• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menjawab tag dari Mata Hati Mekar

Menjawab tag dari Mata Hati Mekar

11th November 2011 by akubiomed 35 Comments

Menjawab tag dari Mata Hati Mekar dengan santai.

Aku telah di tag oleh dari blogger MyMekar pemilik blog Mata Hati Mekar.  Aku sendiri pun tidak tahu kenapa beberapa hari ini aku agak keletihan dan mengantuk setiap kali hendak menulis entri yang sedikit sebanyak mood menulis blog merundum. Aku berharap dengan menjawab tag dari Mata Hati Mekar dapat mengembalikan mood untuk menulis blog yang telah hilang.

Ada 11 soalan yang dilontarkan oleh blogger MyMekar yang perlu aku jawab. Antara syarat menjawab tag yang diberikan aku tidak boleh mengunakan talian hayat.

Klik Gambar untuk baca entri terdahulu: Kenduri Durian

1. Perkara yang boleh menceriakan hidup anda

Apabila menimang cahaya mata sulung selepas 4 tahun menunggu.

2. Tajuk dan sinopsis  novel/buku yang kali terakhir anda baca

 Buku kali terakhir baca bertajuk DSLR ITU MUDAH. KUASAI FUNGSI & KAWALAN terbitan PTS.  Aku tunggu hampir sebulan lamanya untuk mendapatkannya kerana kehabisan stok. Aku mencari dari MPH The Curve hingga ke MPH One Utama.

3. Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru

Aku hanya tahu makan sahaja Nasi Kerabu tetapi tidak tahu bunga apa yang digunakan untuk memberi warna biru kepada Nasi Kerabu.

4. Hal yang memalukan pernah terjadi dalam hidup anda

 Aku tunggu jurutol memulangkan baki duit tol padahal aku beri cukup-cukup sahaja. 🙂

5. Keistimewaan pasangan hidup anda ( kalu belum kawin, special friend pun bole)

Ini adalah rahsia antara aku dan isteri. 🙂

6. Pandangan tentang filem/drama ala seram yg banyak ditayangkan sekarang

Ada yang menghiburkan dan ada yang ntah apa-apa. 🙂

7. Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?

Aku sudah jarang menonton TV sekarang kecuali berita dan perlumbaan MotoGP. 🙂

8. Perkara paling Mewah yang pernah anda lalui

Dibawa bersiar-siar di bandar Lebanon dengan SUV Porsche Cayenne.

9. Prinsip hidup

‘Do the right thing at the first time all the time’. Aku tidak suka buat kerja 2 kali.

10. Tempat makan best (ditempat anda) yang dicadangkan patut dicuba

Setakat ini tiada tempat menarik yang ingin dikongsikan kerana bukan kaki ‘Jalan Jalan Cari Makan’.

11. Impian hidup anda

Apabila bersara nanti aku memasang impian untuk berkhidmat dengan NGO yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan.

p/s: Lega rasanya apabila selesaikan tugasan menjawab tag dari Mata Hati Mekar.

Sila tekan butang kongsi:

  • Mahu trafik tinggi boleh sahaja
  • Pengalaman menulis blog
  • 1001 idea menulis untuk mereka yang buntu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. chii says

    14th November 2011 at 5:24 pm

    wahh..lama juga menunggu ya..akhirnya penantian membuahkan hasil setelah 4 tahn menunggu =) mesti tak terkata kan..cam abg chii pun..belum ada rezeki..walaupun da masuk 2 thn usia perkahwinan mereka =)

    mesti org belakang dok hon2 kan sebab lama bayar tol

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2011 at 11:04 pm

      Jangan berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat.

      Reply
  2. Norizwan says

    14th November 2011 at 9:07 am

    bro…yang no 4 tu sama ngan saya hehe…awek lak tu…saya tunggu2…dia senyum jer…saya pelik kenapa dia senyum…padahal dah bagi cukup2…sepanjang perjalananan tu saya menjerit malu haha…

    Reply
  3. ciksembang says

    13th November 2011 at 3:48 pm

    yg no4 tu saya nak ketawakan boleh?

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2011 at 12:43 am

      Ketawalah apa masalahnya :-).

      Reply
  4. ciksembang says

    13th November 2011 at 3:46 pm

    sy belum sempat jawab tag ni.. tunggu ye mekar

    Reply
  5. nizamghazi says

    12th November 2011 at 10:01 pm

    Soalan memang terbaik 🙂
    Jawapan memang sempoi dan cool ..

    Semangat menulis memang kadang kala hilang
    sebab busy dengan sesuatu kerja.
    Tapi akubiomed ni kategori yg rajin juga update blog .
    Congrat!. saya tak sehebat akubiomed

    Reply
  6. suri says

    12th November 2011 at 4:32 pm

    rajin menjawab tag haa…tak per masa ni nak rest bro sok senin dah keje huhu.
    selamat berhujung minggu

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 7:03 pm

      Hari Sabtu tidak rehat ada mesyuarat sehingga hari Ahad. Maksudnya tidak berehat hujung minggu ini.

