• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Makan angin siber bersama Google Street View

Makan angin siber bersama Google Street View

5th October 2014 by akubiomed 23 Comments

Google Street View memberi peluang menikmati keindahan didalam negara dan luar negara

Google Street View

Kecoh di didunia siber mengenai Google Street View. Mana taknya boleh melihat halaman rumah sendiri dengan jelas. Suatu masa dahulu ia adalah perkara yang mustahil. Mengharapkan buku Atlas untuk melihat peta didalam bentuk 2D sahaja dengan melihat beberapa destinasi menarik di luar negara.

Saya sambut baik dengan inisiatif pihak Google yang telah mendapatkan imej hampir 90% pemandangan disepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia. Kalau sebelum ini teruja mendengar keindahan tempat-tempat menarik yang dicanang oleh rakan-rakan tetapi kali ini dapat melihat sendiri dengan Google Street View. Walaupun tidak dapat berada disana tetapi masih boleh menikmati keindahan disesuatu tempat. Mana tahu ada peluang untuk melancong di destinasi idaman bolehlah buat tinjauan secara online.

Kenderaan yang digunakan untuk merakam imej Google Street View.

Dari segi impak ekonomi ia akan memberikan kesan kepada negara. Inilah peluang masyarakat dari luar negara untuk mengenali Malaysia secara dekat. Ia akan merancakkan industri pelancongan dengan peningkatan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara. Memandangkan gambar-gambar kawasan persekitaran akan memberikan gambaran baik dan buruk sesuautu tempat. Kerjasama diperlukan untuk menjaga persekitaran sentiasa bersih supaya ia dapat menarik kunjungan pelancong.

Rungutan hak privasi tercabul

Ada yang merungut mengenai hak privasi mereka dicabul dan ia tidak menjadi masalah kerana ia boleh dilakukan dengan melaporkan kepada “Report a problem” di Google Map. Pihak Google akan mengaburkan wajah dan plat kenderaan. Pihak Nasa sendiri membenarkan beberapa fasiliti mereka dirakam seperti contoh Kennedy Space Center untuk tontonan awam. Secara langsung dapat mempelajari dan mengetahui sesuatu yang baru apa yang berlaku diluar sana. Bak kata orang tua-tua, tidak menjadi “katak dibawah tempurung”.

Saya mengambil kesempatan untuk membuat ekplorasi beberapa tempat menarik seperti Kennedy’s Space Center, Base camp Gunung Everest, Puncak Gunung Fuji dan Burj Khalifa.

Base camp gunung Everest

Gunung Fuji

Pemandangan dari Burj Khalifa

Yang menyeronokkan adalah pemandang 360 darjah, boleh Zoom in dan Zoo pada resolusi tinggi.

AkuBiomed; Saya juga aktif menyumbang gambar di Google Map dan Panoramio. Saya juga bercadang untuk menyumbang gambar di di Google Steet View pula.

  • Di sini lahirnya sebuah cinta
  • Idam pulau Bali sebagai percutian romantik
  • Adegan drama di Taman Rusa dan Kancil

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. sabree hussin says

    12th October 2014 at 3:47 am

    Yang bestnya dapat rasai pengalaman melancong keluar negara dan berjalan-jalan di sana hanya dari rumah! 🙂

    Reply
  2. Ismail N says

    11th October 2014 at 3:27 pm

    Tak nampak pun keta ni jalan-jalan kat KK.
    Kalau ada, kawe mau kasi stop dan tumpang kejap 😀

    Reply
  3. Abdfatah says

    9th October 2014 at 10:16 pm

    Ohohoo bleh google dan view dgn jelas.. Kalu sebelum ni tengok peta google dari atas aje laa.. Pemandangan dari satelit.. Makan angin cyber..

    Reply
  4. AZENI AHMAD says

    9th October 2014 at 4:50 pm

    Wahhhh.. betul la kan… tak sangka la dan tak terpikir lak.. Nak tengok tempat2 yang menarik seluruh dunia..
    Apply kan teknologi dengan cara berhemah..
    Best la…

    Terbaik view tueeee… 🙂

    Reply
  5. Mus says

    9th October 2014 at 3:01 pm

    geng google street view ni baru sampai kk minggu lepas..
    memang ada baiknya teknologi mcm ni..

