• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Pelayaran Islamik Kapal Mewah Pertama Di Dunia

Pelayaran Islamik Kapal Mewah Pertama Di Dunia

7th January 2015 by akubiomed 22 Comments

Pelayaran Islamik kapal mewah Star Cruise Libra

pelayaran islamik kapal mewah

Saya rasa ramai yang sudah mengetahui mengenai program Pelayaran Islamik kapal mewah ini. Pelayaran Islamik telah masuk siri ke 3 dan siri ke 4 bersama beberapa penceramah terkenal tanah air telah dibuka pendaftaran.

Sambutan mengalakkan program Pelayaran UKE siri pertama Pelayaran Islamik kapal mewah bersama penceramah terkenal tanah air iaitu Ustaz Kazim Elias pada 24 – 27 Ogos 2014 yang lalu ke destinasi Penang, Langkawi dan Phuket telah mendapat sambutan luar biasa. Kesinambungan kejayaan program terdahulu dengan program Pelayaran UKE siri kedua juga telah penuh ditempah yang bakal belayar pada 25 hingga 28 Januari 2015.

Ada yang berminat untuk mengikuti pelayaran ini untuk dijadikan hadiah kepada pasangan, hadiah kepada orang tua, sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan atau hadiah korporat? Boleh memilih 2 tarikh baru yang ditawarkan.

Pelayaran Islamik siri ke 3

Penang – Phuket – Krabi pada  1 hingga 4 Februari 2015

penceramah

Belayar bersama bersama Ustaz Badli Shah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato Hassan Mahmud, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Imam muda Miril.

Pelayaran Islamik siri ke 4

Penang – Phuket – Krabi pada  8 hingga 11 Mac 2015

penceramah

Belayar bersama Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr. Muhaya dan Imam muda Asyraf

Ringkasan aturcara program Pelayaran Islamik siri ke 3 dan 4.

  • Ketahui kedudukan kiblat
  • Pelajari Solat Jama’ & Qasar
  • Ceramah & Kuliah
  • Qiyamulail
  • Zikir & Selawat
  • Soal Jawab Bersama Ustaz
  • Program Ziarah
  • Makan Malam Kesyukuran

peserta

solat jemaah

Zikir & Selawat

peserta

Pelayaran Islamik Kapal Mewah ini dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Pelayaran Islamik

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Mak Jemah Jual Vitamin says

    21st January 2015 at 8:51 am

    happy lah mil boleh pergi pelayaran ni jugak..nanti bolehlah interview dia hehehe

    Reply
  2. AZENI AHMAD says

    12th January 2015 at 6:12 pm

    Tenang dan damai bila naik kapal cruise.
    DItambah dengan aktiviti yang best kan.

    Reply
  3. eima fatima says

    12th January 2015 at 4:36 pm

    Tak pernah tahu pun ada pelayaran Islamik. Thanks atas perkongsian. Boleh buat penambahbaikan impian lepas ni. Salam ukhwah dari saya.

    Reply
  4. Miracle Vitamins says

    12th January 2015 at 1:57 pm

    Alhamdulillah ada juga program islamik macam ni diatas kapal pelayaran..:-)

    Reply
  5. huda says

    12th January 2015 at 8:48 am

    Alhamdulillah…bestnye ade program cmni, biasa kalo percutian naik cruise ni phm2 jela

    Nak survey rege lah, bawak famili p

    InsyaAllah…

    Reply
  6. miera says

    12th January 2015 at 5:54 am

    Semoga dapat menyertainya satu hari nanti…. cukup menarik…

    Reply
  7. Ikhwan Fahmi says

    11th January 2015 at 10:03 pm

    syukur ada juga program pelayaran yang islamik 🙂

    Reply
  8. titan says

    11th January 2015 at 1:55 am

    fuhh..

    ada pelayaran islamik lagi tu.

    terbaik.

    Reply
  9. Mama Alya says

    10th January 2015 at 9:11 am

    Menariknyaaa….. nanti plan nk bawak mak dan anak2…

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:14 am

      Alhamdulillah, semoga tertunai impian tersebut.

      Reply
  10. Mama Alya says

    10th January 2015 at 9:10 am

    bestnyaaaa…. nk masukkan dalam vision board la

    Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    9th January 2015 at 11:28 am

    saya kurang setuju program macam ni, mungkinlah target grup dia pada golongan atasan.

    Reply
  12. Ummi Hanie says

    8th January 2015 at 5:07 pm

    AB join tak kali ni? seronok betul kan

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:15 am

      Insyallah jika ada rezeki.

      Reply
  13. jaymiee says

    8th January 2015 at 12:19 am

    harap-harap kita pun dapat turut serta satu hari nanti…..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:15 am

      Moga-moga ditunaikan. Ameen.

      Reply
  14. JMR says

    7th January 2015 at 10:21 pm

    sambil menikmati keindahan alam, sambil cari ilmu kan

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:16 am

      Ya, peluang untuk mendekatkan diri dengan Maha Esa.

      Reply
  15. Mak Jemah Jual Vitamin says

    7th January 2015 at 2:56 pm

    kebetulan pula semalam baru mertua call, katanya nak ikuti pelayaran bersama ustaz kazim. sangat sesuailah pelayaran islamik ini kalau yang berkemampuan boleh hadiahkan buat ibu bapa juga..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:16 am

      Insyallah akan tertunai hasrat tersebut.

      Reply
  16. fyna says

    7th January 2015 at 12:36 pm

    pelayaran yang sangat bagus dan berilmu.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2015 at 12:17 am

      Luar biasa sambutan Pelayaran Islamik ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL