• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Meningkatkan trafik blog dengan mobile user

Meningkatkan trafik blog dengan mobile user

9th July 2013 by akubiomed 89 Comments

Peningkatan trafik dari mobile user yang mendadak.

Jangan pandang ringan dengan pengguna gajet telefon pintar @ smartphones kerana trafik blog yang disumbangkan oleh mereka besar. Saya telah membuat kajian mengenai prestasi blog AkuBiomed untuk separuh tahun 2013. Ada bukti statistik yang diambil dari Google Webmaster menunjukkan peningkatan 3 kali ganda pengguna mobile user untuk 6 bulan pertama tahun 2013 berbanding tahun 2012.

Smartphone bakal merubah masyarakat berhubung dan berinteraksi.

Suatu ketika dahulu telefon bimbit adalah sesuatu gajet yang asing kepada pengguna dan sekarang ini adalah satu keperluan untuk memudahkan perhubungan terutama urusan perniagaan. Dari telefon bimbit yang hanya mampu dengari suara dan penghantaran pesanan ringkas kini ia telah evolusi setelah telefon pintar @ Smartphone mula diperkenalkan dipasaran yang sarat teknologi yang dibangunkan oleh kuasa pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, HTC, Blackberry antara nama besar.

Peningkatan akses melalui Tablet(berwarna hijau) dan biru akses melalui Smartphone

Meningkatkan keuntungan jualan dengan mobile user.

Tidaklah hairan dunia perniagaan turut berevolusi cara memasarkan barangan produk mereka supaya mudah dapat dicapai oleh pengguna dengan mudah dan efektif. Produk bentuk mobile diperkenalkan supaya ia mudah dinavigasi mengunakan Smartphone. Semakin ramai yang lebih suka dan selesa melayari laman dan blog mengunakan Smartphone. Kandungan aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan sebagainya kelihatan mudah dan mesra digunakan dengan Smartphone. Rupa bentuk yang mobiliti ia mudah digunakan dan kandungan mudah dicapai dimana-mana selagi ada liputan jalur lebar.

peningkatan akses gajet samsung(tahun 2013)

Meningkatkan trafik blog dengan Responsive Theme.

Saya pernah dihadiri seminar yang dianjurkan oleh Armanz pada bulan Januari. Topik yang dikongsikan Introduction to Mobile Web Technologies mengenai Responsive Theme untuk Content Management System @ CMS seperti platform WordPress dan Joomla supaya ia mudah dilayari oleh mobile user. Bahasa mudah Responsive theme ini adalah apabila layari dengan tablet Samsung secara posisi kedudukan skrin menegak atau melintang dimana kandungan dapat adaptasi secara automatik dan tidak kelihatan bertindih terutama gambar. Theme default WordPress iaitu Twenty Twelve adalah Theme Responsive.

Bagi pengguna user WordPress boleh memasang plugin supaya blog mereka mudah dilayari oleh mobile user. Bagi pengguna blogspot pun boleh melakukan setting di template.

Secara logiknya jika kita mahu blog kita dilayari ia patut dipermudahkan jangan membebankan dan mengikut peredaran masa.

Karya ebook SEO Merah Jambu yang diterbitkan pakar menarik duit blog dengan teknik Affiliate berpengalaman lebih 10 tahun – Titan sudah dilancarkan.

<Buat Duit Blog dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu>

Sila tekan butang kongsi:

  • Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan Apple
  • Introduction to Mobile Web Technologies oleh tim Amanz EDU
  • Penjualan Samsung Galaxy S II terjual 10 juta

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Adi says

    1st March 2015 at 6:24 pm

    memang ada perubahan ketara bila guna template responsive, sekarang memang senang nak akses blog dari mana2 tempat sekalipun

    Reply
  2. Earnic says

    22nd July 2013 at 2:22 am

    Sebab itu kebanyakan template sekarang datang dengan fungsi Responsive.

    Reply
  3. Hafizul says

    20th July 2013 at 2:57 pm

    Hehe..info yang berguna..terima kasih kongsikan..hehe..2,3 tahun lagi entah mcm mana pula kan..hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2013 at 4:43 pm

      Teknologi berubah dan kehidupan manusia semakin kompleks

      Reply
  4. suri says

    14th July 2013 at 12:41 pm

    alatan canggin mendapat trafik yang tinggi

    Reply
  5. Nur says

    13th July 2013 at 3:27 am

    Saya lebih suka blogwalking guna smartphone… Tak larat nak duduk lama2 di depan laptop..

