• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pakej Lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada Hairul

Pakej Lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada Hairul

24th March 2012 by akubiomed 28 Comments

Pakej Lengkap Membuat Cakoi dan Donut ala Dunkin Donuts.

Pada 13 Mac yang lalu saya telah menerima kiriman Pakej lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada saudara Hairul yang seorang usahawan online dan juga pakar membuat Cakoi dan Donut yang lembut dan sedap.

Pakej lengkap membuat Cakoi dan Donut berbentuk ebook dimuatkan dalam sebuah CD. Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk pembuatan Cakoi dan Donut disukat jadi mudah untuk penyediaan bahan-bahan biar pun baru pertama kali membuat Cakoi dan Donut.

Susunan tutorial dari peringkat penyedian bahan-bahan, pembuatan hinggalah penghasilan Cakoi dan Donut tersusun dan mudah dituruti. Pengunaan bahasa yang mudah untuk difahami dan turut diselitkan video untuk memudahkan proses pembelajaran. Tutorial berbentuk video akan memberi lebih kefahaman dan dapat melihat bagaimana Cakoi dan Donut dihasilkan secara visual.

Blogger Hairul mempunya pengalaman sebagai Chef

Saudara Hairul juga tidak kedekut memberikan tip-tip dan pengalaman disetiap bab cara-cara untuk menjadikan Cakoi dan Donut yang bakal dihasilkan lembut, sedap dan bertahan lama. Jarang sekali saya melihat tip-tip sebegini dikongsikan kerana sesetengah tenaga pengajar merahsia bahan-bahan tertentu yang digunakan tetapi tidak saudara Hairul. Kadang-kadang apabila kita ikut resepi yang diberikan 100% tidak sama hasil seperti yang ditunjukkan jadi kita akan berasa tertipu.

Di pengakhiran ebook disertakan anggaran kos pembuatan untuk menghasilkan Cakoi dan Donut jadi mudah untuk kita mengetahui anggaran kos permulaan dan kos seunit membuat Cakoi dan Donut.

Klik banner untuk menempah pakej lengkap aneka Cakoi dan aneka Donut

Setiap pembelian Pakej Lengkap Membuat Cakoi dan Donut ala Dunkin Donut akan diberikan resepi Karipap pusing secara percuma berupa resepi air tangan ibu Hairul Sendiri. Tidak sabar rasanya untuk membuat Cakoi dan Donut untuk dinikmati oleh famili ketika waktu minum petang.

Sila tekan butang kongsi:

  • Siri resepi untuk jualan bagi mereka yang bermula zero
  • Resepi roti pizza yang mudah dan sedap untuk dicuba
  • Kek Coklat Moist untuk sambutan hari lahir

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Norasikin says

    28th March 2012 at 4:54 pm

    gempak la AB masuk dapur. Berkat untuk seluruh keluarga

    Reply
  2. chii says

    27th March 2012 at 10:37 pm

    nnt leh la AB berkongsi buat donut coklat ya..untuk kuih2 yg lain tu..mak chii da biasa buat..ehehe

    Reply
  3. Aya says

    26th March 2012 at 8:59 pm

    sedapnya…. huuhuhu

    Reply
  4. New blog Hairul says

    26th March 2012 at 8:51 pm

    tima kasih bro kerana sudi buat review… amat dihargai…

    Reply
  5. Khidhir says

    26th March 2012 at 8:17 pm

    memang menyelerakan

    Reply
  6. Norizwan says

    26th March 2012 at 10:52 am

    Sekali makan donut naik sekilo berat saya…wahhhhh tapi donut sedap wooo huhu….:-)

    Reply
  7. ohcikgu says

    25th March 2012 at 8:12 pm

    geram tengok donut tuuu..

    Reply
  8. nizamghazi says

    25th March 2012 at 3:54 pm

    Waah! Mr hairul.
    Blog dia best, banyak resepi.
    Saya kalau bagi resepi pun belum tentu boleh buat.
    Hanya tahu makan jerr 😉

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:08 pm

      Beliau rajin berkongsi resepi dan seorang yang bijak mengunakan bakat disaluran yang betul.

      Reply
  9. sabree hussin says

    25th March 2012 at 11:47 am

    dekat tempat saya ni pun tak ramai orang yang tau buat cakoi yang sedap… rasa macam nak buat bisnes pulak tiba2 lepas baca artikel ni

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:11 pm

      Didalam pakej ini juga saudara Hairul ada menyediakan pengiraan kos membuat Cakoi dan Donut. Rasanya kalau bro buka gerai kuih dikedai runcit tempat bro memang sesuai sangat.

      Reply
  10. Naziman says

    25th March 2012 at 3:31 am

    sebelum ni main makan ja cakoi. tak pernah pula terfikir nak buat sendiri. hehe. cakoi ni sedap. kalau kena dengan kuahnya, panas-panas lagi. puas hati.

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:47 pm

      Cakoi sedap makan semasa panas-panas saya akan cicah Cakoi dengan kuah Kaya.

      Reply
      • Naziman says

        25th March 2012 at 11:52 pm

        betul tu. kuah kaya yang sedap tu. dulu saya selalu beli kat bazar ja.

        Reply
  11. kulanz says

    25th March 2012 at 3:13 am

    lepas ni bro pula yang sediakan donut untuk anak-anak 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:50 pm

      Memang ada niat hendak buat Cakoi suatu hari nanti.

      Reply
      • kulanz says

        26th March 2012 at 10:16 pm

        lepas buat nanti boleh tunjuk di sini bro..

        Reply
  12. Yas says

    25th March 2012 at 2:42 am

    Waaa…kalau bro akubiomed dhstat buat nanti….silap2 boleh kalah tuan gurunya woo…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 11:51 pm

      Tidaklah sampai melawat tok guru. 🙂

      Reply
  13. azmanisma says

    24th March 2012 at 8:51 pm

    Hairul mmg pakar bab ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 11:32 pm

      Dia memang pakar dengan pengalaman berkerja didalam bidang penyediaan makanan. Resepi dan keenakan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

      Reply
  14. anif says

    24th March 2012 at 7:07 pm

    Wahaha.. Tak lama lagi seorang chef hebat bakal dilahirkan! 😀

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 7:15 pm

      Saya tidak ada pengalaman denngan industri makanan mungkin boleh mencuba.

      Reply
  15. LadyBird says

    24th March 2012 at 6:36 pm

    cakoi tu donat ke?

    1st time dgr nama cakoi..

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 7:13 pm

      Cakoi dan Donut tidak sama.

      Reply
    • Jebeng Otai™ says

      24th March 2012 at 11:46 pm

      tp kalo nk ikutkan adunan nya sama.. 🙂

      bentuk jer len2x

      Reply
  16. zool says

    24th March 2012 at 6:09 pm

    Bagus ni.. nanti dah terer kasi lah sikit cakoi kat sini

    Reply
    • akubiomed says

      24th March 2012 at 7:14 pm

      Saya mencari peluang untuk membuat Cakoi atau Donut sendiri. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in