Mi in ear headphones rose gold menghasilkan bunyi bass boost yang sedap didengar.
Saya sudah lama tidak mengunakan ear headphones. Kali terakhir berada di zaman kolej boleh dikatakan adalah biasa dikalangan pelajar akan memiliki walkman dan ear headphones sentiasa melekat ditelinga. Saya sendiri memiliki Sony Walkman yang dibeli pertama pada harga RM300.
Ingin mencari ear headphones untuk Smartphone RedMi 2. Kadang-kadang hendak bersendirian dan rilek sambil berbaring malas di atas sofa sambil mendengar lagu. Kebetulan Xiaomi ada mengeluarkan siri ear headphones. Hati saya berkenan dengan Mi in ear headphones Rose Gold dari segi rekaan yang mengiurkan. Terdetik untuk mendapatkannya tetapi pada masa sama masih was-was hasil bunyinya.
Reviu ringkas ciri-ciri Mi in ear headphones Rose Gold
Selepas guna ear headphones boleh lilit pada orginzer yang lembut
Tekstur yang menarik dengan salutan warna emas
Butang Volume + -, Mic dan butang play
Kevlar kabel yang tahan lasak dan tidak mudah berpintal
Connector jack salutan emas dan tidak mudah oksida memberikan ‘contact’ baik.
Kabel organizer yang cun
Ear bud pelbagai saiz untuk memilih ear bud
Sebaik sahaja ear headphones dipasang kepada telinga, kita akan tengelam dengan dunia sendiri kerana bunyi luar tidak akan kedengaran. Puas hati dapat mendengar melodi lagu dengan lebih kusyuk. Sambil berbaring disofa dengan memejam mata untuk amati rentak-rentak lagu mengasyikkan yang dihasilkan oleh ear headphones Mi ini.
AMARAN: Memainkan lagu dengan kuat semasa mengunakan ear headphone ini tidak digalakkan selain boleh merosak telinga.
Saya bukanlah ariff jenis ear headphones yang terkini dipasaran. Secara jujur saya suka dengan bunyi bass boost yang tahap meleleh. Sempat menguji lagu heavy metal seperti Enter Sandman Metallica membuat kepala terasa mahu head banging. Saya uji lagi dengan lagu See You Again dari soundtrack Furious 7 nyanyian Whiz Khalifa dan Charlie Puth. Tidak mengecewakan.
Padan dengan harganya yang mampu milik RM50. Klik link: >>Mi headphones<<
Dah lama tak pakai ear-phone. Masa sekolah dulu adalah pakai layan lagu sorang-sorang.. Itu aku yang dulu 🙂
Zaman sekolah kalau tak lekat headphone di telinga memang tak sah.
Kualiti tak padan dengan harga. Patut mahal lagi. Hehe.
Saya Mi in-ear headphones ketika Xiaomi Malaysia buat sale. 🙂
wow!! smart!!
serius nampak ada classss…
Warna rose gold sesuai untuk wanita juga.
Bagusnya kalau boleh beli ni, bleh la kombo dengan MI3 yang dibeli dulu
Boleh sahaja. 🙂
Fuh, cunnya earphone. Dengan gold bagai. Siap ada pilihan ear bud. Memang tangkap leleh sgt. Hehe
Mustahil saiz ear bud fit all size. Bagus juga diberikan berbeza saiz untuk mendapatkan bunyi optimum apabila dipakai pada telinga.
waaaahhh…. boleh laaa kena dengan harganya tu.. tak laaa mahal sangat pun..
Harga mampu milik. 🙂
sesekali melayan waktu malam seronok juga mereka yang tidur lena tak adalah kita ganggu
sudah lama tak dengar cara begini masa zaman belajar adalah buat sekarang suka degar terus dari komputer riba sahaja…
earphonenya canggih harganya juga canggih mustinya
Huhu.. Sampai tahap leleh tu.. Tgok ear phone lah.. Kualiti ni…huhu
adaa duit boleh beli untuk diri sendiri juga pk.
Mungkinkah sebaik jenama Sony? Sekali-sekala saya juga gunakan earphone, jika bermain permainan di telefon. Supaya tak ganggu anak tidur. 🙂
lagi suka guna headphone..lagi selamat
Zaman sekolah dulu dapat memiliki walkman murah pun dah kira best. Dari walkman jenama paling murah hingga jenama Sony. Mungkin boleh cuba Mi in ear headphones Rose Gold pula.
Siapa ada walkman dahulu sudah dianggap mewah.
headphone ada pakai.. tapi cap ayam punya… tup2 dah putus wayar… dah kena beli baru lagi…
Pepatah Inggeris, “you get what you pay”. Jadi harga yang dibayar padan dengan kualitinya.
Beli yang mahal sikit bro, atau yang berjenama. Pastikan asli, insyaAllah berbaloi. Jenama Mi ni pun okay.
tgh syok2 baca…tetiba ada amaran…langsung x jadi nak beli…hihi
Amaran ini tidak hanya pada Mi ear in headphone kerana secara umum tanda amaran ada didalam manual produk headphone. Cuma tinggal lagi kita ambil kesah hendak baca manual atau tidak.
Amaran tu memang ada dalam setiap bungkusan barangan elektronik. Biasanya barangan elektronik memang tak boleh digunakan secara berterusan.
Dah lama sangat saya x menggunakan ear headphones ni, rasa selesa terus dengar secara speaker berbanding pakai terus pada telinga
Bergantung. Ada yang lebih suka mendengar lagu secara personal dengan tidak menganggu orang lain.
Kabel Organizer dia cun sangat, kevlar kabel pun tak mudah pintal. Bestlah! hehe Terkenan
Serius, tidak berpintal.
Ada tak earpjone yang connector jacknye tahan lasak. dah berapa kali beliau tu terpatah kat dalam cpu.
Lagi satu kriteria kena ada, make sure, kalau kita pasang lagu kuat2, orang lain tak dengar, Pernah beberapa kali jumpa orang yang pasang lagu kuat gune earphone kat library, satu library boleh dengar… hahaha
Apa fungsi tu yer? ker earphone xletak betoi dalam telinga?
Setakat ini belum jumpa jack yang kalis patah. Mi ear in headphone mempunyai saiz ear bud pelbagai saiz. Tidak semua satu ear bud boleh semua.
masa bujang dulu inilah penemannya 😉
Ya. lebih personal dan suka hati nak dengar lagu yang minati.
masa baru habis sekolah dulu, suka la pakai benda ni kat walkman.skrg dah bertahun tak beli.yg dapat free masa beli henfon pun tak pernah guna
Biasalah yang percuma mana lah nak pandang. Kalau bayar barulah hargai.
Kalau guna untuk mendengar lagu di Spotify rasanya sangat bagus
Memang leka dan kusyuk jadinya.
teringat masa belajar kat sekolah menengah dulu.
walkman dan earpon sentiasa dalam seluar. haha..
Sudah semestinya. Dahulu saya siap buat bag untuk simpan walkman. Sayang kalau jatuh tidak berlapik.
lepas tu penuh charger bateri kat plug/soket asrama..
sy dah bertukar kepada Redmi2.. 🙂
Bolehlah cari Mi headphone sebab didalam RedMi2 set jenis Mi headphones untuk mendapatkan kualiti bunyi yang optimum.
range produk xiaomi makin banyak. leh kata semua pengeluar brng teknologi goyang ngan brand ni skang 😀
Ya, produk dari tanah besar China bukan sahaja murah tetapi mampu bersaing produk yang berjenama.
hmm rasa mcm nak try beli la