• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang

Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang

2nd October 2016 by akubiomed 14 Comments

Azizi Azli penulis buku Masa Untuk Emas

Hari Sabtu yang lepas saya telah menghadiri Seminar Masa Untuk Emas yang disampaikan oleh tuan Azizi Ali Mentor Wang.

Seminar Masa Untuk Emas oleh Azizi Ali Mentor Wang.

Hotel Tabung Haji yang terletak di Kelana Jaya menjadi lokasi Seminat Masa Untuk Emas. Seawal pagi saya sudah terpacul untuk menghadiri seminar yang disampaikan oleh tuan Azizi Ali.

Seminar Masa Untuk Emas ini dibahagikan 2 sesi. Sesi pertama disampaikan oleh tuan Azizi Ali sendiri dan sesi kedua pula disampaikan oleh mentor emas saya iaitu tuan penulis blog JutawanEmas.com.

ambil aura duduk dikerusi VIP seat

antara buah tangan yang dibawa balik ada buku bacaan Masa Untuk Emas dan Rahsia Pelaburan Emas dan Perak.

Saya ringkaskan perkongsian Masa Untuk Emas yang disampaikan oleh tuan Azizi Ali.

Manusia sudah berdamping emas sudah berabad lamanya.

Kerajaan Mesir telah mengunakan sebagai barang kemas sejak 5000 tahun lalu. Mumia raja Tutankhamun yang dijumpai pada tahun 1922 dipakai dengan bertopeng emas. Kerajaan Lydia pada tahun 568 Masehi telah mengunakan syiling emas didalam urusan perdagangan. Dinar emas di terbitkan pada tahun 696 Masehi oleh Khalifah Abd al-Malik bin Marwan merupakan khalifah ke lima Bani Umayyah.

Kelebihan emas.

Emas simpan nilai dan kekal nilai ketika inflasi hiper.

Wang kertas yang kita gunakan tidak kalis inflasi. Ia boleh dicetak dan dilambak sesuka hati yang akan menyebabkan harga barang melabung. Nilai emas akan kekal ketika inflasi hiper.

Emas adalah pelaburan yang berdiri sendiri 

Wang fiat yang kita gunakan adalah nilai yang dipaksa oleh kerajaan dan bergantung kestabilan sesebuah kerajaan. Mana kala emas tidak terikat dengan sistem kewangan dan ia tidak perlu rekod dan tiada siapa tahu kita simpan emas kecuali kita canang seluruh Malaya. Berbanding portfolio lain seperti simpanan bank, saham, rumah, unit amanah dan sebagainya mempunyai rekod oleh institusi kerajaan.

Emas diterima seluruh dunia

Masih ingatkah perang Vietnam? Pelarian Vietnam membawa bersama mereka kepingan emas digelar Kim Thanh ini yang disimpan didalam lipatan baju. Mereka guna emas ini untuk memulakan kehidupan baru di negara asing. Kalau bawa duit Veitnam sudah tentu ia tidak laku.

Kenapa perlu simpan emas?

Matawang dollar Amerika semakin merundum.

Urusan perdagangan negara-negara mengunakan dollar. Apabila nilai dollar merundum ia akan memberikan kesan langsung kepada matawang negara-negara didunia yang bersandarkan dollar. Mungkin ramai tidak tahu bahawa dollar dahulu disandarkan dengan emas. Pada tahun 1971 ketika Richard Nixon Presiden Amerika ketika itu telah memutuskan hubungan dollar dan emas kerana kesan kos kempen perang Vietnam telah memberi kesan ekonomi kepada Amerika. Sejak itu wang kertas dipanggil wang fiat.

Malaya dahulu pernah dijajah oleh Jepun. Duit daun pisang telah digunakan mengantikan matawang British. Duit daun pisang ini dicetak sesuka hati menyebabkan inflasi berlaku sehingga datuk nenek kita tidak mampu hendak beli beras kerana harganya terlalu mahal dan mengantikan dengan ubi kayu. Duit daun pisang tidak bernilai selepas Jepun menyerah kalah

Perubahan sistem kewangan

Permulaan pengunaan cengkerang sebagai mata wang kemudian sistem Barter dan matawang komoditi iaitu pengunaan syiling emas dan perak kemudian wang kertas. Setiap dari satu perubahan sistem kewangan akan memberikan kesan langsung. Apakah kita bersedia untuk menghadapi mata wang baru yang bakal mengantikan wang fiat? Emas dan perak adalah terbaik kerana ia tidak ada didalam sistem kewangan, menyimpan nilai dan mampu berdiri sendiri.

