• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Kawasaki MX World pertama di Malaysia

Kawasaki MX World pertama di Malaysia

9th May 2012 by akubiomed 84 Comments

Pelancaran Kawasaki MX World pertama oleh CBK Motor Sports.

Pelancaran Kawasaki MX World pertama di Malaysia CBK Motor Sports Sdn. Bhd yang terletak di jalan Ipoh pada 6 May 2012.  Sekali lagi saya telah dijemput oleh blogger Broframestone sempena pembukaan cawangan Kawasaki MX Service Center pertama di Malaysia .

Kawasaki MX World menyediakan perkhidmatan Kawasaki motocross 3S (Sales, Services, Spare Parts).

Kawasaki MX World akan menjadi pusat premium 3S iaitu menjual, penyelenggaraan dan alat ganti tulin motocross untuk pelanggan yang memilikin jenama Kawasaki motocross.

Sejarah CBK Motor Sport dan En. Chew Boon Keam @ “Ah Loo”

CBK Motos Sport telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang mana secara aktif telah melibatkan aktiviti motocross sebagai pengajur, melatih dan melibatkan didalam perlumbaan motocross.

Ah Loo yang mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun didalam dunia motocross menjadi nadi kepada CBK Motor Sports terutama didalam industri motocross bersama Kawasaki untuk mengurus Kawasaki MX World bagi melebarkan sayap industri ini.

Antara kejayaandan pencapaian CBK Motor Sports didalam industri motocross.

  • Mendapat tempat pertama di Asia Motocross Championship 2011 yang berlangsung di Kuala Terengganu
  • Terlibat didalam perlumbaan Super Motard Race 2011
  • Aktiviti off road hujung minggu di Sungai Long, Broga
  • Pengajuran tahun ke 3 untuk acara Motocross Expedition Taman Negara
  • Kelas hujung minggu Kursus motocross dan menunggang dengan selamat oleh Darcy Steinhardt.

Alamat CBK Motor Sport Sdn Bhd
373, Batu 2.5
Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-4042 8555
No. Fax: 03-4042 2985
Alamat e-mail: cbkmotor@gmail.com
Laman web: www.cbkmotorsport.com

Deretan motorsikal berkuasa tinggi

Motocross yang digunakan untuk aksi lagak pembukaan Kawasaki MX World Malaysia

Polis mengawasi trafik supaya tidak berlaku kesesakkan lalu lintas

Motocross KLX 450R Harga RM 32,500

Motocross KLX 250 Harga RM 22,799

Blogger yang hadir ke pelancaran Kawasaki MX World.





Blogger yang hadir Acul, Ariff.Shah, Armujahid, Boni Jll3, Broframestone, Ezad Skytech, Jardness, Mohd Hermas, PCL, Siezuka Junior, Yanayassin

Antara pemilik motosikal kuasa tinggi yang hadir 

Anak didik CBK Motor Sport merupakan kumpulan pelumba anak muda motocross yang datang jauh dari Parit Sulung, Johor. Saya sempat bertemu bual kumpulan Badrul yang berasal dari selatan tanah air ini adalah anak didik Ah Loo ada diantara mereka mula belajar kemahiran motorsikal seawal usia 10 tahun. Melihat bekas-bekas kesan parut dilengan anak muda ini mengambar cabaran mereka perlu lalui untuk menjadi seorang pelumba motocross.

Pengacara majlis yang Mei Sze Choo menghangatkan lagi majlis pelancaran

Aksi lagak ngeri oleh pelumba motocross dari CBK Motor Sport.

 Video aksi dari pelumba motocross CBK Motor Sport.

Ucapan pembukaan encik Jeffery Lim GM Kawasaki (M) Sdn Bhd

Ucapan daripada encik Ah Loo CBK Motor Sport

Media dan bloggers bersiap sedia untuk mengambil acara potong riben

GM Kawasaki menurun tanda tangan pada plak

Media dan blogger telah dibawa melawat ruang dalam CBK Motor Sport yang setinggi 5 tingkat diantaranya ruang jualan motocross , ruang jualan aksesori dan alat ganti dan ruang bengkel penyelenggaraan.






Sesi soal jawab bersama media

Bro Ariff kusyuk mendengar taklimat yang disampaikan.

