Sanggup buat apa sahaja dengan nilai 50 sen
Satu pemandangan yang agak biasa hampir setiap kedai runcit mempunyai mesin tikam mainan ada yang bernilai 50 sen dan RM1. Ia menjadi kegilaan anak-anak untuk mendapatkan mainan didalam mesin tikam tersebut.
Usaha untuk nilai 50 sen berbaloikah?
Satu senario berlaku didepan mata ketika menunggu isteri membeli air mineral untuk simpanan stok disebabkan catuan air baru-baru ini. Dari dalam kereta saya memerhatikan gelagat 3 kanak-kanak lelaki didalam lingkungan dibawah 11 tahun mengadap mesin tikam. Kelihatan mereka ada masalah untuk mendapatkan mainan dari mesin tikam tersebut apabila duit 50 sen yang dimasukkan tersangkut. Seorang demi seorang berusaha dengan pelbagai cara untuk duit 50 sen masuk sepenuhnya dan mendapatkan hadiah mainan dari mesin tikam tersebut. Bersilih ganti diantara 3 kanak lelaki ini berusaha untuk duit 50 sen dapat masuk sepenuhnya. Di dalam hati saya terdetik besar sungguh nilai mainan yang mahu diperolehi. Saya merasakan usaha mereka lakukan untuk mendapat hadiah mainan mesin tikam tidak setimpal dengan nilai 50 sen.
Realiti kehidupan usaha mesti setimpal dengan ganjaran
Apabila kita ingin mencapai sesuati perlu usaha, strategi dan perancangan. Bayangkan hasil diperolehi tidak setimpal dengan usaha dan masa dibuangkan begitu sahaja. Kita tentu pernah melalui situsi ini dan mula mengeluh hasilnya tidak memuaskan hati. Bagi yang bijak merancang dan menjangka apa yang berlaku dan sudah mempunyai beberapa pelan jika terkeluar dari laluan kejayaan boleh mengunakan pelan yang diatur supaya kembali ke jalan yang dirancang.
Teringat di sekolah dahulu apabila cikgu-cikgu selalu berpesan “Work Smart Not Word Hard”. Hasil atau output yang sama boleh dihasilkan dengan melakukan secara bijak berbanding berkerja keras hasil juga tidak jauh beza. Adalah lebih baik memilih “Work Smart” berbanding “Work Hard”. Didalam beberapa hari ini saya mengalami satu kejutan yang memerlukan melakukan kerja dengan pantas, cepat dan efisin. Ia bukanlah satu tugasan mudah dan oleh itu saya perlu berfikir dengan pantas disebab resource yang kurang. Bagaimana menghasilkan output sama dengan tenaga kerja yang terbatas.
AkuBiomed: Apakah pandangan sahabat blogger didalam isu kupasan saya?
Emm pernah nampak gelaghat macam ni..tapi tu la..budak2..kan?dia mana nak fikir semua tu..yang dia tahu, mungkin dia salah masukkan duit 50 sen tu..nak cuba masukkan juga duit tu..last2 merajuk buat muka sposen lari balik rumah..haha
Adehh, anak kawe suka main mesin ni. Masuk 50 sen dan adakalanya 50 sen x 2. Kawe biarkan aje dulu. Budak2 susah hendak faham kena tipu dengan peniaga. Yup, nilai mmg tidak setimpal dan biasanya gambo hadiah tak ngam dengan hadiah. Then again, kids akan faham akhirnya. Lama-lama diaorg tak minat lagi.
Nice bro.. suka ulasan entry nie lebih-lebih lagi cte pasal budak2 main mesin tikam tu.. pandai bro tarik pembaca dengan pendahuluan yg begitu menarik… 🙂
okay first, saya tak pernah main tikam2 ni. dan tak bagi anak2 main juga…
second, bagi kanak2 tersebut, hadiah tikaman tu begitu berharga mungkin
third, saya nampak senario blogger buat kerja tapi tak setimpal hasilnya… sama2 faham kan?
