• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011

MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011

17th October 2011 by akubiomed 39 Comments

MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011 buat kali ke 2

Casey Stoner yang berasal dari Australia telah ditabalkan sebagai Juara Dunia untuk MotoGP musim 2011 setelah menaiki podium no 1 di litar Philips Island. Lebih manis lagi kemenangan beliau seiring dengan sambutan hari lahir yang ke 26 di tempat lahir beliau. Ia mengingatkan kepada lagenda Juara Dunia MotoGP Mike Doohan yang berasal dari negara sama turut menunggang jentera Honda.

MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011 berasal Australia

Casey Stoner Juara MotoGP 2011
kredit: MotoGP

Casey Stoner telah mencipta rekod pelumba ke 5 sebagai Juara Dunia untuk 2 jentera pengilang yang berbeza selepas Giacomo Agostini, Valentino Rossi, Geoff Duke dan Eddie Lawson. Pada 2007 Casey Stoner telah dinobatkan sebagai Juara Dunia dengan jentera Ducati dan mana kala tahun 2011 ditabalkan sebagai Juara Dunia kali ke 2 dengan merampas takhta dari Jorge Lorenzo(tidak dapat beraksi kerana kecederaan akibat kemalangan) pada tahun lepas.

Tahun 2011 adalah tahun terakhir bagi pasukan yang bertanding mengunakan jentera 800cc yang akan dinaikkan kepada 1000cc.

Hujung minggu ini pasukan-pasukan MotoGP akan bertandang ke litar Sepang. Pasukan Yamaha Petronas MotoGP terpaksa melupakan hasrat untuk menurunkan Ayam Tambatannya, Jorge Lorenzo terlepas beraksi kerana didalam proses pemulihan akibat kecederaan yang akan mengambil masa untuk sembuh dan manakala rakan pasukan beliau pelumba dari Amerika, Ben Spies berkemungkinan berlumba di litar Sepang.

Kredit: MotoGP

Bagi bekas Juara Dunia 7 kali Valentino Rossi yang satu pasukan dengan Nickey Hayden untuk jentera Ducati gagal menyerlah dan nampak beliau bergelut dengan jentera Ducati setelah meninggalkan Yamaha. Valentino Rossi telah mengunakan kesemua 6 enjin had yang dibenarkan oleh penganjur untuk semusim. Aku mengharapkan reaksi positif keserasian jentera Ducati dan Valentino Rossi ketika beraksi di Litar Sepang nanti.

p/s: Aku dan rakan sepejabat akan menonton MotoGP di Sepang hujung minggu ini

Filed Under: blog Tagged With: casey stoner, motogp

Reader Interactions

Comments

  1. apaajanews says

    2nd February 2012 at 9:35 am

    mungkin pelumba kurang beri saingan semaxima mungkin

    Reply
  2. zulkbo says

    23rd October 2011 at 3:27 pm

    ermmm..
    baru nak jadi peminat
    Casey Stoner nih..he he

    Reply
  3. chekgu naman says

    19th October 2011 at 12:05 am

    dulu masa sekolah suka jugak tengok sukan permotoran macam MotoGP dan F1..skang ni hilang minat dah..hehe

    Reply
  4. Kimmy says

    18th October 2011 at 9:23 pm

    Husband selalu usik,klu bagi RM10k suruh naik motor dgn rossi satu round mau tak? -saya jawab 10 juta pon tak nak, habis,klu jantung tertinggal kat belakang cam mana?

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:22 pm

      Kalau saya akan ambil. Semasa naik motorsikal dengan Rossi peluk erat-erat 🙂

      Reply
  5. zulkbo says

    18th October 2011 at 9:08 pm

    salam..
    Casey Stoner..
    mantop budak nih
    muda2 dah juara kan?
    suka juga layan lumba
    motor nih..cuma sedang-sedang je

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:24 pm

      Bakal menjadi seorang lagenda cuma beliau ini mempunyai karektor Mr. Cool tidak macam Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo ada sahaja gimik jika berjaya menaiki podium

      Reply
  6. sayacomel says

    18th October 2011 at 8:44 pm

    wahh..terer tul diorang berlumba..

