• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Adik beradik Marquez dominasi MotoGP 2014

Adik beradik Marquez dominasi MotoGP 2014

10th November 2014 by akubiomed 35 Comments

Adik beradik Marquez menang berganda di MotoGP 2014

alex dan marc marquez
kredit: Google

Berakhir sudah musim MotoGP 2014 dengan perlumbaan litar Valencia adalah litar terakhir MotoGP daripada 18 litar. Adik beradik Marquez menang berganda untuk 2 gelaran berbeza didalam kelas perlumbaan MotoGP.

Hari ini saya menanti dengan perasaan teruja apabila mengetahui Valentino Rossi pelumba dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP akan bermula di petak hadapan. Valentino Rossi yang dikenali dengan gelaran The Doctor berjaya kembali bermula dipetak hadapan pada hari perlumbaan selepas 4 tahun. Ia adalah kali ke 50 didalam kelas premier dan untuk rekod peribadi beliau.

kredit: Google

Saya amat menaruh harapan Valentino Rossi akan naik podium sebagai juara untuk dengan menakluk litar Valencia yang merupakan litar terakhir musim MotoGP 2014. Nampaknya Marc Marquez pelumba Repsol Honda Team telah membuktikan, beliau lebih berhak menaiki podium di home grown sendiri.

Ternyata disebalik pemuda yang sentiasa senyum sokmo ini sangat kental dan konsisten sepanjang musim MotoGP telah menakluki litar Valencia. Beliau baru sahaja pertahan kejuaraan dengan ditabal juara MotoGP 2014 buat kali ke 2 berturut-turut.

Beliau pernah berkata orang diluar sana mungkin komen kemenangan beliau sebagai juara MotoGP 2013 sebagai bernasib baik kerana beliau sahaja baru naik kelas premier selepas menjuarai kelas Moto2 pada tahun 2012 mengantikan Casey Stoner yang bersara. Tahun ini beliau telah membuktikan beliau memang layak untuk ditabal sebagai juara MotoGP untuk tahun 2014.

Marc pernah menjadikan Rossi sebagai pelumba idola

Sebahagian rekod Marc Marquez di kelas premier.

  • Juara MotoGP 2013 yang termuda pada umur 20 tahun 2 bulan dan 5 hari memadam rekod 30 tahun Freddie Spencer ditabal juara dunia 500cc pada umur 21 tahun.
  • Menaiki podium tempat sebanyak 10 kali berturut-turut.
  • 13 kemanangan satu musim perlumbaan MotoGP dengan memadam rekod Mike Doohan dengan 13 kemenangan berturut-turut satu musim 1997
kredit: Google

Lebih manis lagi adik beliau Alex Marquez turut ditabal juara Moto3 selepas penentuan juara terpaksa diheret sehingga ke litar terakhir di Valecia dengan mata antara pesaing tidak jauh menyebabkan penentuan juara terbuka untuk pelumba-pelumba kelas Moto3. Walaupun mendapat tempat ke 3 untuk perlumbaan di litar Valencia tidak menghalang Alex Marquez ini di tabalkan sebagai juara Moto3 dengan perbezaan 2 mata pencabar terdekat Jack Miller yang menang tempat pertama di Valencia.

Kedua beradik Alex dan Marc Marquez telah mencipta sejarah baru dengan kemenangan adik beradik pertama didalam sejarah MotoGP untuk menang 2 kelas berbeza iaitu Moto3 dan MotoGP didalam satu musim perlumbaan. Kedua adik beradik saling bantu dan menyokong diantara satu sama lain. Sungguh kuat hubungan kedua beradik Marquez ini ibarat MotoGP mereka ini mereka punya.

Nampaknya musim MotoGP 2015 bakal menghidangkan sesuatu yang menarik kerana pengunaan elektronik baru dan Rossi masih berlumba lagi. Mampukah Marc pertahankan juara MotoGP untuk kali 3?

Filed Under: blog Tagged With: motogp

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    18th November 2014 at 2:27 pm

    fuhh..adek beradek kebas tu. hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:24 pm

      Dua beradik berasal dari Sepanyol ini kacak dan sentiasa senyum.

      Reply
  2. blogger lelaki says

    16th November 2014 at 10:40 pm

    aku pun sudah lama tak ikuti sukan permotoran nie

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:25 pm

      Perlumbaan MotoGP antara sukan saya minati. Sanggup langgan saluran sukan semata-mata untuk menonton MotoGP. 🙂

      Reply
  3. Malaysia Tercinta says

    14th November 2014 at 7:12 pm

    Nampaknya mereka berdua ni akan menguasai MotoGP untuk tahun-tahun akan datang.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:27 pm

      Dua beradik ini sudah mencipta fenomena baru dan akan mendominasi top 3.

