• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Malaysia menewaskan Lubnan 2-1

Malaysia menewaskan Lubnan 2-1

24th June 2011 by akubiomed 26 Comments

Malaysia menewaskan Lubnan 2 – 1 untuk mara

‘Biar badan kecil tetapi berjiwa besar’ adalah ungkapan sesuai untuk meraikan kejayaan skuad Olimpik Malaysia selepas berjaya menewaskan skuad Olimpik Lubnan dengan gol 2 berbalas 1 pada perlawanan ke 2.

Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan dengan menyumbat 2 gol pada minit ke-8 dan minit-41. Jarigan gol Malaysia dihasilkan menerusi Mohd Irfan Fazali dan Wan Zack Haikal Wan Nor di separuh masa pertama.

 

Biarpun berbadan kecil tetapi berjiwa besar untuk Malaysia menewaskan Lubnan

Malaysia bermain 10 orang selepas Gary Steven Robbart menerima kad kuning ke-2 kerana mengkasari pemain Lubnan. Situasi agak cemas apabila Lubnan mula mengasak gawang gol Malaysia yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat sebagai kapten skuad Olimpik Malaysia.

Ada beberapa peluang gol yang cuba dihasilkan oleh pihak lawan berjaya dikawal dengan cemerlang di bahagian pertahanan Malaysia. Kebuntuan Lubnan untuk menjaringkan gol berjaya diatasi pada minit ke-64 menerusi Chandie Atie.

Malaysia pernah dipuncak prestasi apabila kali pertama beraksi pada Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1972 dan Sukan Olimpik di Moscow, Rusia pada tahun 1982 tetapi kerajaan Malaysia telah memboikot temasya sukan tersebut sebagai membantah pencabulan kedaulatan negara Afghanistan oleh Soviet Union.

Malaysia bertahan hingga ke masa tambahan 3 minit sebelum wisel penamat ditiupkan. Malaysia di antara 12 pasukan mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan didalam usaha untuk mendapat tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London setelah Malaysia menewaskan Lubnan.

  • Kelayakan Olimpik 2012: Keputusan Malaysia vs Jepun
  • Reaksi kekalahan Malaysia vs Singapura
  • Pertemuan akhir Malaysia vs Indonesia bolasepak Sukan Sea 2011

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. MEKAR says

    28th June 2011 at 11:27 am

    Semoga pasukan Malaysia sentiasa mengekalkan kecemerlangan

    Reply
  2. bEe says

    27th June 2011 at 11:54 am

    TAHNIAH Harimau Malaya 😉

    Reply
  3. donnyien says

    25th June 2011 at 9:43 pm

    tahniah malaysia..kagum dengan semangat mereka walaupun main 10 org jer

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:16 pm

      Nampak semangat berpasukan

      Reply
  4. tehr says

    25th June 2011 at 3:47 pm

    memang best dan suspen je
    moga kita akan terus berjaya nanti

    Reply
  5. Sabahan Bloggers Club says

    25th June 2011 at 12:18 am

    Semoga Malaysia akan layak lagi hingga ke Olimpik… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      26th June 2011 at 10:39 am

      Laluan berliku tapi jangan gentar dengan nama besar pasukan dari Asia yang lain

      Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:15 pm

      Tidak mustahil kalau mempunyai semangat juang yang tinggi, Dengar arahan jurulatih

      Reply
  6. sayacomel says

    24th June 2011 at 9:12 pm

    masa 2nd half..memang kecut perut tengok lubnan main. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:15 pm

      Malaysia cuba menahan asakan dari pasukan Lubnan

      Reply
  7. Hadi Rofiee says

    24th June 2011 at 8:25 pm

    Setengah jam terakhir yang mendebarkan. Huh!…

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:14 pm

      Saya turut tidak senang duduk apabila Lubnan cuba mengambil kesempatan ketika Malaysia bermain 10 orang

      Reply
  8. nurmisnan says

    24th June 2011 at 8:24 pm

    tekaan yg tepat,.. Msia 2 – Lab 1
    tapi tak tgk pun smlm…

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:13 pm

      Sejak bila jadi ahli Nujum pula? 🙂

      Reply
  9. wrizuan[dot]net says

    24th June 2011 at 11:27 am

    mantap sangat games malam tadi..baru seronok nak ke stadium mcm nie….dah lama dah x rasa seronok bila tgk bola melibatkan pasukan kebangsaan…syabas harimau muda.

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:12 pm

      Kalau bermain gaya Eropah tentulah seronok tidak ada lagi bola dihantar ke belakang seperti dahulu

      Reply
  10. tips-kurus says

    24th June 2011 at 5:44 am

    Gary S tu anak jati Malaysia ke?

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:11 pm

      Gary itu anak Malaysia 🙂

      Reply
  11. zik says

    24th June 2011 at 3:01 am

    hampir2 terkandas pada babak kedua malam tadi.. bila ketiadaan gary stephen … nasib baik lah lubnan pun tak gunakan sebaik mungkin peluang yang ada… tapi diaorang peluang memang banyak…

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:11 pm

      Sudah tentu Gary boleh menarik nafas lega kerana belaiu hampir-hampir meragut peluang Malaysia

      Reply
  12. naimulfirdaus says

    24th June 2011 at 2:14 am

    tahniah Malaysia..
    semoga terus maju jaya..

    untuk peringatan bersama, perkara yang perlu dlakukan jika terlanjur

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:10 pm

      Mengharapkan peningkatan prestasi berpanjangan dan konsisten dari skuad bolasepak Malaysia

      Reply
  13. anif says

    24th June 2011 at 1:20 am

    Walaupun tidak dapat menonton perlawanan tersebut.. Seronok dengar pasukan Malaysia menang 😀 Tahniah diucapkan.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:09 pm

      Ia akan memberi motivasi kepada skuad senior yang akan menentang Taiwan pada 29 Jun ini untuk kelayakan Piala Dunia

      Reply
  14. Mus says

    24th June 2011 at 1:14 am

    seronok bila tahu Malaysia menang.. tak sempat nak tonton..

    Reply
    • akubiomed says

      27th June 2011 at 11:04 pm

      Memang mantap permainan Malaysia cuma pada babak masa ke-2 agak mencemaskan apabila Malaysia bermain 10 orang

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in