3 dara pingitan ketakutan (CikSiezuka, Pen Merah, Yana) dengan persembahan singa

Nurul sempat memberikan pos istimewa

Antara aksesori dan alat ganti terdapat di Kawasaki MX World.

 

Bengkel penyelenggaraan yang bersih. Jangan terkejut yer macam tidak buat kerja. Saya pernah melawat bengkel motorsikal kuasa tinggi sebelum ini pun bersih ketika memiliki Kawasaki ZZr 250. Jangan ingat mekanik mesti kotor pada pakaian mereka dan bengkel motorsikal berminyak semata-mata untuk menunjukkan suasana bekerja. Mekanik akan pastikan peralatan didalam keadaan bersih sebelum membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

Hall of Fame dengan deretan pingat yang dimenangi sejak berkecimpung didalam indusri pemotoran motocross.

AkuBiomed bergambar bersama Ah Loo

4 blogger telah memenangi cabutan bertuah termasuk bro Acul telah memenagi t-shirt Kawasaki.

Bergambar beramai-ramai bersama blogger

Kandungan Goodies bag bernilai RM300 untuk media





Saya ingin mengucapkan tanniah kepada En. Ah Loo pemilik CBK Motor Sport sempena pembukaan Kawasaki MX World.

Sila tekan butang kongsi:

  • Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.
  • Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI
  • Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    8th November 2012 at 4:44 pm

    ni rasa mcm nak jadi azroy ni….

    Reply
  2. Edwin Chew says

    31st May 2012 at 9:54 pm

    From CBK Office Thanks your hard work done
    http://www.facebook.com/cbkmotorsport/
    http://www.cbkmotorsport.com

    Reply
    • akubiomed says

      31st May 2012 at 10:17 pm

      Welcome. Thank you for inviting me to grand opening KMX World. 🙂

      Reply
  3. YaNa YassiN says

    20th May 2012 at 11:36 am

    Hebat entri nie, ada peluang menang besar lagik,.. kita baru terhegeh2 nak buat. Muhahahha.

    p/s : pnjam sikit info yaaa :))

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2012 at 12:14 pm

      Boleh tidak menjadi masalah. 🙂

      Reply
  4. acul says

    12th May 2012 at 2:09 am

    mmg event yg menarik untuk peminat2 motor kuasa besar. event ni juga mendekatkan lagi pengeluar, pengedar dan peminat. kawasaki ni antara yang rajin buat event tuk rapatkan lagi dengan peminat mereka. syabas.

    p/s: bro pinjam info dan gambaryer 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:10 am

      Boleh bro. Persilakan. 🙂

      Reply
  5. cik tom says

    12th May 2012 at 1:28 am

    xminat dgn motorcross o superbike..hehe

    Reply
  6. Dulu Lain Sekarang Lain says

    11th May 2012 at 10:37 pm

    Nostalgia zaman bujang ni.. Tapi dulu lain…

    Reply
  7. jardness says

    11th May 2012 at 6:50 pm

    Alamak.. aku belum sempat nak hapdet. rasanya bro framestone marah aku tak? huhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:11 am

      Kenapa pula hendak marah? 🙂

      Reply
  8. Nurul says

    11th May 2012 at 3:23 pm

    Nurul mintak kebenaran copy info sikit yer… Time kasih.. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2012 at 7:12 am

      Di persilakan Nurul.

      Reply
  9. kulanz says

    10th May 2012 at 11:39 pm

    Best kawasaki ni..
    tapi sampai sekarang masih belum tercapai niat untuk memiliki ER6

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 10:55 am

      Kalau offroad sesuai menunggang motocross. Kawasaki ER6 pun sudah okay untuk beginner kalau hendak kuasa Kawasaki Z750.

      Reply
  10. ProfHariz says

    10th May 2012 at 9:57 pm

    Kompem kawan-kawan di kampung mula book kawasaki mx ni

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 10:54 am

      Demam motocross sudah kembali. Ramai anak muda sekarang menunggang motocross yang sudah diubahsuai menjadi motard.

      Reply
  11. woot says

    10th May 2012 at 9:29 pm

    haha gua datang haritu,tapi prefer tak bercampur dengan orang lain,sogan,tak gempak cam orang lain wuwu

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2012 at 10:45 am

      La tak tahu pun? Apa yang hendak disegankan saya sebenarnya memang berminat jentera 2 roda.

