• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / resepi / Dengan Overnight oats sarapan pagi tidak lagi membosankan

Dengan Overnight oats sarapan pagi tidak lagi membosankan

7th February 2015 by akubiomed 38 Comments

Menyediakan sarapan pagi Overnight oats dengan resepi mudah.

Tiada lagi sarapan yang membosankan dengan Overnight oats. Tentu ada yang sukar menelan oat setiap pagi walaupun ia sarapan menyehatkan. Lagi pun ia bukanlah makanan ruji rakyat Malaysia.

Saya sudah lama mengamal sarapan pagi dengan oat yang dibancuhkan dengan susu dan sedikit taburan buah kismis sahaja. Biasanya waktu pagi adalah waktu yang paling sibut untuk bersiap diri pergi kerja dan anak-anak ke sekolah. Dari sejak kecil lagi saya sudah terbiasa bersarapan samada roti atau oat sahaja. Tabiat sarapan pagi yang ringkas terbawa-bawa sehinggalah berkeluarga.

Cara penyediaan Overnights yang ringkas, mudah dan sarapan yang menyehatkan.

Potensi kebaikkan kesihatan pengambilan Oat

Oat mengandungi sejenis serat larut dipanggil beta – glucan . Serat ini boleh membantu menurunkan kolesterol dan tahap gula dalam darah  dan mengurangkan risiko anda untuk obesiti , penyakit jantung dan kencing manis – Artikel “Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety” pada Julai 2012.

Resepi Overnight Oats

  1. Rolled Oat
  2. biji Chia
  3. Madu
  4. Secubit garam
  5. Susu rendah lemak
  6. Buah-buahan samada buah dipotong kecil atau buah-buahan kering

Cara penyediaan

Masukkan semua bahan tersebut kedalam bekas. Simpan bekas tersebut ke dalam peti sejuk semalaman. Boleh dibuat pada malam harinya untuk dimakan sarapan pagi esoknya.

Cara makan

Boleh letakkan topping dengan buah-buahan  dipotong kecil, buahan kering, peanut butter didalam satu sudu besar dan sebagainya mengikut kreativiti sendiri. Seriusnya rasa sungguh sedap dan mengenyangkan.

Tips penyediaan Overnight oats

Untuk menjadikan Overnight oats ini lembut atau pekat bergantung jumlah susu yang digunakan. Kalau hendak lembut boleh tuang susu lebih atau sebaliknya.

Saya sarankan mengunakan Rolled Oats dan bukannya Quick Cook Oat dan Instant Oat. Khasiat Rolled Oat lebih baik berbanding Quick Cook dan Instant Oat. Boleh cari maklumat perbezaan ketiga-tiga jenis oat ini di internet. Ada banyak jenama yang menjual Rolled Oats ini.

AkuBiomed: Overnight Oat ini boleh dinikmati semua peringkat umur, tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak. Cara penyediaannya yang mudah dan tidak perlu masak.

Penafian: Saya bukan pakar nutrisi tetapi ingin pelbagai makanan sehat terutama oats supaya ia tidak menjadi menu yang membosankan.

Sila tekan butang kongsi:

  • Bersederhana menjelangnya bulan puasa Ramadhan
  • Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat
  • Menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON

Filed Under: resepi Tagged With: resepi overnight oats, rolled oats

Reader Interactions

Comments

  1. azlina says

    8th November 2018 at 3:25 pm

    suka oat tp campur dalam air milo…kurang sesuai tuk diet kan…
    xminum fresh milk dan yogurt…payah jugak kan

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2018 at 10:13 pm

      Milo kurang sesuai. Susu low fat antara bahan utama untuk sediakan Overnight Oats ini.

      Reply
  2. Noriza Rahman says

    26th March 2015 at 8:14 am

    Saya selalu letak instant oat ja, lepas ni kena cari rolled oat la …mesti lain perasaannya bila makan:)

    Reply
  3. dinsblog says

    8th March 2015 at 7:41 pm

    bagus untuk turunkan kolestrol…pernah amalkan minum oat setiap pagi..tapi skrg dah bertukar kpd habbatus sauda dan madu.. 🙂

    Reply
  4. Norasikin says

    25th February 2015 at 5:15 pm

    Saya sentiasa simpan sedikit rolled oat dalam kereta sebagai kudapan. Selalunya saya makan begitu sahaja. Tambahan bahan lain terutama yang manis dan berlemak sangat tak sesuai untuk saya

    Reply
  5. Khadeejah Hasmad says

    22nd February 2015 at 3:45 pm

    Macam menarik.

    Rasa lemak susu tu akan menyerap dalam oats ya?

    Paling penting sedap!

    Reply
  6. emalinmohd says

    11th February 2015 at 9:24 pm

    Kalau oats saya memang suka letak kismis dengan yogurt. Kalau plain je rasa boring plak makannya.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 10:54 pm

      Betul, kalau makan oats kosong macam tak ngam sahaja. 🙂

      Reply
  7. Kamal Mustafa says

    11th February 2015 at 10:05 am

    makanan rendah kalori, elok pada yang nak fitkan badan macam KM 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:45 pm

      Ya, oats membantu menurunkan kadar kalori didalam darah.