      Reply
  7. Pacifista says

    12th November 2011 at 4:28 pm

    NGO mana ko nak join tu bro? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 7:02 pm

      Belum tahu lagi mungkin MERCY Malaysia kot.

      Reply
  8. Zida says

    12th November 2011 at 2:12 pm

    Lawak gila yang no. 4 tu, seyes. Penah gak terjadi, orang tol tu pelik gila apesal kitorang tak gerak2 lagi (padahal masa tu kalau nak resit kena mintak kan) tapi kitorang diam je tunggu kat situ. hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 7:00 pm

      Lagi malu kalau jurutol tuh awek cun. 🙂

      Reply
  9. yas says

    12th November 2011 at 10:52 am

    bro, kasi citer la exp gi lebanon tu…buat apa kt sana?
    Perkara no4 tu penah gak terjadi kt aku….awek tol tu senyummm jerr…last2 bru aku pasan,,,hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 6:56 pm

      Saya pergi ke Lebanon atas urusan kerja.

      Reply
  10. Dulu Lain Sekarang Lain says

    12th November 2011 at 10:27 am

    Kalau tak di bgtau ni ialah tag dari Mekar… kawe sure ingat ini interview with AB 😀 Perghhh.. kaki motor GP bro? Kawe dah lama pencen bab2 motor nie.. Kalau time di IPT dulu abis motor di bikin jadi mcm Marlboro Yamaha…

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 6:49 pm

      Motor saya masih didalam keadaan standard cuma teruja dengan deruman enjin motorsikal MotoGP.

      Reply
  11. juanita says

    12th November 2011 at 7:52 am

    No .4 tu kann..heheh..sian dia tau..
    No. 5 tu saya sukee 🙂

    Reply
  12. syahrilhafiz says

    12th November 2011 at 6:38 am

    ada lagi rupanya trend tag mentag ni..lama tak main..hehe

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      12th November 2011 at 10:28 am

      He he… tak lekang dek zaman….

      Reply
      • akubiomed says

        12th November 2011 at 6:48 pm

        Tag ini kalau hendak menjawab ambil masa.

        Reply
  13. Kimmy says

    12th November 2011 at 6:13 am

    Saya pon tak tahu bunga apa yang menjadikan nasi kerabu tu warna biru..theehehehe

    Reply
    • suri says

      12th November 2011 at 4:31 pm

      bunga apa ek.bukan letak pewarna ker heeeee

      Reply
  14. tips-kurus says

    12th November 2011 at 5:22 am

    bro, camne boleh p Lebanon itu? indah tak? 🙂

    *saya setia dgn lembaga biru, even kadang-kala dia x perform. huhu!

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 6:47 pm

      Lebanon didalam pembangunan semula kerena sesetengah jadi padang jarak padang terkukur. Ada bangunan boleh nampak kesan sopekan peluru pada dinding dan di simpang boleh nampak tentera kerajaan berkawal tapi tidaklah menghalang rutin penduduk Lebanon seperti biasa.

      Reply
  15. tehr says

    12th November 2011 at 2:54 am

    nampaknya tag ni bukan jenis tag berantai yang selalu ada dulu2 tu

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 6:45 pm

      Memang pada awal tag ini berantai tapi saya matikan tag ini untuk saya sahaja. 🙂

      Reply
  16. nurmisnan says

    12th November 2011 at 1:30 am

    wohoooo… i luv Cayyene 23456…
    sedap memandunya.. servicenya??.. maher zain bebenor..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2011 at 1:49 am

      Saya tidak memandu tetapi sebagai penumpang sahaja. Mustahil pemiliknya membenarkan saya memandu kereta luxury macam ini, 🙂

      Reply
  17. anif says

    12th November 2011 at 1:13 am

    Menarik.. Banyak rahsia yang sudah didedahkan 😀

    Reply
  18. dnoBiz says

    11th November 2011 at 11:48 pm

    Wah banyak gak rahsia yang berjaya dibongkar oleh Mekar ni 😀

    Reply
  19. MEKAR says

    11th November 2011 at 11:22 pm

    Terima kasih krn sudi menjawab. Harap ada mood utk menulis blog lagi selepas ni (sya pun pesan kat diri sendiri juga nih)

    Soalan NO 3 tu jawapannya bunga telang.
    Wah..bro dah pernah naik porcshe. mesti best kan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th November 2011 at 11:30 pm

      Memang best naik SUV Porceh Cayenne milik jutawan Lubnan kerana kereta ini mempunyai sensor walaupun lorong-lorong disekitar Lubnan ini sempit tidak ada masalah untuk memecut kenderaan kerana bantuan sensor-sensor ini.

      Reply
  20. Miss Yati says

    11th November 2011 at 11:15 pm

    Suka ayat ni ” Do the right thing at the first time all the time” . Betul lah tu.. biar ambil masa dan fokus betul-betul bila buat sesuatu, jadi tak perlu ulang banyak kali. nanti rugi masa, rugi tenaga.

    Reply
    • akubiomed says

      11th November 2011 at 11:31 pm

      Sebab itu boss saya selalu tegur kerana ketelitian kerja saya akhirnya memakan diri sendiri. Saya tidak kisah yang penting puas hati dan terbaik daripada saya. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in