• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Pasang tinted cermin rumah secara DIY

Pasang tinted cermin rumah secara DIY

23rd July 2017 by akubiomed 49 Comments

Pasang Tinted pada cermin rumah secara DIY.

pasang tinted cermin rumah secara DIY

pasang tinted cermin rumah secara DIY

Saya sudah berhasrat nak pasang tinted cermin rumah pada tingkap. Kebetulan Mr Diy buat promosi bulan Julai ada menjual window film untuk dipasang pada cermin kereta pada harga sangat murah.

Jimat kos pasang tinted cermin rumah secara DIY.

Tak susah nak pasang tinted pada cermin tingkap secara DIY. Boleh pasang sendiri dengan mudah.

Peralatan yang diperlukan sebelum pasang tinted cermin rumah.

  1. Windows Filem @ Tinted Film
  2. Botol spray berisi air sabun
  3. Water scraper boleh didapatkan dari Mr Diy
  4. Pisau
  5. Tape
  6. Scraper atau kad kumpul point

Bersih tingkap dari kekotoran sebelum pasang tinted.

Sebaik-baiknya sebelum pasang eloklah cuci dahulu permukaan cermin tingkap dari kekotoran.

Guna berus untuk hilang kekotoran dan mata pisau @ blade boleh digunakan untuk membuang kekotoran degil yang melekat.

Nanti pasang tinted pada permukaan cermin tidak rata dan kemungkinan tidak melekat dengan baik.

Boleh ukur saiz cermin dan potong tinted ikut saiz.

Tinted film ini mempunyai pelekat dan satu lapisan plastik perlu ditanggalkan.

Cara hendak menanggalkan lapisan plastik daripada pelekat adalah lekat tape kedua-dua belah permukaan dan kemudian tarik.

Sembur air sabun pada permukaan pelekat tinted semasa membuang lapisan plastik.

Bila sudah sembur air sabun supaya pelekat tidak melekat kerana ada statik caj dan mudah laras pada permukaan cermin tingkap nanti.

Guna tape tampal dikedua-dua muka lapisan tinted untuk buang plastik pada pelekat tinted

Sembur air sabun pada cermin supaya lapisan tinted mudah lekat. Pastikan permukaan tinted yang ada pelekat gam pada arah cermin.

sembur air sabun pada cermin tingkap

Laraskan tinted pada cermin tingkap dan air sabun pada permukaan cermin membatu melaraskan tinted dengan rata.

Kemudian sembur air sabun diatas permukaan tinted yang telah dilekatkan pada cermin tingkap.

Tujuan semburan air sabun tadi untuk memudahkan kerja menarik scraper supaya tidak kesat ditarik.

Tarik scraper supaya saki bagi air sabun diantara pelekat dan cermin ditarik keluar.

Jangan bimbang kalau ada permukaan yang tidak cantik dan kemas. Tinted boleh ditanggalkan dan pastikan sembur air sabun pada permukaan tinted dan cermin sebelum tampal.

Setiap kali sebelum tarik scraper boleh sembur air sabun supaya mudah rata dan tidak kesat semasa meratakan tinted.

tarik scraper untuk tinted lekat rata pada permukaan cermin

Berpuas hati dengan pemasang tinted cermin tingkap secara DIY.

Orang daripada luar tidak nampak didalam rumah dan rumah menjadi lebih redup kerana cahaya matahari ditapis oleh cermin tinted gelap. Modal tidak besar untuk pasang sendiri.

Tinted cermin murah dari Mr DIY

  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Pakai cermin mata bukan kerana kacak
  • Topi keledar basikal dan cermin mata bajet tak bakar poket

Filed Under: diy Tagged With: beli tinted cermin rumah, kedai jual tinted rumah, tinted cermin rumah, tinted cermin rumah diy, tinted cermin rumah murah, tinted cermin tingkap rumah

Reader Interactions

Comments

  1. Nazz says

    25th October 2019 at 2:14 pm

    tinted diy biasa pasang dari luar sebab plastik cover dekat warna silver. ada cara nak tinted dalam?

