• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Melayan karenah anak dengan membina model 3D

Melayan karenah anak dengan membina model 3D

31st January 2012 by akubiomed 59 Comments

Menjadi anak kecil dengan membina model 3D.

Sudah beberapa kali abang Long memperingatkan untuk membuat model 3D Doc Hudson salah satu watak filem animasi Cars terbitan Walt Disney. Keratan model  3D in terdapat didalam majalah Cars kepunyaan abang Long. Rumit juga hendak membina model 3D ini kerana ada bahagian yang dilekat asyik tercabut. Menguji kesabaran juga. 🙂

Ini adalah hasil model 3D Doc Hudson

Keratan kertas model 3D
Model 3D Doc Hudson yang perlu dibina
Keratan yang yang tidak diperlukan telah dibuang
Model 3D Doc Hudson dari filem Cars

p/s: anak-anak asyik tanya bila model 3D Doc Hudson ini hendak siap. 🙂

  • Magic Art Museum 3D art museum di Melaka
  • Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.
  • Projek hujung minggu DIY Soft Box bajet rendah

Filed Under: blog Tagged With: seni 3d

Reader Interactions

Comments

  1. yas says

    30th April 2012 at 8:28 am

    Ni dah masuk dalam kes terpaksa siapkan jugak ni bro…hehehe

    Reply
  2. amirulfaiz says

    4th February 2012 at 11:24 pm

    Fuhh, bapa yang cemerlang nih. 🙂

    Reply
  3. Norasikin says

    3rd February 2012 at 9:20 am

    ayah pun terkial-kial nak menyiapkannya. kekekek

    Reply
  4. apaajanews says

    2nd February 2012 at 9:43 am

    cuba beli 3d yang jenis kertas ni bro kurang mengancam sikit

    Reply
  5. wazy says

    1st February 2012 at 10:19 pm

    Mesti mencabar bila nak siapkan model 3D ni kan bro

    Reply
  6. kakyong says

    1st February 2012 at 4:37 pm

    anak jantan kakyong belum tahu ada mainan camni.. kalo tahu sure non stop dok minta

    Reply
  7. Kak Long Mawar Merah says

    1st February 2012 at 3:44 pm

    Anak-anak tak berani nak minta macam ni sebab tahu ibu dan ayah dia memang keras tangan nak buat benda macam ni.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:35 pm

      Kesabaran perlu ada kerana ruangnya kecil dan apabila gam asyik tak lekat.

      Reply
  8. chii says

    1st February 2012 at 1:59 pm

    Berjaya siapkan. Yahoo..
    Teringat kenangan skolah,chii kumpul koleksi pesawat ringan 3D.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:36 pm

      Adik perempuan saya juga rajin mengumpul koleksi objek 3D.

      Reply
  9. hatiputera says

    1st February 2012 at 12:50 pm

    bagus tu untuk ajar diaorang cara-cara imaginasi….sekurang-kurangnya kalau diaorang main pasang nie…diaorang tidak bermain yang bukan-bukan

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:38 pm

      Anak-anak say tidak tolong membantu mereka hanya tahu bila hendak siap. 🙂

      Reply
  10. Denaihati says

    1st February 2012 at 11:59 am

    anak2 akupun minat jugak model2, cuma kalau dah siap xsimpan betul2, bersepai semula.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:38 pm

      Biasalah tuh bro.

      Reply
  11. Dulu Lain Sekarang Lain says

    1st February 2012 at 10:38 am

    Benda2 mmg bagus bro utk bina daya kreativiti. Cuma satu jer buat tak syok ialah ia terhad pada satu jenis model iaitu kalau Doc Hudson, Doc Hudson lah yg boleh dibuat. Tak seperti LEGO, yg mana pelbagai bentuk boleh di reka. Still, ia sesuatu menarik utk dikongsi dan di cuba.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:39 pm

      Lego boleh memperbaiki daya imaginasi.

