• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pakai cermin mata bukan kerana kacak

Pakai cermin mata bukan kerana kacak

22nd January 2013 by akubiomed 83 Comments

Pakai cermin mata tiada kaitan dengan kacak.

Abang Long anak saya yang sulung mula mengadu masalah penglihatan. Saya sudah merasakan ada tanda-tanda kemungkinan anak teruna saya ini memerlukan cermin mata. Cikgu pun telah berpesan kepada anak saya supaya memberitahu ibubapa untuk membuat pemeriksaan mata.

cermin mata bingkai biru

Memakai cermin mata sejak tingkatan 4.

Saya mula memakai cermin mata ketika di tingkatan 4 kerana saya mengalami masalah rabun jauh dan lebih buruk lagi saya ada masalah silau. Apabila memandang lampu merah  seperti warna merah kelihatan kembang. Secara jujur saya tidak suka memakai cermin mata kerana terasa terkongkong di sebalik bingkai cermin mata.

Lelaki kacak bercermin mata.

Orang selalu kata memakai cermin mata ini kelihatan kacak, macho dan maskulin untuk lelaki. Ada juga mengaitkan si pemakai cermin mata ini ulat buku. Terasa sakit hati apabila rakan-rakan mengejek si mata empat. 🙂 Berlainan pula kepada saya kalau tidak ada cermin mata macam orang buta yang meraba-raba rasanya tidak puas memandang sesuatu objek. Kurang satu nikmat penglihatan yang telah ditarik oleh Maha Kuasa.

Apabila tak nampak huruf O pun disebut huruf Q.

Saya membuat ujian ringkas dengan menguji abang long. Saya minta beliau berdiri lebih kurang 1.5 – 2 meter. Dengan menutup mata sebelah saya meminta beliau mula menyembut huruf pada surat khabar Harian Metro. Apabila tak nampak sampaikan huruf ‘O’ disebut huruf ‘Q’.

Saya telah bawa abang Long untuk pemeriksaan mata dan beliau telah disahkan mengalami masalah rabun dan silau. Pakej cermin mata untuk pelajar sekolah telah dipilih dan cermin mata berbingkai penuh menjadi pilihan.

Abang long memakai cermin mata

AkuBiomed: Harap Abang Long tidak terganggu dengan masalah penglihatan ketika berlajar didalam kelas.

Sila tekan butang kongsi:

  • Contest Kaca Mata PapaMifz.com
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zaman

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Pondok Papan says

    16th February 2013 at 1:40 am

    Emm rasanya tak seronok kan bro pakai cermin mata..dek kerana keterpaksaan, terpaksa pakai jugak kan..emmm

    Reply
  2. hafizrahim says

    7th February 2013 at 1:52 am

    saya dari sekolah rendah darjah 3 dah pakai spek bro..kadang2 rasa rimas..nak je buat treatment laser pulih kan mata..hhuhu

    Reply
  3. Wan Fauzi says

    4th February 2013 at 12:47 am

    org rabun ni.. kebanyakannye genius…

    Reply
  4. Bro Zulkbo says

    25th January 2013 at 1:49 am

    salam..
    tak best la bang Long nanti tak leh main bola..he he..
    saya pakai spek dari darjah 4 Bro..sekarang power
    nak kena pakai yang double fokus, jauh dekat paun rabun
    alahai..apa nak buat, alhamdulillah..masih menikmati
    nikmat mata yang masih ku kecapi 🙂

    Reply
  5. syaifuddin alias says

    24th January 2013 at 11:33 pm

    comel dan kacak bercermin mata

    Reply
  6. azura says

    24th January 2013 at 8:50 pm

    wah muda abng long dah berkaca mata

    Reply
  7. nizamghazi says

    24th January 2013 at 8:41 pm

    Saya rasa ni mesti ikut genetik biomed kan.

    Reply
  8. Aya says

    24th January 2013 at 2:03 pm

    Kesian gak , kecil2 dah rabun.. aya dulu, umur 19 tahun, dah mula rabun, sebab bila study kat kelas,selalu duk dekat depan, dekat projektor..tu yang cepat rabun tu..huhu

    Reply
  9. papa mifz says

    23rd January 2013 at 5:57 pm

    kena pantau setiap enam bulan lebih bagus…jika meningkat terlalu banyak powernya elok dicuba kanta Myovision by Carl Zeiss, dah terbukti mampu mengawal power kanak2 supaya tidak meningkat dengan pantas…

    Reply
    • akubiomed says

      24th January 2013 at 12:59 pm

      Terima kasih kepada papa mifz atas nasihat tersebut. Kalau dapat info ini awal sudah tentu saya memilih kanta yang dicadangkan.

