• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Membidik gambar dengan DSLR di pekan Kuala Kubu Bharu

Membidik gambar dengan DSLR di pekan Kuala Kubu Bharu

4th September 2012 by akubiomed 50 Comments

Membidik gambar bangunan Imperial disekitar pekan Kuala Kubu Bharu.

Rasanya perjalanan saya untuk melihat keindahan empangan sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu tidak lengkap tanpa kesinambungan gambar pekan Kuala Kubu Bharu yang  saya berjaya rakam melalui lensa DSLR.

Pekan Kuala Kubu Bharu

Bersarapan di pekan Kuala Kubu Bharu.

Selepas kekecewan hajat untuk membidik gambar empangan Selangor tidak seperti yang diharapkan kerana air didalam empangan surut. Bagi mengubat hati yang agak terguris saya ke tempat perkelahan di sungai Chiling.dengan perut kosong kononnya ketika didalam perjalanan akan ada gerai makan untuk bersarapan pagi tetapi sehingga sampai ke empangan sungai Selangor tak jumpa. 🙂

Saya tidak lama berada di sungai Chiling setelah membidik beberapa gambar air terjun dan aliran sungai dengan jari-jari pantas mengubah setting pada kamera DSLR untuk mendapatkan hasil yang dimahukan. Saya melayan diri sendiri dan leka dengan bunyi air dan asyik hampir membuaikan saya.

Restoran mamak port untuk bersarapan.

Ke mana lagi hendak bersarapan apabila perut mula mengingatkan lagu Najwa Latif, ‘Kosong’. Kereta tawaf beberapa kali di pekan Kuala Kubu Bharu mencari restoran untuk melabuhkan punggung menikmati sarapan pagi yang agak lewat. Akhirnya terjumpa restoran mamak tanpa berfikir panjang itulah port untuk bersarapan.

Ketika menikmati 2 keping roti canai dan air teh tarik gelas besar sambil mendengar lagu-lagu hit Hindi yang diputarkan. Saya menyaksikan baby Aslah disebelah saya mula mengoyang-goyang punggung dan kaki diatas kerusi bulat mengayakan tarian K-Pop Gangnam Style. Sebagai tanda penghargaan aksi menari yang mencuit hati di hadiahkan gula-gula Lollipop oleh mamak kepada baby Aslah.

Sebelum pulang saya sempat membidik gaya freestyle, tiada tema hanya membidik mengikut kata hati di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu.


 

Sila tekan butang kongsi:

  • Sungai Chiling tempat membidik solo dengan kamera DSLR
  • Jom celup celup di kolam air panas Kuala Kubu Bharu
  • Bersantai bersama famili di empangan air sungai Selangor

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Aniq Bukhary says

    18th November 2013 at 3:48 pm

    Seriously, dalam blog nie saya suka entry fotografi nie.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2013 at 1:22 am

      Terima kasih, setiap gambar diambil untuk mengujikan tahap kemahiran.

      Reply
      • Aniq Bukhary says

        19th November 2013 at 2:31 am

        Memang macam tu la yg sepatutnya.. Fotografi = Pratikal.. Banyak praktikal, makin cun la kemahiran n gambar yg dihasilkan.. Teruskan dgn info2 foto bro. Support 🙂

        Reply
  2. Nur says

    15th September 2012 at 5:10 am

    Bangunan2 lama ni juga banyak terdapat di Bandar Kluang.. Nice shot!

    Reply
  3. Mekar says

    9th September 2012 at 12:13 am

    Tiba2 terngiang2 lagu arwah Sudirman ” ..kalau pergi kuala kubu… tulis nama atas batu…lalallllaa ”

    Gambar ni boleh bikin nostalgia. menarik !

    Reply
  4. cik tom says

    6th September 2012 at 2:15 pm

    rajinnya..bagus btul bro….rindu nak pekena roti canai..