    Reply
  6. Amirull Izzat says

    8th October 2014 at 1:32 am

    Apabila membaca artikel ini, saya rasa ada baiknya aplikasi google ini kerana ia dapat memenuhi impian kita yang teringin hendak melancong ke luar negara. Seperti saya, saya teringin ke Jepun maka dengan aplikasi google street view ini saya dapat melayari dan menyelusuri setiap daerah di Jepun.

    Semoga aplikasi google street view ini dimanfaatkan ke jalan yang berfaedah sahaja.

    Reply
  7. myrujukan says

    7th October 2014 at 10:42 pm

    saya try cuba, tgk tgk dapat tgk rumah sendiri, hehehee, tp rasa macam bahaya la pula

    Reply
  8. Norasikin says

    7th October 2014 at 4:49 pm

    Bulan lepas saya parking belakang keta google ni la. Dia singgah umah sedara dia kot kat UDA

    Reply
  9. Stuwie says

    7th October 2014 at 6:43 am

    Rasa nak pergi sekali lagi ke Kennedy Space Center, tak puas pergi sekali sbb jakun sgt tengok semua benda besar2 gedabak

    Reply
  10. amirulfaiz says

    7th October 2014 at 5:42 am

    Oh, tak terfikir pula akan potensi untuk kita menjelajah dunia melalui alam maya. Memang jimat. 🙂

    Reply
  11. mohd rasul abu hanipah says

    7th October 2014 at 3:09 am

    pasni melancong pakai google street view je la. lagi jimat 😀

    Reply
  12. sweetkurma says

    7th October 2014 at 2:36 am

    ok jugak kan hihi boleh mengelilingi dunia

    Reply
  13. jaymiee says

    6th October 2014 at 10:27 pm

    mmg best jalan2 kat google street view ni….dah mcm berada kat lokasi kejadian rasanya..hehe

    Reply
  14. suri says

    6th October 2014 at 9:24 pm

    tak tahulah pula kita boleh sumbangkan gambar dekat mereka.suka juga tengok gamabr baharu dalam google street view memang best tak bosan

    Reply
  15. nafisa81 says

    6th October 2014 at 5:54 pm

    Aohh..belum ada kesempatan lagi nak explore…
    Selalu tgk kat fb je member2 share

    Reply
  16. siti hazreen says

    6th October 2014 at 9:27 am

    Wahhh saya pun nak jalan-jalan juga lah..destinasi pilihan tentunya india 😉

    Reply
  17. ciklaili.com says

    6th October 2014 at 8:27 am

    teknologi bukanlah sesuatu yang tidak baik. jika digunakan untuk kebaikan, maka kebaikanlah yang kita dapat 🙂

    * rasa teruja melihat gambar2 tempat menarik tu. teringin nak makan angin jugalah..hihi

    Reply
  18. ahmadyani says

    5th October 2014 at 10:26 pm

    Ambil kebaikan dari teknologi ini, usah gunakan untuk keburukan.

    Reply
    • akubiomed says

      6th October 2014 at 12:07 am

      Ya betul. Kalau nak dibandingkan zaman Nabi dan sahabat dengan zaman kita jauh berbeda. Mereka mampu mendekati Allah SWT dengan amalan mana kala kita dengan segala kemudahan dan teknologi tidak punya masa untuk mengingatiNya.

      Reply
  19. Hairul Azni says

    5th October 2014 at 3:49 pm

    Inilah antara kebaikan Google Street View ni..boleh melancong tanpa keluarkan kos yang tinggi..apa yang diperlukan hanyalah data internet yang mencukupi .

    Reply
    • akubiomed says

      6th October 2014 at 12:08 am

      Sebelum pergi ke tempat yang dituju boleh ditinjau terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu sebelum berangkat.

      Reply
  20. titan says

    5th October 2014 at 3:44 pm

    pehhh..rajin hang makan angin ye. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      6th October 2014 at 12:08 am

      Makan angin manalah ada keluar modal sangat 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in