• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif

Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif

8th October 2013 by akubiomed 54 Comments

MonsterHigh dan Universiti Limkokwing berkerjasama menganjur pertandingan bertemakan menentang aktiviti buli dikalangan kanak-kanak

Saya percaya ada dikalangan kita pernah melalui pengalaman pahit dibuli oleh seseorang. Kes buli ini boleh berlaku di seawal usia 7 tahun dan mungkin kurang. Ia adalah salah satu tanda masalah emosi dan kelakuan dominan si pembuli terhadap mangsa.

Tinjuan yang dibuat oleh Microsoft Corporation menunjukkan 84% kanak-kanak di Malaysia pernah dibuli.

Fakta aktiviti buli di Malaysia.

Fakta ini boleh didukung berdasarkan hasil kajian tinjauan oleh pihak Microsoft Corporation pada tahun 2012. Malaysia menduduki kedudukan tangga ke 17 tertinggi diantara 25 buah negara kejadian buli di online yang terlibat didalam tinjauan tersebut.

“Malaysia menduduki tangga ke 17 tertinggi buli di online dari 25 buah negara hasil tinjuan pihak Microsoft Corporation.”

Statistik kejadian buli di Malaysia.

  • Buli online dikalangan kanak-kanak di Malaysia mencecah 84% dan 69% kejadian offline.
  • Nisbah seorang kanak-kanak setiap tiga kanak-kanak (1:3) pernah buli di online
  • 21% sekolah memberikan pendidikan pendedahan mengenai buli.
  • 15% mengaku pernah membuli di online; 45% pernah membuli offline.
  • 30% ibubapa memantau penggunaan komputer anak-anak mereka.
  • 27% ibubapa pernah memberitahu anak mereka risiko buli online.
  • 18% ibubapa mengajar anak mereka adab ketika online.
  • 13% pernah bertanya bertanya jika anak mereka di buli online.

Statistik ini diperolehi dari hasil tinjuan Global Youth Online Behaviour Survey yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft Corporation. Tinjuan dijalankan pada 7,600 kanak-kakan berumur 8 tahun sehingga 17 tahun. Ia telah dilaksanakan bermula 11-Jan sehingga 9 Feb 2012 di 25 negara termasuk Malaysia.

Monster High produk Mattel berkerjasama dengan Universiti Limkokwing telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Monster High & Limkokwing Aginst Bullying Competition untuk memberi kesedaran dan mengalak penglibatan dikalangan belia menyampaikan mesej anti buli dengan cara kreativiti yang kreatif. Pertandingan bertemakan Be Yourself. Be Unique. Be a Monster terbuka kepada penyertaan penuntut Universiti Limkokwing dengan 1 penyertaan secara individu atau berkumpulan bakal berlangsung selama sebulan bermula 4 Oktober sehingga 4 November 2013.

4 kategori di pertandingkan iaitu:-

  • Video durasi 3 minit.
  • Audio durasi 3 minit.
  • Poster/ imej bersaiz A3.
  • T-Shirt dengan imej bersaiz A3.

Hadiah Utama menanti pemenang:

  • Pemenang berpeluang untuk muncul Monster High Malaysia’s PR Campaign 2014.  
  • Pendedahan media melalui suratkhabar, media sosial, TV dan Radio(anggaran PR RM500,000).
  • Sijil penghargaan dari Monster High.
  • Barangan Monster High bernilai RM500.
Barisan panel hakim Monster High & Limkokwing Aginst Bullying Competition

*Semua peserta akhir akan menerima sijil penghargaan dari Monster High.

  1. Penyertaan pertandingan akan diadili oleh panel hakim diantaranya:-
  2. Kelly Yip, Brand Manager (Girls), Mattel South East Asia Pte. Ltd.
  3. Dato’ Tiffanee Marie Lim, Associate Vice President for Talent & Creativity Development, Limkokwing University of Creative Technology.
  4. Ian Yee, Editor of R.AGE and Initiator of R.AGE  Against Bullying Campaign.
  5. Nadine Ann Thomas, former Miss Universe Malaysia.
  6. Grace Sng, Award Winning Songwriter & Vocal Coach, stART Society. 

Maklumat lanjut pertandingan layari: www.limkokwing.net/malaysia Info Monster High

Monster High berkisar kehidupan raksasa remaja sekolah tinggi yang merupakan keturunan beberapa raksasa yang paling terkenal di dunia. Dengan watak-watak seperti Frankie Stein, anak perempuan Frankenstein ; Draculaura , anak perempuan Dracula ; Clawdeen Wolf, anak perempuan Werewolves ; Ghoulia Yelps , anak perempuan zombi ; Lagoona Blue, anak perempuan Raksasa Laut, Cleo de Nile , anak perempuan The Mummy ; Deuce Gorgon , anak Medusa.

Kehidupan Monster High mempunyai watak berbeza setiap satu yang lain dengan kehidupan manusia biasa.

