• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Minyak rambut pomade untuk rambut degil

Minyak rambut pomade untuk rambut degil

10th February 2015 by akubiomed 36 Comments

Hampir setahun saya mengunakan minyak rambut pomade.

Sejak mula mengunakan minyak rambut pomade ini. Saya sudah tidak lagi mengunakan minyak rambut gel yang biasanya menjadi kegunaan harian.

Minyak rambut pomade ada 2 jenis iaitu oil based dan water based.

Kali ini membeli minyak rambut Pomade Murray’s edgewax jenis water based. Untuk pengetahuan minyak rambut pomade ada 2 jenis iaitu oil based dan water based. Salah satu contoh pomade oil based adalah minyak rambut Tancho yang amat popular di zaman sekolah dahulu. Saya suka minyak rambut pomade water based senang hendak dicuci berbanding oil based. Nak sikat pun senang dengan sikat tidak tersekat apabila mengunakan sesetengah minyak rambut. Rasa hendak tercabut rambut dari kulit kepala. Ini tidak berlaku apabila mengunakan pomade yang mana rambut lebih senang disisir dengan sikat dan membentuk gaya yang diingini. Itulah yang saya mahukan dengan tidak membuang masa untuk membetulkan rambut asyik jatuh dari kedudukan yang digayakan.

Kalau dahulu akan mengunakan gel hard strong kerana rambut saya jenis degil. Kalau tak rambut menjadi ‘huru-hara’ dan memang bermasalah. Jadi untuk mengatasi masalah rambut ini saya akan mengunakan wet gel yang keras supaya rambut kelihatan basah . Masalahnya pula, saya mengalami masalah kegatalan kulit kepala tetapi sejak beralih minyak rambut pomade masalah kegatalan pada kulit hilang. Minyak rambut pomade mengunakan lilin lebah sebagai salah satu bahan utama. Rambut pula mendengar kata. Kalau sikat, rambut ikut sahaja dan akan kekal pada kedudukanya. Yang best rambut kita akan mengikut aluran sikat.

Rambut kurang kemas selepas pakai topi kaledar?

Saya ini kerap memakai topi kaledar jadi tidak perlu bimbang untuk betulkan gaya rambut. Hanya basah sikat dengan air dan sikat. Rambut kembali bergaya. Itulah bahagian yang paling best mesti nampak segak, rambut berkilat dan hitam.

Kali ini saya mengunakan Murray’s Edgewax.

Belum lagi sempat untuk mengunakan pomade Murrays’s edgewax kerana minyak rambut pomade lama masih berbaki walaupun tidak banyak. Baunya wangi buah honey dew menyenangkan. Harga minyak rambut pomade Murray’s edgwax ini dibeli pada harga RM55 termasuk kos penghantaran.

AkuBioed: Ada tak rakan-rakan pembaca suka guna pomade? Boleh kongsi jenama kegemaran pomade di ruang komen.

Sila tekan butang kongsi:

  • Ulasan 3 minyak rambut pomade
  • Gaya rambut Pompadour dengan Shiner Gold Pomade
  • Syampu Dashing Elite Men tanggalkan wax sekali cucian

Filed Under: blog Tagged With: edgewax, harga minyak rambut pomade, harga pomade, jual minyak rambut pomade, minyak rambut lelaki, minyak rambut pompadour, murray's edgewax, pomade gel rambut, pomade malaysia, shiner gold pomade malaysia

Reader Interactions

Comments

  1. ~uncle gedek! says

    18th February 2015 at 3:57 pm

    uncle guna banyak…

    kadang2 aunty punya…

    kadang2 anak punya…

    sendiri punya takde!

    hehehe

    Reply
  2. mohdridzwan says

    14th February 2015 at 11:29 pm

    Ambe tak pernah guna minyak rambut sejak-sejak sekolah menengah sebab rambut ambe selalunya pendek. Teringin nak pakai. Tapi gatal-gatal la pulak.
    Boleh cuba nanti ni. Hehehe…

    Reply
  3. Mak Jemah Jual Vitamin says

    12th February 2015 at 7:45 am

    lelaki dan minyak rambut bagai tidak dapat dipisahkan lagi…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 10:52 pm

      Macam saya perlu sebab rambut akan kelihatan berserabut jika tidak berminyak. 🙂

      Reply
  4. Noriza Rahman says

    11th February 2015 at 10:30 pm

    Suami suka juga guna jenis wax ni..kalau tunjuk minyak rambut ni mesti dia nak beli

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 10:53 pm

      Banyak jenama Pomade yang boleh dipilih dan dibeli secara online.

