Menguji kelajuan speed Streamyx broadband.
Masa dikawasan aku tiada talian tetap memang agak susah nak surfing internet. Aku pada masa itu terpaksa bergantung kepada talian CDMA yang hanya ada TMnet dialup. Betapa susahnya nak surf kerana lain tidak stabil selalu talian terputus.
Selepas 6 tahun baru kawasan perumahan yang aku duduki ada talian tetap dan Streamyx broadband. Hampir 2 tahun aku melanggan Streamyx broadband dan masalah yang kerap aku hadapi bila telefon tidak ada nada dail.
Bila tidak nada dail tidak ada nak online pun susah nasib baik ada Celcom broadband adalah harapan untuk surfing internet. Tetapi dikawasan aku tinggal ini lain Celcom broadband tidak stabil dan sebelum ini aku pernah pakai Digi EDGE. Komen aku mengenai Digi ni memang stabil kecuali kelajuan EDGE.
“Pada 24 Mac 2010, TM melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 20Mbps di bawah nama UniFi dan tidaktergolong dalam pakej Streamyx”
Aku menggunakan SpeedTest.Net untuk mengunji Streamyx broadband speed dan ini adalah keputusan performance Streamyx broadband dikawasan aku diami.
P1 Wimax pun dah sampai kawasan dah ada cuma coverage P1 Wimax tidak tercapai kawasan yang aku diami. Buat masa ini aku tidak bercadang nak tukar tapi jika ada pakej yang bagus apa salahnya. TM pun telah perkenal pakej baru iaitu UniFi seperti biasa kawasan-kawasan tertentu sahaja yang ada coverage TM Unifi ini.
thx!! baru tau cane na uji kelajuan~
Sama-sama. Saya berbesar hati apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan 🙂
laju tu bro..
download movie sedut kejap je..hehe
Nengok juga kekadang ada masa dia buat bingai lambat gila nak tunggu download complete
hahaha..biase la kalau tu kalau pakcik stemix..
streamyx oh streamyx…aduh…
erm…bukit sentosa tue kat mane bro?
susah la sebab bukan semua tempat ader conection streamyx yg baik..walaupun kat lembah kelang sekalipun..hu3…
Bukit Sentosa sebenar tak se famous Bukit Beruntung yang saudara mesti tahu sebab banyak rumah terbengkalai. Kawasan Bukit Sentosa terletak bersebelahan dengan Bukit Beruntung yang nak menghala ke Rasa
aku dh pakai seterimik dh dkt 3 taun…dlm tempoh 3 taun tuh dkt 6 kali kabel kena curi..lahanat sgguh pencuri..skang ni TM buat hal plak..asyik salu disconnect
Saya tumpay sedey dengan bro kerana kes curi kabel. Kawasan saya setakat ini belum ada kes curi kabel tapi kes bingkai tingkap rumah terbenkalai, kabel TNB dan besi roller shutter rumah kedai memang biasa kena kebas.