• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Majlis kahwin adik ipar sederhana tetapi meriah

Majlis kahwin adik ipar sederhana tetapi meriah

7th May 2017 by akubiomed 35 Comments

Majlis kahwin adik ipar sederhana tetapi meriah.

Pada 28 April 2017 adalah detik bersejarah buat adik ipar saya telah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan. Setelah mengikat tunang selama setahun akhirnya selamat diijab kabul pada hari Jumaat selepas solat Asar.

Saya mengambil kesempatan merakam momen majlis akad nikah dan majlis menyambut menantu bagi pihak lelaki. Majlis menyambut menantu dipihak lelaki serba sederhana tetapi meriah. Persiapan bagi pihak lelaki dilaksanakan secara gotong-royong oleh adikberadik dan sedara-mara terdekat memandangkan kedua mertua saya sudah tiada.

Majlis akah nikah dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara terdekat dan wakil adat.

pengantin lelaki sempat tersenyum menanti dalam debaran

Majlis lafaz nikah berwalikan hakim

Bacaan doa selamat selepas lafaz nikah disahkan

Majlis batal air sembahyang dengan pihak lelaki memakaikan gelang emas kepada pengantin lelaki.

Selepas majlis akad nikah pada petang Jumaat selepas solat Asar dan sebelah malamnya pula majlis malam berinai disebelah pengantin perempuan. Majlis malam berinai di Melaka biasanya ada bakar bunga api yang mana belerang dimanpat kedalam batang buluh.

Hari Sabtu majlis kenduri kahwin disebelah pihak pengantin perempuan dirumah orang tua pengantin perempuan. Majlis menyambut menantu disebelah pihak lelaki pada hari Ahad di rumah arwah mertua. Majlis di pihak lelaki sederhana dan persediaan dijalankan secara gotong royong oleh adik beradik ipar. Jiran tetangga dan sanak saudara dekat turut menyumbangkan tenaga mereka.

Pada hari majlis kahwin adik ipar tidak putus menerima kunjungan sanak saudara yang dekat dan jauh termasuk rakan-rakan sekerja adik ipar. Syukur alhamdulillah majlis kahwin dipihak lelaki berjalan lancar dan lauk pauk cukup untuk dijamu oleh para tetamu.

Majlis sambut menantu di pihak lelaki.

Pelamin pengantin hasil sentuhan adik ipar nampak elegan dan mewah. Sekali pandang seperti pelamin ini dipasang didalam dewan. Sebenarnya pelamin ini dipasang ruang perkarangan rumah.

Aisyah bergambar di pelamin pengantin

Saya, isteri dan Aisyah ambil kesempatan bergambar diatas pelamin pengantin yang cantik.

Pengantin berarak masuk

pengantin bersanding di atas pelamin

Sila tekan butang kongsi:

  • Majlis Akad Nikah adik ipar
  • Kenduri kahwin datang lagi
  • Jurugambar terjun majlis perkahwinan adik ipar

Filed Under: famili Tagged With: majlis kahwin, majlis kahwin bajet, majlis kahwin bajet rendah, majlis kahwin budget, majlis kahwin di rumah, majlis kahwin kecil-kecilan, majlis kahwin simple, majlis kawin bajet, majlis kenduri kahwin simple, persiapan majlis kahwin

Reader Interactions

Comments

  1. sabree hussin says

    23rd August 2017 at 1:19 am

    Bro jadi official photographer untuk majlis ni ke?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd August 2017 at 9:59 pm

      Biasalah, adik ipar minta bantuan kita pun sudi membantu sambil mengasah skil mengambil gambar.

      Reply
  2. Asyraf Asri says

    12th July 2017 at 12:33 am

    Cantiknya semua gambar. Phone apa nihhh .. jeles kite ..

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2017 at 9:41 pm

      Bukan dirakam mengunakan phone tetapi dirakam mengunakan kamera DSLR. 🙂

      Reply
  3. Ruby.My says

    7th July 2017 at 12:44 pm

    Sederhana la elok. Jimat! Apa yang penting, makanan tu yummm yummm. Yay dah dapat adik ipar. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2017 at 9:43 pm

      Sudah berapa kali adik ipar menguruskan majlis kahwin. Masing-masing sudah boleh bajet dan uruskan dengan baik. Maklumlah adik beradik ipar anak yatim piatu.

