Mencari Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir.
Hari ini 21 Ramadhan 1434 Hijrah sekali lagi saya memanjatkan bersyukur kepada Allah SWT kerana limpah kurniaNya diberi kesihatan dan kudrat. Saya antara jemaah bertuah kerana dapat bersolat Isyak dan Terawih yang di imamkan oleh imam muda dari Palestin di surau berdekatan di rumah. Yang istimewa hari ini adalah malam ganjil.
Terdetik dibenak fikiran saya memikirkan bagaimanakah nasib saudara seislam di bumi Palestin.
Cukupkah bekalan makanan di bulan Ramadhan?
Bagaimana keadaan tempat tinggal mereka?
Bagaimana menjalani ibadah dibulan Ramadhan?
Bagaimana persiapan Hari Raya Aidilfitri?
Apakah nasib anak-anak yatim Palestin?
Terputus bekalan air dan elektrik selama 4 bulan.
Sesungguh beruntung umat islam di Malaysia kerana dapat beribadat dan menjalani ibadah berpuasa didalam suasana yang aman. Suasana berlainan sama sekali bagi masyarakat islam di Palestin, mereka telah terputus bekalan air dan elektrik selama 4 bulan. Agak sukar menjalani ibadah puasa dengan kekurangan sumber asas.
Pihak Israel mengunakan pesawat canggih dan kereta kebal membedil penempatan umat islam Palestin yang meragut nyawa dengan tindakan kejam mereka. Beribu anak kecil menjadi yatim piatu dan hilang tempat bergantung. Beratus masjid musnah akibat kekejaman pihak Israel.
Para mujahid di bumi Palestin tidak pernah kenal erti mengalah dan berputus asa sebaliknya bersemangat menetang tentera Israel untuk menegakkan kalimah Allah dan mempertahankan Masjid Al Aqsa dari dirobohkan.
3 perkara menjadi tonggak kekuatan perjuangan mujahid
- Bersabar
- Solat yang sempurna
- Doa
Perkara ini telah disampaikan oleh imam muda dari Palestin didalam kuliah selepas solat Terawih.
Kita mungkin tidak mengerti keperitan berhadapan saat kematian bila-bila masa. Kita mungkin tidak diduga dengan dugaan yang dihadapi oleh penduduk Palestin di perangi oleh pihak tentera Israel. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata dan berjuang tetapi kita mampu melaksanakan infaq dan iringan doa kepada mujahid yang berada di bumi Palestin.
Pahala Infaq.
Allah SWT. berfirman dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam! Berinfaqlah, pasti Aku akan limpahkan kurniaanku kepadamu. Sesungguhnya ‘Yaminullah’ (gudang nikmat dan kelebihanNya), sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikitpun siang ataupun malam.”
(Hadis qudsi riwayat Daraquthni dari Abu Hurairah r.a.)
Dalam Q.S.2 .al- Baqarah : 261 :
“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu berbuah seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Allah mempunyai karunia yang luas, lagi maha mengetahui”.
Dalam Q.S.2. al- Baqarah : 245
Siapakan yang mau memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik? Allah akan melipatgandakan pahalanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah yang menyempitkan dan Yang melapangkan rizki. Dan kepa-Nya kalian dikembalikan”
Rasa sangat beruntung duduk di Malaysia walaupun baru2x ni banyak kes tembakan di Malaysia tapi situasinya tidak seperti palestin dan Syiria. Semoga kita dapat bertemu ramadhan pada tahun hadapan.
Emm alunan mengaji orang palsetin ni merdu tak bro?tak pernah ada pengalaman ikuti imam dari palestin ni..
Ada beberapa bacaan Taranum dibaca oleh imam muda dari Palestin.
dalam kita bergembira nak sambut aidilfitri..yang susah jgn dilupakan…
bersyukurlah dengan limpah kurniaan allah. panjatkan doa untuk kebahagiaan dan kemenangan umat islam di seluruh dunia.
harap-harap dipertemukan dengan malam lailatul qadar.
Mudah-mudahan ditemukan malam Lailatul Qadar.
setiap orang mendapat takdir yang berbesa beza.. harap kita ketemu lailatuqadar dan sentiasa ingat untuk mendoakan saudara islam kita di sana
Oh tetiba terkenangkan suadara Islam di Syria, Mesir dan Palestine..
Semalam sekali lagi berlaku korban dalam kalangan penyokong Mursi ditembak mati… saat itu juga merupakan bulan Ramadan…
Sadis!
Ia sepatutnya tidak berlaku kerana kuasa umat islam bercakaran sesama sendiri.
tak dapat bayangkan jika negara kita terima nasib seperti di sana…adakah kita sekuat mereka..
Sebab itu keamanan perlu dipertahankan.
harap suatu hari nanti Palestin akan menjadi negara yang merdeka sepenuhnya…
Harapan kita macam tulah dah terlalu lama ditindas..
Ameen, sudah pasti kerana sudah dijanjikan.
mudah-mudahan ketemu malam itu..
semoga kita mendapat pahala yang diinginkan
Memang bersyukur dilahirkan di Malaysia, kalau tengok berita TV, Mengalir ayaq mata tengok kehidupan disana.
Apa2 pun kita ni jangan sesekali khufur nikmat, Rezeki Allah sentiasa cukup jika kita rasa cukup.
bro itu sampul duit raya..atau risalah ?
salam…
he mmg ini saat yang d tunggu ..10 mkm terakhir ayuh kita kejarkan
Semoga kesenangan dan kemakmuran negara membolehkan rakyat negara ini menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan lebih jitu!
ya.harap mereka terus cekal dan sabar di sana.amin
semoga kita rakyat Malaysia bersyukur dengan apa yang ada dengan negara yang aman…..
kita kira aman juga cuma org kita suka buat keadaan huru hara
kalau kita terputus bekalan air 1 hari pun dah kelam kabut, jika kita sekarang diduga seperti mereka, belum tentu setabah mereka. semoga mereka sentiasa mendapat pertolongan dariNya.
minggu lepas masjid kat rumah AUC pun tekah dikunjungi imam ni, semoga Allah memberi kemenangan kpd pejuang islam di bumu Palestin… amin
Semoga Allah memberikan keselamatan dan kemenangan kepada umat Islam di Palestin.. amiin
Semoga rakyat palestin terus kuat berjuang
hidukpan syiar islam walau di mana kita berada
Kita yang hanya melihat penderitaan mereka tetapi kadang2 hanya melihat dengan mata bukan melihat dengan mata hati. Semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya buat mereka.
Semoga ramai rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan untuk membantu Rakyat Palestin yang sedang berada dalam kesusahan pada ketika ini….