• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Nasik lemak atau roti canai dihujung minggu

Nasik lemak atau roti canai dihujung minggu

6th November 2010 by akubiomed 32 Comments

Nasik lemak atau roti canai dihujung minggu.

Nasi Lemak sambal lauk paru-paru.

Bangun hari Sabtu ingat nak nak trim rumput dihalaman depan dan dibelakang rumah. Isteri asyik sinis aje kerana janji nak buat pada pagi Jumaat tapi tak buat-buat juga.

Terpaksa tangguh ke pagi hari Sabtu kununnya. Hari ini pagi-pagi lagi si isteri sudah keluar membeli  nasi lemak sambal, untuk si suami tersayang special sikit nasi lemak lauk paru-paru. Manalah rasa Umph! kalau makan nasi lemak sambal ikan bilis sahaja. Disamping nasi lemak sebagai sarapan pagi, kuih apam kegemaran berwarna putih dan merah untuk anak-anak.

Selepas kenyang lepas makan nasi lemak sambal

Begitulah kami sekeluarga pada hujung minggu kalau tak nasi lemak sambal, roti canai menjadi sarapan pagi kami sekeluarga. Sekali-sekala makan roti canai di restoran Salam Sentosa yang mempunyai theme logo 1 Malaysia pada signboard restoran.

Alahai pengusaha restoran mamak ini faham ker maksud 1 Malaysia atau sekadar menarik perhatian sahaja. Berbaju warna hijau daun pisang pelayaan-pelayan mamak di restoran yang rata-rata beragama islam.

Restoran mamak menajdi tumpuan segenap lapisan masyarakat tak kira bangsa dan agama didalam harmonis menikmati sarapan pagi bersama. Mungkin kena pada tema logo 1 Malaysia pada tanda perniagaan, semua bangsa bersama dibawah satu bumbung.

Pada suatu ketika hubungan semua lapisan kaum ibarat ‘aur dan tebing’ seperti digambar didalam lipatan sejarah semua genap lapisan masyarakat keluar menyambut perarakan ‘Missi Merdeka’ di Bandar Hilir Melaka bagi meraikan kejayaan Bapa Kemerdekaan  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga bekas Perdana Menteri pertama bagi mendapatkan kemerdekaan tanah Melayu.

Saya setuju sangat kalau mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus supaya generasi muda dapat menyelami keperitan yang perlu diharungi generasi terdahulu untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan British

Mengingatkan saya pada hari akhir latihan di Adelaide Australia pada tahun 2000 dimana kami dibawa sebuah restoran yang di usahakan anak Malaysia berbangsa Cina sebagai tanda meraihkan kejayaan kami menamatkan latihan selama 5 minggu disana.

Seronok bukan kepalang kami apa bila pengusaha berbangsa Cina Malaysia(sudah tidak ingat namanya) fasih berbahasa melayu dengan kami. Tak payak suruh, menu yang kami minta semuan dibuat pedas-pedas mengunakan periuk berasingan dan dari bahan-bahan yang halal.

Bayangkan selama 5 minggu, sos cili kesemuanya manis-manis belaka mana ler boleh makan.

Nampaknya petang ni kena tunaikan janji hendak trim rumput kalau tidak kena lagi si suami leteran si isteri. Sabarlah adinda kalau tak hujan petang ni kanda buat 😉

  • Santai-santai hujung minggu dengan Nasi Lemak Lauk Kerang
  • Rasa Kampung Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Club
  • Melepasi fasa minggu pertama tahun 2016

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. syahrilhafiz says

    29th July 2011 at 7:57 pm

    ah..pakai effect apa tu bro?? cantik gak

    Reply
    • akubiomed says

      30th July 2011 at 1:53 pm

      Saya guna GIMP buat beberapa layer untuk mendapatkan kesan khas light saber

      Reply
  2. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:59 pm

    ikut selera masing-masing.

    Reply
  3. Ali ridha says

    13th December 2010 at 9:58 pm

    hujung minggu kedua makan
    aku makan.

    Reply
  4. Fitrihadi says

    22nd November 2010 at 2:10 am

    roti canai banjir semestinya hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      22nd November 2010 at 9:14 pm

      Makanan segera paling mudah didapati

      Reply
  5. ardzham says

    10th November 2010 at 6:55 pm

    huhuhu berselera sungguh nampak gambar nasi lemak tu. baru tengahari tadi bedal 3 bungkus nasi lemak yang tak habis jual. tapi takde ikan bilis dan kacang sebab “nasi lemak 50 sen” 😉

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2010 at 6:58 pm

      Tuh yang lemah bola tokey bedal nasi lemak 🙂

      Reply
      • ardzham says

        10th November 2010 at 11:36 pm

        dah tak ada rezeki jual
        jadi rezeki makan…
        setidak2nya dapat juga rasa sedap tak nasi lemak ni…
        kalau kita sendiri dah rasa tak sedap, macamana pulak dengan pelanggan?
        kalau kita rasa dah sedap, oklah tu. cuma kena kekalkan kualiti.