      Reply
  4. Miera Hassan says

    14th June 2017 at 11:08 pm

    cantiknya pelamin.. hehe
    selamat pengantin baru kepada pengantin..

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2017 at 11:45 pm

      Hasil sentuhan adik ipar. Adik-beradik ipar banyak hulurkan tenaga. 🙂

      Reply
  5. Kalendar Cuti Umum says

    3rd June 2017 at 2:39 pm

    Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2017 at 12:29 am

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  6. Tunsha Ayunie says

    28th May 2017 at 6:04 pm

    Alhamdulillah. Semoga hubungan pasangan mempelai berakhir hingga je syurga, insyaAllah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2017 at 12:30 am

      Syukur alhamdulillah. Aminnn. 🙂

      Reply
  7. Faizal Fredley says

    24th May 2017 at 12:32 pm

    tgk org kahwin jer mesti rasa nak kahwin gak….

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2017 at 12:31 am

      Semoga cepat kahwin. Bertunang lama-lama panas bro. 🙂

      Reply
  8. entripopular says

    23rd May 2017 at 10:08 am

    pelamin sangat cantik …bro mun menten hensem ‘naik pelamin’ bersama isteri dan anak hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2017 at 12:32 am

      Zaman saya mana ada pelamin secantik seperti ini. Bila ada peluang macam ini tak nak lepaskan peluang untuk bergambar. 🙂

      Reply
  9. Dwi Wahyudi says

    22nd May 2017 at 7:43 pm

    Jika dilihat budaya dan adat istiadat pernikahannya hampir sama dengan kami di Pontianak, tahniah buat Adik Iparnya. Semoga menjadi pasangan yang samawa ya Bang. Salam buat keluarga disana dari saye. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2017 at 12:33 am

      Ya, yang penting meriah acaranya. 🙂

      Reply
  10. Hairul Hissam says

    19th May 2017 at 11:34 pm

    Mmg nampak cantik dan elegant betul pelamin nya… pandai adik ipar buat…
    selamatpengantin baru dan semoga berkekalan ke anak cucu buat adik ipar bro..

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2017 at 10:41 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  11. wahida says

    18th May 2017 at 11:44 am

    Alhamdulillah…sama cantik sama padan…
    cantik sangat pelamin tu…berkenan betul

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2017 at 10:42 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  12. zikri husaini says

    13th May 2017 at 12:30 pm

    Meriah sangat…walaupun sederhana… itu lagi bagus..

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2017 at 12:04 am

      Pakat-pakat adik beradik. Alhamdulillah dapat kumpul saudara mara jauh dan dekat. 🙂

      Reply
  13. Raihanah Ahmad says

    12th May 2017 at 9:56 am

    tahniah u, bertambah ahli keluarga

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 8:49 pm

      Syukur alhamdulillah. Ada lagi 2 yang blom kahwin lagi. 🙂

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        24th May 2017 at 1:24 pm

        soon la tu. x lama boleh anak sedara baru

        Reply
  14. Mohd Rasul says

    10th May 2017 at 10:25 pm

    sederhana tp meriah tu yg dituntut 🙂 majlis aku dulu pun simple je. yg penting majlis tetap meriah hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 8:50 pm

      Belah ipar dah tak ada ibubapa. Jadi majlis kahwin diuruskan oleh adik beradik sahaja.

      Reply
  15. Norasikin says

    10th May 2017 at 11:55 am

    Semoga berkekalan hingga je jannah. Cepat-cepat menimang cahaya mata. Bro biomed pun juga.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 8:51 pm

      Ameen, Saya bakal menimang cahaya mata pada bulan September nanti. 🙂

      Reply
  16. titan says

    8th May 2017 at 3:29 pm

    teringat plak kenangan masa kahwin dulu.

    sekejap aje masa berlalu.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2017 at 8:52 pm

      Mana boleh lupa tuh. 🙂

      Reply
  17. Amirul says

    7th May 2017 at 1:26 pm

    Tahniah buat pasangan. Semoga berbahagia.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2017 at 2:40 pm

      Terima kasih. Semoga cepat-cepat timang cahaya mata pertama. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in