Rogue One: A Star Wars Story
Seminggu sebelum buka sekolah 2017 saya bawa anak-anak menonton Rogue One: A Star Wars Story. Sebagai die hard fan Star Wars saya tidak mahu lepas peluang untuk menonton Rogue One.
Guna alasan bawa anak-anak menonton wayang kerana yang sebenarnya babahnya yang hendak menonton Rouge One di pawagam. Pembelian tiket secara diatas talian Tanjung Golden Village(TGV) senang dan tiket boleh print sendiri.
Ringkasan Rogue One: A Star Wars Story.
Ia berkisarkan Galen Erso seorang saintis Galen Erso tinggal di sebuah ladang dengan isterinya dan anak perempuan muda Jyn. Keamanan kehidupan mereka mula tergugat apabila Orson Krennic telah mengambil Galen dari keluarga yang dicintainya.
Beberapa tahun kemudian, Galen menjadi ketua saintis Empire membina senjata yang paling berkuasa di galaksi yang dipanggil Death Star. Walaupun Galen dikatakan pengkhianat bersekongkol dengan Empire tetapi beliau mempunyai pelan untuk memusnahkan Death Star bagi menuntut bela kematian isteri dan terpaksa meninggalkan Jyn.
Mengetahui bahawa bapa itu memegang kunci untuk musnahkan Death Star, Jyn berdendam menyertai pasukan Rebel Alliance untuk mencuri pelan stesen angkasa Death Star.
Sebelum menonton Rogue One saya mula mengharapkan jawapan kepada Star Wars: The Force Awakens untuk watak Rey tetapi jangkaan tersebut meleset sekali. Rogue One adalah cerita sisi kepada Star Wars memberikan jawapan kepada Star Wars: Episode IV – A New Hope. Pada permulaan A New Hope akan ada satu babak Princess Leia menghantar maklumat sulit melalui R2-D2 adalah peta plan untuk memusnahkan Death Star milik Empire.
Kemunculan Lord Vader sebelum menajadi Darth Vader dan babak terakhir Princess Leia membuat kita ingin menonton semula Star Wars: Episode IV – A New Hope. Apa yang menarik adalah kehadiran Donnie Yen terkenal sebagai IP Man turut membintangi Rogue One sebagai Chirrut Îmwe sami buta yang mempunyai kemahiran seni bina diri mempercayai kuasa Force memberikan variasi menarik penonton Asia untuk menonton.
Sentuhan CGI untuk watak Tarkin yang dilakonkan Peter Cushing didalam Star Wars: Episode IV – A New Hope telah meninggal dunia pada tahun 1994 kerana kanser Prostate.
Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati menonton Rogue One: A Star Wars Story walaupun tertanya-tanya kemuculan pahlawan Jedi. Ternyata sehinggalah ke akhir babak tiada watak Jedi muncul tetapi tidak mencacatkan jalan cerita kerana ia seolah-olah memberi penghargaan kepada pejuang-pejuang bukan dikalangan Jedi dan Rebel Alliance telah diangkat menjadi hero bertepatan dengan kesinambungan Star Wars: Episode IV – A New Hope, harapan baru untuk memusnahkan senjata paling berkuasa yang pernah dibina oleh Empire iaitu Death Star.
Citer Star Wars ni dulu masa kecik pernah tengok, tapi habuk pun tak faham.
Tapi bulan december haritu, saya dah marathon semua siri movie ni. Mula2 konon tengok episode, 1 tapi macam tak faham sangat. Back semula pada susunan keluaran movie ni, mula tengok episode 4,5 dan 6. Kemudian 1, 2 dan 3 kemudian barulah Force Awareken. Ada orang ckp kena tengok episode 1 dulu baru faham. Tapi sebab nak biasakan dengan istilah pelik macam ‘force’ tu kena tengok movie keluar pertama producer.
Episode baru ni, belum ada kesempatan lagi nak tengok.
Sebenarnya saya tak minat sangat Star Wars since adegan fight dia cam hampeh. Tapi nampak macam minat je kan sebab semua siri tengok haha.
Saya dan suami baru je start tengok Star Wars tahun lepas. Kitorang tengok dari Episode One. Terus kitorang cakap, patut la ramai orang suka tengok Star Wars. Memang best!
Cerita star wars ni… saya tak tau nak mula tengok dari mana 🙁
Kena menonton dari Episode One baru boleh faham .:)
Anak-anak semua semakin membesar…
Tak lama lagi jadi orang bujang.
kalau minat star wars rpugue one ni wajib tonton
Die hard fan akan ternanti-nanti kemuculan filem Star Wars yang baharu.
belum dapat jawapan dalam episod ini… sangat pelik…
Rogue One: A Star Wars Story tiada kena mengena dengan watak-watak penting dalam Star Wars Antologi. Perlu tunggu Star Wars akan datang mula merungkai persoalan terbuku.
Tertanya-tanya juga adakah Rogue One kesinambungan kepada The Force Awakens. Juga nak tahu siapakah sebenarnya Rey adakah anak Luke Skywalker atau Obi Wan. Rupanya tiada juga jawapannya dalam Rogue One. Apapun seperti kata tuan, pahlawan lain juga harus diraikan sebagai mana dalam filem ini.
Aduyai. Rasa mcm nak tengok sangat. Tak sabo dah ni. Nak kena curik masa ni
Wajib menonton full series Star Wars antologi.
anak-anak memang sukakan cerita macam ni, dah besar2 anaknya
Rogue One: A Star Wars Story tidak ada kena mengena dengan watak-watak utama Star Wars antologi sebelum ini.
baru tahu ada lagi siri star wars
Panjang lagi perjalan siri Star Wars ini sudah tentu saya ingin menonton complete series. 🙂
tak tengok lagi yang baru ni.. best ker?
Kena tengok sendiri sebab citarasa setiap orang tak sama. 🙂