      Reply
  8. Wan Zawawi says

    10th February 2015 at 11:28 pm

    nampak menyelerakan , boleh cuba buat sendiri nanti 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:45 pm

      Sangat disaran mencuba Overnight oats ini kerana ia adalah menu yang berkhasiat.

      Reply
  9. MK Hakimi says

    9th February 2015 at 3:41 pm

    Harus cuba ni. Biasanya pagi2 saya makan oat campur dengan susu kambing dan kismis. Nak try lah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:44 pm

      Lagi power ada susu kambing. 🙂

      Reply
  10. Raihanah Ahmad says

    9th February 2015 at 3:34 pm

    wah nampak sedaplah, nanti nak cuba la

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:44 pm

      Serius sedap dan boleh cuba buat.

      Reply
  11. AZENI AHMAD says

    9th February 2015 at 12:25 pm

    Saya suka sangat dengan oat.
    Dan mmg pun jemu asyik makan cara yg sama.
    Tapi kalau letak buah-buahan better jangan letak buah yang masam macam anggur ke pisang ke.
    Sebab keesokkan hari memang rase tak best.

    Tapi memang sedap makan sejuk-sejuk oat macam nie.
    Kena start balik buat nie.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:43 pm

      Oats sudah menjadi rutin menu sarapan dan kalau bulan Ramadan pula di waktu sahur.

      Reply
  12. Mus says

    9th February 2015 at 8:02 am

    kalau bijak mengolah menu.. tidak jemu dengan menu yang sama setiap hari.
    apa yang penting adalah ringkas tapi berkhasiat

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:41 pm

      Betul, kalau asyik menu yang sama akan berada jelak nanti.

      Reply
  13. Siti says

    9th February 2015 at 1:57 am

    Boleh cuba resepi baru ni.
    Pagi-pagi memang selalu kelam-kabut nak buat sarapan anak-anak.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:41 pm

      Sangat mudah untuk disediakan.

      Reply
  14. suhiminain says

    8th February 2015 at 11:56 pm

    boleh letak oreo x? hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2015 at 12:50 am

      Boleh. Terpulang kepada kreativiti selagi tidak lari dari pemakanan yang sehat adalah objektif utama.

      Reply
  15. rohaiza yunus says

    8th February 2015 at 4:47 pm

    sedapnya..terasa kat tekak ni lepas baca cara penyediaan.. tapi saya xsuka makan benda sejuk..

    cmne ek..tapi for sure saya nak try resepi ni..

    thanks for the info..

    jemput ke blog..

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2015 at 12:51 am

      Boleh dipanaskan selepas keluar dari peti sejuk atau dibiarkan seketika kepada susu bilik.

      Reply
  16. bearyblossom says

    8th February 2015 at 2:41 am

    Sy pulak memang jarang breakfast. Pagi2 mulut rasa payau je nak telan makanan especially klu makanan berat2. Klu kat kampung, family selalu sarapan dgn nasi berlauk. Mcm sy ni mmg tak suka nak breakfast berat2. Lagi prefer minum Milo dan biskut. Selalu jgk makan biskut oat.

    btw jom singgah blog sy.

    Reply
    • akubiomed says

      9th February 2015 at 12:51 am

      Saya tidak berapa suka bersarapan berat kecuali pada hari hujung minggu.

      Reply
  17. Aju says

    8th February 2015 at 12:45 am

    Sarapan pagi bersama oat dapat menurunkan tahap kolesterol. Oat akan menyarap semua kolesterol dalam tubuh kita. Oat juga sedang dihadamkan dan berkarbohidrate tinggi. Sebab tue ianya mengenyangkan. Sesiapa yang ingin diet, sila amalkan oat. Oat juga bagus diambil masa bulan puasa. Memberi tenaga berpanjangan.

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2015 at 11:50 pm

      Ya benar sekali. Pastikan beli oats jenis Rolled oats dan Ban Oats untuk mendapatkan hasil optimum.

      Reply
  18. blogger lelaki says

    8th February 2015 at 12:13 am

    hu3..gua kena breakfast makan nasi berlauk

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2015 at 12:46 am

      Sudah saya tulis makan oats ini adalah satu makanan ruji rakyat Malaysia. Sarapan pagi saya sebenarnya malas mengunyah sebab itu bersarapan dengan oat senang nak telan. 🙂

      Reply
  19. Datin Tyka says

    7th February 2015 at 5:45 pm

    Sejak mula diet ni, baru nak gemar oat. Kalau idak dulu2, pagi2 dah makan nasik. Patut la bro kurus ek. Haha

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2015 at 12:46 am

      Sudah baka jenis kurus nak buat macam mana. Terima seadanya. 🙂

      Reply
      • Datin Tyka says

        10th February 2015 at 12:37 am

        Family DT pon jenis kurus2. Tapi DT sorg je berbadan besar. Confuse jugak. Hwehe

        Reply
  20. titan says

    7th February 2015 at 5:18 pm

    tak berapa gemar makan oat.

    still gak nak nasi lemak.

    hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2015 at 12:48 am

      Nasi Lemak dan roti canai antara sarapan pagi yang disukai rakyat Malaysia umumnya.

      Reply
      • AZENI AHMAD says

        9th February 2015 at 12:23 pm

        Memang pun.
        Macam makanan rugi untuk sarapan lak.
        Untuk jangka masa panjang memang tidak bagus.

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in