• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mudah pindah gambar dengan Toshiba flashair w-02

Mudah pindah gambar dengan Toshiba flashair w-02

13th June 2014 by akubiomed 25 Comments

Toshiba flashair w-02 mudah kerja memindahkan gambar

Kad  memori SD Toshiba flashair w-02 dengan kapasiti 32Gb antara kad memori terbaru. Sebelum ini saya sudah pun memiliki kad memori yang mempunyai keupayaan terbina dalam Wifi .

Memindahkan gambar secara wireless

Kelebihan kad memori jenis SD Wifi ini memudahkan tugasan memindahkan gambar dari kamera kompak digital atau kamera DLSR ke dalam Smartphones. Tablet dan PC secara wireless.

Saya tidak ada masalah dengan kad memori SD Wifi jenama Ez Sh@re berkapasiti 8Gb yang digunakan sekarang. Kalau saya set format simpanan gambar RAW+L menjadikan jumlah gambar yang disimpan lebih kurang  200 keping berbanding jenama Toshiba ini berkapasiti lebih besar.

 

Toshiba Flashair lebih mudah digunakan

Dari segi pengunaan kedua-dua jenis memori kad ini tidak banyak beza. Untuk menghantar gambar secara wireless saya perlu OFF terlebih dahulu kamera DSLR dan set kad memori SD Ez Sh@re ke Wifi mode.

Mana kala Toshiba flashair w-02 saya tidak perlu lakukan seperti pengunaan memori kad  Sh@re. Apa yang saya perlu buat adalah install aplikasi FlashAir(terdapat versi Andoids dan iOs). Kemudian klik ikon FlashAir di Smartphones/ Tablet dan isi kata laluan sahaja. Ia akan bersambung secara automatik setiap kali aplikasi FlashAir dibuka.

Saya tidak dapat menguji secara temperinci adakah sambungan WiFi menjejaskan kapasiti bateri kamera dan kelajuan memindahkan gambar dari kad memori SD Toshiba FlashAir ini.

Seperti yang ditulis atas kertas, pengunaan tenaga kad memori Toshiba adalah rendah. Jika tidak mempunyai aplikasi FlashAir bukanlah satu masalah kerana Toshiba Flash air ini boleh diakses melalui browser di Smartphone/Table dengan menaip pautan http://flashair/  untuk akses gambar.

 

Ciri-ciri Toshiba FlashAir w-02

  • Fungsi pemindahan data secara wireless
  • Kapasiti memori sehingga 32Gb
  • Pengunaan tenaga yang rendah
  • Mudah digunakan
  • Class 10 dengan minimum kelajuan data 10MB/s
  • 5 tahun jaminan

Bagi saya Toshiba FlashAir adalah satu pelaburan yang berbaloi dengan harganya semakin murah. Tidak salah mempunyai memori kad lebih kerana ia boleh digunakan pada kamera digital kompak dan kamera DSLR.

AkuBiomed: Sila buat semakan samada kamera/ DSLR sesuai untuk digunakan dengan Toshiba FlashAir disini



Sila tekan butang kongsi:

  • ez Sh@re Wifi SD Card mudahkan proses pindah gambar kamera DSLR
  • 5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830
  • Apa ada dalam beg anda?
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2014-06-13
Reviewed Item
Toshiba 32GB FlashAir Wi-Fi LAN W-02 SDHC CL10
Author Rating
4

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Dian says

    10th September 2016 at 1:26 am

    Applikasi ni boleh guna utk ramai pengguna ke? Contohnya 4 org adik beradik nk transfer gmbr dari dslr ke fon masing2. Ke4 4 org boleh buka apps serentak dalam masa yg sama utk dptkan gmbr ke phone masing2?

    Reply
    • akubiomed says

      16th September 2016 at 3:45 pm

      Saya mohon maaf tidak pasti berapa ramai boleh dikongsi pada masa sama. Buat masa ini hanya saya share dengan diri sendiri sahaja.

      Reply
  2. Halim Brothers says

    21st November 2014 at 2:11 am

    Saya baru beli juga jenis ini tapi 8gb.

    Saya hadapi masalah Lan Wifi cepat putus..

    Macam mana nak atasi perkara ni?

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:49 am

      Cuba set kamera energy saver lama sedikit.

      Reply
  3. Ummi Hanie says

    17th June 2014 at 11:49 pm

    sudah tentu memilih yang lebih mudah, bukan? 😉

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:46 pm

      Ya betul mudah untuk memilih gambar dan memuat turun di Smartphone @ Tablet.

      Reply
  4. Abdur says

    16th June 2014 at 1:41 pm

    Bro,berapa harga dia?

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:46 pm

      Harga Toshiba FlashAir sekitar RM1++

      Reply
  5. brohantu says

    16th June 2014 at 1:11 pm

    namapaknya amat memudahkan kerja

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:47 pm

      Serius memudahkan proses memindahkan gambar.

      Reply
  6. zik says

    15th June 2014 at 6:45 pm

    menarik.. senang dan mudah .. kena maksimumkan teknologi dan minimumkan tenaga..zaman sekarang nih..

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:48 pm

      Nak upgrade body kamera DSLR yang ada WiFi tak mampu lagi. Guna SD Wifi sudah memadai.

      Reply
  7. Hairul HIssam says

    15th June 2014 at 5:31 pm

    tentu mudah dan pantas memindahkan gambar dgn wireless 😀

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:49 pm

      Ya betul tuh bro.

      Reply
  8. ~uncle gedek! says

    14th June 2014 at 11:43 pm

    Woih… ini terlalu canggih ni… ketinggalan sunggoh uncle…

    Reply
  9. Norasikin says

    14th June 2014 at 10:00 pm

    Mudah kalau dapat pindahkan gambar dari kamera secara wireless. Tapi tetap kena keluarkan kad utk set mode.

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:51 pm

      SD Wifi Toshiba tidak perlu keluarkan. Ia auto enable selepas aplikasi FlashAir di buka.

      Reply
  10. Ismail N says

    14th June 2014 at 10:30 am

    Ooo.. itu ler antara kegunaan app AirDrop dalam Apple iOs yer? Kawe belum sampai tahap ni lagi he he.. Masih stail cabut dan pasang lagi. Tapi a good share. Boleh dipraktikan di masa akan datang.

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:53 pm

      AirDrop itu aplikasi. Toshiba Flash Air ada Wifi network yang membolehkan pemindahan fail.

      Reply
  11. myrujukan says

    14th June 2014 at 2:11 am

    nampak bro memang mengoptimum kemampuan teknologi yer good

    Reply
    • akubiomed says

      20th June 2014 at 11:54 pm

      Saya suka benda-benda yang berkaitan dengan teknologi.

      Reply
  12. maza says

    13th June 2014 at 1:08 pm

    perkhhh… hebat.
    maza masih gunakan kaedah manual lagi…bersilang-silang wayar sana sini.
    hehehehe

    Reply
    • TehR says

      13th June 2014 at 5:01 pm

      sama la kita, bro maza
      masih pakai kaedah lama

      Reply
  13. Kamal Mustafa says

    13th June 2014 at 10:44 am

    KM dah ada kad + wifi ez share meme memudahkan kerja. SD Toshiba flashair w-02 sesuai sangat digunakan oleh profesional photographer nak pula photographer perkahwinan.

    Reply
    • akubiomed says

      21st June 2014 at 12:00 am

      Toshiba Flash air auto enable setelah aplikasi dibuka. Ez Share perlu secara manual set Wifi enable tetapi Toshiba FlashAir tidak perlu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in