      Reply
  12. Kamal Mustafa says

    1st February 2012 at 9:51 am

    Bro memang banyak idea layan kerenah anak-anak. bagus ada aktiviti macam nie. Anak2 tak boring.

    Reply
  13. klcitizen says

    1st February 2012 at 8:23 am

    teringat main anak patung kertas dengan baju tahun 70an dulu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:40 pm

      Saya ada kisah hitam dengan permainan daripada kertas kerana jari terlunjuk pernah tertusuk jarum kait kerana mahu menebuk lubang.

      Reply
  14. nizam says

    1st February 2012 at 8:06 am

    dulu aku suka jugak melayan benda2 ni..tapi sekarang dah kurang..hehee..

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:40 pm

      Kalau sudah banyak-banyak mana hendak letak. 🙂

      Reply
  15. Amirez says

    1st February 2012 at 2:33 am

    luangkan masa dengan anak-anak adalah masa emas 😉

    Reply
  16. kulanz says

    1st February 2012 at 12:10 am

    Ni kalau anak sulung aku nampak confirm diapun nak juga.. kami sekeluarga memang peminat filem Cars

    Reply
  17. Norizwan says

    1st February 2012 at 12:03 am

    kertas model ni…kalau saya lipat confirm terkoyak hehe….memang kegilaan kanak2 skang permainan camni….

    Reply
  18. titan says

    31st January 2012 at 11:54 pm

    hehe..
    dulu rajin aku buat. tapi tak tahan lama. aku cepat bosan. haha..

    Reply
  19. cmratu says

    31st January 2012 at 11:39 pm

    ber tuahnya anak… 🙂

    Reply
  20. ciksembang says

    31st January 2012 at 11:00 pm

    bagus aktiviti ni.. ajar anak jadi kreatif dan inovatif.. idea kreatif bukan senang nak keluar

    Reply
  21. cikgu naman says

    31st January 2012 at 10:56 pm

    haha..kebetulan wife pun baru belikan untuk Darwisy petang tadi..tadi tengok dia buat macam tak jadi² je..saya lagilah bab² masang memasang ni

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:43 pm

      Perlu ada kesabaran untuk memasangnya tapi kalau hendak hancur sekelip mata sahaja. 🙂

      Reply
  22. Shasha Catering says

    31st January 2012 at 10:50 pm

    Okla tu. Bagus jugak sekali sekala teman anak-anak.

    Reply
  23. ohcikgu says

    31st January 2012 at 6:07 pm

    hehe..dah lama tak main kertas bentuk-bentuk macam ni..dulu buat dinasour lagi.

    Reply
  24. maza says

    31st January 2012 at 4:47 pm

    hahahah…. menarik gak ni..

    maza ada gak belikan buku warna anak2 maza.. dan di dalamnya ada model 3D seperti itu.
    biasanya belum sempat kita tengok, budak2 tu dah koyak dan bina sendiri, penyudahnya kereta jadi robot dan berakhir di tong sampah!

    hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:43 pm

      Tak sempat untuk diselamatkan sudah masuk ke dalam tong sampah.

      Reply
  25. adamfaiz says

    31st January 2012 at 4:03 pm

    Pandai juga bapa Abang Long ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:44 pm

      Babahnya yang kena cantumkan. 🙂

      Reply
  26. Tuan Tanah says

    31st January 2012 at 3:02 pm

    aku juga pernah melayan tvt yang sama….hehehe..tapi tak tahan lama 2 hari dah rosak….:)

    Reply
  27. b3njy says

    31st January 2012 at 2:28 pm

    Jika kita teliti betul2 anak2 yang berumur 7 – 8 tahun , mereka sungguh kreatif dan mempunyai bayangan serta mencipta kerekter dangan filem animasi yang ditonton … benjy suka lihat itu 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:45 pm

      Setakat ini anak-anak saya pantang jumpa kertas kosong habis dilakarkan lukisan kartun.