Maklumat lanjut Monster High layari www.monsterhigh.com.

AkuBiomed: Teruja untuk melihat hasil kreativiti penuntut Universiti Limkokwing pandangan mereka mengenai antibuli.

Sila tekan butang kongsi:

  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Projek hujung minggu - pagar keselamatan kanak-kanak
  • Status sistem pencernaan mencermin kesihatan kanak-kanak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    14th November 2013 at 5:39 pm

    Aik.. tempat saya study Limkokwing nie pun ada dalam blog nie. Menyesal plak x ikut perkembangan blog nie dari dulu. 🙂

    Reply
  2. Hafizul says

    18th October 2013 at 9:02 am

    semoga ada kesedaran buat mereka yang rerlibat..huhu

    Reply
  3. ProfHariz says

    14th October 2013 at 4:21 am

    Buli online? takpe lagi dari penipu online. huhu

    Reply
  4. Earnic says

    13th October 2013 at 3:23 am

    Buli tu satu hal, lagi teruk bila ada yang tukang upload ke Youtube dan sebar muka mangsa buli. Dua kali kena buli. Buli yang real satu, buli di internet pulak satu.

    Reply
  5. Denaihati says

    11th October 2013 at 10:55 am

    bagus ada pendedahan buli, buli online lebih pada buli halus….

    Reply
  6. titan says

    11th October 2013 at 2:49 am

    buli kat youtube pun banyak gak sekarang nih..

    Reply
  7. fiezaradzi says

    10th October 2013 at 4:44 pm

    mmg makin menjadi isu ni sekarang ni.. dulu, tak de pulak.. apa pun, satu usaha yg baik dari U ni..

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 10:36 pm

      Kalau tidak dibendung buli dikalangan kanak-kanak akan masalah menjadi lebih serius.

      Reply
  8. Nadot says

    10th October 2013 at 3:04 pm

    Statistik yang tak pernah dibace.. menakutkan jugak… huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 10:43 pm

      Kalau tidak ada laporan tinjuan oleh Microsoft Corporation kita mungkin tidak tahu.

      Reply
  9. ema says

    10th October 2013 at 12:24 pm

    budak perempuan sek rendah pun dah pandai membuli budak lelaki…moga kempen ini dapat menyedari kita semua

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 10:53 pm

      Buli sekarang ini tidak mengikut jantina.

      Reply
  10. hafizmd says

    10th October 2013 at 10:54 am

    menarik kempen ni…

    nak tengok juga hasilnya nanti

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 10:55 pm

      Tentu menarik hasil kreativiti penuntut Universiti Limkokwing ini.

      Reply
  11. hafiz says

    10th October 2013 at 10:25 am

    Memang bagus kempen ni…support 100%

    Reply
  12. Bahrain says

    9th October 2013 at 11:21 pm

    Dulu masa aku form 1 pernah kena buli sampai aku pindah skolah sebab tak tahan masa tingkatan 1. ALHAMDULILLAH, tempat baru tidak ada kena buli. Baguslah kalau kempen macam ni.

    Reply
    • hafizmd says

      10th October 2013 at 11:06 am

      form 1, mmg selalu jadi mangsa senior

      Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 10:56 pm

      Elok pindah sekolah daripada dari terus dibuli.

      Reply
  13. Zuan says

    9th October 2013 at 10:26 pm

    teruk juga kes buli di malaysia

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 11:00 pm

      Melihat angka-angka statistik menunjukkan ada peningkatan buli online dikalangan kanak-kanak.

      Reply
      • Zuan says

        11th October 2013 at 10:12 pm

        hmm buli on9 kat msia ni belum smpai level depression kepada murid yang boleh merbahayakan mereka.

        Reply
  14. Ummi Hanie says

    9th October 2013 at 5:44 pm

    menarik ni.

    student2 limkokwing selalunya kreatif2 belaka

    Reply
  15. Farid Adam says

    9th October 2013 at 3:56 pm

    buli zaman sekarang lebih dahsyat daripada zaman dulu…zaman sekarang nih, ada yang sampai mati…
    mana yang dah pernah buat tu, bertaubat la…takut2 benda yang sama akan berlaku kepada anak keturunan nanti…

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 11:01 pm

      Kalau kematian disebabkan buli memanglah kesalahan jenayah yang serius.

      Reply
  16. Anak Askar Pencen says

    9th October 2013 at 2:28 pm

    Selalu yang banyak kes buli ni berlaku kat sekolah berasrama. Biasa senior gunakan budaya ragging sebagai alasan membuli junior.

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 11:07 pm

      Senior buli Junior alasan buli ini adalah satu tradisi.

      Reply
  17. papa mifz says

    9th October 2013 at 12:07 pm

    dulu semasa duduk asrama zaman sekolah memang banyak kes buli antara senior dan junior…

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 11:09 pm

      Sudah menjadi budaya kalau duduk di asrama.

