Hari pertama berpuasa menerima rama-rama gergasi
Rama-rama gergasi yang dikenali dengan nama saintifik Lyssa Zampa Docile telah menjadi tetamu kami di hari pertama berpuasa.
Rama-rama gergasi ini pernah mencetus fenomena apabila muncul dengan banyak di Kuantan. Tidak sangka rama-rama gergasi ini muncul di kawasan perumahan saya.
Nampak cantik tetapi awas bulu kepak rama-rama gergasi ini bleh mengundang kegatalan pada kulit jika disentuh, boleh mengganggu penafasan dan mereka yang mempunyai masalah lelah.
AkuBiomed: Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger dan umat islam umumnya.
orang tua2 panggil rama2 gajah kerana size nyer yang besar…tp sgt2 cantik kan…simbolik rama2 masuk ke rumah biasanya ada tetamu jauh yang nak datang…wallahualam…
cantik rama rama ni
saya ada meneriman juga tapi sebelum bulan puasa. tapi sayang seribu sayang dia dalam keadaan mati.mungkin terbangkan angin pada waktu malam.sebab saya perasan masa pagi nak sidai baju heeee
Cantik rama-rama tu.. Orang tua-tua kata kalau ada rama-rama besar masuk ke dalam rumah, itu tandanya ada tetamu dari jauh nak datang ke rumah kita… Sama ada betul ataupun tidak, itu saya tidak tahu… Tetapi sepanjang pemerhatian saya, ada juga kebenarannya.. Tetapi mungkin ianya secara kebetulan sahaja.. 😉
Tengah musim kan sekarang?
Selamat melakukan ibadah puasa! 🙂
selamat menyambut bulan ramadhan. Sini macam dah kurang rama2 besar nih.
Besarnya Rama2 ni dan cantik 🙂
Saiznya besar daripada rama-rama yang kita pernah lihat. Lebijh kurang sebesar tapak tangan.
nama Lyssa u…ehehhe selamat berpuasa juga 🙂
Namanya pun sudah dekat dengan nama Lisa Surihani. 🙂
Petanda ada rezeki mahu singgah tu 🙂
kat tempat aku Johor pun ada banyak kupu-kupu macam ni beberapa minggu yang lepas. Tengok gambar memang cantik tapi banyak-banyak rasa annoyed.
Ya, kehadiran yang banyak boleh menimbulkan masalah pula.
Main macro best jugak ni..
Saya bantai focal point 50mm. 🙂
besar tu rama rama, saya kalau rama rama besar ni rasa takut nak pegang, haha, selamat berpuasa bro
Elok tidak dipegang nanti timbul masalah kegatalan pada kulit.
Maksudnya… ada tetamu nak datang lah tu… kata2 orang tua dulu2…
Siapalah agaknya hamba Allah tersebut.
kat rumah pun ada semalam
belum abis musim agaknya
Tidak sangka saya menerima kehadiran rama-rama gergasi ini.
Banyak diaorg ni skrg di Semenanjung kan? Kat kampung kawe pun dengar citernya banyak yang berterbangan…
Ya, ada beberapa negeri dilaporkan kehadiran luar biasa rama-rama gergasi ini.
wah…siap tahu nama saintifik, ada tetamu nak nak datang kot…
Ya, timbul minat ingin tahu lebih lanjut mengenai rama-rama gergasi ini.
dulu pernah kena marah.. pegang rama-rama ni..
mak kata akan gatal kulit..
Elak disentuh nanti mengalami masalah kegatalan kepada kulit.
Ya, kata orang, ada tetamu bakal datang ke rumah 😉
Selamat menunaikan segala ibadah yang termampu di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga mendapat keberkatan dan redha Allah. Amin.
Ameen, mudah-mudahan ibadah puasa diterima oleh Allah SWT.
Bermakna ada orang nak datang tu…
Siapalah agaknya tuh?
dulu masa duduk KL, selalu gak nampak kupu2 gergasi nie depan rumah…
selamat berpuasa bro..
Selamat berpuasa kepada bro Hairul.
selamat berpuasa.
Hoho..
siap ada tetamu lagi tuh.
Tidak pernah terima kehadiran rama-rama yang bersaiz besar seperti didalam gambar.
Aritu ada juga rama-rama masuk ke dalam rumah , selamat berpuasa yer bro
Tetamu yang istimewa buat kami sekeluarga. 🙂