      Reply
      • Tuan Tanah says

        4th February 2012 at 11:06 pm

        sama la bro..dinding umah aku dah mcm kertas lukisan dah hehhee

        Reply
  28. b3njy says

    31st January 2012 at 2:26 pm

    Ia merupakan alat permain yang menguji kreativiti anak-anak. Apa yang penting beli buka dapat permainan mencantum 3D 2 in 1 katakan … ia amat menarik … 😀

    Reply
  29. Juan says

    31st January 2012 at 2:22 pm

    serius lawa, memang 3D

    Reply
  30. nurmisnan says

    31st January 2012 at 12:48 pm

    tomeynyer… suka hudson dlm cerita Cars.. best masa dia ajar buat
    pusingan melencong kekiri dgn stering pusing kekanan utk tidak
    terbalik atau melencong..

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:46 pm

      Doc Hudson ajar teknik drift tuh. 🙂

      Reply
  31. nuriz says

    31st January 2012 at 12:47 pm

    model 3d ni memang seronok dapat main2 kalau ganas sikit habis le penyek, tapi kalau anak2 dilatih sayangkan benda memang tahan lama la 🙂

    Reply
  32. tehr says

    31st January 2012 at 12:38 pm

    masa mengajar kemahiran hidup dulu pernah jumpa dengan benda ni
    kanak2 memang suka

    Reply
  33. kimmie says

    31st January 2012 at 11:53 am

    ini kegemaran saya juga, membina model 3D, tapi sayangnya selepas siap dibina, diberi kepada anak-anak sedara, dibuka nya pula. Katanya hendak cuba buat, tapi akhirnya saya yang kena buat semula.

    Reply
  34. Azman says

    31st January 2012 at 11:10 am

    Menarik gak tu..tapi tulah ketahananya nanti tak sampai sehari habis jahanam anak2 main 🙂 Bagus untuk meguji kemahiran otak budak2.

    Reply
  35. sw33tdarling says

    31st January 2012 at 10:56 am

    dapat kat anak2 saya memang dorang seronok tapi kukuh sekejap jer laa lepas tu hancur kena lenyek… kenapalah budak2 ni tak reti sayang mainan… agaknya sebab senang nak dapat kot

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:47 pm

      Mungkin kot. Permainan yang bermain ketika kecil dahulu masih ada di simpan di rumah orang tua saya.

      Reply
  36. wahida says

    31st January 2012 at 10:37 am

    kalau tunjuk kat anak aku ni mesti dia minat habis ni…

    Reply
  37. zulkbo says

    31st January 2012 at 10:12 am

    salam..
    nampak menarik permaian tu
    bolehlah cuba juga nanti..
    membantu anak-anak agar
    menjadi lebih pandai

    Reply
  38. shraqs says

    31st January 2012 at 9:55 am

    Macam2 ada sekarang ni yer. Model 3D macam ni pun ada jugak. Yang seronoknya, bila buat benda2 ni semua boleh melekakan jugak… selain menguji kesabaran 🙂

    Reply
  39. pipoq says

    31st January 2012 at 9:04 am

    kadang kadang tu memang penat betul nak melayan karenah anak yang menuntut janji ni..hehehe

    Reply
  40. auc dot com says

    31st January 2012 at 7:55 am

    anak memang suka sangat bende gini
    leka dia orang kermain buat bende ni

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:49 pm

      Mereka tidak leka sebaliknya babahnya bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya. 🙂

      Reply
  41. adele says

    31st January 2012 at 7:30 am

    seronoklah mereka dpt ayah yg pandai bertukang..hehe

    Reply
  42. Yas says

    31st January 2012 at 1:37 am

    waaa…suda cun dah ….ramai juga designer tmpt aku kerja suka buat model 3d yg sama spt ko buat ni bro…..

    Reply
  43. anif says

    31st January 2012 at 1:27 am

    Anak-anak kalau tak diturut kehendaknya akan sentiasa mengingatkan kita 😀

    Apa pun, aktiviti kreatif sebegini amat menarik & harus dilakukan bersama anak-anak..

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in