• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera Melaka

Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera Melaka

4th January 2021 by akubiomed 2 Comments

Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes hanya di Melaka.

Tertunai hajat nak merasa Mee Hassan @ Mee Bodoh yang terletak di Tengkera, Melaka.

Mee Hassan @ Mee Bodoh

Nak share sikit pengalaman bagi yang pertama kali ke Mee Hassan. Ramai orang yang menunggu giliran untuk masuk ada SOP ambil suhu badan dan scan My Sejahtera.

Ada dua saluran masuk. Satu saluran untuk yang makan didalam dan satu saluran lagi untuk ambil order bungkus bawa balik. Nanti masa nak masuk ada pekerja Mee Hassan akan atur tempat duduk kerana ramai pelanggan.

Beratur panjang sebelum memasuk dan perlu mematuhi norma baru untuk ambil suhu dan imbas My Sejahtera.
Ada dua saluran masuk. Satu saluran makan didalam dan satu lagi saluran take away.

Baguslah cara ini bagi yang bawa famili ramai tak perlulah tercari-cari tempat duduk. Beritahu pekerja nak order berapa pinggan Mee Bodoh atau boleh tunggu di meja nanti ada pekerja akan datang ambil order. Tak lama tunggu. Sekejap jer Mee Bodoh dah sampai di meja.

Telur goreng ada sambal dan hirisan timun diatasnya.

Bagi yang nak tambah telur mata boleh ambil di kaunter khas yang disediakan untuk telur mata. Keistimewaan Mee Bodoh ini adalah pada sambalnya. Cara nak makan Mee Bodoh adalah gaul sambal dengan mee sampai rata.

Mee Hassan @ Mee Bodoh digoreng dengan minyak. Ada sambal dan hirisan timun diatasnya.

Rasa Mee Bodoh ini sedap bila sambal digaul dengan rata. Sambalnya pun tak pedas. Yang pasti bibir kalian akan berlumur dengan minyak gara-gara selepas makan Mee Bodoh.

Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera, Melaka

Sepinggan Mee Bodoh dijual pada harga RM2.50

  • Kutip pengalaman berharga di Public Gold Sales Incentive Program Orientation (SIP)
  • Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di Bangi
  • Tempat makan best di Pulau Penang
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2021-01-04
Reviewed Item
Mee Bodoh Melacca
Author Rating
5

Filed Under: blog, pelancongan, percutian, review Tagged With: mee bodoh hassan, mee bodoh melaka, mee bodoh pak hassan, mee bodoh pak hassan tengkera, mee bodoh tengkera, mee goreng bodoh melaka, mee goreng bodoh pak hassan, mee goreng bodoh tengkera, mee goreng hassan, mee goreng hassan tengkera melaka, mee hassan melaka, mee hassan tengkera, mee hassan tengkera melaka

Reader Interactions

Comments

  1. puanbee says

    14th January 2021 at 10:42 pm

    masa pkp ni tengok apa pun semua teringin

    Reply
    • akubiomed says

      17th January 2021 at 11:16 pm

      Insyallah, jika ada rezeki selepas PKP berakhir akan pergi lagi.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in