• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Pakej unlimited Webemobile banyak syiok

Pakej unlimited Webemobile banyak syiok

13th February 2017 by akubiomed 21 Comments

 

Pakej Webe mobile kenapa murah sangat?

Korang pernah dengar Webe mobile? Saya  baru sebulan melanggan pakej Webe TM ini. Saya ketahui mengenai Webe ini melalui adik saya. Tak sangka Webe ini tawar kuota data yang sangat besar selain penggilan percuma.

Siapalah tidak tak nak dapat pakej yang ditawarkan tak masuk akal ini. Webe ini dahulu di kenali dengan P1. TM telah mengambil alih dan re-branding dengan nama baharu Webe. Mula-mula nak tukar plan Webe ini  terbaca banyak komen-komen nakal mengenai kisah silam.

Pengalaman lalu membuatkan saya agak choosy memilih pakej Telco kerana pernah pengalaman terdahulu saya ambil pakej data plan tetapi cepat habis kuota. Saya naik taraf pakej pun tetap habis walaupun kawal untuk tidak melayari YouTube.

Bayar RM79 guna Webe mobile sepuas-puasnya.

Saya melanggan pakej Webemobile plan dengan mengekalkan nombor lama. Sayang nak tukar kepada nombor baru kerana nombor lama sudah lama digunakan dan apabila ditukar menjadi masalah nak beritahu kenalan mengenai penukaran nombor baru.

Webe menawarkan porting dengan mengekalkan nombor lama. Saya membuat pendaftaran secara online dan pihak Webe akan pos Sim kad.

Saya telah dikehendaki membayar up-front sebanyak RM106 termasuk caj GST 6%.

Langganan bertambah harga turun tapi pakej kekal.

Apa yang menarik dengan pakej Webemobile ini adalah boleh mendapat pinjaman pertambahan sehingga lima talian untuk satu akaun induk. Harga langganan serendah RM49 sebulan untuk talian tambahan ke lima tanpa pakej dikurangkan tetapi dikekalkan sama seperti talian induk.

Untunglah mereka yang mempunyai ahli keluarga besar boleh dapat penjimatan penambahan talian.

Bila dah kongsi yang manis-manis tentu nak kongsi kekurangan mengenai Webemobile ini adalah tak boleh dijadikan Personal Hotspot.

Mengenai liputan selama sebulan guna boleh dikatakan baik kerana ia adalah perkara subjektif setiap Telco yang ada di Malaysia ada sesetengah mempunyai liputan yang baik dan sesetengah mengalami masalah liputan dikawasan tertentu.

Jika kawasan tersebut tidak mempunyai liputan 4G Webe jadi ia akan mengunakan Telco Celcom sebagai ganti. Okay lah daripada tak ada langsung.

Webemobile yang saya guna memberi liputan baik untuk kawasan yang saya berada samada dikawasan tempat tinggal atau ketika berada dikampung walaupun Smartphone yang digunakan bukanlah Webe certified phone iaitu Lenovo model A889 bukan 4G.Kelajuan Speedtest talian Webe diuji dengan Smartphone Lenovo A889.

Kesimpulan saya berpuas hati kerana kawasan yang saya berada ada liputan dan paling best saya tidak perlu bimbang lagi masalah kehabisan kuota selain panggilan tanpa had. Bagi saya ia adalah pakej yang berbaloi-baloi.

Penafian: Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan tajaan Webe atau sebagainya. Ia adalah pendapat peribadi melalui pengalaman mengunakan perkhidmatan Webe. Bagi mereka yang ini melanggan Webe perlu memahami syarat dan terma oleh pihak Webe.

Webe telah diberi nfas baru dengan penjenamaan semula sebagai Unifi Mobile.

Sila tekan butang kongsi:

  • Menguji speed Streamyx broadband
  • Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple
  • DiGi Best Prepaid memang best

Filed Under: review Tagged With: webe, webe certified phone, webe mobile plan, webe review, webe tm webe coverage

Reader Interactions

Comments

  1. Jia rizaira says

    5th April 2017 at 11:33 pm

    Ada kawan pernah ajak ambil Webe ni. Tapi masih lagi belum ada minat nak pakai. Mungkin satu hari nanti kot kalau coverage dah kat kawasan rumah.