    Reply
  6. daddydee says

    11th July 2013 at 3:07 pm

    Layar blog guna smartphone lagi mudah leh buat di mana saja…

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:42 pm

      memang puas hati boleh layan internet sambil berblogging

      Reply
  7. Kulanz Salleh says

    11th July 2013 at 3:05 pm

    Dah lama aku abaikan bab2 teknikal blog ni.. nampaknya sudah tiba masa untuk mengemas semula theme blog ni supaya lebih responsive.. thanks bro berkongsi ilmu

    Reply
  8. Mekar says

    11th July 2013 at 12:13 am

    Patut la org sekarang asyik belek handphone je. rupanya byk benda boleh dilakukan di situ.

    Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 2:56 am

      kan senang handpone sng nak bawa mana pun

      Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:43 pm

      saya fikir mereka layan fb atau games sahaja huhu…

      Reply
  9. sensasi2020 says

    10th July 2013 at 6:20 pm

    Satu lagi info yang perlu diambil perhatian, semoga dpt menaikkan trafik bila buat perubahan pada tema mobile user.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:44 pm

      Ambil peluang supaya blog menepati ciri paparan untuk skrin Smartphone dan Tablet.

      Reply
      • kucinghitam says

        11th July 2013 at 2:58 am

        esok nak kena tangkap satu samsung tab hehehe

        Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:44 pm

        saya nka buat jugalah nanti ada masa saya boleh fikirkan dan lakukan

        Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 2:58 am

      bagus la klo trafik dpt naik mmg tgh nak naikanblog

      Reply
  10. aimannajmy says

    10th July 2013 at 4:35 pm

    responsive secara tak langsung membantu pelawat senang hati membaca dan akan kembali semula hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 5:30 pm

      Skrin Smartphone dan Tablet tidak besar jadi Responsive theme ini membantu paparan disesuaikan mengikut saiz skrin.

      Reply
  11. Hairul Hissam says

    10th July 2013 at 3:19 pm

    masalah saya, tak tahu macam mana video ebook boleh di mainkan di dlm handphone.. kalau setakat ebook sahaja tiada mslh tapi video ebook belum tahu lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 5:31 pm

      Saya kagum ebook bro boleh main video tanpa buka fail video secara berasingan.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 2:59 am

      banyak nyer usahawan ebook

      Reply
  12. BUNDA says

    10th July 2013 at 12:16 am

    tahniahlah…betul tu mana2 pergi nampak ramai yg online dengan phone ajer…apa lagi sekarang ni rata2 orang mengguna smart phone..

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 5:32 pm

      Smartphone ini sudah memudahkan untuk melayari secara online dan urusan perniagaan atas talian.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 3:01 am

      guna tab samsung jer sng

      Reply
  13. Sop says

    10th July 2013 at 12:15 am

    blogspot dah ada setting mobile user
    skrg ni ramai pengguna internet akses makluma dr mobile atau tablet 🙂
    jd penting pastikan blog mobile friendly 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 5:34 pm

      Blog spot ada setting blog mobile.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 3:01 am

      senang kan xpayah nak usung lappy dah

      Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:46 pm

      saya mesti take note ..nampaknya sko cinta perlu di perluaskan

      Reply
  14. Kak Long Mawar Merah says

    10th July 2013 at 12:09 am

    Bila dah boleh melayari internet dari telefon sahaja, maka bila ada masa terluang boleh jenguk blog. Tak perlu tunggu duduk depan komputer macam dulu lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:46 pm

      Betul tuh Kak Long.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 3:03 am

      hehe kan tgk masak pun snap trus post entri

      Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:47 pm

      ya..duduk depan pc bahu sakit…sakit

      Reply
  15. Bidadari says

    9th July 2013 at 11:56 pm

    Memang kalau lihat dari trafik blog, ramai yang lawat dari mobile phone. Malah nak beli barang dekat internet pun banyak pakai phone je sekarang ni

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:47 pm

      Contoh Maybank perkenalkan aplikasi perbank mobile.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 3:03 am

      kerja sng kan sapa xnak

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:58 pm

        siapa ada boleh on sahaja ada ada kata laluan

        Reply
  16. KiD says

    9th July 2013 at 11:29 pm

    ada lagi platform untuk meningkatkan trafik… mobile user pun bagus.. yang paling bagus bila fast loading.. =)

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:49 pm

      Kalau saiz memori blog bawah 100k bytes memang ringan load.