      Reply
  12. chii says

    10th May 2012 at 11:19 am

    bestnya..kalo dpt motocross satu ni..best gak 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:21 pm

      Chii boleh ker bawa motocross yang liar tuh?

      Reply
  13. gnesop says

    10th May 2012 at 10:51 am

    minat pula dgn motorcross nih

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:21 pm

      Saya pun berminat dengan motocross ini juga.

      Reply
  14. gnesop says

    10th May 2012 at 10:50 am

    nice! syok tgk gambar yg diambil 🙂
    projek 100 blogger la nih! best2 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:22 pm

      Terima kasih broframestone menjemput saya ke majlis ini.

      Reply
  15. nurmisnan says

    10th May 2012 at 10:34 am

    masa abang ipar dtg umah, dia bonceng motorcross kawasaki.
    geram pun ada.. rasa nak bonceng tapi kena halang dek ibu
    mertuaku.. risau takut jatuh.. har3…

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:22 pm

      Kalau saya sudah lama melompat atas motor tersebut. 🙂

      Reply
  16. Pisyek says

    10th May 2012 at 7:09 am

    awek motor yang ada tak cukup hot la.. ekekeke 😛

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:22 pm

      Amboi nak yang cun sahaja. 🙂

      Reply
  17. Amirez says

    9th May 2012 at 11:33 pm

    teringin nak ada superbike. harap2 dapat jadi kenyataan 🙂

    nampaknya blogger dah menjadi satu profession sekarang ni, makin mendapat perhatian banyak pihak

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:23 pm

      Pernah bawa Superbike dan sekarang tinggal kenangan.

      Reply
  18. zool says

    9th May 2012 at 11:26 pm

    menarik.. memang menarik. nak beli satu moto tapi duit tak banyak..

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2012 at 6:23 pm

      Motorcross 110cc ada dijual.

      Reply
  19. eiela says

    9th May 2012 at 10:48 pm

    temanya hijau ek.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 10:50 pm

      Warna hijau sudah lama sinonim dengan jenama Kawasaki.

      Reply
  20. Jebeng Otai™ says

    9th May 2012 at 10:19 pm

    kalo dpt sambar er6-n..mmg terbaek.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 10:49 pm

      Enjin Kawasaki terkenal kerana ‘bullet proof’.

      Reply
  21. Izzuddin Fauzi says

    9th May 2012 at 8:13 pm

    Nak superbike tu… LD Hehehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 10:51 pm

      Kawasaki MX World hanya menjual motocross sahaja dan kalau hendak mencari Superbike kena cari di Kawasaki GT World.

      Reply
  22. tehr says

    9th May 2012 at 7:11 pm

    berkenan betul dengan gambar2 yang ada ni
    nak berkenan dengan motor, mahal la pulak 😀

    nampaknya blogger semakin diberi perhatian sekarang
    tahniah kepada semua blogger yang hadir

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 10:52 pm

      Terima kasih kepada pengajur kerana menjemput blogger.

      Reply
  23. akhiyy says

    9th May 2012 at 7:04 pm

    perhh..banyak betul gambar..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:00 pm

      Hampir 2 hari edit gambar yang diambil. Harap tidak gambar perlahan ketika load.

      Reply
  24. baguznet says

    9th May 2012 at 5:36 pm

    Menarik jugak tgk moto kawasaki yg digunakan tu…

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:02 pm

      Saya pernah memiliki motor Kawasaki ZZR 250.

      Reply
  25. benjy says

    9th May 2012 at 5:06 pm

    Mak datuk gempaknya pertunjukan stunt motor tu ? … kira boleh join KL gangster ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:03 pm

      Mereka ini telah dididik menunggang motocross pada usia muda.

      Reply
  26. benjy says

    9th May 2012 at 5:05 pm

    Wow ! … benjy rasa tak lama lagi para blogger akan potong line media cetak dan media TV … percayalah ….

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:04 pm

      Saya rasa tugas wartawan tetap terbaik. 🙂

      Reply
  27. LangkawiHomestay says

    9th May 2012 at 3:58 pm

    minat lak kat klx-250 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:04 pm

      Apa lagi bro angkatlah satu. 🙂

      Reply
  28. Norasikin says

    9th May 2012 at 3:43 pm

    mcm terperasan lak ada spider bike kat situ. Ingin sangat nak rasa

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:05 pm

      Rasanya ATV ini tidak dibenarkan berada diatas jalan raya.