    Reply
  5. Fauzi Blues says

    5th September 2012 at 8:02 pm

    Rajin kau amik gambar guna DSLR ek…aku ni DSLR dah bikin tukun…beg DSLR tu pun dah naik sawang dah…hahaha…skang ni amik gambar pakai handphone.je..layan Instagram… ada satu entri pasal Kegilaan Instagram kat blog aku….gambar kat blog lama…

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2012 at 11:04 pm

      Sementara tengah bersemangat elok layak membidik gambar dengan kamera DSLR. 🙂

      Reply
  6. dzuandiey says

    5th September 2012 at 1:06 pm

    memang terbaik lah dengan pengekalan kota lama…hihihi.. 🙂

    Reply
  7. Man says

    5th September 2012 at 12:46 pm

    Bang. kenapa banyak gambar tak amik secara center ye. ada tips tak.

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2012 at 6:13 pm

      Teknik ini dipanggil komposisi. Selalunya sudah menjadi lumrah kita akan mengambil gambar ditengah-tengah cuba guna two third rules ketika mengambil gambar.

      Secara jujurnya saya tidak berapa mahir teknik komposisi ini.

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        7th September 2012 at 11:38 pm

        btul bro..mmg susah..amik sebarang pon x per..final editing pki software leh pki rule ni.. 🙂

        Reply
  8. sha says

    5th September 2012 at 12:18 pm

    nice shot! sha pun suka tengok gambar architecture bangunan lama….

    Reply
    • dzuandiey says

      5th September 2012 at 1:08 pm

      menarik…suka juga tengok kalau bangunan ala-ala inggeris..menarik rekaannya..

      Reply
  9. Ummi Hanie says

    5th September 2012 at 11:56 am

    seperti biasa, gambar2 yg cantik2 walaupun bangunan2nya usang… 😉

    Reply
  10. hatiputera says

    5th September 2012 at 11:29 am

    melihat gambar yang diambil oleh bro akubiomed ini menyebabkan keinginan aku untuk mendapatkan satu DSLR semakin kuat.huhu

    Reply
    • Ummi Hanie says

      5th September 2012 at 11:57 am

      betul tu. tiba2 rasa mcm nak DSLR :p

      Reply
      • dzuandiey says

        5th September 2012 at 1:09 pm

        hahaha….beli satu…jangan tak beli ya…

        Reply
    • akubiomed says

      5th September 2012 at 6:14 pm

      Jangan salahkan saya kalau terjebak membeli kamera DSLR. Cinta saya untuk memiliki kamera DSLR sudah lama dan hajat tersebut tertunai 9 bulan yang lepas. 🙂

      Reply
  11. hafidz says

    5th September 2012 at 11:03 am

    Memang terbaek la bro amek gamba.
    Lepas ni boleh jadi photographer yang hebat 😀

    Reply
  12. cikgu naman says

    5th September 2012 at 9:28 am

    dah lama tak membidik ni..jom ke Broga?

    Reply
    • dzuandiey says

      5th September 2012 at 1:09 pm

      fuyooo..trus ajak jauh-jauh ni..hihihi…

      Reply
    • akubiomed says

      5th September 2012 at 6:15 pm

      Memang sudah lama saya hendak pasang hajat membidik bukit Broga. Mungkin kita boleh buat perancangan. 😉

      Reply
  13. Ekal says

    5th September 2012 at 8:20 am

    Salam, saya kalau nak ke Bukit Fraser, pekan ni memang wajib Singgah, terasa seperti berada di zaman dulu-dulu je bila berada kat sini.

    Reply
  14. Bro Zulkbo says

    5th September 2012 at 2:00 am

    salam..
    klasik sungguh Pekan KKB
    ni ye..?lama sungguh saya tak
    ke sana..last pergi masih bujang
    masa tu 🙂

    Reply
    • hatiputera says

      5th September 2012 at 11:32 am

      Tak pernah lagi aku menjejakkan kaki ke pekan Kuala Kubu Baru. Bila agaknya.