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:25 pm

      Semuanya adalah hasil kerja sama dari jurutera mekanik sehinggalah pelumba

      Reply
  7. Wan Perlis says

    18th October 2011 at 8:33 pm

    Malaysia bila nak join moto GP

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:29 pm

      Malaysia sudah ada Zulfahmi untuk 125cc yang menyertai sejak awal musim MotoGP tahun ini. Penyertaan Wild card untuk litar Sepang ada 2 iaitu Zamri Baba dan Hafizh untuk Moto2 kategori 600cc serta Badrul akan menemani Zulfahmi untuk 125cc

      Reply
  8. sepatu online says

    18th October 2011 at 5:10 pm

    sekarang rosi jadi kalah terus ya

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:29 pm

      Rossi belum lagi mahu mengalah

      Reply
  9. suri says

    18th October 2011 at 1:46 pm

    oh racing heee..camne nak rempit motor saya tak reti bwk moto huuu

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:33 pm

      Kena upgrade dari basikal ke motorsikal. Isteri saya ada lesen motorsikal dan kereta

      Reply
  10. nurmisnan says

    18th October 2011 at 12:54 pm

    tak tengok… lama sudah tak tonton racing motor… sob sob..

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:34 pm

      Bunyi deruman dari enjin jentera beroda 2 ini meruntum jiwa 🙂

      Reply
  11. Pacifista says

    18th October 2011 at 12:43 pm

    setakat ni tak pernah tengok lagi secara live.nak jugak sekali sekala pegi tengok.ada sesiapa yang nak sponsor tiket?wakaka 😀

    Reply
  12. pipoq says

    18th October 2011 at 11:56 am

    yg ni baru la rempit..tapi tak berminat sangat ngan moto GP..lebih kepada F1 sekarang ni..

    Reply
  13. bEe says

    18th October 2011 at 11:48 am

    Wah, muda2 dah jadi terkenal seantero dunia 🙂
    Seronok bila kita ada bakat semulajadi yg boleh membuatkan kita terkenal kan kan 😉

    Reply
  14. nuriz says

    18th October 2011 at 11:30 am

    dia ni ada tak kat klcc ye..

    Reply
  15. puanbee says

    18th October 2011 at 11:14 am

    oo boleh kawan dengan kak yanmie ni

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:35 pm

      Yanmie minat drift tetapi saya minat jentera beroda 2 sahaja

      Reply
      • puanbee says

        19th October 2011 at 1:31 am

        oh lain ye ..

        Reply
  16. yas says

    18th October 2011 at 9:07 am

    Tahniah buat Team Honda Repsol…tahun ni cubaan mereka meletak 3 rider menjadi dgn Stoner begitu menyinar sekali. Rossi lak, aku rasa gaya tunggangan dia mmg tak sesuai ngan Ducati…dulu2 mse Stoner duk Ducati ade la jugak dpt podium biarpun ke2/3…Lorenzo lak jentera Yamaha taun ni agak lemah sikit….so mmg x dpt nk kejo si Stoner..

    #Hrtu x sempat tgk daa…zulfahmi pun aku tak tau dpt no bape…pas ni nk gi check laa….

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 11:39 pm

      Casey Stoner memang hebat semasa menunggang jenteta Ducati dan sekarang ini dengan Honda musim pertama terus menjadi Juara Dunia

      Reply
  17. tehr says

    18th October 2011 at 1:15 am

    agaknya rossi tak sesuai dengan ducati
    mesti nak kena ambil yamaha gak tu

    Reply
    • yas says

      18th October 2011 at 9:02 am

      Tak mau dia bro…berlaga ngan Lorenzo…dia penah ckp, tak boleh ada 2 juara dlm satu team…

      Reply
  18. Norizwan says

    18th October 2011 at 1:02 am

    bro jgn lupa shoot gambat rossi di sepang yer….:).guna DSLR bro….:)

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 1:06 am

      Saya tidak ada telefoto len cuma ada standard len sahaja 🙂

      Reply
  19. anif says

    18th October 2011 at 12:46 am

    Musim yang kurang menarik… sama seperti F1, juara sudah ditentukan sedangkan beberapa perlumbaan masih berbaki. 🙁

    Apa pun tahniah buat Casey Stoner, musim suram buat Valentino Rossi..

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 12:52 am

      Rossi masih ada peluang untuk tebus maruahnya yang tercalar di Litar Sepang

      Reply
  20. ohcikgu says

    18th October 2011 at 12:35 am

    mesti bawa laju-laju nih..

    Reply
    • akubiomed says

      18th October 2011 at 12:52 am

      Cara Casey Stoner menunggang jentera Honda seolah-olah melekat di litar

      Reply
      • yas says

        18th October 2011 at 9:04 am

        betul tu bro….walaupun hati aku terluka dgn penguasaan stoner…hakikatnya begitulahhh…huhuhu

        #Sayang tul buat Lorenzo…miss kat Sepang la plak…

        Reply
        • akubiomed says

          18th October 2011 at 11:40 pm

          Tuhlah pasal kehadiran pelumba MotoGP di litar Sepang kali ini kurang menyengat

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in