    Reply
    • akubiomed says

      25th October 2019 at 9:37 pm

      Yang tinted gelap saya beli dari DIY ini saya pasang dari dalam. Kalau tinted jenis silver tidak pasti.

      Reply
  2. Hamzah says

    9th September 2019 at 11:01 am

    boleh ke kita buat 2 lapisan(double tinted) cermin rumah?

    Reply
    • akubiomed says

      17th September 2019 at 6:54 pm

      Boleh asalkan jangan ada gelembung udara diantara 2 lapisan nanti kurang kemas.

      Reply
  3. Eza Zakariah says

    21st August 2019 at 6:08 pm

    Jika kita nak nampak pandangan luar dari dalam rumah, kita kena pasang tinted ni pada cermin tingkap/ pintu dari dalam rumah atau luar rumah?….

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2019 at 12:02 am

      Pasang lapisan tinted dari dalam.

      Reply
  4. Hafiz says

    27th February 2019 at 7:25 pm

    Nanti nak juga tinted tingkap rumah.. bagi sejuk skit dalam rumah

    Reply
    • akubiomed says

      1st March 2019 at 10:54 pm

      Tinted saya pasang sekadar gelap dan tidak mempunyai anti panas.

      Reply
  5. SHAMSUDDIN YAHAYA says

    11th January 2019 at 4:23 pm

    Tinted kereta dengan rumah sama jenis ke

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2019 at 11:05 pm

      Saya guna tinted cermin kereta yang beli di MrDiy

      Reply
  6. Faizal says

    29th December 2018 at 2:24 pm

    Dr luar x nampak dalam, tp dari dalam.nampak x org luar?

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2018 at 1:21 pm

      Ya, orang tak nampak dari luar.

      Reply
  7. Shima says

    1st November 2018 at 2:23 pm

    sabun jenis ape yg dgunakn?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd November 2018 at 9:51 pm

      Boleh guna air sabun pinggan atau air sabun basuh baju.

      Reply
  8. ain says

    24th July 2018 at 11:39 am

    saya nak tanya..tahan panas tak..sbb saya pon nk try pasang kt tingkap dapur saya..tahan lama kan?terima kasih info bagus sgt

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2018 at 12:12 pm

      Kalau tingkap dapur boleh pakai yang bercorak dan lapisan lebih tebal. Saya pasang pada tingkap ruang tamu dan sehingga hari ini masih didalam keadaan baik. Tidak teranggal.

      Reply
  9. Zulaiha says

    2nd April 2018 at 1:27 pm

    Thanks for sharing the info. Bole tau satu pack window film tu bole cukup utk brp keping tingkap ya..?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2018 at 8:45 pm

      Tinted window yang dibeli dari Mr Diy bersaiz 75 x 300cm cukup untuk tiga bidang tingkap rumah.

      Reply
  10. Zamree says

    25th March 2018 at 4:19 pm

    Menarik ni Tn.. tkasih atas perkongsian.. saya nak cuba sendiri.. tapi kalau dah ada grill mungkin susah

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2018 at 8:45 pm

      Saya kurang faham. Bagaimana grill menghalang pemasangan tinted?

      Reply
  11. Azizul fariha bt ghazali says

    20th January 2018 at 5:06 pm

    Kalau malam..pasang lampu..org luar nampak kita tak??

    Reply
    • akubiomed says

      24th January 2018 at 10:03 pm

      Nampak suram dari luar tetapi saya sarankan tutup dengan langsir bila masuk waktu malam.

      Reply
  12. Asyraf Asri says

    19th December 2017 at 2:45 am

    Nampak macam mudah. Entah la nanti dapat siapkan ke tidak huhhu ..

    Reply
  13. lan says

    23rd August 2017 at 5:44 pm

    Mana nak beli tinted ni?..sy punya miror…x tau brapa persent…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 11:08 pm

      Boleh cari di kedai Mr DIY tetapi tidak pasti peratusan melepasi syarat JPJ.