      Reply
  18. Dulu Lain Sekarang Lain says

    8th October 2013 at 8:57 pm

    Bagus jugak kempen sebegini. Harap2 ia berkesan sbb mmg lumrah alam – yang kuat menindas yang lemah dan ia berlaku secara sedar atau tidak. Apa-apa pun kempen yg ni lebih tertumpu pada buli secara fizikal yang menggunakan kekerasan atau kekuatan biasanya berlaku di sekolah2 dan pusat2 pengajian tinggi. Tak tahulah sekarang mcm mana. Cuma masa kawe dulu, walaupun ada, ia tidaklah teruk sangat mcm kat negara2 barat.

    Reply
    • akubiomed says

      10th October 2013 at 11:13 pm

      Tidak juga bro kerana buli online sudah pun berlaku tanpa kita sedari.

      Reply
  19. Norasikin says

    8th October 2013 at 8:42 pm

    Cemana buli online ni bro tak paham la. bagi la contoh sikit

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 10:24 pm

      Kalau hendak disenaraikan panjang salah satu:-
      1. Email ugutan
      2. Sebaran gambar dan video memalukan mangsa.
      3. Godam akaun mangsa
      4. Provokasi
      5. Sebaran khabar angin/fitnah

      Reply
      • hafizmd says

        10th October 2013 at 10:46 am

        jelas…terima kasih bro

        maksudnya, buli online lagi bahaya…buktinya ramai iyg dah terkena…

        Reply
  20. muja says

    8th October 2013 at 8:26 pm

    takutnya la nak hadapi kebulian ni,, nnti muja jd ticer cemana la,, tapi lawak la,, monsterhigh siap ada lman web senirik,, ekeke

    Reply
  21. Irwan Alessa says

    8th October 2013 at 6:39 pm

    Ada pernah juga kena buli dulu, tu yang lambat masuk darjah 1.. penderaan psikologi..

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 10:29 pm

      Sampai begitu sekali trauma.

      Reply
  22. TehR says

    8th October 2013 at 5:41 pm

    kes buli menghampiri kes dera
    memang perlu dibenteras

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 10:30 pm

      Kes buli dikalangan kanak-kanak paling dibimbangi.

      Reply
      • TehR says

        10th October 2013 at 1:25 am

        kat sekolah rendah juga dah ada yang buat kes macam ni
        memang tak sangka

        Reply
  23. sukma says

    8th October 2013 at 4:56 pm

    buli dahulu dan sekarang sama tapi pattern jer yang lain…….

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 5:32 pm

      Betul. Buli online lagi trauma kerana ia boleh menjejaskan emosi apabila serangan secara bertubi-tubi mengunakan media sosial.

      Reply
  24. suri says

    8th October 2013 at 4:35 pm

    84% kanak-kanak di Malaysia pernah dibuli terkejut cahayacinta.com ini rasa nak didik balik jiwa-jiwa anak supaya berani buat laporan jangan takut semua masalah mesti di beritahu guru dan ibu bapa.

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 10:30 pm

      Masalahnya kanak-kanak ini mengadu sekali pun belum tentu orang dewasa akan dengari.

      Reply
      • suri says

        9th October 2013 at 7:56 pm

        mesti pujuk mereka dengan cara ampuh cewah..itulah guna ibu dan bapa jadikan anak2 mereka kawan

        Reply
  25. blogger lelaki says

    8th October 2013 at 4:10 pm

    tak sabar jugak nk tengok hasilnya macam mana nanti..mampa tak doang nka mengurangakn kes buli ni

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 5:32 pm

      Mesej anti buli penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

      Reply
  26. wazy says

    8th October 2013 at 3:55 pm

    Dulu masa sekolah rendah ada juga pengalaman kena buli ni

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 10:32 pm

      Memang tidak suka dibuli.

      Reply
    • suri says

      9th October 2013 at 9:24 pm

      saya di buli ada gak tapi buat derk heee..last2 malas layan saya sb sy kenal sedara dia cikgu kat situ saya adu le perangai dia kt cikgu tu..last2 dia tak usik saya ..minah tu memang tak blh tengok saya senang ..

      Reply
  27. Hazmin Hamudin says

    8th October 2013 at 3:49 pm

    Macam mana buli secara online ni bro?

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 5:34 pm

      Buli online bukan secara fizikal tetapi ia masih boleh digunakan mengunakan media sosial melalui email, facebook, twitter dan sebagainya dengan mengunakan ayat provokasi, ugutan dan sebagainya.

      Lebih teruk ia boleh dibaca secara online.

      Reply
  28. Mus says

    8th October 2013 at 2:08 pm

    kes buli antara sebab pelajar ak nak ke sekolah

    Reply
    • akubiomed says

      8th October 2013 at 5:35 pm

      Anak ada mengadu masalah buli disekolah oleh senior.

      Reply
      • suri says

        9th October 2013 at 11:58 pm

        saya harap kita akan dapat didik anak jadi anak yang berani kalau apa bagitu tahu guru yang bertugas atau guru HEM

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in