• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mudahnya laksanakan ibadah Akikah dengan eQurban

Mudahnya laksanakan ibadah Akikah dengan eQurban

23rd May 2013 by akubiomed 45 Comments

Laksana ibadah Akikah dengan eQurban ‘beribadah sambil beramal’.

Alhamdulillah terlaksana ibadah Akikah untuk baby Aslah  yang comel, berlesung pipit disebelah pipi kanan dan juga adik kepada abang Koning. Saya memilih melaksana ibadah Akikah ini dengan eQurban beribadah secara beramal membantu umat islam yang juga saudara seislam di bumi Kemboja.

Hukum Akikah adalah sunat Muakkad yang sangat dituntut ke atas umat islam.

Makna Akikah

  • Dari segi Bahasa membawa maksud ‘memutuskan’.
  • Dari segi  Syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Petikan mengenai ibadah Akikah:

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya, Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan(kotoran dan najis)

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya Bayi itu tergadai(tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukurkan kepalanya.

eQurban Promo Video

[youtube=http://www.youtube.com/v/T8Z1zjgfyyA?version=3&hl=en_US&rel=0]

Hikmah Akikah

  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud Allah SWT.
  2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  3. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apaila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
  5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaanNya.
  6. Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.

Jumlah bahagian Akikah bayi perempuan dan lelaki.

  • 1 ekor kambing @ 1 bahagian lembu untuk bayi perempuan.
  • 2 ekor kambing @ 2 bahagian lembu untuk bayi lelaki.

sumber info: eQurban

Sila tekan butang kongsi:

  • Program Qurban dan Aqiqah Kemboja bersama eQurban
  • Selamat mengerjakan ibadah puasa
  • Fenomena Supermoon di sebalik jerubu.

Filed Under: blog Tagged With: akikah, aqiqah, aqiqah kambing, bahagian akikah bayi perempuan, equrban, ibadah akikah, qurban aqiqah, qurban dan aqiqah

Reader Interactions

Comments

  1. yas says

    3rd June 2013 at 9:16 am

    Alhamdulillah….semoga makin murah rezeki bro slps nih…

    Reply
  2. Hafizul says

    30th May 2013 at 1:38 pm

    Emm ada rezeki ingt nak buat dengan equrban gak..hehe

    Reply
  3. wahida says

    30th May 2013 at 12:17 pm

    Alhamdulillah, semoga bro terus dimurahkan rezeki…sambil berakikah sambil beramal…

    Reply
  4. sukma says

    29th May 2013 at 10:30 am

    anak buah pernah dapatkan khidmat e-qurban….mudah jer…

    Reply
  5. hafizmd says

    28th May 2013 at 7:30 pm

    Moga diterima ibadah bro AB…ameen

    thanks bro berkongsi

    Reply
  6. cik tom says

    28th May 2013 at 7:27 pm

    alhamdulillah….ciktom pun amik 1 bahagian korban thn lepas…

    Reply
  7. Hairul Hissam says

    25th May 2013 at 9:49 pm

    mmg mudah zaman skrg nie nak beramal dan menyiapkan bekalan di akhirat nanti.. Cuma mau tak mau je.. jom kita laksana ibadah qurban dan aqiqah..

    Reply
  8. ProfHariz says

    25th May 2013 at 6:43 pm

    Permulaan yang baik. Promosi equrban. Hiks

    Reply
    • Datin Tyka says

      25th May 2013 at 9:19 pm

      affiliate kan.. hehehe

      Reply
    • suri says

      27th May 2013 at 1:34 pm

      semoga usaha ini akan menyedarkan orang luar ttg kepenting dan manfaat qurban

      Reply
    • suri says

      30th May 2013 at 12:26 am

      bilalah saya nak laksanakan pula tengok orang buat semakin rancak

      Reply
  9. rozuan says

    24th May 2013 at 10:32 pm

    kalau laksanakan secara macam ni, memudahkan urusan dan yang penting daging qurban dapat kepada yang benar2 memerlukan

    Reply
    • suri says

      30th May 2013 at 12:26 am

      harap negitulah yang dapat perlu di berikan kepada yang sepatutnya

      Reply
  10. eyriqazz says

    24th May 2013 at 2:12 pm

    Rasa mahu buat ibadah qurban juga tahun ni…

    Reply
    • akubiomed says

      24th May 2013 at 7:07 pm

      Moga-moga niat kurban dapat dilaksanakan pada tahun ini.

      Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 9:25 pm

      semoga impian bro dicapai

      Reply
  11. Kamal Mustafa says

    24th May 2013 at 10:32 am

    Kepada yang tidak pernah dibuatkan ibadat akikah masa kecil, dah gadang-gadang nie kena buat Qurbanlah pulak. Dengan eQurban nie bukan untuk diri kita saja kita dapat beramal pula untuk orang lain. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th May 2013 at 7:08 pm

      Beribadah sambil beramal.

      Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 9:53 pm

      betul tu.. untuk orang yang dah meninggal pon bole kita buatkan

      Reply
  12. zuan says

    24th May 2013 at 9:35 am

    1st diorang sebut pasal qurban je gua dah minat, pastu kaedah yang digunakan pun sangat menarik. InshaAllah ada rezeki lebih nanti memang akan buat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      24th May 2013 at 7:10 pm

      Kemudahan untuk melaksanakan ibadah Akikah dan Kurban itu ada.

      Reply
  13. HafizAmri says

    24th May 2013 at 12:53 am

    alhamdulillah.. perkongsian yang sgt bermanfaat..

    Reply
  14. TehR says

    24th May 2013 at 12:13 am

    alhamdulillah
    moga sentiasa diberkati dan diterima amalan kita

    Reply
    • akubiomed says

      24th May 2013 at 7:11 pm

      Amin. Moga-moga amalan diterima oleh Allah SWT.

      Reply
  15. Datin Tyka says

    23rd May 2013 at 11:46 pm

    alhamdulillah equrban memudahkan segalanya.. syukurr

    Reply
  16. daddydee says

    23rd May 2013 at 11:14 pm

    eQurban memamng memudahkan…

    Reply
  17. puteri kasih says

    23rd May 2013 at 10:45 pm

    mudah sekarang ni..pasti akan menjadi pilihan ramai 🙂

    Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 12:11 am

      insyaAllah pasti akan ada menggunakan equrban nanti

      Reply
  18. BUNDA says

    23rd May 2013 at 8:59 pm

    assalam,

    murah rezqi, segala2nya telah dimudakanNya…Alhamdulillah…tahniah..

    Reply
  19. Ally says

    23rd May 2013 at 7:09 pm

    Alhamdulillah semoga ibadah korban dan akikah diterima Allah s.w.t.
    Terima kasih di atas perkongsian. 😉

    Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 12:15 am

      insyaAllah akan terima dari Allah S.W.T. aminnnn

      Reply
  20. Izzuddin Fauzi says

    23rd May 2013 at 7:06 pm

    Mudahnya nak lakukan ibadah – cuma mahu atau tidak sahaja lagi 🙂

    Reply
  21. titan says

    23rd May 2013 at 6:33 pm

    musim nak raya nanti..memang ramai orang wat akikah ngan korban.

    Reply
    • suri says

      27th May 2013 at 1:35 pm

      itu sudah semestinya masa inilah orang akan mula menceritakannya

      Reply
  22. kakiblog says

    23rd May 2013 at 5:41 pm

    urusan akikah yang semakin dipermudahkan…

    Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 12:23 am

      alhamdulillah makin lama makin senang kan

      Reply
  23. mrhanafi says

    23rd May 2013 at 5:39 pm

    akikah amalan sunat yang dituntut..

    Reply
  24. staibaqhang says

    23rd May 2013 at 3:21 pm

    tahun ni insyallah nak buat akikah untuk anak kedua…

    Reply
  25. hafiz says

    23rd May 2013 at 2:51 pm

    skrang memang mudah tinggal nak buat dgn taknak jer..

    Reply
  26. muktasim says

    23rd May 2013 at 2:28 pm

    kalau tak ada halangan tahun ini nak buat qurban dgn equrban pula.. 🙂

    Reply
    • Datin Tyka says

      24th May 2013 at 12:26 am

      wah insyaALlah semoga dipermudahkan

      Reply
    • suri says

      27th May 2013 at 1:36 pm

      equrban saya belum mecuba lagi harap akan ada peluang seperti itu nanti

      Reply
  27. cikgu naman says

    23rd May 2013 at 1:17 pm

    saya juga nak buat melalui eQurban

    nak buat kat kampung nanti susahkan orang tua pulak,,Alhamdulillah dah selesai untuk baby aslah ye

    Reply
    • suri says

      27th May 2013 at 1:42 pm

      baguslah bila dh selesaikan tak perlulah susah hati lagi

      Reply
  28. Mus says

    23rd May 2013 at 12:30 pm

    insyaallah saya akan mengaqiqahkan anak di kampung cuti ni..
    mulanya nak guna equrban.. tapi tak jadi
    mungkin untuk masa depanlah..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in