      Reply
  14. Norasikin says

    17th August 2017 at 7:52 am

    Saya pun dah lama plan nak pasang sendiri. Kat DIY tu dah berkenan kat jenis yg blur tu. Saiz pun dah kena ngan tingkap

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 11:10 pm

      Boleh pasang supaya tidak nampak dari luar. Beza dengan cermin gelap kita boleh nampak orang dari luar rumah.

      Reply
  15. Wan Zawawi says

    10th August 2017 at 11:39 pm

    Terbaik bro , lepas ni saya pun nak pasang tinted di cermin rumah juga

    Reply
    • akubiomed says

      11th August 2017 at 3:10 pm

      Tidak tahulah kalau Mr Diy masih ada offer lagi plastik tinted pada harga RM8.

      Reply
  16. nikkhazami says

    3rd August 2017 at 2:51 pm

    dah selamat pasang sendiri hari tu.. mudah je.. tapi tak tahu plak benda2 ada kat mr diy

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2017 at 11:18 pm

      Mr Diy ada serba serbi selain harganya murah.

      Reply
  17. Muhammad Zaid Saleh says

    31st July 2017 at 11:24 pm

    tinted dari Mr DIY gelap ke? saya juga planning nak pasang sendiri..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd August 2017 at 11:21 pm

      Ya gelap, dari luar tak akan nampak dalam.

      Reply
  18. zikri husaini says

    30th July 2017 at 9:49 pm

    memang dapat jimat wang banyak … kos upah..

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2017 at 10:43 pm

      Saya tidak tahu kos sebenar tetapi bila buat sendiri dan tinted pun dalam RM8 sudah dikira berbaloi-baloi.

      Reply
  19. ahmadyani says

    30th July 2017 at 4:41 am

    Bila pasang ni… bolehlah biar langsir terbuka sepanjang hari tanpa perlu risau orang nampak ke dalam rumah. Kena berdua juga buat ni atau memang mudah buat seorang?

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2017 at 10:45 pm

      Ya betul, orang dari luar rumah tak nampak dalam rumah tetapi kami nampak apa yang diluar. Tempoh hari pasang saya buat seorang diri sahaja.

      Reply
  20. ciksepet says

    29th July 2017 at 7:46 pm

    rajinnya pasang sendiri.. hihihi. kalau lisa memang tak dan nak tinted sendiri sebab takde seni tangan ni hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2017 at 10:46 pm

      Saya pun main belasah jer tetapi sebelum itu sudah menonton di You Tube cara-cara pasang. 🙂

      Reply
  21. Ira says

    27th July 2017 at 2:46 pm

    Boleh buat sendiri je dkat rumah. Murah n jimat

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2017 at 10:07 pm

      Jimat kos bila pasang secara DIY.

      Reply
  22. Belang Tarung says

    27th July 2017 at 1:55 pm

    gelembung angin la musuh utama kalau main bende tampal2 ni huhu

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2017 at 10:08 pm

      Guna air sabun dan scraper. Insyallah boleh atasi gelembung.

      Reply
  23. Sani says

    26th July 2017 at 9:13 pm

    Kos yang murah dan praktikal. Boleh cuba lepas ni. Cuma kalau pakai tinted hitam belah dalam kena pasang langsir kan ?

    Reply
    • akubiomed says

      27th July 2017 at 10:09 pm

      Tidak berapa nampak sebab tinted gelap.

      Reply
  24. Hairul Hissam says

    24th July 2017 at 9:14 pm

    lepas ne boleh lah saya pasang kat rumah saya pulak…. tq bro.
    cuma nak tahu.. waktu malam, org kat luar boleh nampak dalam tak…

    Reply
    • akubiomed says

      24th July 2017 at 11:31 pm

      Tidak berapa nampak sangat pada waktu malam.

      Reply
  25. Gum Arabic Al-Manna says

    24th July 2017 at 8:59 am

    Menarik, cara pasang tinted cermin rumah Mr DIY ni lebih kurang macam cara lekatkan sticker pada signboard. Air sabun itu sendiri ‘penyelamat’ plastik tinted.

    Reply
    • akubiomed says

      24th July 2017 at 11:33 pm

      Ya, air sabun supaya perekat tinted tidak melekat antara satu sama lain disebabkan cas elektrostatik.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in