      Reply
  29. Norasikin says

    9th May 2012 at 3:42 pm

    Nape tak ajak. frust la mcm ni.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:14 pm

      Boleh berdaftar Projek 100 blogger bersama Broframestone.

      Reply
  30. iza says

    9th May 2012 at 3:00 pm

    Assalam..
    Meriah nampak..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:15 pm

      Memang meriah. 🙂

      Reply
  31. suri says

    9th May 2012 at 2:43 pm

    klu ada mau gak rempit skli heee

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:15 pm

      Nasib baiklah tidak dibenarkan menunggang motor kalau tidak lama sudah bawa.

      Reply
  32. Denaihati says

    9th May 2012 at 1:49 pm

    puas tengok gambar2 yg cantik2 ni. memang cukup meriah dengan pertunjukan acrobatik.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:19 pm

      Terima kasih bro DenaiHati. Cabaran jadi jurugambar terjun sudah rasa macam media. 🙂

      Reply
  33. Nurul says

    9th May 2012 at 1:44 pm

    Sangat meriah.. Lagi best dadpat jumpa blogger..

    Nurul x takut pun Naga tu.. Hehehehe Akak Pen merah yg takut sgt.. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:20 pm

      Bukan naga lah Nurul tetapi singa. 🙂

      Reply
  34. yas says

    9th May 2012 at 1:29 pm

    Tahniah bro sbb join projek ni…sy blk kmpg hrtu…mmg terasa rugi juga tak dpt dtg…..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:20 pm

      Tak apa bro lain kali kita boleh berjumpa lagi.

      Reply
  35. onlajer says

    9th May 2012 at 1:27 pm

    aku teringan lah nak sambar scrambler tu boleh main2 kat kebun bapak aku

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:21 pm

      Wah memang best tuh bro boleh terbang-terbang. 🙂

      Reply
  36. Razifredz says

    9th May 2012 at 12:59 pm

    Pergh memang best motor2 kawasaki ni … yg paling best pasti la scambler dia

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:21 pm

      Boleh layan motocross Kawasaki ini.

      Reply
  37. azura says

    9th May 2012 at 12:37 pm

    memang nampak hebat…nak macam wartawan turun padang mx world ni

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:22 pm

      Adalah terasa macam media pada hal blogger sahaja. 🙂

      Reply
  38. PCL says

    9th May 2012 at 10:55 am

    terbaik dari akubiomed…gwa respek lu..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:24 pm

      Terima kasih. Saya buat bersungguh-sungguh tanda terima kasih kerana dijemput menghadiri majlis pelancaran Kawasaki MX World.

      Reply
  39. madammondoq says

    9th May 2012 at 10:53 am

    projek 100 bloggers!!! hebatnya!!

    Reply
  40. cikgu naman says

    9th May 2012 at 10:42 am

    wah..meriahnya..blogger takleh test drive ke?hehe

    AkuBiomed dah macam kembar Ah Loo je..haha..jgn marah

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:25 pm

      He..hee..mana satu abang mana satu adik ntahlah bro.

      Reply
  41. pipoq says

    9th May 2012 at 10:31 am

    dah boleh jadi wartawan ni bro..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:25 pm

      Kena asah lagi. 🙂

      Reply
  42. aunty nusrat says

    9th May 2012 at 10:19 am

    macam best….eeee..mmg best lah…! ps: aunty mmg secret admirer bab2 motor ni.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:25 pm

      Aunty ada bawa motor juga ker?

      Reply
  43. wahida says

    9th May 2012 at 10:02 am

    wow….kalau hubby aku tgk ni, mmg dia suka sgt ni…

    Reply
    • suri says

      9th May 2012 at 2:45 pm

      org llki mmg suka bab2 motor ni..ce tgo klu dpa dpt kereta baru sure tgu masa jer skit hair nnti dia tacaplah…

      spa setuju angkat tangan heee

      Reply
    • akubiomed says

      9th May 2012 at 11:26 pm

      Boleh sangat kawan dengan saya. 🙂

      Reply
      • boni says

        10th May 2012 at 2:40 am

        wah..ruginya tak dapat join event ni..best sangat2… heh heh

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in