Mata wang siri baru dari Bank Negara Malaysia buat Abang Koning tersenyum.

Abang Koning tentu insan yang paling bergembira kerana mata wang siri baru bernilai RM20 adalah warna koning antara mata wang siri baru yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) selain mata wang kertas RM1, RM5, RM10 dan RM100.
Menurut BNM mata wang kertas baru ini akan mula diedarkan pada pertengahan tahun 2012 manakala wang kertas RM50 sudah mula diedarkan. Bahan substrat polimer digunakan untuk membuat wang kertas RM1 dan RM5 menjadikan ia lasak dan bertahan lama serta tidak mudah lusuh kerana wang kertas ini paling kerap digunakan.
Duit syiling bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen tidak terkecuali diberi nafas baru akan mula diedarkan pada Januari 2012.
Keunikan Malaysia menjadi tema mata wang siri baru dari Bank Negara Malaysia.
Mata wang siri baru bertemakan ‘Keunikan Malaysia’ dengan menonjolkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
Tidak ketinggalah ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
- imej tanda bayang, tingkap pandang telus
- potret tera air dengan piksel dan angka
- benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
- benang kanta mikro, tanda pandang telus
- petak kilat berwarna untuk mudah orang awam kenali
sumber petikan: Bernama
p/: Nampak gaya Hari Raya tahun depan perlu sediakan mata wang siri baru dari Bank Negara Malaysia warna koning bernilai RM20 dan RM10 warna merah untuk abang Koning puasa penuh sebulan.
Satu kemajuan dalam dunia kewangan di Malaysia.
ermmm… mmng cantik, harap2 quality tak mengecewakan … especially note RM5 … 🙂
wah. duit raya pun nanti kena upgrade daripada sekeping 10, jadi sekeping 20 la camni ye..
Aku rindu betul dengan RM20 tu.. dah bertahun-tahun tak nampak 🙂
duit baru ini nampak lebih cantik dan lebih menarik…..huhu tak sabar nak pegang..geram hehe
harap kualitinya tidak mengecewakan..
selalu sangat dah jumpa duit RM5 berselotape
Rasanya duit baru ini lebih lasak terutama wang kertas nilai RM1 dan RM5.
sblum ini ada gak dpt rm5 ada jer tangan yg menggatal pi koyakkan pakai gunting eiii..
meriah betul la kaler duit kertas baru ni 😀
Ya betul, warna warni matawang kertas baru ini.
Semakin meriah la ni nanti,warna warni
sgt cantik..bru nampak mcm duit Malaysia ni bernilai..hehehe
Wang kertas RM20 tu memang cun lah!
salam..
saya suka note RM20 tu
tak sabar nak dapatkannya
🙂
cop!! untuk org cacat p’lihatan, simbol tanda unik tu mesti ada, kan?
(kesian saye belom pegang duit baru ni lagi…!)
glamer akak model $$ baru ni.. 🙂
sampai beratur panjang org nak mendapatkannya kan?hehe
o ye tak ye juga kan..mesin deposit pun effect gak
bagus gak tukar. Yang baru ni pun kacak sikit designnya..
semlm cik abang saya beratur panjang kat Bank Negara sbb nak beli satu set wang malaysia yg baru ni…rm300 satu set…beratur panjang ko…huhu…pas tu setiap org dibenarkan beli satu set je, kalau nak beli lagi satu set kena beratur balik…adoi la…
wah tak sabar nak pegang duit baru ni
Jangan mike pantang nampak wang rm20 yang koning tuh..hehe
Apapun design baru ni mmg cun. Kalau cetak rm 500 dengan rm 1000 lagi gempak. (mcm zaman 90an dulu) hehe.
Kalau dapat jumlah yang besar memang senang tapi kalau hilang tentu garu kepala. 🙂
hahaha jangan nanti pantang ade duit rm20 abang koning sapu ..
macam anak sy no 3 , belikan tabung angry bird , semua duit syiling akn di masukkan ke tabung dia , hari2 minta syiling ..adei ~
Reka corak duit baru ini ialah karya seni.
heei ia membuatkan sy tersenyum, pasni berderat ar anak sedara saya mtk wet raye heee
suri meh nak invite tengok pop corn lala~
Lepas ini boleh mencuba buat PopCorn sendiri di rumah.
sedp2..
tgu gaji dtg saya nak buat , kalu beli mahal..duit pun jimat blh wat tabung simpanan utuk raya 2012 utk mrka hiii
Budak-budak tentu sukan dapat duit baru. Teringat dahulu BNM pernah mengeluarkan RM1 berbentuk syiling berwarna emas memang popular dijadikan duit raya.
Duit syilling tu memang patut ditukar… dah lama design nye sama je…
aaaa.tapi klu tukar jang lupa yg lama blh d simpan bt kenang-kenangan
Duit syiling pun derang tuka sekali kan bro?
Duit syiling diberikan nafas baru tidak bulat sepenuhnya ada yang berlekuk.
satu berita yg baik.mau gak sy tgok secara live atas tapak tanga saya heeee
Walaupun gunakan teknologi terkini, tak mustahil orang yang nak buat wang palsu pun akan gunakan teknologi terkini jugak.. Tak mustahil kan..
Ciri-ciri keselamatan yang ada pada matawang kertas baru boleh menyelamatkan dari kes penipuan wang palsu. Memang tidak dinafikan penjenayah akan mengunakan teknologi.
duit koning tu keluarga koning kena tukar banyak2… jadi duit rasmi.. 😀
Sudah tentu – sudah tentu. 🙂
bila ada yg mmberi jgn lupa utk menabungnya skli heeee
Saya masih simpan duit rm20 mas kahwin 18tahun dulu.sekarang dh keluar semula duit rm20 tu
Tapi yg dulu lain…yg baru ni lain..yg lama leh terus simpan wat kenangan tu.
Wah sayang betul duit pemberian mas kahwin. 🙂
abang koning dah tahu ke ni, bro
mesti tak sabar je nunggu keluar nanti
Belum lagi tapi ingat nak buat kejutan bagi ang pau kalau puasa penuh tahun hadapan dengan selit RM20 dan RM10. 🙂
Muncul semula duit kertas RM20. Dia buat comeback tu..hehe
Salam
teman rasa rm20 tu juz sementara je tu..mcm rm2 dulu kan..sekejap je..pastu xde dh
Sekarang ini matawang kertas RM20 telah kembali. 🙂
syg plak nk guna buat beli ikan kt pasar
Mula-mula memang begitu lama-lama biasalah untuk dibuat urusan berjual beli.
sy plk pakai wang syiling turun naik bas..klu wang besar katanya turun bas baru d beri huuu..
memang menarik…x sabar plak nak tunggu duit ni keluar..thn depan plak tu
BNM ada mengeluarkan koleksi matawang baru boleh beli. Dulu setiap kali ada pelancaran setem baru, bapa saya ada suruh beli kerana beliau meminati simpan setem dan duit matawang lama.
Wah! wang RM20 diperkenalkan semula, maza masih ingat lagi dulu warnanya coklat.. hehehe
Seingat saya wang kertas RM20 adalah warna cokelat. Sayang pula tidak simpan sekeping untuk dibuat kenangan.
wang rm 1 lama bro ada simpan lagi heeee
memang cantik duit baru kali nih… harap range pertukaran duit kertas nih..jangan terlalu cepat sangat….
Mesin deposit matawang perlu di set semula supaya boleh menerima matawang kertas baru ini.