      Reply
    • kucinghitam says

      11th July 2013 at 3:05 am

      duta unifi hehee

      Reply
  17. Bean Moreno says

    9th July 2013 at 5:27 pm

    sekarang memang ramai yang online via mobile sebab henpon semua beso2

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:51 pm

      Boleh katakan komputer bergerak yang berkuasa.

      Reply
  18. mama maman aka yana says

    9th July 2013 at 5:14 pm

    sy pun kekadang blogwalking mengunakan tablet atau pun blackberry.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:52 pm

      Senangkan hendak baca sepintas lalu.

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:49 pm

        saya buat juga kalau saya pi ikut suami g hotel malas bawa laptop…pakai hp samsung y oklah..

        Reply
  19. azwan says

    9th July 2013 at 3:51 pm

    dah sayang dengan theme sekarang. pernah pakai plugin. tapi aritu ada conflict, aku buang. munkin sekarang dah ok kot kalau nak try balik

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 10:59 pm

      Saya pakai theme default WordPress sahaja.

      Reply
  20. papa mifz says

    9th July 2013 at 2:55 pm

    yup biasanya jika perlu maklumat on the go handphone menjadi pilihan utama…

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:57 pm

      pantas dan cepat sudahlah tentu

      Reply
  21. Azie says

    9th July 2013 at 2:40 pm

    Canggih2 dah handphone sekarang, dekat mana2 pun boleh online, nak update dan blogwalking atau terjah tinggalkan komen pun thru mobile je.

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:01 pm

      Selagi ada liputan jalur lebar tidak ada masalah untuk layari.

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:55 pm

        di mana juga asal ada gadget itu tidak menjadi sebarang masalah

        Reply
  22. Hairul Azni says

    9th July 2013 at 2:30 pm

    Responsive theme memang menjadi pilihan sekarang..

    Reply
  23. wazy says

    9th July 2013 at 2:06 pm

    Mobile user dah ramai sekarang ni,saya pun akdang-kadang baca blog guna telefon je

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:57 pm

      nampaknya bro ab dah buat kajian kt sini heee.blogger suka layari melalui gadegt masing2

      Reply
  24. AUC says

    9th July 2013 at 1:53 pm

    setuju, biasa tengok blog kat tepon je dah masa ni…

    Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:49 pm

      sekarang orang nak masa lebih jimat dan cepat

      Reply
  25. hafiz says

    9th July 2013 at 1:36 pm

    Betul tu mudah sikit nak baca blog nanti..

    Reply
  26. suriaamanda says

    9th July 2013 at 12:46 pm

    yup..setuju…semuanya di hujung jari…even nak check duit dalam akaun pun boleh guna smartphone dah…

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:02 pm

      Mudah hendak semak duit gaji dan baki terkini. 🙂

      Reply
    • suri says

      14th July 2013 at 12:50 pm

      nak cek baki nak buat bayaran pindahan wang boleh sahaja

      Reply
  27. sukma says

    9th July 2013 at 12:37 pm

    penggunaan menggunakan smartphone dalam update blog @ apa saja merupakan penggunaan yang subjektif bergantung kepada pengguna itu sendiri, kekadang skrin monitor kecil sangat tak sesuai @ tak puas nak tengok font berkenaan……

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:10 pm

      Sebab itu perlu pasang responsive theme supaya paparan blog dapat disesuaikan mengikut skrin.

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:52 pm

        responsive theme..take note..

        Reply
  28. MK Kimi says

    9th July 2013 at 11:59 am

    betul tu. skerang ramai dh makin ramai layan blog pakai hp/tablet..pastikan blog masing2 responsive agar memudahkan pembaca baca blog through hp/tablet 🙂

    Reply
  29. pipoq says

    9th July 2013 at 11:54 am

    betul tu bro..ada jugak blog yang tak ada kemudahan layaran mobile membuatkan blog lambat loading + berat + kadang tak dapat bukak guna handphone..

    Reply
  30. fyna says

    9th July 2013 at 11:17 am

    nak kena alert nih.

