• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mengintip burung liar

Mengintip burung liar

1st March 2015 by akubiomed 15 Comments

Mengintip kehadiran burung liar dihalaman rumah

Burung-burung liar kerap terbang ke halaman rumah saya. Ada yang mencari makan ulat-ulat pada rumput dihalaman dan ada yang mendapatkan air didalam pasu.

Kalau waktu pagi memang meriah dengan kicauan burung liar. Diantra burung yang dikenal pasti adalah burung pipit, burung murai, burung tiong, burung terkukur, burung merbuk dan beberapa burung lain. Paling havoc sekali ada burung tiong yang saling sahut menyahut diantara satu sama lain. Burung merbuk dan terkukur pun boleh tahan berlawan-lawan.

Burung pipit jinak sampai ke depan pintu.

Semalam ada kesempatan untuk menyambar kamera DSLR untuk mengambil gambar burung pipit. Burung pipit punyalah berani hinggap sampai ke hadapan pintu rumah walaupun kelihatan ada rasa cemas kepada pemangsa.

Inilah hasil gambar burung liar yang berjaya diambil kerana anak-anak asyik menganggu ketika sesi mengambil gambar. Tengah fokus punya baik, anak datang sergah memang berterbangan burung melarikan diri.

Tak dapat nak snap banyak gambar burung spesis lain yang selalu datang ke halaman rumah.

AkuBiomed: Meriah dihalaman rumah dengan kicauan burung setiap pagi.

Sila tekan butang kongsi:

  • Menjinak burung di Taman Burung Kuala Lumpur
  • Burung Murai Kampung mengalun Puisi Untuk Sang Puteri
  • Burung Murai Kampung hinggap atas pagar

Filed Under: blog Tagged With: gambar burung liar

Reader Interactions

Comments

  1. Fahmi says

    29th March 2015 at 9:17 am

    Saya pun ada berangan nak shoot burung sebab depan rumah saya ada taman permainan dan sedikit “hutan kecil”. Rasanya ada 2 3 spesis burung juga cuma lensa tele tiada yang AF buat masa ini jadi buat masa ini berangan ler dulu

    Reply
  2. AZENI AHMAD says

    5th March 2015 at 5:02 pm

    Wah meriah la.
    Seronok.
    Takla sunyi sangat kan.
    Dengar bunyi burung pun boleh terapi juga kan.

    Reply
  3. SuperNifz says

    5th March 2015 at 9:26 am

    Hebat ler bro nih… boleh tunggu & snap gambar burung tuh… sama aa kat dapur den tuh pun rajin gak burung kecik2 nih singgah… siap ber**2 laiee….

    Reply
  4. Sani Yunus says

    3rd March 2015 at 1:05 am

    Rajin Engko Akubiomed duk shoot gambar burung. Jangan shoot burung lain sudahlah..hehe.heh

    Reply
  5. Hairul Hissam says

    2nd March 2015 at 10:41 pm

    Tentu seronok dengar bunyi burung berkicau..
    rumah saya tak de pula burung2 nie nak mai…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:13 am

      Memang riuh dengan kicauan burung diawal pagi.

      Reply
  6. Norasikin says

    2nd March 2015 at 10:36 pm

    Tahun lepas, sepasang burung tempua cuba bersarang di pokok mata kucing dalam halaman rumah saya. Baru separuh siap, anak saya jengah dalam sarang. Terus burung tu tak datang lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:13 am

      Tentu burung merasakan sarang yang dibina tidak selamat.

      Reply
  7. azimah mohd zainuddin says

    2nd March 2015 at 12:26 pm

    masa kecil saya tinggal rumah flat. Burung ni selalu sahaja duduk santai-santai kat penyidai baju

    Reply
  8. Inspirasi Huda says

    2nd March 2015 at 11:39 am

    Untung dapat selalu dengar kicauan burung setiap pagi. Sebab ia adalah alunan muzik terapi yang boleh mendamaikan jiwa dan memberi ketenangan kepada pendengarnya. SubhanaLlah, ciptaanNya Yang MAHA Agung.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:14 am

      Seronok melihat gelagat burung-burung berkicau sambil bermain sesama mereka di halaman rumah.

      Reply
  9. myrujukan says

    1st March 2015 at 11:04 pm

    saya selalu masa kecik rajin tangkap burung pipit, caranya pada waktu tengah hari, sediakan air dalam mangkuk, letak kat tanah lapang, sekeliling air mangkuk tu letak ditepinya taburan beras. Ikut pengalaman saya, akan ada burung tertarik dengan beras dan juga air. TETAPI diatas mangkuk dan taburan beras saya letak tudung saji yang telah di tongkat dengan kayu (faham kot), lepas tu kayu di ikat benang sampai ke rumah, kita pegang benang sambil tgk dari jauh, burung datang jer terus tarik benang, tudung saji pun jatuh tertutup, burung terperangkap, hehhe. bukan apa, saja nak pegang burung belai belai, lepas tu saya lepas kan balik

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:15 am

      Burung-burung liar dihalaman tak makam umpan. Lagi pun banyak kucing orang bela dikawasan perumahan saya. Menjadikan burung-burung ini lebih berhati-hati turun ke tanah.

      Reply
  10. blogger lelaki says

    1st March 2015 at 3:38 pm

    dah boleh jadi taman burung rumah bro nie..hu3

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 12:16 am

      Dulu ada sediakan kolam air dan rumah burung tetapi masalah kucing pula aim burung-burung nih.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in