Ini adalah nasihat tuan Azizi Ali kepada peserta seminar Masa Untuk Emas untuk menyimpan 10% emas daripada net worth. Kalau mentor kewangan sudah pun beri nasihat dan mengapa kita tunggu lagi.

Ciri-ciri memilih emas terbaik sesi kedua disampaikan oleh mentor emas saya iaitu tuan Syukor Hashim.

  1. Harga murah
  2. Kesedian stok
  3. Spread atau susut nilai rendah
  4. Cawangan banyak 
  5. Syarat jual beli tidak cerewet.

Saya ada menulis lebih terperinci mengenai 5 faktor pelaburan emas dapat maksimumkan keuntungan. Semoga perkongsian ringkas mengenai kepentingan simpan emas ini membuka mata.

Filed Under: blog Tagged With: azizi ali, azizi ali mentor wang, masa untuk emas

Reader Interactions

Comments

  1. Nila anggraini says

    30th October 2016 at 12:57 pm

    Tengah usaha juga menyimpan emas walaupun sikit-sikit…janji ada simpan….lama-lama jadi bukit kan…heheh

    Reply
  2. reezluvmedia says

    27th October 2016 at 3:36 pm

    insyallah tahun depan nak cuba untuk beli 1g sebulan..:D

    Reply
  3. YUSRI says

    16th October 2016 at 5:15 pm

    perkongsian yang menarik tuan..baru terlibat dengan pembelian emas secara kecil kecilan

    Reply
  4. Bisnes Online says

    15th October 2016 at 9:47 am

    Wahhh dapat jumpa mentor laaa, hehe, saya dulu pernah beli buku dia ni, saya teruja waktu tu ketika nama dia mula mula naik masuk TV untuk membincangkan tentang pelaburan, masa tu saya suka tgk rancangan ni sebab terasa “ADA JUGA RANCANGAN MELAYU YANG BERILMIAH” kat tv, tu terus suka dia waktu tu

    Reply
  5. Ira says

    7th October 2016 at 6:09 am

    nice sharing

    Reply
  6. raihanah says

    6th October 2016 at 9:14 am

    oo tuan azizi pun buat emas ya. untung dapat berguru dengan beliau

    Reply
    • akubiomed says

      6th October 2016 at 9:22 am

      Tuan Azizi Ali tak jual emas tetapi dia beri nasihat dari sudut perlindungan kewangan dengan menyimpan 10% daripada Net Worth.

      Beliau merasakan menyimpan emas sebagai insuran kewangan. Jika berlaku apa-apa yang menyebabkan keruntuhan kewangan kita ada simpanan bentuk fizikal.

      Emas dilihat sebagai insuran kewangan yang mudah alih, sentiasa bernilai dan mudah untuk dicairkan kerana diterima semua tempat didunia.

      Belajar daripada sejarah peperangan Vietnam dimana pelarian bawa bersama mereka emas untuk memulakan kehidupan baru ditempat baru.

      Emas boleh dipajak kalau tidak mahu jual. Kelebihan adalah dapat duit dan boleh tebus semula emas dipajak. Jadi emas ini boleh digunakan sebagai modal pusingan atau permulaan.

      Reply
  7. Cik tom says

    3rd October 2016 at 11:11 pm

    seronok berpeluang dpt pergi seminar camni..byk ilmu pelaburan emas yg dpt kan…azizi ali tu pun salah satu sumber inspirasi ciktom kumpul emas.

    Reply
    • akubiomed says

      4th October 2016 at 12:08 am

      Sudah pernah follow tuan Azizi Ali lagi mudah faham. Kalau macam itu ikut saranan beliau simpan 10% bentuk emas daripada total net worth.

      Reply
      • Cik tom says

        27th October 2016 at 9:12 am

        ciktom biasa gak follow tips dari dia..hehe..
        itulah tengah cuba konsisten kan diri beli emas dari akaun GAP dan brg kemas..tahun ni rasanya paling banyak spend duit beli emas berbanding sebelumnya..

        Reply
  8. Norasikin says

    3rd October 2016 at 5:58 pm

    Rajin bro pegi seminar. Kalau says byk masa, ingin gak menimba ilmu

    Reply
    • akubiomed says

      3rd October 2016 at 8:05 pm

      Saya suka ilmu. Apabila saya ada persoalan yang tidak terjawab saya akan usaha dapatkan jawapan.

      Reply
  9. ahmadyani says

    2nd October 2016 at 4:38 am

    Pelaburan emas ini boleh buat macam pelaburan saham BSKL juga…mulakan dengan nilai kecil dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd October 2016 at 8:07 pm

      Tuan Azizi Ali pernah berkongsi membuat pelaburan ilmu untuk diri sendiri sebelum melabur.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in