• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON

Menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON

1st May 2012 by akubiomed 51 Comments

Sarapan pagi bersama keluarga di AEON Rawang.

Hari ini saya bercuti kerana membawa baby Aslah ke hospital Sungai Buloh untuk membuat pemeriksaan susulan untuk penyembuhan bisul yang dialami. Selepas pemeriksaan saya menunju ke Rawang untuk menikmati sarapan pagi bersama keluarga di AEON.

Membawa baby Aslah merawat penyakit bisul dengan rawatan tradisional cina.

Saya telah menerima berita baik daripada doktor yang menyelia kes bisul baby Aslah. Menurut doktor, kami tidak perlu lagi  membuat lawatan susulan selepas ini. Walaubagaimana pun beliau tidak menolak penyakit bisul boleh berulang pada masa akan datang.

Sebelum itu baby Aslah telah dibawa rawatan tradisional oleh seorang wanita cina tua mengelar dirinya ‘Bibik‘ mempunyai kemahiran mematikan bisul dengan teknik yang digelar ‘rawatan tarik urat’ di kampung isteri saya yang  terletak di Melaka. Kesempatan melawat pakcik saya yang baru menjalani pembedahan diambil untuk membawa baby Aslah menerima ‘rawatan tarik urat’. Setelah 2 hari menerima rawatan tersebut menampakkan kesan yang positif. Saya tertanya-tanya perbedaan teknik rawatan tradisional dan perubatan moden?

Saya terkejut ‘rawatan tarik urat’ ini adalah percuma dan tidak ada sebarang pembayaran dikenakan kepada pesakit. Ia adalah bantuan ikhlas Bibik membantu pesakit yang mengalami masalah bisul. Testimonial dari pesakit bisul mereka tidak perlu membuat pembedahan kerana bisul tersebut berjaya dimatikan oleh kaedah ini. Saya sendiri sukar percaya kerana melalui kaedah ini beliau dapat membaca tingkah laku dan apa yang disebutkan semuanya betul mengenai baby Aslah. Beliau tidak mengunakan jampi mentera atau perkara yang meragukan dengan hanya merasai urat di belakang baby Aslah sahaja. Kaedah merawat adalah sebelum matahari naik dan selepas matahri turun. Semasa melakukan ‘rawatan tarik urat’ terdengar beberapa bunyi seperti letupan dihasilkan.

********************

Menikmati sarapan pagi bersama keluarga ‘price less’

Sarapan pagi dengan membeli roti di LaBoheme
Baby Aslah berperangai baik didalam troli AEON

Antara juadah dan roti untuk sarapan pagi

Air minuman kopi O dari kopi susu panas.

air kopi O dan kopi susu bersama straw unik
Air kopi dan straw unik boleh sedut air panas

Gelagat anak-anak ketika bersarapan pagi di AEON.

Gambar diatas diambil mengunakan telefon bimbit Nokia  Xpress

Sila tekan butang kongsi:

  • Update ringkas: Baby Aslah masuk hospital
  • Aeon Rawang tempat famili berjimba-jimba
  • Babah tolong kakiku sakit

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    6th May 2012 at 10:51 am

    rawatan tarik urat.. mcm biasa dengar… mcmmana bisulnya skrg?

    seronok kan dpt keluar rumah sekeluarga. menarik pula straw khas utk minum air panas tu. mana nk cari ye? 😉

    Reply
  2. sadiq says

    5th May 2012 at 5:57 pm

    adeh..meleleh air liur tgk mknn..hehe=)

    Reply
  3. cik tom says

    3rd May 2012 at 3:18 pm

    menarik juga dgr rawatan tarik urat tue..1st time dgr…
    sedap2 tgk makann..terliur plk tgh lapar2 ni..

    Reply
  4. Norasikin says

    2nd May 2012 at 6:51 pm

    Saya pun tak pernah dengar rawatan tarik urat. kalau tarik duit tu banyak

    Reply
  5. Nurul says

    2nd May 2012 at 4:48 pm

    sedapnya makanan… lapar perut ni..