    *nak pinjam buku2 tue boleh? hehehehe*

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:05 pm

      Buku tersebut memang selalu diulangkaji walaupun pernah baca sebelum ini.

      Reply
      • suri says

        14th July 2013 at 12:54 pm

        bila pakai theme tu ia akan lari mana2 kod html tak? huhuhu..

        Reply
  31. Myra Jay says

    9th July 2013 at 11:08 am

    Thank you sharing, sebabnya MJ sendiri kekadang layan blog thru phone, mana2 blog yg susah @ loading slow.. memang tak dapek nk BW 😉

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:08 pm

      Kalau guna responsive theme blog lebih mudah dilayari mengunakan Smartphone dan tablet.

      Reply
  32. Melastik Bintang says

    9th July 2013 at 10:45 am

    sekarang dunia di hujung jari je.. apa-apa maklumat boleh dapat melalui HP/TAB … mudah dan ringan nak bawa kemana-mana…

    tapi kadang-kadang sesetengah blog dilayar menggunakan tab atau HP, layout nya berterabur…

    Reply
  33. zuan says

    9th July 2013 at 10:32 am

    theme mobile aku secara custom yg plugin buat.. tak pandai nak cari plugin2 yang best

    Reply
  34. Kamal Mustafa says

    9th July 2013 at 10:11 am

    KM kalau rumah online dari tab aje. itu menyumbang trafik juga tue 🙂

    Reply
  35. hafizrahim says

    9th July 2013 at 9:15 am

    Saya salah seorang visitor blog bro yang selalu browse guna smartfon..hehehe

    Reply
    • suri says

      9th July 2013 at 9:33 am

      me two heeeee..selalu kalau bercuti luar dari ipoh atau kl

      Reply
  36. Qashmere says

    9th July 2013 at 9:05 am

    Memang ramai pakai mobile phone dah sekarang ni

    Reply
  37. Sobri Mansor says

    9th July 2013 at 8:42 am

    Betul tuh… Aku pun sama gak terkena tempias… Update blog pun jarang-jarang tapi traffic dari mobile phone user mencanak-canak… huhuhu

    Reply
    • suri says

      9th July 2013 at 9:33 am

      bila termpias baru sedar ya heeee

      Reply
  38. Fauzi Blues says

    9th July 2013 at 7:53 am

    Aku la salah sorg mobile user yg baca blog guna smartphone..blogging pun guna smartphone..agak2 aku smart jugak x? hahahah

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:11 pm

      Boleh buat live blogging.

      Reply
  39. Ismail N says

    9th July 2013 at 5:45 am

    Yup, penting utk blog zaman ini guna theme yg mobile. Banyak trafik datang dari sana lantaran penggunaan smartphone yg makin berleluasa. Update jangan tak update blog ooo…

    Reply
  40. ProfHariz says

    9th July 2013 at 4:52 am

    Aku tahu tapi nak cari yang responsive theme dan custom balik tu yang takde masa. Em 🙁

    Reply
  41. titan says

    9th July 2013 at 4:19 am

    yap, aku terperasan..memang banyak gak mobile user yang baca blog gua. terkejut gak dengan benda ni. hoho..

    Reply
  42. Juan says

    9th July 2013 at 3:46 am

    saya mengakui peningkatan trafik dari mobile berlaku tetapi saya sendiri selaku pengguna mobile langsung tidak suka atau jarang sekali melayari blog dgn menggunakan access mobile, x tau kenapa, maybe sebab xda mouse dan juga keyboard lah yg buat saya kurang gemar melayari internet dengan mobile

    Reply
  43. sweetkurma says

    9th July 2013 at 2:07 am

    tak begitu mahir lagi, kena explore lagi ni

    Reply
    • akubiomed says

      10th July 2013 at 11:16 pm

      Tidak terlalu teknikal sebenarnya. Kalau akak guna theme default WordPress Twenty Twelve adalah responsive sebenarnya.

      Reply
  44. TehR says

    9th July 2013 at 2:05 am

    setuju
    blogger memang sangat perlu mengikut perkembangan semasa
    mudah kata ikut kehendak pengguna atau pembaca

    Reply
  45. Mus says

    9th July 2013 at 1:59 am

    Lebih mudah online dengan henpon..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in