      Reply
  10. yas says

    23rd January 2013 at 3:14 pm

    Cari spek mata ibnu sina bro (plastik yg berlubang)…rega dia dlm rm60…aku dah test yg kengkawan beli, mmg bagus gak, lepas pakai je, test tgk jam nampak cerah semuanya….rasanya spek tu ada jual kt farmasi

    Reply
    • akubiomed says

      23rd January 2013 at 5:42 pm

      Tak salah kedai Daiso RM5 ada jual pada harga RM5 sahaja. Macam-macam bentuk bingkai boleh dipilih.

      Reply
      • yas says

        24th January 2013 at 5:19 pm

        RM5.00 Biar betul bro?

        Reply
  11. yas says

    23rd January 2013 at 3:11 pm

    Rasa2nya kali ni aku pun dah boleh check mata sendiri….bila nak tengok jam pun nampak berbalam jerrr

    Reply
  12. Seneorita Baharin says

    23rd January 2013 at 12:26 pm

    nampak abg long macho dgn cermin mata die….hee..

    Reply
  13. hairulafiz says

    23rd January 2013 at 10:19 am

    tapi ni masa budak2 okaylah utk belajar, nanti dah dewasa dah berkurangan rabunnya..

    Reply
  14. Dulu Lain Sekarang Lain says

    23rd January 2013 at 9:30 am

    Adehh.. kawe pakai sebab kacak he he… Saja jer nak cover mata yg makin malap dgn sepek hitam. Tapi alhamdullilah lah sampai la ni tak rabun. My wife rabun sejak kecik he he.. So far, anak2 ikut kawe. 😀

    Reply
  15. Ladfe Amir says

    23rd January 2013 at 8:34 am

    masa kali pertama pakai spek, saya sudah kena gelak. juga rasa tidak best sahaja pakai spek.

    last sekali sedar diri yg mmg sudah rabun

    Reply
  16. ciklaili.com says

    23rd January 2013 at 12:11 am

    masa di tingkatan 3, ramai juga kawan2 yg dah mula berkaca mata. mmg mereka nampak lebih educated bila memakai cermin mata.

    Reply
  17. hanafi abdullah says

    22nd January 2013 at 11:39 pm

    nampak macam orang intelektual bila pakai cemin mata…

    Reply
  18. Denaihati says

    22nd January 2013 at 11:36 pm

    baby aslah pun nak bergaya sekali yer. bukan kerana kacak, tapi kacak juga, moga boleh improve nanti

    Reply
  19. Izzuddin Fauzi says

    22nd January 2013 at 11:33 pm

    Dulu pakai cermin mata – then malas pakai… RIMAS!

    Reply
  20. KiD says

    22nd January 2013 at 10:58 pm

    aku takde masalah rabun.. cuma silau waktu malam.. huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:07 pm

      Masalah kalau memandu di waktu malam.

      Reply
  21. hafidz says

    22nd January 2013 at 10:50 pm

    Memang kacak abg long pakai mata 🙂

    Reply
  22. suri says

    22nd January 2013 at 9:47 pm

    mujur ada cermin mata blh di pakai klu tiada apa yg nak di rayaukan…

    Reply
  23. Nadot says

    22nd January 2013 at 8:43 pm

    Cute je Abang Long pakai cermin mata.. Hehehe..
    Saya yang pakai since Form 2 ni, tak sabar nak kumpul duit nak buat lasik elokkan.. Bila lah akan mampu tu.. haiishh 😉

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 10:49 pm

      Kalau ada duit lebih boleh buat rawatan Lasik.

      Reply
      • KiD says

        22nd January 2013 at 10:59 pm

        brape yea kos buat lasik tu..?

        Reply
  24. Hairul Hissam says

    22nd January 2013 at 6:59 pm

    Mmg boleh menjejas minat belajar pada kanak2 jika ada masalah rabun tapi tak pakai cermin mata…..

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 10:02 pm

      jika ibu bapa ada peruntukan lebih rm segerlah buatakan cermin mata ank2..pendidikan mrka lagi penting dr segalanya..

      Reply
      • akubiomed says

        22nd January 2013 at 10:35 pm

        Kalau ada masalah penglihatan tentu ganggu tumpuan pembelajaran.

        Reply
  25. BUATBEST says

    22nd January 2013 at 5:51 pm

    kadang2 kalau pakai cermin mata mmg xberapa selasa..nak pakai rimas..tapi apakan daya..hehe..kdg2 pakai jgk..siang je xpkai..malam rabun..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:09 pm

      Kalau tidak pakai cermin mata rasa macam tidak puas memandang.

      Reply
  26. ciksembang says

    22nd January 2013 at 4:40 pm

    minum air carrot selalu utk maintain x naik power

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:08 pm

      Ramai yang memberi petua mengambil lobak merah dan blueberry.