      Reply
  4. ringantangan says

    13th November 2014 at 5:23 pm

    Hebat mereka nih, dulu saya minat F1, Moto kurang minat. Sekarang, dua-dua dah tak follow sangat, dengar keputusan perlumbaan kat berita jer. Hee.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:27 pm

      Boleh tahu minat sukan apa?

      Reply
  5. Invisible Me says

    13th November 2014 at 12:35 pm

    Adik beradik hebat niii..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:28 pm

      Mereka telah mencipta sejarah didalam perlumbaan MotoGP.

      Reply
  6. suri says

    12th November 2014 at 9:39 pm

    tidaklah melayu kenali sebagai mat rempit sahaja paling kuat ad ajuga handal dalam rempit sacara sah

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:29 pm

      Kita ada 4 anak Melayu yang turut bertanding di kelas Moto3 dan Moto2. Ia adalah satu kebanggaan rakyat Malaysia.

      Reply
  7. suri says

    12th November 2014 at 9:38 pm

    bangga ada anak melayu dalam bidang permotoran ini.

    Reply
  8. suri says

    12th November 2014 at 9:34 pm

    bila agaknya saya dapat ke sana melihat aksi ini berlaku depan mata

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:30 pm

      Tunggulah tahun hadapan kerana litar F1 Sepang memang ada didalam jadual MotoGP setiap tahun.

      Reply
  9. TehR says

    12th November 2014 at 12:32 pm

    biasa kenal nama rossi je
    yang lain2 tak kenal
    dah lama tak layan motor

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:30 pm

      Siapa tidak kenal Valentino Rossi juara 7 kali.

      Reply
  10. raihanah says

    11th November 2014 at 11:50 am

    Hensemnya adik.badik tu

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:31 pm

      Memang kacak dan sentiasa tidak lekang dengan senyuman.

      Reply
  11. Ismail N says

    11th November 2014 at 11:17 am

    Aik dah habis dah? Kali ni kawe betul2 dah tak ikut perkembangan moto gp. Walhal, zaman muda2 dulu mat motor (cuma tak remmmmpittt jer).

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:32 pm

      Sudah habis dah. Tunggu musim 2015 dengan perlumbaan pada bulan April di Litar Losail, Qatar.

      Reply
  12. Suriya says

    11th November 2014 at 7:46 am

    rossi dah hilang sengat. biasalah adat manusia, takkan ada yang boleh pegang dah takhta sampai hujung umur.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:34 pm

      Beliau mula bangkit dan kompetetif dihujung musim dan berharap perlumbaan baru bermula. Rossi sangat bermotivasi untuk mengekori rapat Jorge Lorenzo dan Marc Marquez dengan mengharapkan jentera Yamaha M1 berdaya saing pada tahun 2015.

      Reply
  13. ladybird says

    11th November 2014 at 12:13 am

    Salam biomedic.. xth nk komen ape sb buta berkaitan sukan ini.. tp nk tgl komen jugak, xpe kan?

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:35 pm

      Tidak menjadi masalah kerana sudi tinggal komen. 🙂

      Reply
  14. Jie Susanos says

    10th November 2014 at 10:57 pm

    rekod pertama psg adk brdik..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:42 pm

      Mereka berjaya merakam sejarah sebagai adik beradik pertama memenangi kelas berbeza untuk satu musim perlumbaan MotoGP.

      Reply
  15. myrujukan says

    10th November 2014 at 7:17 pm

    dah lama sangat saya x tgk tv, jadi x tahu sapa yang terbaik skrg ni dalam dunia motogp

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:43 pm

      Senarai Top 3 MotoGP. 1. Marc Marquez 2. Valentino Rossi 3. Jorge Lorenzo.

      Reply
  16. Ani Haryani says

    10th November 2014 at 3:55 pm

    BEst tengok adik beradik menang. Tahniah untuk mereka 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:44 pm

      2 beradik ini saling memberi sokongan setiap kali mereka berlumba.

      Reply
  17. Noriza Rahman says

    10th November 2014 at 10:02 am

    Geng mat motor dari Italy ni memang mengagumkan la bila race kan. Asyik menang ja

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 10:25 pm

      Tahun ini pelumba Itali tidak bernasib baik berbanding pelumba Sepanyol seperti adik beradik Marquez ini.

      Reply
  18. Hero Borneo says

    10th November 2014 at 1:27 am

    tak sangk adik beradek juga hebat dalam bidang permotoran

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 10:24 pm

      Keakraban hubungan adik beradik Marquez mencipta sejarah dunia MotoGP.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in