    Reply
  6. Jebeng Otai™ says

    2nd May 2012 at 4:37 pm

    sy penah jugak kene bisul..bersaiz agak besar..sy beli ubat kat sensei..mmg mujarab…sehari semalam pakai bisul tu dah pecah..

    p/s : sy penah terbaca satu artikel ttg rawatan tradisional ni..ia tidak boleh dipatenkan sbb ianya menggunakan bahan semulajadi sbb tu harganya murah..berbeza rawatan moden yg mahal sbb dipatenkan..lebih kepada bisnes dri merawat…x tahu samada ianya benar @ x.. 🙂

    Reply
  7. yas says

    2nd May 2012 at 12:41 pm

    Kongsi lagi la teknik tarik urat tu bro…rasanya ramai gak yg berminat nih

    Reply
  8. tehr says

    2nd May 2012 at 1:12 am

    pertama kali aku dengar rawatan tarik urat ni
    rawatan cara tradisional ni kadang2 macam tak logik je
    tapi memang berkesan

    Reply
  9. kulanz says

    2nd May 2012 at 12:29 am

    best makan-makan bersama family
    hujung minggu tu kami sarapan kedai mamak layan roti kosong 😀

    Reply
  10. KiD says

    1st May 2012 at 9:54 pm

    terbaaekkk lah bro.. memang rileks santai

    Reply
  11. auc dot com says

    1st May 2012 at 7:48 pm

    menarik teknik perubatab bibik tu, dh sihat, baru best jalan2 makan2 dgn keluarga 🙂

    Reply
    • KiD says

      1st May 2012 at 9:58 pm

      kalaau aku ada bisu, nanti kita cari eh

      Reply
      • akubiomed says

        1st May 2012 at 11:41 pm

        Yang penting ikhtiar. Ubat kedai Sensei pun mujarab juga. Macam anak saya tidak boleh tampal ubat Sensei kerana terletak berhampiran dubur.

        Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:43 pm

      Kesian melihat baby Aslah menangis setiap kali buang air besar kerana bekas bisul berhampiran dubur.

      Reply
  12. izwanyusof says

    1st May 2012 at 7:07 pm

    pakai handset nokia? ingatkan pakai 600D.. mantap editing bro.. naik colour.. hehe

    Reply
    • KiD says

      1st May 2012 at 9:59 pm

      henset canggih! hehhee

      Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:44 pm

      Edit sikit-sikit sahaja. 🙂

      Reply
  13. Mus says

    1st May 2012 at 5:27 pm

    seronok dapat bersarapan bersama keluarga tersayang

    Reply
  14. Kamal Mustafa says

    1st May 2012 at 5:15 pm

    takdo sapo pun buat kek bro Azrin, KM cuma inform yang KM sarapan di rumah aje. kek = di 🙂

    Reply
  15. titan says

    1st May 2012 at 4:46 pm

    teringat aku masa kena bisul kat pinggang. satu badan menderita..huh..

    Reply
  16. Amirez says

    1st May 2012 at 4:03 pm

    macam pernah dengar rawatan tarik urat tapi tak pernah tengok depan mata lagi. Melaka area mana tu? mana tahu diperlukan nanti. baguslah Bibik buat secara percuma, kerja amal 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 5:19 pm

      Bibik ini tinggal di Bukit Rambai, Melaka.

      Reply
  17. kimmie says

    1st May 2012 at 3:25 pm

    seronok dapat bersarapan bersama keluarga. Semoga baby Aslah terus sihat dan comel sentiasa 🙂

    Reply
  18. Azman Ishak says

    1st May 2012 at 2:03 pm

    uih cam menarik.. kat melaka ye bro? nanti kalau berhadapan dengan masalah ni boleh la carik alamat kat bro ye. dulu masa kecik, amirul penah kene bisul, saya ingat macam jerawat biasa.. picit sampai keluar mata.. hahaha.. lepas tu, terus baik… bawak pergi hospital, cuci luka.. then admited 2 hari. baru bleh release lepas doktor kata, mata bisul dah tadek.

    dia tak tau.. padahal aku dah picit sebelum tu. pasal nampak macam dah masah. mujur tak besar. tapi kesian gak la. masa tu amirul kecik lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 5:20 pm

      Okay kalau dapat keluarkan mata. Anak saya langsung tidak ada mata dan jauh ke dalam didalam daging. Kesian hendak picit meraung-raung menjerit sebab itu saya bawa rawatan tradisional dan moden.

      Reply
  19. pipoq says

    1st May 2012 at 12:05 pm

    pertama kali dengar rawatan tarik urat tu..

    Reply
  20. Cikgu Hairul says

    1st May 2012 at 11:12 am

    Dah pukul 11.. saya terus makan tengahari je la. Sarapan tengahari namanya.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:31 am

      Tidak awal sangat makan tengahari jam 11.00? Nanti lapar cepat pula.

