• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / pelancongan / Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

5th April 2013 by akubiomed 56 Comments

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dulu dikenali sebagai masjid besi.

Selepas pergi ke Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya, saya dan famili telah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga terletak di Putrajaya. Tujuan ke sana untuk merakam bangunan masjid yang tersegam indah.

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII,  Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “PALACE OF JUSTICE”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

KONSEP PEMBINAAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

KONSEP REKABENTUK

Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China.  Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna.

Kubah masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada “lattice” dan “architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni yang unik memperlihatkan kalimah “ALLAH” daripada pandangan bawah bahagian dalaman kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain. 

Sumber: http://www.masjidtuankumizan.gov.my 

Reka bentuk binaan luar.

Reka bentuk ruang solat.

Sila tekan butang kongsi:

  • Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016
  • Masjid terapung Masjid Selat Melaka
  • Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu dekat dengan Pasar Payang

Filed Under: pelancongan Tagged With: masjid

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    18th November 2013 at 3:41 pm

    Masjid pertama yg saya jejak masa first time sampai bumi Selangor dulu. Btw, nice shoot bro.. Nie pakai canon kan?

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2013 at 1:23 am

      Semuanya diambil dengan mengunakan Canon.

      Reply
  2. PerenLee says

    17th May 2013 at 10:25 am

    macam istana la…cantik…

    Reply
  3. Datin Tyka says

    13th May 2013 at 11:55 pm

    ada kata membazir buat masjid mahal begini.. tp sebenarnya tak apalah kan.. hias rumah Allah juga

    Reply
    • Aniq Bukhary says

      26th November 2013 at 2:08 am

      Tak salah hias masjid. Lagi cun kalau masjid cantik, n org datang masjid berjemaah pun ramai.. Lg mantap…

      Reply
  4. hafizmd says

    6th April 2013 at 6:07 pm

    Canteknya masjid ni.

    Moga masjid2 yg ada dipenuhi oleh kita..ameen

    Thanks bro AB berkongsi

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:07 pm

      subhanaalllah.. memang cantik..

      Reply
    • Datin Tyka says

      13th May 2013 at 11:56 pm

      insyaAllah, mana mana masjid akan dipenuhi oleh umat Islam

      Reply
  5. chii says

    6th April 2013 at 5:48 pm

    mmg cntik..tp aritu chii x berkesempatan nak xplore…siap majlis nikah adik..sibuk mkn2..pastu bergambar.then blk

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:07 pm

      tak pernah sampai lagi kat situ..huhu

      Reply
  6. Hairul Azni says

    6th April 2013 at 1:33 pm

    Ada dalam lima ke enam kali pergi Putrajaya tapi tak pernah singgah di masjid ni lagi..

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:08 pm

      kena guna GPRS mungkin , baru jumpa ni..hehe.. aya pun tak pernah singgah lagi,..

      Reply
  7. zool says

    6th April 2013 at 12:23 pm

    cantik masjid tu

    Reply
  8. hanafi abdullah says

    6th April 2013 at 12:02 pm

    Subahanallah ..betapa indahnya rumah Allah SWT.Mudahan menjadi motivasi untuk jemaah untuk solat di dalamnya.

    Reply
  9. Ibu Mifzal Arsyad says

    6th April 2013 at 7:14 am

    baru 2 kali kot ke sini..mmg cantik masjid nya..

    Reply
  10. MK Kimi says

    6th April 2013 at 1:37 am

    cantik2 gmbarnya… 🙂

    Reply
    • Datin Tyka says

      13th May 2013 at 11:58 pm

      proffesional, pasti cantik gambar nya

      Reply
  11. auc says

    6th April 2013 at 12:57 am

    kena dgn gayanya, memang gambar ni diambil 🙂

    Reply
  12. anif says

    5th April 2013 at 10:37 pm

    Kombinasi moden & klasik! Menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar! 😀

    Reply
  13. titan says

    5th April 2013 at 10:33 pm

    wahh..rajinnya ambil gambar sana-sini sekarang ye..

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:09 pm

      Bakal jadi fotogrpher profesional ni…

      Reply
  14. Mus says

    5th April 2013 at 10:33 pm

    memang cantik binaan masjid ini..
    lokasi wajib ziarah ni

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:09 pm

      jom ziarah.. ramai-ramai…. ^_^

      Reply
    • Datin Tyka says

      13th May 2013 at 11:59 pm

      nanti datang ke sini , Singgah la ye

      Reply
  15. hafiz says

    5th April 2013 at 5:35 pm

    mesti singgah kalau ke terengganu…

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:50 pm

      Masjid ini bukan di Terengganu tapi di Putrajaya.

