• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Mencari ketenangan di Bagan Lalang

Mencari ketenangan di Bagan Lalang

10th June 2014 by akubiomed 29 Comments

Mengamit kenangan di Banting

Saya dan famili menunju pantai Morib selepas menghadiri majlis kenduri kahwin bro Titan dan Nurul Farhana di Banting pada hari Sabtu minggu yang lepas.

Tidak dapat mengimbau kenangan ketika kecil di pantai Morib

Seingat saya mempunyai kenangan ketika kecil di Banting ini. Orang tua saya pernah menetap di Banting kerana arwah bapa saya bertugas disana. Secara jujur saya langsung tidak ingat detik-detik di Banting, mungkin ketika menetap disana, saya berusia didalam 2 tahun.

Saya tidak snap banyak gambar di pantai Morib ini tetapi dari segi kemudahan awam seperti surau, tandas, kawasan riadah, gerai dan mempunyai kemudahan tempat letak kereta untuk pengunjung. Benteng dan benteng penahan ombak dibina sepanjang pantai Morib ini. Ketika sampai air laut tengah pasang. Rupanya pantai Kelanang juga berdekatan dengan pantai Morib,

Pantai Kelanang

Pantai Morib

Didalam perjalanan ke Bagan Lalang saya ternampak ada 3 lelaki mengharungi air laut paras dada untuk memasang jaring menangkap ikan. Mungkin sudah biasa melakukan aktiviti menjaring ikan di tepian pantai. Kalau saya belum cukup berani untuk mengharungi air laut sehingga paras dada.

Saya dan famili tidak lama berada di pantai Morib. Selepas pekena air kelapa lalu bergerak ke Bagan Lalang kira-kira 37km dari pantai Morib. Pada mula teragak-agak untuk ke Bagan Lalang ini. Atas nasihat isteri tersayang agar pergi ke Bagan Lalang nanti menyesal kalau terus pulang sahaja kerana jaraknya tidak jauh dari pantai Morib.

Pertama kali menjejaki ke Bagan Lalang. Saya teruja dengan keindahan pemandangan Bagan Lalang ini dengan pasir sungai yang halus. Lebih teruja melihat AVANI Sepang Goldcoast Resort di atas air laut. Pengunjung tidaklah usah cakap memang ramai dan dimana ada ruang, ada sahaja yang berpenghuni samada memasang tikar atau khemah.

Pantai Bagan Lalang

Selepas Asar kami bergerak pulang. Insyallah saya akan kembali lagi ke Bagan Lalang dan bermalam disini. Kunjungan pertama ini untuk melihat keadaan sekeliling dan mendapat sedikit info. Satu harapan saya untuk mengambil gambar pemandangan di Bagan Lalang ketika ‘Golden Hour’ adalah menjadi idaman dan hajat yang perlu ditunaikan. Cemburu melihat hasil gambar sahabat-sahabat yang pernah mengunjungi Bagan Lalang ini.

AkuBiomed: Sahabat blogger yang pernah ke Bagan Lalang boleh kongsi info di ruang komen dibawah untuk rujukan saya.

Sila tekan butang kongsi:

  • Menggapai senja di pantai Puteri
  • Sepetang di Pantai Puteri
  • Sepetang di Pantai Puteri

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Ummi Hanie says

    17th June 2014 at 11:39 pm

    bagan lalang… nampaknya tak biasa sampai… konfius dgn Padang lalang… hihi

    cantik view hasil ‘tangkapan’ AB

    Reply
  2. suriaamanda says

    16th June 2014 at 4:35 pm

    Singgah x kat sebelah kanan? restoran2 seafood yang menyajikan pelbagai hidangan?best woo…SA berhabis makan ngan family kat sana…kalau sekali makan 500++ sure habis…

    Reply
  3. Hairul HIssam says

    15th June 2014 at 5:34 pm

    cantik betul pantainya.. Cara bro ambik gambar pun hebat…

    Reply
  4. Norasikin says

    14th June 2014 at 10:06 pm

    Dah beberapa kali saya ke pantai morib. Pantainya indah tapi jarak dari tepi jalan ke gigi air terlalu jauh. Kalau nak pergi tempat yg dalam sikit, rasa macam berjalan keliling padang bola.

    Reply
  5. paan says

    14th June 2014 at 3:37 pm

    Sampai 3 pantai pergi dalam satu hari.

    Xtry ke yg terbang – terbang tu ? (Entah apa tah namanya)

    Reply
  6. titan says

    13th June 2014 at 3:45 pm

    pehh..rajin betol hang berjalan-jalan nih..