      Reply
    • akubiomed says

      5th September 2012 at 6:16 pm

      Bro Zulkbo ada tulis nama di atas batu tak? 🙂

      Reply
  15. kimmie says

    5th September 2012 at 12:19 am

    Kuala Kubu Bharu ni memang pekan lama, bangunan pun lama, kalau dipelihara dengan baik mesti cantik kan bangunan di sini

    Reply
  16. lepakk.com says

    4th September 2012 at 11:31 pm

    Teringin nk jalan2 kat sini.mcm best je

    Reply
  17. kujie says

    4th September 2012 at 11:25 pm

    suka sangat suasana di pekan KKB…sejuk dan damai..masih kerap ke pasar yang diuruskan pihak Peladang di sebelah stesen bas

    sebelah pejabat pos ada gerai di bawah pokok.. ditepi pokok ada tangga untuk naik ke kawasan pejabat kerajaan…naiklah ada satu monumen yang dibina

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:30 pm

      Hendak tunggu kelas penggunaan kamera DSLR di Kolej Komuniti tidak kunjung tiba. Saya jalan dahulu. Nanti saya cari monumen tersebut. Terima kasih berkongsi info. 🙂

      Reply
  18. muazfaris says

    4th September 2012 at 11:20 pm

    terbaik gambar oldskull..

    suka tgk.. membidik kena sasaran !

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:23 pm

      Saya masih mengekal keaslian gambar ini dengan memberi sentuhan kesan khas ‘light cross’

      Reply
  19. auc dot com says

    4th September 2012 at 10:59 pm

    hmmm satu bidikan yg tepat dan cantik

    Reply
  20. KiD says

    4th September 2012 at 10:44 pm

    aku ada kenangan buat video klip bersama Dr. Fazley kat KKB ni… huhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:19 pm

      Sandarkan kenangan. 🙂

      Reply
    • dzuandiey says

      5th September 2012 at 1:10 pm

      wah..jeles dekat KiD…hihihihi…

      Reply
  21. lewisdotmy says

    4th September 2012 at 10:42 pm

    bangunan2 di sini masih byk bangunan stail lama dikekalkan ke bro

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:20 pm

      Mungkin kerajaan Selangor perlu mewartakan bangunan sekitar pekan Kuala Kubu Bharu ini perlu dikekalkan rupa bentuknya.

      Reply
  22. Eizil says

    4th September 2012 at 10:37 pm

    Setakat ni, tak pernah lagi jalan-jalan di pekan kkb ni, sekadar melalui kawasan sekitar jer… Banyak juga gambar-gambar bro yang ni yang aku suka… gemar gaya bersahaja begini.. terutama apabila melibatkan persekitaran yang sebegini.

    Reply
    • KiD says

      4th September 2012 at 10:46 pm

      pekan KKB agak sunyi bila dah lewat petang…

      Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:24 pm

      Banyak bangunan lama di pekan Kuala Kubu Bharu. Bangunan pentadbiran kerajaan masih mengunakan bangunan lama.

      Reply
  23. Sop says

    4th September 2012 at 9:20 pm

    bila boleh membdidik juga nih
    x mampu nak angkat dlsr lagi 🙂

    Reply
    • KiD says

      4th September 2012 at 10:47 pm

      sama laaa sop.. saye pinjam bini punya je.. hik3

      Reply
      • akubiomed says

        4th September 2012 at 11:24 pm

        Kiranya ada juga kamera walaupun isteri punya. 🙂

        Reply
        • Hazmin Hamudin says

          5th September 2012 at 4:28 pm

          Saya masih lagi bergantung kepada kamera handphone Blackberry untuk mengambil gambar untuk entri blog. Memang tidaklah secantik mana.

          Reply
  24. donnyien says

    4th September 2012 at 7:27 pm

    pemandangan yang menyimpan seribu kenangan…

    Reply
  25. Hazmin Hamudin says

    4th September 2012 at 7:16 pm

    Sudah lama tidak ke KKB ni. Bila ke sini pasti teringat bait-bait lagu Sudirman “kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu” Ahak

    Reply
    • akubiomed says

      4th September 2012 at 11:25 pm

      Sekarang tidak boleh sebarang conteng nanti kena denda. 🙂

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        5th September 2012 at 4:27 pm

        Kalau conteng dekat batu-batu terbiar tepi jalan tu takpa kot bro. Haha

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in