiz badan org dewasa,memang tak selamatla digunakan oleh kanak2.kecuali kalau ianya boleh diubahsuai mengikut tubuh badan,aku rasa takda masalah.
Saya mengharapkan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak dijual pada harga mampu beli
salam brother biomed..
rasa tercekik plak tgk kanak2
yang memakai seat belt mcm nak terbelit leher..
itu memang tidak selamat…
p.s. nak suruh anak pakai seat belt
haruslah ikut contoh2 dlm gambar di atas..
baru anak2 rasa selesa dan selamat
Betul, sebab itu ada kerusi keselamatan yang bersesuaian
sejujurnya.. akupun memang susah nak paksa anak-anak pakai seat belt terutamanya anak yang umur 3-5 tahun.. diorang kalau dalam kereta cepat sangat tidur.. kalau guna kerusi khas tu pun leher diorang selalu sangkut dekat seat belt tu..
Betul, tali pinggang membuat anak-anak tercekik kerana ia direka untuk orang dewasa
suri mmg pakai tali pingang tapi klu pangku ank kt depan sush nak pakai..si anak semakin lincah huu…
Suri perlu duduk belakang macam boss besar 🙂
eh yang bby pakai tu kelakar ar..rasanya tak lama lagi mesti dia kebawah heee
Kalau ikat baby Aslah macam tuh memang sekejap sahaja terlepas 🙂
Menarik sekalli, aku suka.
Terima kasih pak
elok juga pakai tali pinggang ni.. kdg2 ibubapa terlepas pandang keselamtan anak2 dlm kereta.. kalau naik motor..selalunya ibubapa je yg selamat ..sebab anak tak pakai helmet, ibubapa yg pakai..nampak sgt pakai helmet sbb takut polis bukan safety..
Ada juga pakaikan anak-anak topi keledar tapi saiz pula untuk orang dewasa memang tidak sesuai kerana longgar
tak ada anak lagi..tapi rasanya kalau nak beli kerusi keselelamtan tu boleh tahan juga la duitnya erk…alternatif2…
Kalau seat booster harga lebih kurang RM100 ke atas
Undang2 menguatkuasakan pemakaian tali pinggang untuk kanak2 memang satu langkah keselamatan,tapi kerajaan seharusnya rebuild balik pengeluaran produk kereta dinegara ini.
Harga kerusi keselematan untuk kanak-kanak perlu dijual pada harga mampu beli
apa nak buat bila anak2 rimas tiapkali kena pakai tali pinggang… adeeiiii
Betul memang cabaran hendak suruh anak pakai tali pinggang keledar.
saya suka pakai belt kete myvi, selesa. x cekik leher. hehee
Promote Myvi nampak. Tahu tak Myvi sudah hendak diberhentikan produksi
hurm yg kat depan pun belum tentu pakai..
ini pulak yg kat belakang 🙁
Yang depan kalau tidak pakai tali pinggang keledar piat sahaja telinga 🙂
Kanak-kanak memang perlukan kerusi keselamtan yang sesuai untuk umur mereka. Kalau dipegang oleh ibubapa, lagi bahaya. Mana tau tercampak ketika kemalangan.
Memang betul kalau kendong anak boleh terlepas kalau membrek kenderaan secara mengejut
masih byk kelompangan dlm memastikan keselamatan anak-anak..ibubapa yg benar2 faham pasti tahu apa yg perlu dibuat..
Masalahnya ibubapa terpaksa mencari info mengenai pengunaan kerusi keselamatan dengan betul. Kalau beli tidak ada yang menasihat cara pemasangan yang dicadang oleh pihak pengilang
kalau tempat duduk x sesuai x boleh juga, boleh membawa maut
Terkini : Jual Aiskrim Susu Badan?
Itu sudah pasti kerana kerusi keselamatan yang dijual mengikut berat badan dan umur
tali pinggang ni menyeksakan aku saja.
rasa rimas la pula.sebab tali pinggang
kereta mak aku terlalu ketat.