      Reply
  27. wandisini says

    22nd January 2013 at 4:13 pm

    satu nikmat dari tuhan telah ditarik. tapi ada nikmat lain yang akan diberikan

    Reply
  28. hatiputera says

    22nd January 2013 at 3:51 pm

    Boleh amalkan dengan memakan terung pipit bro. terung berbentuk bulat kecik. Memang bagus untuk merawat masalah penglihatan terutamanya rabun.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:13 pm

      Boleh dicuba petua ini. Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  29. hairulafiz says

    22nd January 2013 at 3:28 pm

    kena rajin makan carrot ni kata org2 tualah..

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 9:48 pm

      tak suka mkn karot tu tpi klu masakn syur camour sy makan gak heee bukan mkn tu nak dptkan mata cantik cam bunny ker?

      Reply
  30. pipoq says

    22nd January 2013 at 12:54 pm

    sy pun masalah rabun jauh + silau..memula pakai memang rasa rimas..bila dah lama ni rasa tak lengkap pulak bila takde spek..

    anak2 murid sy pun ada beberapa orang yang bermasalah penglihatan..nak kena bagitau kat ibubapa diorang jugak ni..

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 9:50 pm

      itulah mesti pakai klu tak pakai rasa tak selesa kabur2 semacam sahaja

      Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:15 pm

      Elok ibu bapa murid diberitahu nanti anak murid gagal beri tumpuan ketika belajar nanti.

      Reply
  31. Kamal Mustafa says

    22nd January 2013 at 11:51 am

    KM mula guna sejak 2 tahun lepas, bila memandu malam merban aje. Tapi tak nak terlalu bergantung sangat dengan penggunaan cermin mata.

    Reply
  32. hafizmd says

    22nd January 2013 at 11:51 am

    Memang amat perlu cermin mata bila ada masalah ni. Kalau tak, masalah rabun bakal menjadi lebih tinggi nanti

    p.s. makin encemlah abg koning =)

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 9:53 pm

      haaa makin segaklh melangkah ke sekolah..lagi jelaslah penglihatan nnti

      Reply
      • akubiomed says

        22nd January 2013 at 10:36 pm

        Harap masalah rabun jauh dan silau dapat diselesaikan dengan memakai cermin mata.

        Reply
  33. suri says

    22nd January 2013 at 11:15 am

    masa sy menuntut sem pertma sy mula rasa skit kepala..migren yang teruk. dan mulai buat cermin mata. btw sy tak pakai sangat2 tapi sejak keje di ipoh suami sllu ke kl sy terpaks anaik bas wajiba da cermin mata. skrg mau gak 2 tahun lebih sy betul2 serius pakai benda alah rimas ni. mual2 tak biasa lama2 ok..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:14 pm

      Saya pernah mengalami sakit kepala melampau rupanya kuasa rabun jauh telah menurun.

      Reply
  34. suri says

    22nd January 2013 at 11:13 am

    su dulu masa sekolah dok pakai tpi nak sgt paaki cam ada gaya bdak pandia plk aha….

    Reply
  35. Ummi Hanie says

    22nd January 2013 at 10:55 am

    tak tahu pula kaca mata ni dikaitkan dgn kacak

    yg saya tahu, selalunya dikaitkan dgn “nerd” :p

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 11:17 pm

      Biasanya ulat bukut dikait si pemakai cermin mata.

      Reply
  36. Izwan says

    22nd January 2013 at 10:21 am

    saya mula beli cermin mata masa masuk matrik tapi jarang2 pakai.
    waktu raya tahun lepas baru rasa silau sangat,check2 silau dah tinggi, terpaksa beli cermin mata baru. tak best pun ada rasa..

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:16 am

      mmg tak best tpi kna pakai. ada tv kata blh jer tak mau pakai cermin mata kena siapkan duit utk bt pembedaha tu berapa rm sy tak pasti.

      Reply
  37. Ummi Hanie says

    22nd January 2013 at 10:01 am

    mmg ramai kanak2 skrg ni pakai cermin mata…

    anak2 sy belum lg setakat ni… sy sndiri pakai spec mata ketika dlm darjah 5… dah sebati rasanya, baru ini je berjinak2 dgn contact lense pula 😉 utk tampak lebih muda mungkin? ahaksss ~

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:17 am

      uh berani pakai mata2 lawa tu hee…

      Reply
    • hafizmd says

      22nd January 2013 at 11:52 am

      hehe…ni yg nak kena try kanta mata jugak ni….hahaha

      Reply
      • suri says

        22nd January 2013 at 9:49 pm

        bro blh pakai tapi kena alert jgn dh pakai kanta tu pstu time tdo tak taggalkan..tak cuci dg baik..semua kena teliti klu tak blh mengundang pada barah anak mata huuu…

        Reply
      • akubiomed says

        22nd January 2013 at 11:18 pm

        Tidak minat pakai kanta lengkap kerana penjagaannya bagi saya agak leceh.

