• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Baiki Masalah Signal HDMI Samsung Smart HD TV UA40J5200KXXM

Baiki Masalah Signal HDMI Samsung Smart HD TV UA40J5200KXXM

3rd June 2018 by akubiomed 12 Comments

gambar ikhsan: Samsung

Baiki TV Samsung Smart HD TV UA40J5200 Masalah Signal HDMI

Kira-kira dua minggu lalu rasa pelik selepas hidupkan TV Samsung Smart HD TV UA40J5200 tiada signal HDMI. Gambar video dan suara tidak keluar. Keluar mesej di TV untuk periksa kabel sambungan HDMI atau periksa “Source Input” HDMI yang dipilih.

Mesej semak sambungan kabel HDMI dan source input

Biasanya kalau berlaku seperti tiada signal HDMI, akan tukar channel dan signal HDMI akan pulih tetapi kali ini ia tidak berjaya. Nampaknya masalah telah menjadi serius.

Ini cara saya mengenal pasti masalah signal HDMI.

  1. Tukar kabel HDMI
  2. Reset TV

Google maklumat, ada yang berkongsi masalah signal HDMI berpunca port HDMI connect longgar. Dalam kes saya port HDMI tiada masalah tersebut.

Agar sukar nak baiki TV Samsung ini kerana tidak mempunyai Service Manual. Puas cari secara online dan website official Samsung hanya bekalkan Operator Manual sahaja.

Pemerhatian pertama:
Saya masih boleh guna Audio Video iaitu analog signal dengan sambung kabel AV(3 kabel warna merah, putih dan kuning).

Signal video dan audio berfungsi untuk source AV

Pemerhatian kedua:
Signal HDMI ada dapat setelah beberapa lama TV dihidupkan.

Sah, masalah berkaitan dengan board yang mempunyai HDMI.

Ada kemungkinan “Cold Solder” bermaksud ada komponen mempunyai masalah timah dah cair atau tidak bersentuh pada litar menyebabkan “bad contact”.

Saya buka panel TV untuk melihat kerosakkan.

Buka panel belakang TV Samsung HD UA40J5200

Ringkaskan masalah berpunca dari Main Board PCB yang mempunyai port AV dan HDMI.

Main pcb BN94-08198E yang mempunyai masalah HDMI

Bila saya perhatikan keadaan Main Board PCB ada kesan tompok hitam mungkin berpunca kesan panas melampau salah satu IC Chip yang mempunyai Heat Sink diatasnya.

Kesan tompok panas pada PCB menandakan ada komponen IC mengalami panas melampau

Adus garu kepala saya sebab Audio dan Video untuk analog dan digital semuanya sekali diatas Main Board PCB.

PCB jenis banyak lapisan dan mustahil untuk saya baiki dengan keadaan peralatan yang terhad.

Telefon Samsung Repair Center untuk mendapatkan alat ganti.

Saya Google untuk dapatkan nombor telefon Samsung Repair Center untuk dapatkan Main Board PCB.

Main pcb BN94-08198E Baharu

Pihak Samsung beritahu mereka ada Main Boad PCB dan harganya RM328.60 termasuk GST.

Selepas tukar Main Board PCB, masalah selesaikan tetapi apabila ON TV keluar bahasa Vietnam.

Memang model TV Samsung saya beli ini dikilangkan di negara Vietnam.

Saya masuk menu setting tukar bahasa kepada bahasa Inggeris semula.

Wah sekarang signal HDMI sudah kembali pulih selepas tukar Main Board PCB.

Dapat signal HDMI selepas tukar Main PCB

Saya berpuas hati dapat baiki dan jimat kos pembaikan. Jangka hayat TV dapat dipanjangkan.

Maklumat ringkas mengenai Samsung TV yang dibaiki untuk rujukan masa hadapan:
1. TV Model: UA40J5200AKXXM
2. Part Number PCB Main Board: BN94-08198E

Amaran:

Saya tidak bertanggungjawab jika kalian cuba tidak berjaya kerana masalah HDMI juga ada kaitan beberapa masalah lain berkaitan.

Kalian perlu tahu langkah keselamatan bila akses board electronic kerana ia melibatkan voltan tinggi ada kemungkinan boleh terkena kejutan elektrik dan menyebabkan kematian.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Menguja deria anda dengan LG Cinema 3D Smart TV
  • Live streaming Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6

Filed Under: blog, diy Tagged With: 40 inch, BN94-08198E, hdmi, main pcb, manual, samsung 40 inch smart tv, samsung smart tv, samsung smart tv 40 inch, samsung ua40j5200 tv manual, smart tv, ua40j5200

Reader Interactions

Comments

  1. aisyah Aliah says

    9th October 2019 at 12:03 am

    Slmt mlm..
    Sya xthu laa ape masalah tv sye nie..
    Model samsung series6
    – bila on suiz hanye signal merah shje yg menyala & berkelip2…

    TIADA sebarang tulisan,gambar,cahaya yg kelihatan di kaca tv yg telah dhidup kan
    (gelap&samaseperti off)
    ?????

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2019 at 11:35 pm

      Maaf, saya tidak dapat nak bantu untuk model yang ditanya. 🙁

      Reply
  2. Yanz Sofea says

    12th July 2019 at 4:25 pm

    Salam..saya nak tanya,kalau port HDMI tu tenggelam terus,macammana nak baiki?..adakah cara lain selain terpaksa hantar ke kedai elektrik?..

    Reply
    • akubiomed says

      17th July 2019 at 11:09 pm

      Mungkin tapak board port HDMI sudah tertanggal.

      Reply
  3. Hairul HIssam says

    20th August 2018 at 3:31 pm

    wow pandai bro repair.. kalau saya buka apa2 brg elektrik, confirm makin jahanam.heee
    tq bro masih visit blog saya. baru sempat tgk komen dan buat artikel baru..

    Reply
    • akubiomed says

      31st August 2018 at 11:16 pm

      Ada pengetahuan Elektronik boleh gagah diri untuk cuba baiki sendiri. Agak kecewa tidak dapat tukar komponen terpaksa tukar sekeping board.

      Reply
  4. broayietech says

    21st June 2018 at 10:35 pm

    Wah bagus, sekarang semua komponen elektronik plug and play bukan macam dulu kena repair IC or Resistor, teringat semasa zaman monitor CRT terkena senapang elektorn perh dia punya berdenyut sampai kepala :)..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2018 at 2:50 pm

      Tengok keadaan PCB. Kalau yang pakai komponen elektronik boleh ikhtiar lagi tetapi bila melibat PCB berlapis dan guna komponen SMT. Baik tukar PCB baru sahaja.

      Reply
  5. Zurainny Ismail says

    6th June 2018 at 4:46 pm

    Baru tengok litar main board tu pun dah surrender….hihihi.

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2018 at 7:43 pm

      Kita usaha setakat mampu. Kalau tidak sampai component level. Kita tukar board sahajalah.

      Reply
  6. Norasikin says

    4th June 2018 at 12:35 am

    Kalau saya barai TV, mmg jadi tikus membaiki labu la

    Reply
    • akubiomed says

      4th June 2018 at 9:01 am

      Boleh buka tetapi jadi bingung tak tahu nak mula dari mana.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in