        Reply
        • akubiomed says

          10th November 2010 at 11:55 pm

          Bangga mat salleh dekat Australia puji dan siap minta resepi Nasi Lemak yang buat semasa di Australia pada tahun 2000.

          Reply
  6. Syafrizal says

    10th November 2010 at 3:18 pm

    Jangan amalkan sangat makan nasi lemak..
    nanti kena kencing manis
    melainkan ada amalkan herba..

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2010 at 3:35 pm

      Kolestrol pun tinggi 🙂

      Reply
      • Syafrizal says

        10th November 2010 at 3:37 pm

        tu la pasal hehe…
        pandai2 la mengimbangkan pemakanan anda

        Reply
  7. zik says

    9th November 2010 at 8:07 pm

    wah budak2 nih… pengaruh star wars pulak…

    Reply
    • akubiomed says

      9th November 2010 at 8:11 pm

      Anak-anak saya ada jer permainannya yang ni berangan nak jadi Jedi pulak 🙂

      Reply
  8. awaniz says

    7th November 2010 at 4:39 pm

    bila sudah jauh dari keluarga nih, pagi2 memang tak sarapan dah.. terbongkang atas katil… lagi2 la hujong minggu takde kelas…….

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2010 at 4:44 pm

      Saya masa kat kolej dulu pun macam tuh sarapan pagi dibawa ke tengahari tapi bila dah berkeluarga perutni macam dimanja-manja pulak. Kalau tak isi sampai boleh tahap pening kepala

      Reply
  9. sangilapi says

    7th November 2010 at 1:44 am

    tengok gambar nasi lemak di waktu 1-40 pagi membuatkan perut aku terasa lapar apatah lagi kalau ada peparu yang dipotong nipis,digoreng garing 🙂

    cuaca sekarang tak menentu,susah nak potong rumput 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2010 at 4:24 pm

      Setakat kat Semenanjung kedai-kedai makan bersepah. Masa saya kat Miri kena makan sebelum Isyak sebab kat sana kedai tutup awal. Sekarang ni tak tahu mungkin dah berubah kot

      Reply
  10. padin says

    7th November 2010 at 12:56 am

    hehe kalau dulu masa belajar, sarapan roti canai pun dah memadai, tapi sekarang entah kenapa selera bertukar..
    sebelum kerja kena ambil nasi juga, tak kira la nasi goreng atau nasi lemak, hee

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2010 at 4:25 pm

      Masa belajar ibu saya sediakan roti dan bila berkeluarga saya sarapan oat sahaja.

      Reply
  11. sharinginfoz says

    6th November 2010 at 11:30 pm

    nasi lemak memang sedap

    Reply
  12. ray ban says

    6th November 2010 at 11:25 pm

    prefer makan roti canai lagi

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2010 at 4:26 pm

      Tak nak cuba tosey sedap juga

      Reply
  13. etomyam says

    6th November 2010 at 10:53 pm

    apa-apa pun kewajipan dunia offline kena diutamakan dahulu.. selamat mesin rumput 😀

    Reply
    • akubiomed says

      7th November 2010 at 4:27 pm

      Yer betultu

      Reply
  14. puteri says

    6th November 2010 at 7:05 pm

    mcm nsi lmk hari2 sbb yg len dia xjual.. mlainkn bhun.. tp kwn pnh beli, ckp keras.. huhu..

    tp biasanya srpn bskut je sblum g kls..
    sblum klas, atau dlm kls atau lps abes kls
    mkn kuih @ ap2 yg mnrik yg bli kt kafe..
    hoho

    Reply
  15. puteri says

    6th November 2010 at 7:03 pm

    kenapa di petang hari kanda?
    bukankah lebih baik di pagi hari..
    ahaks

    Reply
    • akubiomed says

      6th November 2010 at 7:20 pm

      Err mula-mula ingat nak pagi tapi tunggu – tunggu punya tunggu sampai petang hujan pulak. Esok sajalah 😉

      Reply
      • tehr says

        7th November 2010 at 3:46 am

        besok pun hujan, bro

        Reply
        • akubiomed says

          7th November 2010 at 4:23 pm

          Tulah pasal pagi hari minggu hujan. Saya dan isteri meghadiri sukaneka anak di tadika. Habis lencun sebelum waktu zohor

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in