    Reply
  2. zikri husaini says

    18th March 2017 at 1:23 pm

    saya masih pakai digi prepaid… data memang tak cukup, tapi boleh lah lepas untuk whatsap

    Reply
  3. Alyaa Aidee says

    15th March 2017 at 11:27 pm

    wah first time dengar, boleh cadangkan pada kawan-kawan.

    Reply
  4. Noriza Abdul Rahman says

    14th March 2017 at 10:40 am

    Oh dah ada webe ye..dulu ada perasan suami bagitau. Tapi macam rugi pulak sebab tak boleh nak potable hotspot tu ye.

    Reply
  5. Hanz says

    9th March 2017 at 10:10 pm

    masalah xleh tethering…
    kalau boleh tethering perfect…

    Reply
  6. Dzulfikar says

    6th March 2017 at 12:46 pm

    Bagus lah ada pakej unlimited juga

    Reply
  7. Yourfabulousmama says

    1st March 2017 at 8:27 am

    Saya memang pengguna setia. Susah nak tukar telco sedia ada. Tapi info di sini buat saya nak cuba Webe sekarang juga.

    Reply
  8. Wan Zawawi says

    17th February 2017 at 12:27 pm

    kalau bagus rasa nak cuba juga la, tapi sekarang masih selesa dengan streamyx

    Reply
  9. Norasikin says

    16th February 2017 at 10:38 pm

    Selagi harga dikawal kerajaan, saya anggap semua telco, semua pakej adalah sama. kuorta tetap ada. Yg unlimited tu mesti basic internet paling laju pun 64kbps. Agak-agak dengan 64kbps, berapa lama masa diperlukan untuk menggunakan data 9,999,999GB? Kalau data sentiasa jalan stabil 64kbps, dalam masa sebulan berapa banyak data digunakan? Sebab tu lah saya masih kekal dengan nombor dan plan lama di sejak 15 tahun lalu.

    Reply
  10. Ummi Hanie says

    15th February 2017 at 4:46 pm

    macam best ni. semua tempat dah ade ke ye

    Reply
    • akubiomed says

      15th February 2017 at 7:44 pm

      Coverage boleh semak di laman Webe disini. Webe coverage

      Reply
  11. Khairul Zamri says

    15th February 2017 at 2:09 pm

    Setakat ini saya masih menggunakan Prepaid sahaja sebab guna 2GB sebulan pun tak habis dan kat rumah pun dah ada Unifi free call pun ada, belum berapda pada tahap keperluan lagi nak ambil WEBE

    Reply
  12. Mus says

    14th February 2017 at 2:39 pm

    Harap prestasinya kekal mantap sampai bila-bila

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2017 at 7:14 pm

      Guna sepuas-puasnya tanpa had.

      Reply
  13. ema says

    14th February 2017 at 10:50 am

    bincang dgn suami nak tukar ke webe..tp suami ckp pakai sorang bolehlah..bila share kena charge tambahan.

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2017 at 7:16 pm

      Ya, caj berasingan untuk Personal Hotspot.

      Reply
  14. raihanah ahmad says

    14th February 2017 at 9:27 am

    saya masih ada kontrak dengan digi

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2017 at 7:19 pm

      Tak boleh nak buat apa dah. Tunggu kontrak tamat dan offer dari Webe pada masa hadapan. 🙂

      Reply
      • raihanah ahmad says

        15th February 2017 at 9:01 am

        kontrak habis bulan 10 insyaAllah. lamanya menunggu

        Reply
  15. suhaida suaid says

    14th February 2017 at 6:31 am

    Ramai yang cakap bagus.
    So far masih pakai celcom yang RM80 tu.

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2017 at 7:20 pm

      Pakej yang ditawarkan menarik dan sukar untuk ditolak. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in