• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Misi memburu Meteor Perseid

Misi memburu Meteor Perseid

15th August 2013 by akubiomed 53 Comments

Persediaan rapi untuk merakam Meteor Perseid.

Merakam Meteor Perseid dengan cara setting ‘Milky Way’ adalah pengalaman kali pertama. Secara jujur saya kurang selesa mengambil gambar diwaktu malam kerana lensa Tamron 18-200, F3.5 yang ada tidak berapa sesuai.

Sempat juga membuat carian Google mencari setting sesuai ‘Milky Way’ untuk merakam cerapan Meteor Perseid ini. Dari segi lensa yan dicadangkan adalah 24mm dengan setting 30s, F2.8 dan ISO1600.

Dikatakan cerapan Meteor Perseid paling banyak muncul pada 11, 12 dan 13 Ogos. Ia boleh dilihat dengan mata kasar sahaja.

Jam lebih kurang 11.30malam saya sudah berada di halaman rumah dikampung. Ketika mendongak ke langit kelihatan bintang-bintang berkelipan disebalik awan berarak. Saya memberi pengharapan agar langit cerah sehingga pagi.

Menanti Meteor Perseid sambil makan kuih Raya dan bertemankan nyamuk.

Sambil menunggu kelibat Meteor sempat isteri tersayang sediakan kuih Raya dan air Milo panas. Nyamuk tak usahlah cakap memang sentiasa kehausan darah. Sekejap-sekejap saya semak status Twitter @ShahGazer pemilik Falak Online jika ada berita terkini kemunculan Perseid.

Tarik selimut jam 2.00pagi.

Langit sekejap-sekejap cerah dan berawan. Lebih kurang jam 1.45pagi sudah kedengaran guruh dilangit. Sah peluang merakam Meteor Perseid ini semakin tipis. Masuk jam 2.00pagi hujan sudah mula turun lebat. Perasaan kecewa mengundang saya mula simpan kamera dan tripod. Apakah tindakan seterusnya tarik selimut dan tidur.

Gambar Meteor Perseid yang berjaya dirakam jurugambar Ardilah Abd Manaf.

  • Merakam gambar gerhana bulan 10 Dis 2011
  • Xiaomi Yi Action camera buat hatiku tertawan
  • Alfawise car dashcam Super Capacitor ganti bateri

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    24th August 2013 at 1:04 am

    dapat juga kan memburu Perseids (rujuk gamabr terakhir tu)

    syabas. cantik gambar

    Reply
  2. Hairul Hissam says

    20th August 2013 at 4:41 pm

    hari tu.. saya pun tunggu.. tapi tak de yg keluar.. dpt tgk gambar dari bro akubiomed pun jadilah.. tq bro

    Reply
    • akubiomed says

      20th August 2013 at 9:51 pm

      Saya minta maaf kerana menghampakan bro kerana saya juga gagal. 🙁

      Reply
  3. daddydee says

    20th August 2013 at 1:53 pm

    kalau dapat tangkap memang best…

    Reply
    • akubiomed says

      20th August 2013 at 9:52 pm

      Sudah tentu gembira tahap gaban. 🙂

      Reply
  4. Ismail N says

    19th August 2013 at 10:04 pm

    Ada gak org yg dapat tangkap gambo dia. Perghhh.. kalau kamera kawe.. satu apa pon tak dapat… gelap jer kuar.

    Reply
    • akubiomed says

      20th August 2013 at 9:58 pm

      Cuaca juga tidak mengizinkan pada malam tersebut.

      Reply
  5. Bro Framestone says

    19th August 2013 at 5:10 pm

    Ada gak usha malam tue. Tengok langit gelap je… Sah berawan….

    Dan malam tue hujan lebat dengan angin kencang. Puan Isteri kejut tidur, cakap takut…..

    Reply
    • akubiomed says

      21st August 2013 at 5:44 pm

      Kecewa bro apabila cuaca tidak mengizinkan. 🙁

      Reply
  6. muazfaris says

    18th August 2013 at 10:37 pm

    cantik ni bro, serius !

    Reply
  7. zik says

    18th August 2013 at 4:37 pm

    hujan pulak malam hari tuh… tidor jerla..hehe

    Reply
  8. ladybird says

    18th August 2013 at 12:51 pm

    x sempat ambik.. busy ngn bebi.. huhuhu..
    1st time terlepas info sal ni..

    Reply
    • akubiomed says

      21st August 2013 at 5:45 pm

      Tanniah sudah sambut anak sulung yang pertama. 🙂

      Reply
  9. Khairul Zamri says

    18th August 2013 at 12:28 am

    Cantik pemandangan malam tu tapi xsemua tempat dapat lihat, cantik pic bro 🙂

    Reply
  10. Juan says

    18th August 2013 at 12:27 am

    kalau lah dapat melihat dengan mata sendiri pasti best giler utk pengalaman dlm hidup

    Reply
  11. hafizmd says

    17th August 2013 at 11:52 pm

    nice gambar yg last tu…

    terus teringat entri panahan utk syaitan di blog denaihati =)

    Reply
    • akubiomed says

      21st August 2013 at 5:45 pm

      Saya juga ada terbaca entri beliau.

      Reply
  12. Hazmin Hamudin says

    17th August 2013 at 6:48 pm

    Ramai yang kecewa apabila meteor yang diharap tidak muncul-muncul.

    Reply
    • akubiomed says

      21st August 2013 at 5:46 pm

      Serpihan meteor muncul cuma langit berawan dan ada setengah tempat ditimpa hujan.