        Reply
  38. sukma says

    22nd January 2013 at 9:02 am

    saya memakai cermin mata bila memandu dan keluar rumah sebab silau…tak tahan sangat kalau silau nie…(bukan berlagak pakai spek gelap, tapi nampak bergaya)

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:23 am

      ada juga bawa kereta pakai cermin mata sb tak tahan panas huhu…

      Reply
  39. cikgu naman says

    22nd January 2013 at 8:18 am

    moga abang long dapat belajar dengan selesa . Ada sesetengah pelajar saya yang ada masalah penglihatan degil taknak pakai cermin mata, pastu apa yang cikgu tulis tak nampak

    Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:19 am

      aik jgn2 kluga depa belum mampu nak belikn lgi kot huu…kena paham cikgu huhu sb sy tgok tak ramai anak2 murid skolh yang mampu bli bayangkan utk satu cermin mata dh seratus ke dua ratus lebih.klua da potogan harga tu blh urut dada jap..

      Reply
      • suri says

        22nd January 2013 at 11:24 am

        sy harap anak bro akan selesa dg cerminmata barunya tu hee…mula2 mesti asyik nak tanggalkan shjakan sb tk biasa hee

        Reply
  40. anif says

    22nd January 2013 at 1:16 am

    Barangkali masalah keturunan ni.. Semoga beliau dapat membiasakan diri secepat mungkin.

    Reply
    • Dkna Abza says

      22nd January 2013 at 8:05 am

      betul…faktor keturunan macam dkna..

      Reply
      • suri says

        22nd January 2013 at 11:21 am

        apa boleh d kata kita dan cermin mata mmg tak blh d pisahkan..

        Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:20 am

      mugkin juga hurm…tpi taklah sb sy tgok dlm adik bdik sy suri sorg jer yg pakai. tpi klu tgok anak2 kakak, dan abg sya rata2 anak sedara saya majoritinya pakai cermin mata huu…

      Reply
  41. Neu says

    22nd January 2013 at 1:13 am

    saya skg kalau tak pakai cermin mata mmg tak leh jalan jauh lah bro – tambahan nak bawa kreta..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 1:19 am

      Macam mana hendak memandu kalau pandangan kabur.

      Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:22 am

      sy rasa klu tka der cermin mata mmg sy tak akan berani kemana2..duduk satu tmpt sanggup sb rabun..lain kalau ada cermin mata nak rempit mana2 blh kt kawasan perumahan sy heee

      Reply
  42. azman says

    22nd January 2013 at 1:01 am

    Anak saya yg sulong pun baru 4 bulan pakai cermin mata.Bila dah darjah 3 baru dia kata dia tak nampak apa yg cikgu tulis.So pergi check baru tahu dia memang rabun jauh.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 1:18 am

      Kita bimbang pembelajaran didalam kelas akan terjejas apabila ada masalah penglihatan.

      Reply
    • suri says

      22nd January 2013 at 11:25 am

      rabun jauh lgi bhya ya…muda2 dh kena pakai cermin mata huhu…

      Reply
  43. titan says

    22nd January 2013 at 12:43 am

    hoho..welcome to the family!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 1:17 am

      Tak sangka seawal 10 tahun sudah mula memakai cermin mata oleh abang Long.

      Reply
  44. donnyien says

    22nd January 2013 at 12:39 am

    hai bro,
    masa pakai cermin mata beberapa tahun yang lalu memang agak rimas tapi sekarang sudah biasa. Harap-harap anak bro dapat membiasakan diri dengan pemakaian cermin mata itu.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 1:16 am

      Budak-budak teruja sangat apabila dapat memakai cermin mata.

      Reply
      • suri says

        22nd January 2013 at 11:26 am

        ha..teruja hee bgus dapat sesuaikan keadaan semasa

        Reply
  45. MK Kimi says

    22nd January 2013 at 12:38 am

    Bagi saya tak kacak lah pakai spek ni. nak je buat lasik..tpi mahal. Huhu..
    saya pon ada silau..parahh

    Reply
    • akubiomed says

      22nd January 2013 at 1:15 am

      Kos Lasik mahal dan tidak semua yang ada masalah penglihatan boleh buat Lasik.

      Reply
      • suri says

        22nd January 2013 at 11:26 am

        lasik namaya huhu..tgok rasa gerun jer masa ia d jalankan hee..

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in