Proton Preve’ baharu membina keyakinan pelanggan.
Model terbaharu Proton yang diberi nama kod P3-2A1 sudah mendapat nama sebagai Proton Preve’. Maksud Preve’ (disebut Prae-vae) ia dipinjamkan daripada bahasa Sepanyol membawa maksud ‘memperuntukkan’ diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’ . Membuktikan keupayaan Proton selama 27 tahun untuk melahirkan model yang boleh diangkat sebagai produk bertaraf global setanding dengan jenama kereta terkemuka lain.
Semuanya bermula dengan enjin CAMPRO yang dibangunkan jurutera anak tempatan dan kepakaran Lotus.
Saya masih ingat lagi rakan sekerja saya ingin membeli kereta Proton spesifikasi UK(model untuk eksport) kerana menurut beliau ia adalah lebih berkualiti daripada model Proton yang dipasarkan untuk pasaran tempatan. Beliau sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk mendapat model Proton untuk spesifikasi eksport.
Kereta pertama saya adalah Proton Iswara 1.3 liter, saya beli pada tahun 2000 boleh dikatakan lasak ada yang memanggilnya kereta kebal kerana model paling banyak digunakan sebagai kereta teksi. Saya akui enjinnya lasak cuma masalah yang saya alami adalah pintu cermin kuasa mudah rosak kerana dimasuki air dan badan kereta berkarat hingga menampakkan bintikkan seperti jerawat.
Kemudian saya menukar kepada model Proton Gen 2 yang dikuasakan oleh enjin CAMPRO 1.6 liter dibangunkan hasil gabungan kerjasama tenaga tenaga pakar dari Lotus dan jurutera anak anak tempatan Proton.
Selama saya gunakan Proton Gen 2 tidak ada masalah daripada enjin walaupun ada yang mengadu kekurangan kuasa ketika memotong dan naik bukit dengan pihak Proton berusaha untuk membaiki model keluaran mereka dengan memperkenalkan enjin CAMPRO yang dinaik taraf dengan ditambah dengan Intake Air-Fuel Module(IAFM) dan Cam Profile Switching(CPS).
Saya tidak mahu menyentuh kualiti kerana saya percaya pihak Proton berusaha untuk membaiki kualiti aksesori dari semasa ke semasa cuma tahun model saya beli tidak mendapat jaminan sebaik model-model terbaharu sehingga 5 tahun jaminan.
Selepas itu saya melihat model-model keluaran terbaharu Proton mengunakan enjin CAMPRO dengan IAFM, CPS, CVT dan CFE. Bayangkan enjin kuasa CAMPRO 1.6 liter mampu menghamburkan kuasa enjin 2.0 liter selain menjimatkan minyak. Pengguna seperti saya mahukan enjin berkuasa, kos penyelenggaraan rendah dan jimat pengunaan minyak. Kalau ada ciri-ciri Green Engine akan menjadi pilihan saya.
Kos pembangunan Proton Preve’ membabitkan perbelanjaan sebanyak RM450 juta dan model Proton Preve’ akan diletakkan didalam segmen C sebaris dengan jenama asing seperti Honda Civic 1.8 , Toyota Altis 2.0 dan the Kia Forte 1.6. Proton Preve’ masih mengekalkan enjin CAMPRO 1.6 liter ditawarkan dengan 3 varian, 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual. Enjin IAFM telah di tala menepati pelepasan karbon Euro 4 Emission dan CFE dengan CVT menepati Euro 5.
Ciri-ciri yang disuntik untuk model baharu Proton Preve’ akan memberikan kepuasan premium kepada pembeli tempatan dan bakal diterima pembeli baharu diperingkat antarabangsa.
p/s: Pengalaman ketika berada di Australia beberapa tahun dahulu bangga melihat model Proton meluncuri jalan raya di bandar Adelaide.
preve da turun harga kan sekrg
Better Persona dari Preve saya rasa..
betul.. pesona cantik designnya
aku bangga dgn jurutera yang btgkus lumus reka kereta ni…bangga aku jdi rkyat malaysia
Mesti seronokkan dapat melawat negara orang.. Boleh tahan juga design baru dari Proton..
p/s : Nak tanya sikit, takde ke entri lawatan ke Australia?? Atau mungkin saya terlepas entri tu.. 😀
masih belum dapat tengok kereta ni live on road lagi..
masih belum berkesempatan untuk guna Proton . tapi saya juga pengguna kereta nasional yg satu lagi iaitu Produa
tak apa.. same sahaja.. janji buatan Malaysia kan
Kereta nasional tetap menjadi pilihan saya kerana saya bangga menjadi rakyat Malaysia
mak aih sekali pandang iras2 bumblebee dicat kaler kalbu.. 2 kali pandang tak sama dah la huhu.. proton must improve in term of long term reliability
serius cantk…lepas ni penuh la kat jalan2…hahaha…nak pakai x mampu lg…
Tumpang tanya, dengar citer harga die melampau sgt yek??Betul ke??
lebih kurang inspira jer…
so memang agak mahal la kan???over 90k..
