• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.

16th June 2013 by akubiomed 35 Comments

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals di Stadium Negara.

Saya dan adik saya telah pergi menonton Malaysian Invasion Mixed Martial Arts @ MIMMA di  Stadium Negara pada hari Sabtu lepas. Selalu dengar iklan mengenai MIMMA di Sinar FM di radio setiap pagi. Saya perolehi 2 keping tiket perak yang berharga RM101 setiap satu kerana menang hadiah mingguan dengan menyertai contest MIMMA anjuran ChurpChup di twitter.

Penyertaan mensyaratkan mempamerkan aksi berlawanan sempena MIMMA Grand Finals di Stadium Negara. Saya telah meletakkan gambar Abang Koning sedang sparring dengan Baby Aslah. Tak sangka gambar tersebut telah terpilih sebagai pemenang hadiah mingguan.

Saya tidak bawa adik beradik Koning menonton secara langsung MIMMA di Stadium Negara dan memandangkan ia dikategori 18-SG tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Saya dan adik lelaki sahaja ke Stadium Negara.

kredit: MIMMA

Apa itu Mixed Martial Arts(MMA)?

  • Ia adalah sukan di mana pelbagai disiplin seni mempertahankan diri digabungkan ke dalam satu pertandingan.
  • Tidak seperti perlawanan tinju atau Kickboxing, apabila perjuangan pergi ke tanah, perlawanan itu dibenarkan untuk meneruskan.
  • Satu gabungan yang menarik disiplin seni mempertahankan diri (karate, taekwondo, silat, muay thai, tinju, dll) dan tanah / bergelut disiplin seni mempertahankan diri (gusti, judo, Brazil jiu-jitsu, dll).
  • Sukan yang paling pesat berkembang di dunia
  • Ketiga sukan yang paling ditonton dalam A.S.

MMA menggabungkan:

  • Keseronokan sukan tempur
  • Adrenalin dan tontonan ibarat konsert rock(iringan lagu)
  • Pengetahuan athleticism dan teknikal atlet Olimpik
  • Tradisi dan kecemerlangan seni mempertahankan diri

Senarai seni mempertahankan diri yang digabung didalam MMA.

  • Brazilian Jiu Jitsu
  • Boxing
  • Judo
  • Karate
  • Muay Thai
  • Taekwondo
  • Wushu
  • Wrestling

Teknik dan Gerakan MMA.

  • MMA menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri dan kemahiran bergusti.
  • Tinju dan Kickboxing dibenarkan untuk serangan posisi berdiri seperti tumbukan, tendangan, * siku & lutut kepada lawan yang berdiri
  • MMA membolehkan lawan bergelut (seperti gusti) pada posisi berdiri dan atas lantai
  • MMA juga membolehkan serangan kepada bahagian-bahagian yang terhad badan lawan diatas lantai

* Peraturan Amatur MIMMA tidak membenarkan penggunaan siku adalah dilarang sama sekali.

kredit info: MIMMA

Bergambar dengan Jason Lo CEO Tune Talk.

Pentas perlawanan MIMMA
pembukaan MIMMA
kemasukan peserta tim merah bakal berlawan dengan tim biru
Perlawanan diantar peserta tim merah dan tim biru

Tidak sangka sukan MMA ini mempunyai kumpulan pengikutnya tersendiri yang minat pada pendapat saya ia adalah sukan beradu kelakian. Semasa perlawanan ada peserta yang tercedera sehingga tersembur darah diatas pentas. Pengadil perlawanan cekap dan profesional dalam mengawal gelanggang perlawanan memastikan keselamatan peserta semasa bertanding adalah terjamin. Pengadil akan memberhentikan perlawanan serta merta bagi perkara tidak di ingini berlaku. Semangat kesukanan diantara peserta yang bertanding juga sangat bagus.

Video MIMMA Grand Finals di Stadium Negara.

Malaysia Invansion Mixed Martial Arts boleh ditonton setiap hari Rabu jam 11malam di saluran berbayar Star Sports. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi #MIMMA

Sila tekan butang kongsi:

  • Dapat tiket percuma Grand Finals Malaysian Invasion Mixed Martial Arts
  • 3 kali menang peraduan Nuffnang dan ChurChurp
  • Li Na menang Grand Slam membawa Asia ke Grand Slam

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. PerenLee says

    18th June 2013 at 10:48 am

    Harap-harap contestant Sabahan menang 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2013 at 11:16 pm

      2 peserta telah menang dan berjaya menewaskan lawan mereka.

      Reply
  2. nazray says

    18th June 2013 at 9:43 am

    duduk jauh dari pentas tu, kalau dekat mesti lagi nampak pesertanya.

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2013 at 11:54 pm

      Tak adalah jauh cuma kamera digital tidak cukup untuk zoom.