      Reply
    • Datin Tyka says

      14th May 2013 at 12:29 am

      hehe silap ni… di putrajaya .. baru sahaja siap

      Reply
  16. hazman aka species1980 says

    5th April 2013 at 4:47 pm

    Inilah antara tempat feveret orang buat photoshoot mahupun outing…..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:51 pm

      Tempat untuk akad nikah juga. Semasa pergi ada majlis akad nikah tengah berlangsung.

      Reply
      • Datin Tyka says

        14th May 2013 at 12:31 am

        nanti nak nikah kat sini jugak la…

        Reply
  17. Aya says

    5th April 2013 at 4:36 pm

    cantik ukirannya.. menarik

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:52 pm

      Sentuhan moden sesuatu yang unik.

      Reply
  18. TehR says

    5th April 2013 at 3:33 pm

    aku pernah ke putrajaya sekejap
    tak pula sempat singgah di masjid ni

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:53 pm

      Kalau ke Putrajaya lagi boleh singgah.

      Reply
  19. azura says

    5th April 2013 at 2:31 pm

    ini Masjib Besi depan bulatan tu kan bro, megah nama Sultan Mizan

    Reply
  20. wahida says

    5th April 2013 at 2:16 pm

    wow!! cantik!! kagumm!!

    Reply
    • Aya says

      9th April 2013 at 4:11 pm

      cantik…tertarik dan wow…

      Reply
  21. Hazmin Hamudin says

    5th April 2013 at 10:57 am

    Masjid yang sebegitu indah senibinanya kalau tak penuhkan dan digunakan dengan sebaiknya memang rugi. Harap kita ramai-ramai dapat penuhkan masjid ni semasa solat.

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:54 pm

      Siapa lagi kalau bukan bro dan saya serta lain-lain menyemarakkan masjid.

      Reply
  22. Dkna Abza says

    5th April 2013 at 10:39 am

    dkna duduk sini pon tak pernah ambik gambar masjid nir buat kenangan..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:55 pm

      Biasalah kalau didepan mata belum tentu pergi termasuk diri saya.:-)

      Reply
  23. sukma says

    5th April 2013 at 9:22 am

    pernah sembahyang di masjid besi nie….cantik seni binanya…

    Reply
  24. Faris Al-Muhandisu says

    5th April 2013 at 9:15 am

    Cantek! haritu masa pi kat Hot Air Balloon, sempat tgk dari jauh je

    Reply
  25. hafizrahim says

    5th April 2013 at 8:21 am

    Cantik..terpegun bila tengok hasil seni islamik dalam masjid ni.

    Reply
  26. staibaqhang says

    5th April 2013 at 8:14 am

    cantik senibina dia….

    Reply
  27. Kujie says

    5th April 2013 at 8:05 am

    Pernah solat di sini, masa tu ruang terbuka tanpa ada sekatan tabir untuk perempuan
    sekarang tak pasti mcm mana…

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:57 pm

      Ada juga di bangkit kan supaya ada pemisahan antara ruang solat lelaki dan wanita.

      Reply
  28. Hanif Menhad says

    5th April 2013 at 3:06 am

    cantiknya…

    Reply
  29. sweetkurma says

    5th April 2013 at 2:01 am

    memang cantik masjid ni dan pandai pulak cari sudut untuk di shoot, kalau azrin berpeluang ke MasjidilHaram dan Masjid Nabawi, tentu banyak sudut dan ruang yang cantik2 boleh shoot, atau mana2 masjid yang pernah di kunjungi Nabi

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 6:59 pm

      Insyallah berhasrat hendak ke tanah suci Mekah memandang adik dan ibu sudah pun berangkat mengerjakan umrah.

      Reply
  30. Datin Tyka says

    5th April 2013 at 1:55 am

    Memang cantik masjid ni. Waktu pergi masa tu waktu zohor. Nanti Ramadhan teringin nak cuba tarawikh di sana

    Reply
  31. wazy says

    5th April 2013 at 1:51 am

    cantik pemandangan di masjid ni

    Reply
  32. Ummi Hanie says

    5th April 2013 at 12:47 am

    mmg indah masjid ni… saya tak berpeluang masuk, sekadar berlegar2 di hadapannya shj…

    Reply
  33. papa mifz says

    5th April 2013 at 12:36 am

    pernah sekali PM solat di sana, memang sebuah masjid yang cantik…

    Reply
  34. fyna says

    5th April 2013 at 12:34 am

    memang lawa masjid nih. yang penting tenang saja jiwa bila menjejakkan disini. dah lama tak pergi sini.

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2013 at 7:02 pm

      Ada 2-3 lalu dihadapan masjid. Baru-baru ini dapat singgah.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in