    Reply
  7. maza says

    12th June 2014 at 11:08 pm

    Air laut Bagan Lalang berkeladak dan keruh. Tak sesuai untuk bermandi manda. Kalau hendak menjamu mata dan melayan tekak dengan ikan bakar, memang inilah tempatnya.

    Hehehehe

    Reply
  8. onlajer says

    12th June 2014 at 6:34 pm

    oh saya pun tak pernah sampai kemari

    Reply
  9. TehR says

    12th June 2014 at 4:08 pm

    pantai morib tu pernah juga sampai
    tapi bagan lalang belum pernah
    nampak cantik juga pasir pantai

    Reply
  10. anif says

    12th June 2014 at 3:26 pm

    🙂 Semasa pulang ke kampung tempohari, sempat juga singgah Bagan Lalang untuk menikmati makanan laut.

    Reply
  11. Ammar says

    12th June 2014 at 11:47 am

    Bagan Lalang kira-kira 37km dari pantai Morib? Boleh tahan jugak jauh. Dalam setengah jam lebih mungkin?

    Reply
  12. Sop says

    12th June 2014 at 10:21 am

    cuti2 sekolah mmg best berjalan2 cari ketenangan 🙂
    cuma xbest orang pula ramai… hahaha

    Reply
  13. uncle gedek says

    12th June 2014 at 1:22 am

    Eh? Warna airnya memang begitu eh?

    Reply
  14. AUC says

    12th June 2014 at 12:32 am

    serius memang x pernah sampai lagi kat sini…
    dalam rekod utk tempat percutian lepas ni

    Reply
  15. Kamal Mustafa says

    11th June 2014 at 10:40 pm

    Bro Azrin, KM boleh dikatakan setiap bulan ke bagan lalang. Ada tue sampai 2 kali sebulan. Selalunya bersama family menjamu makanan laut yang rata-rata agak murah disini.

    Belum pernah bermalam di bagan lalang nie. Tapi ramai kengawan yang kesana teruja dengan suasana malamnya. Ada perancangan nak bermalam. Hotel dan chalet pun banyak

    Akhir bulan May lalu ada expo seperti pasar malam di bagan lalang. Bertambah ramai orang. Selalunya KM akan memilih hari bekerja kalau ke bagan lalang, kerana orang ramai. Selalunya kalau hari sabtu & ahad semua kedai penuh.

    Reply
  16. cik tom says

    11th June 2014 at 3:30 pm

    cantiknya pemandangan kat bagan lalang..nmpk air laut tenang je..mesti best main pantai…

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:03 pm

      Pantai di Bagan Lalang ini luas. Angin pantai yang bertiup kuat sesuai untuk bermain layang-layang disini.

      Reply
  17. Denaihati says

    11th June 2014 at 1:59 pm

    pantai landai, kurang bahaya sikit dan macam-macam aktiviti pantai boleh buat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:04 pm

      Betul tuan Denaihati sesuai untuk bermain dan berlari-lari di pantai.

      Reply
  18. myrujukan says

    11th June 2014 at 1:28 pm

    tuan, bagan lalang negeri mana nih tuan

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:04 pm

      Bagan Lalang terletak di Sepang didalam negeri Selangor.

      Reply
  19. Hairul Azni says

    11th June 2014 at 12:36 pm

    Saya memang ada perancangan untuk bawa keluarga bercuti di Bagan Lalang tapi belum ada kesempatan lagi..kat sana ada Hotel Seri Malaysia rasanya..

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:05 pm

      Terima kasih berkongsi hotel yang boleh menginap di Bagan Lalang.

      Reply
  20. Hazmin Hamudin says

    11th June 2014 at 9:27 am

    Memang cantik kalau nak ambil gambar sunset di sini bro. Ada saya selitkan gambar di blog saya. Antara restoran ikan bakar yang popular dekat bagan lalang ni Restoran HM Sri Bagan.

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:05 pm

      Terima kasih bro berkongsi spot ikan bakar di Bagan Lalang.

      Reply
  21. Ismail N says

    11th June 2014 at 8:31 am

    Wah! cantik dan bersih pantai di Bagan Lalang. Kawe tak pernah pergi. Tapi rasa teruja lak nak pergi lepas tengok gambar2 tu.

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:07 pm

      Ya bro, memang cantik pemandangan di Bagan Lalang.

      Reply
  22. Ainaa Roseberry says

    10th June 2014 at 10:54 pm

    tak pernah lagi jejak kaki kat sini. Kenduri abang Titan pun ena tak dapat nak pergi sebab jauh. Huaaaaa. Sedih

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2014 at 9:08 pm

      Nak buat macam mana duduk jauh.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in