      Reply
  3. Bidadari says

    18th June 2013 at 2:03 am

    yang lagi satu yang underground punya kat malaysia hari tu buat. mma juga kan tapi yang tu malaysia hantar pesilat, tersingkir awal sebab pakai glove. yela silat kan ade banyak cengkam2 ni

    Reply
  4. Joe says

    17th June 2013 at 10:41 pm

    Member aku ade join MIMMA nie.

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2013 at 11:23 pm

      Wah hebat. Masuk Grand Final?

      Reply
  5. papa mifz says

    17th June 2013 at 8:41 pm

    PM suka dan selalu menonton ultimate fighter…;)

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2013 at 10:05 pm

      Tak sangka PM pun minat UFC ini.

      Reply
  6. titan says

    17th June 2013 at 6:31 pm

    pehh..kalau ada geng, memang gua nak tengok benda nih..

    Reply
  7. maza says

    17th June 2013 at 5:42 pm

    bang… siapa yg menang ek?

    silat tak masuk ke?
    hehehe.. sorry bang.. saya tak melanggan astro sport…piring astro pun tak ada.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2013 at 10:06 pm

      Pada mula hendak menulis senarai penuh keputusan MIMMA ini tetapi memandangkan entri ini sudah panjang berjela. Batalkan hasrat tersebut. 🙂

      Reply
  8. sohoque says

    17th June 2013 at 5:25 pm

    fuuuh. ramai gak penonton ya..

    Reply
  9. auc says

    17th June 2013 at 5:07 pm

    biasa tengok kat atro je.. yg real depan mata belum pernah lagi
    ala-ala UFC ni

    Reply
  10. PerenLee says

    17th June 2013 at 3:06 pm

    Ala..kenapa pendek sangat video tu..tak puas tengok…

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2013 at 10:07 pm

      Maaf durasi rakaman pendek.

      Reply
  11. hafiz says

    17th June 2013 at 12:48 pm

    wah mesti best tu aksi sebenar..

    Reply
  12. sukma says

    17th June 2013 at 10:34 am

    baru tahu ada sukan sebegini di Malaysia…..

    Reply
  13. Ismail N says

    17th June 2013 at 9:24 am

    Wah seronok nampak ehh? Bergambar si Jason lagi tu. Btw, kalau selalu pegi majlis mcm kena angkat satu lens panjang bro. Baru puas hati di sana he he..

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2013 at 12:06 pm

      Rasanya lensa Tamron 18-200mm sudah memadai tetapi pada hari grand finals tak bawa kamera dslr.

      Reply
  14. Mama I.A says

    17th June 2013 at 9:19 am

    menarik juga acara ni nampaknya..bertuah la bro dapat tiket free… =)

    Reply
  15. fyna says

    17th June 2013 at 8:52 am

    boleh tahan harga tiket tue. mohon bro ajar kitorang jugak nanti. eh!! ^_^

    Reply
  16. KiD says

    17th June 2013 at 12:04 am

    perrgghhhh… ini memang superb laaa bro.. kalo akubiomed masuk, mesti gempak!

    Reply
  17. hafizmd says

    16th June 2013 at 11:39 pm

    best jugak sesekali layan martial arts ni…mmg lebih ‘ganas’ dan ori…

    Reply
  18. Denaihati says

    16th June 2013 at 10:09 pm

    tahniah bro menang hadiah tiket. tertanya-tanya sebab kenapa gelanggang sukan baru ni dikelilingi cermin…

    Reply
    • akubiomed says

      16th June 2013 at 10:39 pm

      Bukan cermin tetapi jaring. Ia digunakan untuk melindung peserta yang bertanding.

      Reply
      • TehR says

        17th June 2013 at 12:55 am

        melindungi peserta daripada penonton ke?

        Reply
  19. Aya says

    16th June 2013 at 10:04 pm

    akubiomed dah macam peserta martial art dah..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th June 2013 at 10:39 pm

      Gaya mahu ada bertanding belum tentu lagi. 🙂

      Reply
  20. Datin Tyka says

    16th June 2013 at 9:55 pm

    tahun depan bro plak join eh.. praktis dengan aslah.. he he

    Reply
    • akubiomed says

      16th June 2013 at 10:40 pm

      Kalau sparring dengan baby Aslah tentu kalah sebab gwiyomi sangat si Aslah ini.

      Reply
  21. kucinghitam says

    16th June 2013 at 9:11 pm

    best nyer dpt pi

    Reply
    • Datin Tyka says

      16th June 2013 at 10:01 pm

      itu la mesti best kan..

      Reply
    • akubiomed says

      16th June 2013 at 10:41 pm

      Tiket percuma rugi pula tak pergi.

      Reply
      • hafizmd says

        16th June 2013 at 11:39 pm

        betul tu..bukan selalu dptkan bro?

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in