      Reply
  5. AUC says

    11th February 2015 at 9:41 pm

    dah 20 tahun x guna minyak rambut..
    nak ada rambut camner nye
    setiap jumaat pasti cukur sendiri botak licin

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 10:54 pm

      Jimat banyak sudah tuh. 🙂

      Reply
  6. emalinmohd says

    11th February 2015 at 9:22 pm

    Baunya macam mana tu? Boleh suggest pada suami pasni.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 10:55 pm

      Bau Murrays Pomade adalah seakan bau buah honey dew.

      Reply
  7. islam di dadaku says

    11th February 2015 at 2:16 pm

    dulu waktu masih remaja senang pakai pomade ini sekarang dah hilang di kedai terganti brand baru semua

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:00 pm

      Saya ini baru-baru nak kenal pomade ini. Dulu ketika sekolah pakai minyak rambut jenama Poken.

      Reply
  8. suri says

    11th February 2015 at 12:43 pm

    err.. dulu masa sekolah rendah ayah selalu minyak rambut saya dengan minyak rambut lelaki heee..katanya rambut saya jenis licin jer asla ikat tocang mudha sahaja luruh pengikat getahnya eheee…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:13 pm

      Bila rambut berminyak ikat dengan getah akan tertanggal. 🙂

      Reply
  9. Kamal Mustafa says

    11th February 2015 at 10:07 am

    KM guna minyak rambut oil base, dulu masa sekolah pernah guna tancho yang warna hijau tue, Pomade nie belum pernah guna lagi

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:20 pm

      Minyak rambut Tancho memang popular ketika zaman sekolah. Zaman sekolah saya dahulu kawan-kawan lebih suka pakai minyak rambut Poken.

      Reply
  10. Mak Jemah Jual Vitamin says

    11th February 2015 at 8:35 am

    MJ baru je buat artikel pasal spray rambut, lelaki dan krim rambut tak boleh dipisahkan

    Reply
  11. Mus says

    11th February 2015 at 12:19 am

    review ni mantap bro.. boleh ‘menjual’

    Reply
  12. Wan Zawawi says

    10th February 2015 at 11:30 pm

    Saya pun baru pertama kali dengar jenama minyak rambut ni

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:00 am

      Bolehlah cari nanti. 🙂

      Reply
  13. adarain says

    10th February 2015 at 10:44 pm

    Ak pula baru first time dengar nama brand minyak rambut ni. Terasa nak cuba benda alah ni, kalau kedai runcit biasa ada jual?

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:01 am

      Setahu saya kedai runcit atau pasar raya tidak dijual.

      Reply
  14. blogger lelaki says

    10th February 2015 at 9:34 pm

    mesit labi hensem kalau pakai minyak rambut nie bro..hu3

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:01 am

      Rambut kelihatan dan bonusnya adalah kelihatan hensem. 🙂

      Reply
  15. Mak Jemah Jual Vitamin says

    10th February 2015 at 5:34 pm

    pernah gak dengar tancho tu, ingat lagi suami dulu gunakan code 10. jenama tu rasa biasa je lelaki2 buajng gunakan, malah tak bujang pun guna hahhaa..sekarang suami dah tukar guna yang lain pula, dia gunakan long lasting finishing spray. yg ni 100% tanpa bahan kimia. ini dah serasi sangat dengan dia sekarang..

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:22 pm

      Minyak rambut Code 10 memang antara jenama yang popular.

      Reply
  16. titan says

    10th February 2015 at 5:25 pm

    kali pertama dengar jenama minyak rambut nih.

    haha..

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:02 am

      Minyak rambut pomade imported. 🙂

      Reply
  17. Imran auff says

    10th February 2015 at 4:11 pm

    Boleh try pakai minyak rambut ni, saya selalu pakai minyak rambut biasa je.

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:02 am

      Boleh cuba tentu berasa puas hati.

      Reply
  18. Ikhwan Fahmi says

    10th February 2015 at 3:28 pm

    tancho tu dulu memang selalu pakai masa zaman sekolah.

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:02 am

      Minyak rambut Tancho memang oldskool. 🙂

      Reply
  19. Hero Borneo says

    10th February 2015 at 3:26 pm

    saya guna jenis yang murah sahaja bro..

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:03 am

      Yang penting rambut berminyak dan kemas. 🙂

      Reply
  20. wahida says

    10th February 2015 at 3:20 pm

    wow…tq for the info…boleh suggest pada encik laki…hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      11th February 2015 at 12:03 am

      Boleh saja. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in