Kalau bro rasa susah kalau kena saman lagi susah 🙂
Aduh! bukan kerja senang nak menyuruh anak2 pakai talipinggang keledar ni. Kalau kita guna perkataan ‘keselamatan’supaya diorang pakai, memang tak laku. Ada takde, terpaksalah guna perkataan ‘ada polis kat depan tu..!’.
Menakutkan anak-anak kerana kehadiran polis tidak sesuai seolah-olah polis perlu ditakuti. Mungkin perlu cari pendekatan lain supaya anak dapat memakai tali pinggang keledar
kerusi keselamatan nampak lebih selamat..
apa-apa pun sebagai pemandu perlu pentingkan corak pemanduan dan alert dgn keadaan pemandu lain,
pemandu sendiri perlu pakai tali pinggang dan bijak menjangka sesuatu supaya kemalangan atau kejutan dapat dielakkan
Betul TE, pemandu perlu peka semasa pemanduan dan pemakaian tali pinggang keledar adalah satu cara mengurangkan risiko kemalangan
Terus terang, ramai ibubapa terseksa untuk melatih dan membiasakan anak2 mereka memakai tali pinggang keledar – tambah2 anak dalam umur 4-7 tahun.
Untuk umur yang dibawah tu juga jadi masalah, macam dibincangkan dientri ini….tali menyilang pada leher dsbnya.
Kena guna kerusi keselamatan – pasang percuma siap ada pun ramai orang dewasa tak pakai, sanggup ke orang ramai nak keluarkan duit beli kerusi keselamatan?
Betul Kak Jie bukan senang hendak anak-anak kecil mendengar kata sekejap sahaja sudah rimas. Ia adalah satu cabaran mengenai penjualan kerusi keselamatan masih lagi mahal dan tahap mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah
Kalau nampak polis masih steady lagi drive.. kelam kabut cari seat belt bila ada road block, terutama oleh JPJ 😀
Kalau sudah kelam kabut nampak polis buat roadblock memang tida sempat tarik tali pinggang keledar 🙂
Hurm sesiapa ada anak kecik terpaksa la invest sedikit untuk beli kerusi keselamatan untuk diletakkan dalam kereta…ntah le kalo tengok trend pemandu kat Malaysia..memang susah sungguh nak jmpa pemilik kenderaan yang betul2 pakai tali pinggang keledar… paling standard nampak polis dari jauh terus kelam kabut tarik seat belt.. dah tu anak-anak kecik konpem nak duduk ruang tengah keta sebab nak rasa aircon hehe
Memang betul ibubapa perlu keluar belanja untuk membeli kerusi keselamatan cuma harganya kurang mesra pembeli kerana faktor teknologi dan kajian yang perlu dibelanja untuk membina kerusi keselamatan itu sendiri.
Anak saya berebut untuk di bahagian kerusi hadapan dan kalau dibelakang tepi tingkap tidak kira kiri atau kanan 🙂
tiada penguatkuasaan nampaknya peraturan ni
sebaiknya memang perlu guna kerusi keselamatan
tali keledar memang tak cun dengan kanak2
Betul tu.. mula2 aje ada road block sini sana.. Lepas tu diam dah skrg. Ya kawe tahu lah.. JPJ bukan mahu jugak saman pasal benda2 kecik2 ni.. cuma galakkakn lebih ramai utamakan keselamatan. Btw, anak aku kalau letak kat baby chair tu..dia still boleh lepas la bro 😀
Itu yang hebatnya anak-anak kita tahu sahaja jalan keluar untuk bebas dari kerusi keselamatan 🙂
Apa yang saya mengharapkan pendidikan lebih kerap melalui media masa kerana ramai ibubapa tidak sedar kerusi keselamantan mempunyai saiz mengikut umur dan berat badan kanak-kanak
harapnya selamat la..
penulisan terbaru saya: letak link blog anda di sini
nasihat untuk blogger: jujurlah untuk ikhlas
Semasa mula-mula JKJR ada mengeluarkan cara-cara pemakaian tali pinggang tapi tidak mempunyai gambar, video dan sebagainya untuk ditonton oleh ibu-bapa sebagai contoh