      Reply
  21. Kamal Mustafa says

    1st May 2012 at 10:43 am

    km sarapan kek rmh ajo.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:32 am

      Kek siapa yang buat?

      Reply
  22. Hazmin Hamudin says

    1st May 2012 at 10:23 am

    Alhamdulillah… Sudah tidak payah lagi berulang alik ke hospital. Pertama kali mendengar rawatan tarik urat ni. Bila tengok gambar sarapan ni, terasa lapar betul la… Hehe

    Reply
  23. cikmin says

    1st May 2012 at 10:14 am

    Salam AB,

    Alhamdulillah…baby aslah tak perlu buat rawatan susulan dah..rawatan tarik urat tu cikmin pernah buat di beijing ari tu..di pusat herba dari tibet..memang terdengar satu letupan kecil dan kita sendiri pun merasa mcm ada aliran letrik..menurut doktor yg buat tu..katanya tujuannya tuk cikmin menerima rawatan herba dari sana..tapi sayangnya cikmin tak berhasrat nak buat sebab kosnya cecah 6k jugak masa tu..hihi..

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:33 am

      Bibik ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan ramai orang yang telah mendapatkan perkhidmatan daripada beliau.

      Reply
  24. benjy says

    1st May 2012 at 10:11 am

    Wow ! dashyat betu cara rawatan tu …. Percuma ? … emmm ia kerja amal yang patut di contohi oleh lain2 pakar 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:33 am

      Betul bro percuma perkhidmatan yang diberikan.

      Reply
  25. benjy says

    1st May 2012 at 10:10 am

    Aeon adalah jenama pilihan Malaysia dan juga pemenang Putra Awards Gold …. sarapan pagi yang menyelerakan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:35 am

      Oh ye ker. Saya ke sana pun AEON kerana sarapan pagi.

      Reply
  26. yanmie says

    1st May 2012 at 10:06 am

    Salam,

    Baby Aslah duduk dalam troli aje ke? mana aci heheee, seronok kan dapat keluar jalan makan2 dengan anak bini.

    oh sempoi betul panggil bibik je 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:37 am

      Kalau luar troli susah hendak kawal. Panggilan Bibik mungkin beliau sudah lama tinggal didalam komuniti Melayu.

      Reply
  27. nizamghazi says

    1st May 2012 at 9:41 am

    Tak dapat bayangkan bagaimana rawatan tarik urat tu.
    Adakah bisul itu akan pecah dan pop! aaw!
    AEON? AEON credit ke?
    Pagi2 ni memang terasa kelaparan since anak2 comel di atas menjamah sesuatu yang enak.

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:38 am

      Bunyi meletup dikawasan yang diurut dibelakan badan dengan ini dapat memutuskan akar bisul menurut Bibik yang merawat anak saya.

      Reply
  28. bardboo says

    1st May 2012 at 7:47 am

    orang cina tapi panggilannya bibik..pelik plak rasanya….bunyi letupan tu kuat ke? first time ni tahu tentang rawatan tarik urat..

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:40 am

      Boleh dengar letupan ditempat yang diurut.

      Memanggil dirinya dengan gelaran Bibik mungkin sudah lama duduk didalam komuniti Melayu. Inilah kekurangan yang ada pada masyarakat bandar. Bangsa Cina, India dan Melayu boleh hidup didalam harmonis di kampung.

      Reply
  29. Ammar says

    1st May 2012 at 1:31 am

    Pergh!!!! Best gila makanan tu

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:41 am

      Makan roti dengan air kopi panas memang sedap. 🙂

      Reply
  30. azmanisma says

    1st May 2012 at 12:57 am

    pelik gak bunyi tu..tarik urat,untuk sakit lain boleh ker?

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      1st May 2012 at 10:24 am

      Tu la.. Kalau boleh untuk rawatan lain selain bisul, mesti ramai yang nak mencubanya.

      Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:42 am

      Menurut Bibik, Baby Aslah mempunyai ketahanan tidak sakit ketika melakukan rawatan tarik urat.

      Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:53 am

      Saya tidak berapa pasti tetapi ada saya turut mendapatkan rawatan Bibik untuk merawati jerawat dimuka.

      Reply
  31. Shahrul says

    1st May 2012 at 12:30 am

    tak pernah dengar pulak rawatan tarik urat ni…boleh la cuba kalau2 terkena lepas ni

    Reply
    • akubiomed says

      1st May 2012 at 11:54 am

      Yang penting ikhtiar untuk merawat penyakit kerana setiap penyakit ada penawarnya.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in