      Reply
  13. AUC says

    17th August 2013 at 6:14 pm

    tertunggu2 jg dulu tu, tapi hujan pulak…

    Reply
    • akubiomed says

      21st August 2013 at 5:47 pm

      Sama situasi yang berlaku kepada saya dikampung.

      Reply
  14. ahmadyani says

    17th August 2013 at 7:12 am

    Bagus bila tengok di padang luas seperti padang bola. Tapi kalau berawan lebat, susah juga.

    Reply
  15. sensasi2020 says

    17th August 2013 at 1:11 am

    Salam Aidilfitri bro……

    Ramai yang kecewa tak dpt lihat dan rakam Meteor Perseid ini. Awan dan langit di Malaysia kebanyakkan mendung dan diliputi awan yg hitam dan ada yang tempatnya hujan turun.

    Reply
  16. yanmie says

    16th August 2013 at 8:54 pm

    Salam,

    Time ni tunggu juga, tapi frust sebab hujan sampai ke pagi heheee

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:14 am

      sabarlah semua itu kita merancang segala Tuhan yang tentukan..

      Reply
  17. Denaihati says

    16th August 2013 at 5:33 pm

    takde rezeki. rasanya memang banyak tempat cuaca kurang baik dan berawan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 11:45 pm

      Jangkaan peluang melihat paling banyak tahi bintang.

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:26 am

      insyallah akan datang boleh di usahakan lagi…

      Reply
  18. wahida says

    16th August 2013 at 5:06 pm

    gigihnya…respek betul lah….

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:27 am

      mestilah nak dapatkan yang terbaik buat persediaan tapi semua dugaan dan cabaran..

      Reply
  19. hatiputera says

    16th August 2013 at 3:15 pm

    Bila lagi agaknya dapat mengambil gambar semua tu.

    Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:30 am

      jika beri izin mungkin boleh…tpi kita hanya merancang sahaja.. banyakkan bersabar

      Reply
  20. sukma says

    16th August 2013 at 1:17 pm

    cantik dengan suasana kampung… saya minat tengok jer……hehe

    Reply
  21. anif says

    16th August 2013 at 2:04 am

    Syabas diucapkan kerana cukup bersemangat untuk menunggu.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 11:42 pm

      Langit berawan dan hujan sukar untuk melihat kelibat Perseid.

      Reply
      • suri says

        17th August 2013 at 6:31 am

        bro ab ada cuba dapatkan rakaman di youtube?

        Reply
      • suri says

        17th August 2013 at 6:33 am

        saya yakin jika ada peluang lagi bro ab akan dapat rasai detik itu lagi..

        Reply
  22. Ezad Skytech says

    16th August 2013 at 1:26 am

    kat tempat saya memang takde harapan nak nampak…cuaca pun kurang baik masa tu….dari pukul 11 malam sampai ke 2 pagi saya tunggu….memang takde harapan nak tengok dengan mata kasar…

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 1:40 am

      Sudah bukan rezeki yang tersurat untuk melihatnya.

      Reply
  23. Ayu Jamal says

    16th August 2013 at 1:10 am

    tunggu jugak, tapi nak nampak2 dan last terlelap kat sofa sampai sahur u puasa 6 , hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 1:42 am

      Alahai kesiannya. Nampak kegigihan tersebut. 🙂

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:31 am

      tertidur rupanya sabar sahajalah…

      Reply
  24. TehR says

    15th August 2013 at 11:04 pm

    ada juga aku jenguk2 ke langit malam tu
    tapi tak ada rezeki melihatnya

    Reply
    • akubiomed says

      16th August 2013 at 1:43 am

      Dengar sebelah Kelantan cuaca kurang baik.

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:34 am

      sapa dapat melihat memang patut bertuah dan bileh solat syukur..kalau tak dapat tegok tak apa buat solat syukur dha cukup baik 🙂

      Reply
  25. Amirez says

    15th August 2013 at 9:37 pm

    pukul 11:10 malam saya keluar jenguk langit. hujan rintik2, petang sebelum tu hujan ribut. langit pun gelap je. masuk rumah tengok tv jelah jawabnya hehe.

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2013 at 10:04 pm

      Memang tidak ada harapan. 🙂

      Reply
    • suri says

      17th August 2013 at 6:38 am

      ha..agaknya memang cuaca kurnag baik dan barangkali tempat lain cuaca “cantik”

      Reply
  26. Irwan Alessa says

    15th August 2013 at 8:28 pm

    Masa tu kat kg lagi.. tapi berpeluang nampak ketika berada di luar rumah.. Menanti juga hasil bidikan bro.. sebab tahu bro mersti ambil peluang ni.. takpe tiada rezeki tu.. apa pun gambar yang berjaya di ambil kat bawah tu memang superb..

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2013 at 10:01 pm

      Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. 🙁

      Reply
  27. Azman Ishak says

    15th August 2013 at 7:37 pm

    sekurang-kurangnya ada jugak usaha nak keluar rumah. aku ni.. bila dah sampai kl, herm.. jadi malas terus. ahahahha. masa kat kampung plak dah la tak bawak charger camera. spoiled betul

    Reply
    • akubiomed says

      15th August 2013 at 10:02 pm

      Minat-minat dengan aktiviti sebegini jika ada peluang.

      Reply
      • suri says

        17th August 2013 at 6:41 am

        sesungguhnnya dia Maha mendegar doa hamba2NYA

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in