Tak sampai 90k kalau harga sebegitu baik ambik Honda Hibrid. Harga boleh dikata berpatutan untuk kereta segmen C yang sebaris dengan Honda City dan Kia Forte.
xde la mahal sangat.. ok juga harganya
good mr akubiomed…support local product..sape lagi nak support kalo bukan kite rakyat Malaysia ni..harap2 kerete ni sale mantap la
akubiomed ni macam peminat setia proton pula. hehe. design preve memang stylo la. nama pun ingat dari india tadi. hoho. harap keluaran kali dapat menukar pandangan pengguna yang banyak tidak suka pada proton.
cantik design dia kan…harap proton bejaya dgn keluaran ni & berbaloi dgn harga
depan dia nmpak klasik ckit..tp overal, mmg cntik…
Nampak cantik juga ni.
cantik juga rupa dan wajahnya.
nanti dah habis belajar, nak beli kereta ini.
harap harap dapat positive comment for this car.
wah bro biomed memang pengguna proton setia ye..hehehe
lepas ni preve pula la…hahaha
Alhamdulillah Proton makin maju lagi. Harapan +ve pada QC dorg kali ni.
salam..
tahniah kerana pengguna setia Proton..
saya beralih dari Proton ke Toyota kereta
Jepun selepas, Proton Iswara model 1998
saya selalu meragam..alhamdulillah..sejak
menggunakan Toyota, alah membeli menang
memakai..dengan kos alat ganti yang murah
selain kos penyelenggaraan yang berpatutan
tapi tahan lama.
berpuas hati dgn toyota…
Ikut hati macam nak tukar kereta je … tetapi masalah utama ongkosnya tak der … hehehehe 😀
Dashyat kereta ni … tengok dari tepi macam kompak je … bentuk ala-ala Honda City baru … 😀
Yeah, nampak bertenaga kereta proton yang baru ini. Hmm, saya tunggu sampai kereta sekarang lunyai, baru plan tukar kereta. 🙂
Mmg cantik nampak kemas…sebaris dgn kereta honda,toyota dll.
memang smart preve nih.. mcm rasa2 nak trade ini plak
yang lama tuh.. hik3
Harap model ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
Proton Preve’ dikatakan tidak ada perbedaan untuk pembeli tempatan dan luar negara.
skang dah ada keta….tambah aksesori mana perlu seperti Preve ini…menarik …:)
Proton bercadang hendak mengeluarkan Proton Preve- versi manual dan R3.
Erkk…tau jer bro ehh? hehehe…rasa mcm nak bagi tau jerrr…tapi atas faktor kerahsiaan terpaksa zip jugak laa….he3x!!!
Bukankah Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir umumkan didalam sidang akhbar? Saya terbaca kenyataan beliau didalam suratkhabar. 🙂
Hehehe…tak pe la bro…kita tunggu je 16 hb nanti…grey….
wah nmpk smart preve ni..ciri2 pn bagus..tp dh ada kete dah…hee
Nak buat macamana Ciktom sudah sambar kereta terlebih dahulu. 🙂
Ruang dalamnya nampak luas.
Luas ruang kabin Proton Preve’ ini.
huh..nasib la dah beli kereta. kalau tak, memang aku angkat preve ni..
Bro angkat sahaja Proton Preve’ sebagai kereta ke 2. 🙂
kome baru dpt emel dari proton suruh tarik semua entri berkaitan dgn preve ni, kalau nak siarpun gitu2 je
x boleh lebih2, boleh disiarkan lebih preve di lancarkan nanti huhuhuh
Mungkin pihak Proton ada info yang disampaikan tidak tepat dan mendahului sumber rasmi Proton.
bila bercerita tentang kereta proton… tetiba jd rindu pulak dgn tempat kerja lama yg merupakan perintis untuk wireharness (sistem wiring) kereta proton..
Oh Kak Yong dahulu ada salah seorang kakitangan Proton?
bukan… sy kakyong kerja tu antara main vendor Proton..
Bercakap mengenai Proton, tadi pagi baru saja selesai ke pusat servis. Customer Services dorang nicelah 🙂 – sorry lari tajuk.
Mengenai Proton Preve designnya macam persona pun ada. Tapi body dia lebih nampak kukuh seperti Proton Waja. “Preve” nama yang unik.
Harap one day saya akan pakai Honda. Baru ada quality life yang style. Tapi itu tak bermaksud saya perkecilkan Proton. Still proud with Proton. – sebab senang nk gi servis dan lebih murah. 🙂
Terus terang untuk memiliki kereta jenama import masih belum lagi mampu. 🙂
Baru aje angkat Saga FL tahun lepas. Cepat sangat lah pulak nak tukar kerete 🙁
Saga FL yang dikuasakan dengan enjin Campro 1.3 liter pun power juga ada IAFM dan CVT.
Erm..x.lama lg boleh la AB tuka gen 2 dgn model yg terbaru pula ye. Heheh
Rasanya saya ini lebih sesuai dengan Proton Exora Bold sebab famili besar. 🙂
bila tengok model Preve ni rasa tertarik jugak..
Proton Preve’ sesuai untuk kegunaan famili selain dijadikan kenderaan pergi kerja. Lebarnya selebar Proton Exora.
huh sama lebar dgn exora? hhmmmm hebat