Susahh betul saya nak terangkan pasal mesin tu dengan anak saya. Dah bagi dia cuba beli tapi yg keluar benda lain. Berkali-kali kena kelentong dengan mesin tu tapi masih lagi mahu dikelentong.
Kalau kita terapkan kuat usaha tu dalam semua perkara, berjayalah kita…insyaAllah
Mungkin nilai 50 sen tu kecil untuk kita tapi besar ertinya untuk mereka. Dari segi semangat harus dipuji kerana mereka akan cuba pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Kalaulah semangat ni diadaptasi untuk yang lain-lain juga alangkah bagusnya kan. Never ever give up..
Nasib baik anak saya tak pandai main mesin ni
anak buah suka main maiann ni..memang membazir je..dapat mainan ntah ape2..
anak pernah guna mesin ni sbb terpengarh dgn gambar mainan yg hebat2
namun yg dapat hanya mainantah apa2
kanak2 mungkin terkilan apabila rm0.50 terangkut dgn harapan yang tinggi. maklumlah mainan mmg kegemaran drang kan? huhuhu
ahaha , mesin nih , memang favourite gua r , memang fed up , kalau pulas-pulas , dapat bende lain , hihi
Susah hendak jangka hadiah yang diperolehi.
anak saya adalah antara yang gilakan permainan ini…nasib baik ayah dia boleh kawal dengan baik!
Itu hal yang buat anak-anak ketagih. Apa kata kalau tak dapat duit dan barang dia akan mengamuk.
Anak saya juga tidak lepas mendapatkan mainan dari mesin tikam ini.
Dulu masuk duit untuk main game pun ada. Terjebak jugak kejap. Untuk budak2, memang besar la duit 50sen tu.
Kalau hantu game memang tidak akan lepas peluang untuk bermain selepas sekolah.
orang yang berjaya serta bertahan lama adalah orang yang sentiasa work smart. kita sebagai blogger juga harus sedemikian.
Sama-samalah kita berusaha secara bijak.
saya pun pernah main benda ni, nilai 50sen adalah besar bagi saya jika kita masih kecil, skrg ni 50 pun nak beli nasi lemak pun x dapat, lagi sakit hati apabila ada yg jual nasi lemak RM1.20 pastu dalam cuma ada sambal jer, ermm
Rasanya tidak patut pelanggan berhak mendapat setimpal yang dibayar.
aku pernah gak main benda ni. tapi bukan jenis ni la. Jenis main kad dragon ball atau sailor moon. Mula-mulanya, aku kumpul sebab minat dragon ball. Last-last terbuat bisnes.
Tapi aku beli sebab kalau untuk dapat kad sticker emas. Letak 20 sen dan pusing untuk dapat 1 kad. Kalau luck, dapat kad emas. Kalau tak, dapat kad pelekat biasa aje. Ada rezeki boleh jual 5-10 kali ganda. Pernah dapat berpuluh-puluh sticker emas yang memang cantek dan wanted. Jual kat budak-budak cina yang memang gila benda ni. Sanggup bayar mahal.
Paling mahal pernah jual, 1 kad RM100. Mengigil tangan masa dapat duit tu. Kad yang satu ni memang aku sayang betul. Kad emas son goku tengah buat bola jiwa. Cuma ada 3 kad aje kat malaysia waktu tu. Tapi oleh sebab tangan gatal nak beli kereta tamiya..jual jugakk..
Biasa 1 kad emas aku jual rm5 hingga rm10. Bergantung pada unik dan rare. Rare ni..cuma ada 20-30 aje. Dan tak banyak tempat yang jual kad-kad macam ni..
Sekian. Itu sahaj cerita aku tengah benda ni. Haha..kecik-kecik dah otak bisnes.
Kecil-kecil sudah ada sifat seorang usahawan.